Bayangkan minum susu soya tapi rasa macam makan kek pandan? Agaknya macam mana la rasa dia ek?
Tapi tak kena bayangkan dalam kepala je sebab memang ada pun air ni. Boleh cuba sendiri di lidah ðŸ¤
Biasa kita dengar orang buat kopi perisa tiramisu la, banana pudding la, or anything yang berasaskan dessert mat saleh. Tapi ni haa Yeo's ambik inspirasi terlebih kreatif untuk gabungkan susu soya dengan kek perisa Asia Tenggara. Hasilnya, terciptalah perisa baru susu soya mereka iaitu Susu Soya Berperisa Sifon Pandan.
![]() |
| Meriah corak kotak dia |
Susu ni kami beli masa pergi Lotus's cari barang dapur haritu. Harga asal untuk kotak 1 liter biasanya dalam RM7+, tapi kebetulan masa nak pergi ke kaunter cashier, nampak kotak Yeo's ni banyak tersusun depan rak sebab ada promosi. Sign harga yang ditampal pula tunjukkan harga promo tu RM1.99 je sekotak. Haa apa lagi?
Kakak aku dan anak buah pun jadi FOMO dan tertarik la nak cuba sebab murah kan. Alang-alang perisa pun nampak unik dan sedap sebab kek chiffon pandan tu maka ambil la sekotak dulu buat rasa-rasa.
Aku sebelum ni pernah cuba susu soya Yeo's yang perisa Gula Perang tu, dan gandingan rasa susu soya dan gula perang tu boleh tahan sedap. So apabila nampak perisa kek chiffon pandan yang baru ni, dengan corak kotak yang meriah, jujurnya agak tinggi la harapan nak mencuba tau.
Pastu....hehehe ðŸ¤
It was a bit underwhelming for me, in general.
Sebab ingatkan akan dapat susu soya yang pekat, creamy, dan serasi rasa susu dan pandan. Tapi sebaliknya dia rasa terpisah, tak sebati, macam cuma susu soya dalam bubble bau pandan. Sebab masa minum tu akan rasa plain susu soya je di lidah dan bau pandan datang kemudian.

Rasa susu soya:
Agak light, tak pekat dan tak berapa rasa berkrim ke apa soya dia. Pastu resepi soya Yeo's ni kan kurang manis, so ada rasa macam pahit/kelat/earthy jugak.
Rasa kek chiffon pandan:
Bau dia sejibik sejibon memang sama macam kek chiffon pandan sebenar. Cumanya... too artificial dan lebih kepada bau wangi pandan semata, takde rasa pandan pun di lidah. Pastu wangi tu pula berlegar dalam mulut agak lama lepas kita telan air tu. Sebab hidung aku sensitif, aku rasa agak lemas.
Ringkasannya, bagi citarasa aku, rasa macam minum susu soya original Yeo's sambil sembur perfume bau pandan depan muka. Haa gitu la.Lain orang lain citarasa, so mungkin bagi orang lain rasa sedap. Tapi bagi aku macam mehh. Dan agak sayang sebab idea kombo tu dah bagus dan memartabatkan perisa pandan yang sinonim dengan rantau Asia Tenggara. Tapi mungkin Yeo's perlu buat R&D lebih lagi kot untuk resepi ni. Dan mungkin perlu adjust sikit bab manis tu.
Faham dia nak kekalkan identiti "less sugar" tapi dalam kes minuman berperisa ni, kalau tak cukup manis dia, rasa tu akan jatuh, no depth, flat. Pastu perisa pulak terlalu artificial, lagi la tak menyerlah sangat wow factor dia. Tak nak letak gula putih, sila la letak pemanis alternatif yang bebas kalori ke apa. Asalkan naik rasa pandan sebenar tu.
In essence, Yeo's tak tipu bahawa susu soya dia ada perisa kek chiffon pandan. Cumanya, tak berapa sedap la ahahahah
Nasib baik beli tu pun masa promo dan bukan aku yang bayar. Takde la rasa ralat sangat kalau aku tak minat. Pasni kalau repeat pun, aku rasa nak repeat susu soya original dan yang Gula Perang tu je la sebab yang tu nama pun ada gula kan so manis dia tu sedap buat susu soya jadi lagi berlemak.
Korang dah pernah try ke susu soya baru Yeo's ni? What's your thought about it? 🤔

Bye dan Assalamualaikum.

Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤