Masak-masak: Corn dog lagi...tapi versi Korea! | NaSa
Assalamualaikum

Tidak tergodakah anda melihat corndog saya kali ini?
Akhirnya ada rupa corndog yang cantik sikit haha
Ya kali ni kita masih gigih buat acara memasak corndog ya. Saja menggedik nak buat lagi sebab corndog mozzarella yang tahun lepas punya kan macam jadi tak jadi je. Batter tak melekat di sosej. Meleleh sana sini dalam kuali. Cheese pun cair dan bocor dari salutan batter masa digoreng. Sedih betul tengok rupa parasnya selepas dimasak sebab ada yang melebar ke tepi, ada yang bertompok sana sini. Tak smooth dan tak bulat elok macam corndog mat saleh pun.
Expectation.
Credit: Dessert Now Dinner Later
Reality lololol
Disebabkan kekecewaan tahun lepas tu la kita cuba lagi untuk kesekian kalinya ni. Dan projek corndog ni aku buat sebelum pergi cabut geraham bongsu haritu ya. Aku pun tak tahu kenapa la setiap kali nak cabut gigi, mesti ada keinginan nak makan corndog. Tahun lepas pun buat corndog sebelum cabut gigi juga. Barangkali sebab badan aku tahu sendiri kot kalau nak buat lepas gigi dah cabut, nanti kena tunggu lama sebab nak pastikan gusi tempat cabut tu dah sembuh baru boleh makan. Baik makan sekarang hahaha

Tambahan pula, alang-alang cuti sem dah start dan aku ada masa ni, boleh la kita cuba teknik memasak baru kan. Tu yang nama dia jadi macam di atas tu iaitu corndog versi KOREA!

Apa beza corndog biasa dengan corndog Korea ni?
Perbezaannya adalah dari segi bahan utama.

๐Ÿ”ธBatter untuk corndog original dari Amerika dibuat menggunakan sejenis tepung jagung yang bertekstur sedikit kasar yang dipanggil corn meal. Sebab tu nama dia "corn"dog. Dah bahan utamanya tu adalah jagung. Selain tu, bahan penaik dalam batter corndog original ni adalah baking powder.
๐Ÿ”ธBatter untuk corndog Korea pula gunakan tepung gandum biasa je. Ia juga biasa gunakan yis sebagai penaik dan corndog tu akan disalut dengan serbuk roti (panko/breadcrumbs) sebelum digoreng. Corndog Korea juga biasa ditabur dengan gula sebelum dimakan bersama sos, mustard, mayonis, etc.

Selain tu aku rasa cecair yang diguna dalam kedua-dua jenis corndog pun berbeza kot? Sebab corndog original biasanya suruh pakai susu segar. Corndog Korea ni ada pakai susu, ada pakai air je. Tapi kalau aku, sebelum ni pernah je buat batter corndog tu guna air sebab malas nak beli susu. Ala jadi juga batter tu. Boleh juga rendam sosej tu dan goreng jadi corndog nyee. Cuma kena pandai-pandai adjust la nisbah air dan tepung tu sebab pengalaman aku, guna air ikut kuantiti susu nanti batter terlebih cair.

Untuk resepi corndog Korea ni, aku ambil dari YouTube Nino, seorang rakyat Korea Selatan. Boleh tengok sendiri cara dia buat corndog tu dalam video di bawah. Tapi video dia ni format ASMR tau so sesiapa yang tak suka bunyi ASMR ni, boleh mute suara dan baca arahan di video je. English subtitles pun ada tapi bersiap-sedia la untuk di"roast" oleh Nino especially kalau korang single ๐Ÿ™‚

Lepas dah study cara dia buat ni baru la aku pergi beli bahan-bahannya. Aku beli sekali je dengan bahan-bahan kek batik sesuka hati yang aku buat minggu lepas. Sebab dua-dua adalah benda yang aku mengidam nak makan sebelum pergi cabut gigi hahaha
Anggaran kos yang diperlukan: ~RM25
Anggaran bahan kali ni lebih murah sebab takde mozzarella macam yang buat tahun lepas. Sebab  kan mozzarella tu aku boleh jumpa di Tesco Kota Bharu je. Masa ni pula kerajaan baru umumkan yang Kelantan masuk PKP Fasa 2 dan benarkan orang yang dah lengkap 2 dos vaksin je untuk rentas daerah. Jadi aku tak boleh nak ajak abah pergi ke Kota Bharu la sebab aku belum vaksin.

Tapi walaupun nampak murah, harga tetap lebih mahal sikit daripada biasa sebab aku guna sosej ayam Marina yang memang dah ada cheese dalam tu (RM6 untuk 7 batang sosej). Saja je beli yang jenis mahal sikit sebab memula buat ni, aku nak makan seorang diri je dulu. Untuk makan ramai-ramai baru guna sosej biasa yang harga ~RM3 (per 10 sosej) hehe.

Senarai bahan-bahan corndog Korea:
๐Ÿ”ธ Sosej (Bebas jenama apa)
๐Ÿ”ธ 240gm tepung gandum
๐Ÿ”ธ 240ml susu segar
๐Ÿ”ธ 45gm gula pasir
๐Ÿ”ธ 1/4 sudu teh garam
๐Ÿ”ธ Sebiji telur
๐Ÿ”ธ 200gm serbuk roti
*Bancuhan batter yang dihasilkan ni aku guna boleh salut 12 batang sosej. Pastu ada la lebihan sikit yang dah tak cukup nak tenggelamkan sosej.
** Batter ni juga tak guna yis kering atau baking powder.

Langkah-langkah memasak:
1) Cucuk sosej dengan lidi dan ketepikan.

2) Tuangkan serbuk roti ke dalam bekas segi empat yang panjang dan cukup besar untuk panjang sosej+lidi.
Gambaran penuh persediaan mencelup sosej dalam batter dan menyalut dengan serbuk roti.
3) Tuangkan susu segar ke dalam tepung gandum. Kemudian masukkan gula, garam, dan telur. Kacau sampai adunan jadi pekat.
Proses mengadun ambil masa lebih 5 minit camtu je.
Masa bancuh batter ni, ada sikit perubahan yang aku buat sebab kelainan bahan kan. Resepi suruh guna 240ml susu segar tapi aku lebihkan sikit jadi 250ml camtu sebab tepung tak cair dan tak boleh dikacau sebati. Lepas tambah susu sikit baru la jadi batter yang licin, tak terlalu pekat atau cair, dan sesuai untuk dicelup sosej dalam tu.

4) Pindahkan batter ke dalam gelas tinggi untuk mudahkan sosej dicelup ke dalam batter.
Lagi sempit dan tinggi bekas tu lagi elok sebenarnya.
Untuk mudahkan batter ni melekat dengan lebih kemas pada sosej, mengikut pengalaman aku, boleh simpan dulu batter ni dalam peti sejuk sekejap. Sebab bila batter tu sejuk, aku tengok dia tak mudah meleleh dari sosej. Tips ni lebih kurang je dengan "pekatkan batter" sebenarnya tapi tu la aku tak boleh kalau batter pekat. Nanti nak tambah air sebab mata ni berbulu je tengok tepung macam keras gitu haha. Tapi ikut suka hati korang la nak buat kaedah apa pun asalkan sosej tu dibaluti batter.

5) Golek-golekkan sosej yang dah dicelup batter tu dalam bekas berisi serbuk roti tadi. Pastikan serbuk roti menyaluti semua batter dan sosej sepenuhnya.
Bab paling mencemaskan hahaha
Cemas sebab lepas dah letakkan sosej bersalut batter tu dalam ni, kena cepat-cepat kambus dengan serbuk roti untuk keraskan batter tu. Kalau tak, dia akan meleleh dalam bekas dan bergaul dengan serbuk roti dan akhirnya jadi kepingan yang keras dan tak melekat di sosej dah. Memang kena lumur betul-betul serbuk roti tu di sekeliling sosej dan kepal-kepal sikit untuk pastikan serbuk roti melekat dan takde dah bahagian batter cair yang masih terdedah dan meleleh keluar.

Cara aku, lepas celup sosej dalam butter, aku pegang bahagian lidi tu dan tekap sosej ni ke dalam serbuk roti secara berperingkat dari setiap sisi. Kiri, kanan, depan, belakang, repeat setiap sisi sampai la kebanyakan batter tu dah melekat dengan serbuk roti. Pastikan bahagian atas sosej pun disaluti serbuk roti juga. Kemudian pegang lidi dengan tangan kiri, pegang serbuk roti dalam tapak tangan kanan, dan lumur lagi sosej tu dengan serbuk roti. 

Kalau ada bahagian yang macam nampak sosej sebab batter dia bergerak ke tempat lain kan, boleh kepal dan gerakkan batter+roti tu ke bahagian sosej yang terdedah untuk cover. Jangan bimbang sebab tekstur dia macam plastisin gitu kita boleh gerakkan ke atas ke bawah jika perlu hahaha. Jadi bila serbuk roti tu dah melekat elok di keseluruhan sosej, maka dapatlah hasil di bawah.
Selamat disalut.
Jauh beza kan dengan corndog tahun lepas yang tak disalut serbuk roti sebab aku malas tu. Kali ni corndog ni lebih tahan lama bentuknya dan kalau nak biarkan je sementara tunggu minyak panas untuk menggoreng pun takpe. Jadi tak kalut la nak panaskan minyak pastu celup sosej dalam batter pastu goreng tu. Bentuk masa digoreng pun kekal cantik je macam di bawah.

6) Goreng dalam minyak yang dah dipanaskan dalam api sederhana sehingga kuning keemasan.
Tengok, takde la batter meleleh ke tepi sampai jadi lebar corndog aku.
Untuk bertukar warna keemasan tu, perlukan masa 3-4 minit mengikut suhu minyak.
7) Angkat dan toskan minyak. Kemudian boleh dihidangkan bersama sos kegemaran masing-masing.
Crunchy je tengok hehe
Hasil kali ni, semestinya lebih memuaskan hati daripada percubaan tahun lepas. Cumanya walaupun ikut resepi Korea, tapi aku tak ikut la cara Korea makan yang tabur gula atas corndog sebelum sos tu. Sebabnya batter dia yang guna 45gm gula tu pun dah manis sebenarnya. Pastu aku pun asyik terlupa je nak try beli mustard jadi aku celup sos cili je la.

Rasa dia?

Boleh tahan la. Bancuhan batter tu just nice je untuk salut sosej dengan tak terlalu tebal atau terlalu nipis. Tapi untuk serbuk roti ni, aku rasa pasni nak cari serbuk roti yang lebih halus sikit. Sebab yang aku guna ni macam kasar sikit. Lepas goreng, lapisan serbuk roti tu jadi keras tau. Bunyi dia rangup crispy macam sedap kan tapi hakikatnya, bila gigit ya Tuhan keras ya amat nak kunyah haha. Lenguh rahang sisterrrr

Selain tu, sosej ayam+keju Marina yang aku guna untuk cubaan ni sangat sangat sangat sedap ya. Berbaloi la bayar mahal sikit untuk sosej ni sebab bagi aku, ianya alternatif yang berkesan bagi gantikan mozzarella yang takde tu. Masa makan corndog ni, cheese dalam sosej tu pun cair meleleh keluar. Jadi nikmat cheese corndog tu masih ada la walaupun rupa lain sikit hehehe

Kenyang pun boleh tahan ya bila corndog ni bersalut serbuk roti. Mungkin sebab terlebih karbohidrat. Aku buat 2 batang corndog ni pun sebab nak test bancuhan batter tu je okey ke tidak. Tapi lepas makan tu, even baru habis sebatang setengah pun dah rasa sangat penuh perut. Kena rileks jap 10 minit baru aku boleh habiskan lagi setengah batang sosej tu lol. Faktor lain mungkin sebab sosej Marina yang ni pun agak besar daripada sosej biasa kot.

Disebabkan cubaan pertama ni berjaya guna bancuhan batter corndog Korea ni, baki batter tu pun aku habiskan terus untuk satu pek sosej yang dah lama aku beli sebelum hujung sem haritu lagi. Masa buat takoyaki sendiri di rumah sebab nak backup inti lain lepas sotong habis. Kali ni baru boleh guna lol.
Batch ni guna sosej yang lebih mampu milik tapi tak ingat jenama apa
Pukul 12 tengah malam ye aku sorang-sorang terpacak di dapur duk celup semua sosej ni dalam batter dan salutkan dengan serbuk roti. Pukul 1 pagi baru siap membuatnya. Tu pun tangan aku kiri kanan rasa pedih sebab masa duk kepal-kepal serbuk roti tu di sosej untuk mampatkan batter tu, tertikam tapak tangan I dek serbuk roti yang keras tu. Tak sangka pula aku serbuk roti ni bahaya ๐Ÿ˜‚

Mujur hasilnya dapat la seperti di bawah. Alhamdulillah jadi elok balutan semua corndog tu.
Siap untuk digoreng.
Tapi sebab buat ni sehari selepas buat kek batik, stok kek batik tu masih banyak untuk dibuat jajan jadi aku belum goreng lagi corndog yang bebanyak ni. Tunggu la pasni lepas gusi aku tempat gigi dicabut tu dah tertutup dan dah tak sakit.
Masuk tupperware dulu la ceritanya...
Setakat ni, kesemua corndog ni masih selamat dalam freezer aku jadi corndog frozen hahaha. Tengok la pasni kot aku rajin ke nak update gambar lepas dah goreng semua hehe. Buat masa ni, tengok testimoni dari gambar pertama aku atas tu pun dah tahu dah resepi corndog kali ni memang menjadi kan hehe.

Sesiapa yang rasa nak makan makanan bukan tempatan tapi belum boleh keluar pergi cari di kedai lagi sebab bimbangkan jangkitan COVID-19 ni, jemput la beli bahan sendiri dan cuba buat di rumah je. Dapat juga hilangkan kempunan. Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.



SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya ๐Ÿ˜˜

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then ๐Ÿ˜˜

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS