Dalam usaha nak normalkan kulit yang sentiasa banyak jerawat dulu, apa je aku tak buat kan. Beli skincare viral dari dalam dan luar negara, beli suplemen kolagen dan vitamin, cuba natural remedies, banyak tau. Tapi paling advanced aku buat adalah:
- Tebalkan muka pergi Pusat Kesihatan UUM minta antibiotik kat doktor
- Borong pil Yasmin berkotak lepas doktor scan ada masalah cyst sebab selain cyst, the pills also helped with acne
Dua-dua bagus untuk kulit, tapi tu la ada risiko jangka panjang untuk kesihatan kalau makan lama. Antibiotik boleh buatkan badan jadi resistant dan tak lagi berkesan untuk bakteria, pil Yasmin pulak in itself ada banyak potential side effects. Pastu mahal weh nak beli setiap bulan. Kita masa tu student tengah miskin, campur tengah struggle musim COVID lagi, so terpaksa la stop.
Sampai la tahun 2024, aku jumpa pun pengganti yang lebih sesuai untuk masalah kulit iaitu:
![]() |
| Probiotics 21st Century |
Masa tu topik probiotics tengah naik di TikTok sebab ada satu brand mahal ni offer komisen tinggi so ramai la affiliate promote. Dari situ la aku terdedah kepada khasiat probiotics, yang mana ia mengandungi bakteria baik untuk bantu jaga usus daripada dipenuhi bakteria jahat. Apabila dalaman sihat, kulit luaran pun akan ikut sihat. Sebab tu probiotics ni sesuai untuk yang ada isu jerawat.
Tapi kita tak mampu la nyahh nak beli brand yang cecah ratus tu kan. So gigih la aku cari di Shopee dan TikTok untuk alternatif lebih murah, dan jumpa la Probiotics daripada 21st Century ni.
Nama brand ni bukan asing sebab dah lama bertapak dan dulu-dulu pun selalu aku jumpa namanya di farmasi. Konfem bukan brand cikai-cikai maka sejak itu, bermula la rutin makan Probiotics ni sekali sehari sejak bulan Mei 2024 ðŸ¤
Probiotics 21st Century
Pilihan saiz botol: 30 kapsul atau 90 kapsul
Range harga: RM28+ (30 kapsul), RM70+ (90 kapsul)
Arahan dos: 1 kapsul sehari, selepas makan (atau boleh juga sebelum tidur)
Sumber kapsul: Sayur-sayuran (vegecaps), tanpa bahan dari sumber haiwan
Kandungan: Lactobacillus Acidophilus 2 billion cfu/100mg, Lactobacillus Salivarius 2 billion cfu/100mg, Bifidobacterium Bifidum 2 billion cfu/100mg, Streptococcus Thermophilus 2 billion cfu/100mg
Ada Pre-biotics? Sayangnya tak ada. Tapi takpe je sebab masih bagus dan harga pun jadi lebih mampu milik, sesuai untuk yang baru nak try Probiotics atau yang memang kurang bajet.
Antara kebaikan:
• Bantu kesihatan sistem penghadaman
• Menyokong sistem imun badan
• Kurangkan bloating (kembung)
Kapsul dia saiz standard, tak besar sangat so mudah je aku nak telan. Untuk orang yang tak boleh telan pil, boleh je buka kapsul tu dan campurkan isinya dalam air sejuk. Bau dia macam milky dan masam-masam yis buat roti tu, tapi rasa tak masam pun. Masih smooth untuk telan, dan boleh juga campur dalam smoothies atau yogurt untuk lagi mudah minum.
Tapi peringatan, kena minum cepat dan tak boleh guna air panas untuk elakkan bakteria baik tu mati pulak. Keberkesanan probiotics tu kalau buka kapsul pun mungkin tak sama macam makan kapsul terus. Jadi seeloknya makan ikut arahan dia je.
Waktu makan aku tak tetap pun. Kadang makan lepas sarapan, lepas lunch, lepas dinner. Yang penting cukup sekali sehari. Kalau ada hari yang terskip tu, kira skip la. Sebab bukan ubat pun. Nak makan 2 kali pagi dan malam takut overdose pulak kan haha
Kesan selepas aku konsisten amalkan Probiotics 21st Century ni?
• Dari segi kulit, bulan pertama tu macam ada purging sebab jerawat makin banyak keluar. Memula risau jugak sebab dah la makan masa ada jerawat dan niat nak kurangkan jerawat, ni dia beranak pulak kan? Tapi aku ada tengok video doktor mana entah katanya ia mungkin terjadi dan normal je sebab badan tengah kumuhkan benda tak elok hasil daripada bakteria baik tu berkembang (CMIIW).
Maka aku konsisten je habiskan botol pertama dan repeat beli lagi 2 botol. Masuk bulan kedua dan seterusnya, Alhamdulillah kulit makin clear. Jerawat jarang naik kecuali waktu dekat period. Memang probiotics ni la salah satu faktor yang menyumbang kepada rasa cinta aku kepada kulit yang sekarang 😊
• Dari segi penghadaman, sayangnya aku tak dapat pun kesan lawas lancar membuang tu. Spesis sembelit tegar betul walaupun makan je sayur dan minum air banyak. Dari zaman sekolah lagi aku macam ni so ni masalah peribadi la. Orang lain yang komen di video review aku ramai je kata elok untuk membuang. So generally it does help with digestive system. Aku je yang tak terpilih ahahah
Tapi ni daripada pengalaman aku je la. Lain orang, lain kesannya. YMMV, okey?
Sebagai bukti ini bukan review kosong, tengok la sendiri dah berapa kali aku repeat beli Probiotics 21st Century ni. Bermula daripada repeat botol kecik 30 kapsul tu buat stok, sampai la beli botol besar 90 kapsul terus sebab senang tak kena kumpul botol bersepah 😂
Sebagai pembeli online tegar, memang aku banyak beli di Shopee dan TikTok sebab waktu promosi boleh manfaatkan banyak voucher untuk dapat harga lagi murah. Jimat la nak borong banyak-banyak. Daripada harga asal RM70+ boleh dapat RM60+ je macam kat kedai sini.
Drugstore macam Watsons dan Guardian pun ada tapi biasa la harga terkoyak poket sikit. Pastu probiotics ni laku keras tau so kalau habis satu kedai, satu kerja pulak kan nak cari kedai cawangan lain. Baik beli online, mudah nak cari stok dari farmasi negeri lain biar dia hantar ke rumah terus ðŸ¤
So yes kalau tengah mencari-cari solusi yang sihat untuk jaga kesihatan perut dan jaga kulit sekaligus, tapi tak risau rosakkan organ macam suplemen yang ada banyak bahan tambahan, plus harga pun mampu milik even student pun mampu beli, boleh la ikhtiar guna Probiotics daripada 21st Century ni. Atau kalau ada bajet lebih, boleh cari brand probiotics lain yang ada prebiotics sekali.
Semoga entri ni membantu.
Bye dan Assalamualaikum.










Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤