Juadah Jumaat: Pulut Ayam Thai | NaSa

Juadah Jumaat: Pulut Ayam Thai

in , by NaSa, January 13, 2023
Assalamualaikum


Makan pulut kitee hariniiii...

Lama dah tak buat entri Juadah Jumaat kan. Ni entri pertama untuk tahun baru. Bagus jugak sebab dah lama tak pekena pulut ayam. Mama rajin nak buat sebab dah janji nak jamu kawan-kawan adik aku makan. Alang-alang tu, sis tumpang la sekali buat konten haha


Entah bila agaknya kali terakhir aku makan pulut. Dulu-dulu masa sekolah macam kerap juga makan sebab rajin nak ke Takbai, Thailand untuk beli barang dan jumpa sanak saudara yang duduk sana. Memang sebelum naik feri tu, biasa dah beli pulut ayam buat ole-ole sebelum balik rumah.

Mungkin sebab dah banyak kali makan masa kecik kan, sekarang ni aku tak lalu sangat pun kalau tengok pulut ayam. Tetiba jadi tak minat makan. Sama ada sebab deria rasa dah berubah sejak dewasa ni, atau lidah aku memang PTSD dah jemu makan haha. Kali ni baru terliur sebab dah lama tak makan kan.


Lagipun bergantung pada tukang buat pulut tu jugak sama ada pandai atau tidak buat sambal lada tu. Sambal lada dalam pulut Thai adalah benda yang penting untuk tentukan sama ada pulut ayam tu sedap atau tidak. Kalau sedap, memang naik rasa pulut dan rempah dalam ayam. Tapi kalau sambal lada tu tak sedap, mungkin kirim salam la nak repeat makan.

Macam sambal lada yang mama buat sendiri ni sedap woh. Merah sambal cantik, tekstur tak pekat atau cair sangat, manis masin pedas seimbang, daun pakchi (ketumbar Siam) tu ada. Memang wangi cukup rasa lengkap semua. Pastu boleh makan dengan pelbagai makanan lain lagi. Versatil sangat.

Sambal lada mama ni cicah nugget sedap, cicah keropok lekor, pisang goreng, cucur udang etc pun,  sedap. Tapi tu la sebab dah biasa makan yang sedap di rumah, benchmark untuk sambal lada pulut Thai ni jadi tinggi la. Sebab tu dah jarang beli pulut ayam di luar. Tapi kalau orang belanja, sis sebat je 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Emm...dapnye. fav ni dulu kat sana. Kalau dpt time bfast memang..emmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat yg pure Thai punya memang meletops hehe

      Delete
  2. pernah beli pulut ayam ni pastu ammi confuse...aku makan pulut ayam ke nasi ayam? rasa nasi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sebab tu saya tak minat sangat pulut. Baik makan nasi je sbb tak melekat kat tangan 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS