Assalamualaikum
Akhirnya...setelah sekian lama menunggu tarikh keramat bila UUM nak konvo, akhirnya keluar juga senarai tarikh bila geng pelajar pakai jubah biru topi petak naik pentas ambik skrol ijazah huhu
Kalau ikutkan, sepatutnya tempoh konvo UUM tu dilangsungkan minggu lepas iaitu 14-18 Mei 2023. Tapi entah kenapa dia cancelled pulak.
Kalau ikutkan, sepatutnya tempoh konvo UUM tu dilangsungkan minggu lepas iaitu 14-18 Mei 2023. Tapi entah kenapa dia cancelled pulak.
Mana tidaknya, sebelum puasa lagi tak ada khabar berita pun pasal konvo tu. Geng pelajar ni pun teragak-agak nak tempah homestay dan tiket ke Kedah atau tidak. Tahu-tahu lepas raya pun tak ada makluman lagi, memang tak sempat dah la dengan tarikh 14-18 Mei tu kan.
Mula-mula risau juga takut nanti tunda sampai Oktober atau November.
Aku ni dah habis belajar Februari 2022 ya. Takkan kena tunggu setahun setengah baru jumpa jubah kan? Kawan aku di UTM Johor tu, habis belajar hujung tahun lepas kot, pastu tengok di Whatsapp story, lepas raya haritu dia dah konvo. Laju lagi dia daripada aku 😂
Mujur UUM umumkan tarikh konvo baru yang tak sejauh hujung tahun tu. Sebaliknya, ia akan berlangsung bulan Julai nanti.
Alhamdulilah masih pertengahan tahun. |
Tarikh baru untuk majlis konvokesyen Ke-35 di UUM ni adalah sepanjang 23 hingga 27 Julai 2023. Maksudnya 2 bulan lagi la. Agak lambat, tapi syukur dah sebab tidak selambat Oktober atau November.
Kursus aku masa hari kedua terakhir konvo |
Tarikh konvo untuk kursus aku iaitu International Business Management jatuh pada 26 Julai 2023, sesi tengah hari.
Untung jugak. Tidak la kalut nak bertolak ke kampus pagi-pagi hari untuk sampai on time ke Dewan Muadzam Shah UUM tu. Cuma sedih sikit sebab masa tarikh tu, tak ada cuti sekolah. Kalau tak, boleh bawa anak-anak buah berjalan ke Kedah.
Nampaknya kali ni kita bawa mak anak-anak buah je pergi berjalan. Sebab kaklong aku yang akan attend huhu. Mama abah tak ikut sebab mama kan terikat dengan jadual dialisis. Dah la tarikh aku tu jatuh hari Rabu yang memang mama kena pergi pusat dialisis.
Ada je option untuk menumpang pusat dialisis di Kedah tapi atas faktor keselamatan dan kesihatan, tak payah la. Sebab ada kes pesakit di pusat dialisis mama tu pergi travel luar negeri dan menumpang di pusat dialisis luar. Balik-balik, kena jangkitan kuman dalam darah. Na'udzubillah mindzalik.
Kami ke Kedah akan bertolak naik kereta kaklong, dan aku dah selamat tempah homestay. Yang hotel bajet dan homestay area Changlun tu semua dah penuh pada tarikh yang kami nak. Tapi Alhamdulilah jumpa satu rumah di Bukit Kayu Hitam pada harga berpatutan dan masih dekat dengan UUM.
Harapnya jangan scam je la sebab memang banyak juga kes scammer musim konvo ni. Ada owner homestay yang aku contact tanya kekosongan tu memang suruh aku hati-hati. Kalau tak, tak memasal kena tidur dalam kereta kang. Memang aku cari scammer tu sampai ke lubang cacing huhu
Sekarang tinggal ambik jubah di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) je nanti. Tu pun kena sediakan duit dulu sebanyak RM300 sebagai deposit sewaan jubah tau. Waduhh memang nak masuk dan keluar universiti ni memang banyak pakai duit ya 😂
Tarikh aku boleh ambil jubah konvo UUM tu |
Ada 2 pilihan tarikh, boleh ambik pada 19 Julai yang seminggu awal, atau 25 Julai iaitu sehari sebelum konvo. Aku berbelah bahagi juga ni sebab kami ke Kedah tu tengah hari Selasa 25hb tu lepas kaklong habis kerja. Tak sempat kot. Boleh wakilkan orang ambik tapi tak tahu nak minta tolong siapa pulak.
Dilema 😅
Nanti aku tanya junior seketul dua yang aku kenal kot-kot boleh tolong ambilkan. Ke aku nak travel sendiri ke Kedah kejap pun boleh. Aku kan suka bab-bab merayap ni hehe
Harapnya dipermudah la perjalanan kami pergi dan balik nanti. Sis memang excited nak konvo ni sebab pertama kali la katakan. Masa konvo diploma di KPM Ayer Molek dulu aku tak pergi. Sedih jugak la tak dapat kenangan jumpa kawan-kawan dan meraikan hasil penat lelah belajar 3 tahun di Melaka tu.
Tapi masa tu keadaan kewangan tak mengizinkan so terpaksa la. Sebab tu kalini masa ijazah family suruh pergi sebab kenangan. Bila lagi kan nak merasa? ☺️
Kepada kawan-kawan yang sama-sama bakal meraikan pengakhiran hidup sebagai pelajar UUM masa konvo nanti, tahniah diucapkan. Semoga kita berjaya aplikasikan ilmu yang dah belajar di kampus rimba hijau tu dan membantu memajukan masyarakat dan negara cewahh.

Tak sabar nak oergi Pesta Konvo (Peskon) di UUM pasni hehe
By the way, nanti aku akan cuba rekodkan proses untuk mohon pengecualian bayaran balik PTPTN sekali lepas konvo tu. Sebab syarat dia kan kena ada skrol ijazah dan transkrip asal lepas konvo. Harapnya berguna la nanti untuk yang memerlukan.
Sekarang ni, aku tengah keliru nak sediakan keperluan apa sebelum pergi konvo tu. Baju baru? Makeup artist? Tempah photographer? Tapi sis takdak duit hahahahah
Siapa yang baca ni tolong la derma kat I singgit sorang 😆
Siapa yang baca ni tolong la derma kat I singgit sorang 😆
Terima kasih kerana membaca.
Tahniah
ReplyDeleteSelamat bergraduasu
Terima kasih, wak ☺️
Deletehai nasa! Lama nya tak singgah sini....dah jarang update ke? hehe
ReplyDeletemoga nasa baik2 selalu!
Hai cuya. Topik menulis ada tp kerajinan takde lol. Sekarang aktif kat tiktok so follow la saya hehe 😆
Deletehttps://www.tiktok.com/@nadzirah_ugc