Ingat tak lagi kisah lebih 10 tahun lepas aku jadi mangsa yang terjebak dengan produk merkuri?
Kalau tak ingat ataupun ni kali pertama korang baca blog ni, tidak mengapa.
Meh kita throwback sikit ke zaman itu 😌
![]() |
| Gambar masa pertengahan 2015 |
Teruk kan? Padahal guna produk merkuri tu 5 bulan lebih gitu je, tapi hasilnya menderita lama betul. Bukan setahun dua ya aku struggle. Duit pun berapa banyak aku dah perhabis untuk cuba segala skincare dan suplemen yang kononnya membantu 😌
Dan aku ni bukan nak jadi mulut jahat la, sebab founder produk yang aku guna tu pun dah takde di dunia. Tapi serius sesiapa je yang masih buat produk tipu customer macam ni konon untuk atasi masalah kulit tapi sebenarnya lagi menjahanamkan muka, ada balasan api khas untuk korang nanti 😃
Sebab kesan kerosakan tu bukan saja jejaskan kulit aku, but also my mental health. Dah la masa tu baru dapat tawaran masuk kolej. Bayangkan la betapa rendahnya self-esteem aku untuk berdepan dengan makhluk-makhluk yang baru kenal nanti. Batch aku untuk sem tu pulak pecah rekod batch paling ramai kolej tu pernah ambik. Haru-biru bethuls.
Not to mention kena discriminate dengan sorang lecturer ni sebab tak cantik macam pelajar perempuan lain yang dia duk merenyam lol ðŸ¤
Kita pulak dari kecik lagi dah ada orang panggil hodoh sebab takde ciri-ciri yang menepati beauty standard masyarakat; kulit tak putih, hidung tak mancung, gigi berlapis, miskin pulak hahahah. So bila ada isu jerawat teruk gitu, stres + hormon tak stabil pun makin menyulitkan hidup, it is not an exaggeration la kalau aku kata aku tak minat dengan muka sendiri masa tu.
Until now...
Sebab dulu aku nak tilik muka for fun memang asyik stres tengok ada banyak jerawat. So cukup sekadar tepek skincare, ambik gambar untuk track progress atau review sikit produk di blog, pastu dah. Nak selfie upload di media sosial memang idok la. Situ biasa pos gambar yang orang ambik dari jauh atau gambar beramai-ramai je, biar attention pergi kat orang lain haha
Tapi lepas hampir 3 tahun ceburkan diri dalam bidang video content creation dan banyakkan buat video tunjuk muka, Alhamdulillah I'm slowly gaining more confidence and love for myself 🥰
Walaupun masih jauh daripada flawless, ada lagi jerawat naik, parut bersepah, pori besar gua, tona kulit pun masih medium sebab dah tak terjebak dengan suplemen putihkan kulit, yang penting aku happy.
Sebab masa rekod video, I can talk comfortably. Apply produk apa-apa kat muka pun, tak kira kulit tengah smooth atau ada tekstur, aku selesa je sentuh kulit sendiri. I can enjoy each step and process, jadi pergerakan nampak natural, dan kalau tengok balik muka dalam video masa edit, tak rasa cringe, tak rasa insecure. Takde nak give up tak jadi pos video sebab rasa tak cantik macam orang lain.
And I'm happy to say I do not rely heavily on filter to make the skin look even better than it actually is.
Kita biasakan jadi au naturale. Baru tak stres manjang mikirkan muka sebenar tak cantik macam filter.
Mungkin atas faktor kematangan. Sebab lepas masuk umur hakak-hakak ni, jiwa kebal nyah. IDGAF. Malas nak peduli dengan orang yang judge kita ni cantik ke tidak. Sebab aku makan nasik hari-hari tak perabih duit kau. Perabih MyKasih abah aku je.
Hormon dan emosi yang lebih stabil pun faktor juga. Kulit aku dah sihat banyak, berbanding dulu yang jerawat naik on off bersepah merata tak kira dekat period ke tak. Kalau ada yang muncul tanpa sebab pun, kita tak cepat panik macam dulu memikirkan "adakah aku tengah breakout lagi?" Dah tak serabut dan cepat FOMO nak try segala macam produk baru dalam market.
Kita santai-santai je kurang stres, nanti pandai la jerawat tu surut sendiri kan. Kalau tak surut cepat pun, kita gasak je la buat content demi sesuap rezeki huhu. Lagipun mentaliti masyarakat sekarang pun dah maju. Rakyat dah tak memilih nak yang muka lawa macam model je untuk review produk ðŸ¤
It was a long journey to get to this point, dan tak semua yang dialami dalam perjalanan tu indah. Makan air mata juga sebab sister stresss. Tapi apa-apa pun, aku bersyukur. Sebab dapat juga merasa ketenangan mencintai kulit dan diri sendiri ni. Dan punca utamanya pula datang dari bidang content creation ni yang asalnya agak miracle la aku nak join sebab kitonyo introvert. Tak diduga kan.
Rezeki Tuhan nak bagi huhu. Sebab tu terlintas nak share kat sini sebab blog ni pun saksi struggle aku dulu-dulu macam mana. Supaya boleh dinotakan di sini bahawa aku dah okey. I'm doing better now and I'm happier with me, myself, and I 🫶
Bye dan Assalamualaikum.







Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤