Review: Doxycycline Antibiotik Pencegah Jerawat | NaSa
Assalamualaikum
***WARNING: Entri dipenuhi gambar close-up muka lol.

Nak tahu apa cara paling berkesan untuk dapatkan kulit flawless tanpa parut jerawat?


Caranya......JANGAN ADA JERAWAT!!

Sumpah berkesan. Bila tak ada jerawat, tak ada la kesan parut yang tinggal di muka. Bila tak ada kesan parut, flawless la kulit kita. Mudah je logik dia. Kan? Kan? 😂

Tapi tu la part nak hilangkan jerawat tu bukan mudah. Lagi-lagi bila ada masalah hormon. Macam aku la. Penat aku pulihkan jerawat batu akibat pakai Dnars Skincare dulu, hormon pula buat hal. Meroyan guwe sekejap sebab setiap kali naik jerawat, berbelas pori tersumbat sampai jadi jerawat besar gila yang merah dan sakit namati. Fed up aku nak rawat sebab buang duit, tenaga, dan masa. Ye la dah beli macam-macam tapi awal-awal je berkesan. Pastu....ke laut 😪

Masalah hormon ni bagi aku dah macam acara tahunan. Awal 2018 dulu aku atasi dengan makan kapsul Evening Primrose Oil. Alhamdulillah terkawal. Tapi awal tahun 2019 dia jadi lagi. Sampaikan Oatmeal and Turmeric Scrub/Mask Yellow Gorgeous (YG) yang aku beria beli tu tak boleh nak berkesan sebab harini YG hilangkan parut, esok lusa ada jerawat naik lagi. Elok-elok parut dah pudar, kini berganti dengan parut yang baru. Menyampah.

Hujung sem 1, lepas 3+ bulan pakai YG (aku start pakai Oktober 2018).
See that? Parut merah bercampur aduk dengan parut hitam yang dah nak hilang 💆🏼‍♀️
Lebih menyampah bila lepas daftar sem 2, lagi banyak jerawat bertapak atas muka. TANPA SEBAB. Nak kata salah makan, aku takde alergi. Stress? Baru start sem 2. Takde beban kerja lagi so nak stress apa. Padahal aku duduk rumah elok je jerawat pada kadar yang terkawal. Ke UUM ni yang bermasalah menyebabkan jerawat hahahahahah. Tapi possible juga sebab air dalam hutan sini kurang jernih sangat. Kat rumah mandi air telaga okey je lol
Minggu kedua dan ketiga lepas daftar sem 2 di UUM.
You see lepas seminggu pun jerawat aku tak sembuh sepenuhnya? Siap naik yang baru lagi. Sedap je kau ye, jerawat. Kalau bayar sewa bulanan masyuk la juga. Tapi ni tak 💆🏼‍♀️
Second month in the second semester.
Masuk bulan kedua, keadaan jerawat tu bertambah teruk daripada bulan Januari tadi. Dahi aku naik tiny bumps banyak gila. Pipi pun sama naik jerawat kecil-kecil yang ada mata dan juga yang takde mata yang tumbuh bawah kulit tu. Kulit aku masa ni memang rasa menggerutu. Kalau cover dengan mekap, even pakai foundation + compact powder pun tetap nampak berbiji. AND YOU SEE PARUT YANG MAKIN BANYAK TU???? Dari mana dia datang????

Aku dah start stress masa ni.

Sampailah aku teringat masa follow akaun @twt_kecantikan di Twitter tahun 2015-2016 dulu, ada orang cakap kulit dia jadi baik lepas ambil antibiotik di klinik. Yang menariknya, bukan klinik kerajaan atau swasta tapi KLINIK UNIVERSITI. Jimat weh sebab guna status student je. Tak payah bayar beratus kalau pergi swasta dan tak payah tunggu lama kalau pergi klinik kerajaan.

Tips tu asalnya aku nak praktikkan sejak di KPM Ayer Molek (KPMAM) lagi sebab nak atasi jerawat batu Dnars Skincare tu. Sayangnya KPMAM takde klinik sendiri so tak kesampaian la hajat aku. Tu yang alang-alang aku dah masuk UUM yang ada klinik sendiri, why not aku jumpa doktor kat sini je?

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UUM.
Setiap sem kalau aku tak datang sini, tak sah 😂
Aku pergi PKU ni pada 14 Mac 2019 lepas habis kelas Supply Chain. Sedang elok la masa tu aku sakit bahu. Entah kenapa otot bahu aku tetiba berat dan mencengkam. Nak angkat tangan pun tak boleh so perfect excuse la untuk aku request nak jumpa doktor perempuan hehe. Mana tau ada nak selak-selak tudung ke kan. Nak discuss pasal jerawat pun selesa la sikit daripada jumpa doktor lelaki kan....? 👀

[[Yes boleh request tau nak jumpa doktor mana. Cakap je di kaunter pendaftaran nak doktor lelaki ke perempuan. Kalau nurse baik, dia tanya la nama doktor yang kita prefer. Kalau tak, dia bagi random je asalkan ikut jantina yang kita request. Tapi turn menunggu akan jadi lama sikit sebab nombor kita akan di-skip kepada orang lain sampai doktor yang kita request tu panggil kita.]]


Rezeki aku, aku dapat doktor muda yang lemah lembut. Suara pun soft. Sejuk hati dengar. Doktor Saleha namanya. Mujur dapat dia sebab ada seorang lagi doktor perempuan di PKU ni tapi dah berumur sikit and nampak lagi strict. Honestly setiap kali kena check dengan doktor tu, aku rasa kecut je perut. Rasa macam mengadap cikgu disiplin lol (nampak tak betapa kerap aku pergi PKU sampai boleh hafal doktor yang ada 😂)


Masuk bilik rawatan, masa Dr. Saleha tanya sakit apa tu aku tak terus cakap pasal jerawat. I slow-slow cucuk jarum bagitahu pasal sakit bahu dulu. Tak nak nampak gelojoh kan. Lepas doktor dah check dan dah di hujung-hujung nak bagi list ubat baru aku tanya, "kalau nak minta something yang boleh kurangkan jerawat sekali boleh tak?" Ye macam tu taktik dia. Halusssss hahahahaha


Doktor Saleha usha jap umur aku di skrin komputer pastu tengok sekali imbas muka aku masa tu. Then dia senyum cakap "Baru 2x+. Muda lagi. Normal la kalau hormon tak stabil naik jerawat ni."


Haru biru hati aku. "Normal ke, tak normal ke, saya tak nakkkkkk. Penat la jerawat naik tak kira masa ni. Bila jerawat naik, saya stress. Bila stress, jerawat naik. Dia cycle yang takkan pernah habis tau. Saya nak kulit macam doktor~" 😭 Sebab serius kulit Dr. Saleha ya Allah lawa gila. Bersih. Takde parut. Liang pori pun tak nampak. Haaaa kan dah satu kerja aku usha muka doktor dalam bilik rawatan tu hahaha


Mujur kita sesama perempuan ni memahami jadi selain krim panas dan ubat tahan sakit untuk bahu aku, Dr. Saleha bagi antibiotik Doxycycline (Doxy) untuk sebulan. Selain tu, aku dapat ubat jerawat T3 Mycin sebekas untuk sapu di bahagian jerawat 2 kali sehari. Untung gila boleh dapat di PKU je. Tak payah beli mahal-mahal di Watsons atau Guardian.
Hello, cik ubats~
Cara makan Doxy ni, telan sebiji setiap hari selepas makan dan HABISKAN dos yang diberi. Ni syarat wajib kalau makan antibiotik ye. WAJIB HABISKAN. Tapi T3 Mycin tu je aku tak guna sangat pun sebab selalu lupa nak masukkan dalam skincare routine. Kadang-kadang lepas dah pakai moisturizer baru teringat T3 Mycin lupa nak pakai before toner. Leceh betul. Yang antibiotik tu takpe la boleh telan bila-bila lepas makan.

Bila tengok ubat ni, aku impressed tau sebab aku saja je try nasib minta antibiotik ni di PKU. Tak sangka pula betul-betul ada haha. Tapi kalau ikutkan, normal je antibiotik ni ada di klinik sebab dia bukan khas untuk jerawat pun. Bahan utama antibiotik ni iaitu tetracyline memang diguna untuk melawan jangkitan bakteria. Jerawat kan disebabkan oleh bakteria sebab tu doktor bagi Doxy.

Dan hasilnya selepas istiqamah telan Doxy ni selama beberapa minggu?
Yeahhhhh dah kurang merah-merah~
Jerawat takde mata yang tumbuh bawah kulit aku dah berkurang. Jerawatbesar pun beransur kecut. Tiny bumps atas dahi juga makin surut. Masa ni dah nampak harapan sikit kulit nak smooth. Alang-alang dah hampir bulan puasa, harap-harap sempat la flawless before raya hehehehe

Then nak dijadikan cerita, masuk bulan April tu aku dapat ulser la pulekkk. Elok-elok kecik, dia berkembang pesat jadi sebesar kuku jari kelingking. Sakit bodo. Nak minum air pun seksa inikan pula nak makan. Maka kembali la aku ke PKU untuk minta ubat ulser. Haaa kan dah kata aku rajin datang PKU ni haha. Some people ada yang sinis sebab aku selalu pergi PKU tapi biaq pi kat aku la. Dalam yuran dah bayar RM30 kot untuk PKU so buat apa nak spend duit beli ubat kat luar?

Asalnya aku nak ambil ubat terus di farmasi tapi nurse kata kena jumpa doktor juga so tercongok la aku tunggu giliran kat situ. And guess what? Doktor Saleha yang panggil nombor aku lol 😂

Sumpah aku takde niat pun nak minta Doxy tambahan masa tu sebab memang nak ubat ulser je. Tapi doktor ingat pula kat aku so lepas check ulser tu, dia tanya "macam mana makan antibiotik haritu?" Eh eh segan aku nak jawab haha. But sekali tengok je doktor tahu yang ubat tu berkesan tapi belum nampak kesan sepenuhnya. Jadi dia sambung lagi dos doxy untuk 2 minggu. Tiberrrrr 😅
Bila nak habis daaa...
Daripada tempoh asal sebulan, sekarang aku kena makan Doxy selama sebulan setengah. Fuhhh~ tapi okey la tu. Better tunggu lama asalkan follow-up dengan doktor bertauliah yang tahu apa kita makan dan apa kesan yang dijangkakan. Daripada makan/pakai produk entah apa-apa yang janjikan kesan cepat tapi sebenarnya sampah. Yes, I'm looking at you, Dnars Skincare 👀
Lepas sebulan, pandangan depan dah kurang penampakan jerawat lol
Kenapa aku kata pandangan depan?

Sebab masa ni, cuma jerawat di bahagian muka yang tak terlindung dengan tudung je yang dah surut dan tinggal parut. Kiranya pipi dan dahi je la dah start clear. Bahagian jawline yang terlindung dengan tudung tu masih ada jerawat naik. Tu biasa. Nama pun jerawat hormon so di situ la dia berkumpul. Jadi aku sambung makan doxy sampai habis semua dos yang doktor bagi.

Tapi hasilnya? Tak flawless lagi. Jauh lagi perjalanan. Sebab lepas habis je antibiotik tu, somehow makin banyak jerawat takde mata yang besar dan merah-merah naik di jawline aku. Siap dengan pakej gatal nak mampos. Padahal sebelum aku start Doxy, takde pun gatal-gatal. Ada jerawat je.
Bahagian bawah yang merah-merah nampak bekas nyamuk gigit tu la yang paling gatal 😣
Maka kembali lagi aku ke PKU jumpa Dr. Saleha. Doktor check, dia pun pelik dengan kulit aku masa tu. Orang bagi ubat suruh makin baik tapi lepas habis ubat, jadi sakit balik ni dah kenapa lehnet hahahaha. Penyudahnya, doktor sambung lagi dos doxy aku untuk lagi sebulan. Dah jadi 2 bulan setengah.
Ye kena telan lagi cik doxy ni sampai bulan puasa.
My skin lepas sambung 3rd dose.
Masuk awal bulan kedua makan Doxy, nampak kan dah takde tiny bumps macam awal bulan Mac 2019 tu? Kulit di bahagian pipi tu pun nampak smooth. Tapi tu la kawasan rahang dan pipi tepi yang tertutup dengan tudung tu je kemain galak naik jerawat. Ada kaitan dengan tudung ke? Ni petanda suruh freehair ke? ok gurau lol

Demi kulit bebas jerawat punya pasal, aku tak give up di situ walaupun tiba-tiba jerawat sambung buat hal masa kulit dah nak sembuh kan. So aku teruskan third dose tu dengan istiqamah. Bergaris-garis kalendar aku sebab tanda dah makan Doxy ke belum. DAN HASILNYA...
May 2019: Awal-awal bulan puasa.
Sikit demi sikit kulit aku dah bertambah baik. Gambar 21 Mei tu kan, aku ada pakai light makeup sebab ikut Fatin pergi hotel tempat company ibu dia anjurkan majlis berbuka puasa. And I was happy gila that time sebab pertama kali kulit aku nampak smooth lepas pakai compact powder and blusher. Almaklum la jerawat dan tiny bumps dah kurang 😆

Ralat sikit je masa ni sebab aku lupa nak ambil gambar close-up. Mostly gambar bertudung je ada. Tapi ketahuilah bahawa jerawat yang naik di bahagian jawline sampai gatal-gatal sebelum ni pun dah kurang. Menjadi la hasil sambung dos Doxy sampai berbulan-bulan ni.
June 2019: Masa ni balik cuti raya kejap lepas start exam.
Ada jerawat sesat sebijik di tengah dahi masa ni sebab tengah menuju ambang PMS plus guwe tengah stress exam lol. Tapi so far still so good sebab takde la naik setompok berkampung atas muka berbanding sebelum ni. And masa hari raya Aidilfitri pun, takde jerawat lain dah kecuali yang di dahi tu je. Pertama kali dalam hidup aku merasa macam mana celebrate raya dengan muka tanpa jerawat yang banyak.
July 2019: It gets clearer woohoo~
Masa ni exam dah tamat and aku pun dah start cuti sem. Pada masa sama dos Doxy yang doktor bagi untuk 2 bulan setengah tu memang dah habis terus. But the effects of Doxy remained ye. Berkesan betul dia bunuh bakteria jerawat tu semua sampai dah takde jerawat naik bertompok-tompok atas muka. Kalau naik pun, sebiji dua je atas sebab-sebab tertentu macam environment dan period. Pada masa lain, kulit aku mostly clear. Alhamdulillah~

Hasil bila jerawat tak naik banyak ni? Parut jerawat yang lama tu makin pudar. Jadi betul la teori aku yang "parut cepat hilang kalau takde jerawat" tu. So keutamaan aku lepas habis Doxy dan takde jerawat ni cuma untuk hilangkan parut je.
Masa jaga mama dalam wad di Hospital Pasir Mas.
But then hujung Julai 2019 kami digemparkan dengan berita mama disahkan mengalami kerosakan buah pinggang. Masa ni takyah cerita nak hilangkan parut ke apa la. Aku nak cuci muka pun tak sempat. Barai kot berkampung seminggu dalam wad tidur atas lantai sejuk malam-malam. Mujur keberkesanan Doxy masih terserlah sebab walaupun skincare routine aku ke laut dan tak cuci muka betul-betul, kulit aku takde menunjukkan tanda-tanda pori tersumbat ke apa. Jadi takde la jerawat. Cuma muka je yang Petronas boleh gali buat cari minyak 😂
Entering August, aku masih ulang-alik bermalam di hospital sebab setiap 2 minggu, mama kena masuk wad untuk cuci darah memandangkan kami belum dapat tempat di pusat dialisis swasta. Masa ni selain skincare routine ke laut, kadar stress pun tinggi sebab hampir setiap minggu mama demam. Almaklum la darah tak bersih. 2 minggu sekali kot baru cuci darah. Imagine la banyak mana toxin berkumpul dalam badan bila darah tak ditapis selama 2 minggu.

Pening lalat aku dengan abah bergilir jaga mama malam-malam. Tidur pun tak cukup. Mujur jerawat masih belum buat comeback jadi aku tak stress kuasa dua la. Selamat kulit aku.

Untuk bulan September, takde gambar progress. Guwe lupa dong mau ambil. Plus masa tu aku busy kena balik UUM kejap uruskan permohonan tangguh pelajaran for 1 semester. Orang lain sambung semester baru tapi aku pula extend cuti haha. Apa boleh buat? My siblings kerja so takde yang boleh jaga mama di wad. Takkan nak biarkan abah yang dah tua jaga sorang-sorang kan. So aku tangguh la untuk jaga mama sampai dapat pusat dialisis swasta.
Ogos 2019: Clearly my skin got better yuhuuu~
Alhamdulillah masuk je pertengahan Oktober, akhirnya mama dapat juga tempat di satu pusat dialisis swasta ni. Dah boleh cuci darah 3 kali seminggu, dah kurang demam sebab darah dah lebih kerap ditapis, dan PALING PENTING, dah tak payah bermalam di Hospital Pasir Mas lagi. Masa ni baru la aku ada masa nak fokus kat skincare balik ye. 
Oktober 2019: Masa ni baru ada jerawat naik sikit-sikit lol
Ada dua sebab kenapa jerawat start naik balik masa ni:
1) PMS sebab tinggal lagi seminggu nak period
2) Dah lama tak buat proper skincare routine
Kalau ikutkan, masa aku balik UUM kejap tu boleh je pergi PKU consult dengan Dr. Saleha untuk dos tambahan Doxy. Mana tahu kalau makan Doxy lagi sebulan, aku boleh flawless terus. Tapi aku tengok kulit aku masa ni tak teruk sangat macam dulu dan lebih kurang orang lain yang kulit normal sebab naik jerawat jarang-jarang sekali je. So aku tak jumpa la doktor tu. Lagipun kalau makan antibiotik lama-lama, badan boleh jadi immune dan ubat tu nanti takkan berkesan dah. Tak mau aku jadi macam tu.

That's why aku buat maintenance muka guna proper skincare products je. Bak kata skincare twitter, untuk kurangkan pembentukan tiny bumps atas muka ni kena banyakkan guna hydrating products. Sebab tu routine aku semua guna produk yang ada hydrating properties:
1) Toner: Hada Labo Hydrating Lotion
2) Moisturizer: Simple Light Hydrating Moisturizer
3) My latest addition in my regime, serum: Kayman Skintella Repairing Serum
Serum ajaib: Skintella Repairing Serum ❤
Power siaaa serum ni. Tak sia-sia aku gigih korek duit simpanan yang ada semata-mata nak beli serum ni sebotol sebagai hadiah hari jadi untuk diri sendiri tahun lepas (birthday aku 28 Oktober hehe). Walaupun masa kat rumah tu aku pakai on off dan kadang-kadang tak pakai langsung, dia punya hydrating dan brightening powers tu tetap berkesan sebab muka aku jadi lagi glowing dan pori pun tak nampak besar sangat.

Lepas sambung masuk semester baru di UUM, baru aku istiqamah guna Kayman Skintella Serum ni 2 kali sehari sebab ye la nak pergi kelas kena la kulit sihat baru lebih konfiden hahahahah. Sebulan weh aku rajinkan diri pakai serum ni hari-hari sampai habis licin isi dalam botol tu. First time tau aku pakai serum sampai habis sebab sebelum ni paling banyak pun aku habis 3/4 botol je.

DAN LIHATLAH!!!!!
MARCH 2020: Smooth skin, faded scars, less acnes, and less tiny bumps! Bawal pun on point 😂
ALL HAIL BETTER COMPLEXION!
Hasil hilangkan jerawat dengan antibiotik lepas tu lengkapkan pula dengan hydrating products, dah makin sihat kulit aku huhuhu i love it~

Kalau dulu tempek foundation tebal-tebal pun parut masih nampak, sekarang pakai  bedak sikit pun dah cukup untuk cover parut. Tekstur kulit pun elok nampak smooth dan kurang menggerutu. Nak pergi kelas pakai light makeup pun aku rasa tenang la sikit. Kalau dulu ada juga rasa insecure sikit kalau tak pakai foundation. Alhamdulillah everything has changed now, yeay~

Terima kasih banyak-banyak kepada saudari yang suggest ambil ubat di klinik universiti tu. Sesungguhnya nasihat tu membantu aku bukan saja dari segi kesihatan kulit tapi juga kesihatan poket. Imagine kalau pergi klinik swasta dah kena keluar duit banyak mana kan 😭 Terima kasih juga kat UUM sebab ada klinik sendiri. Untung saya sebab bayar RM30 je setiap semester dah boleh dapat ubat macam-macam 😘

Jadi kepada anda yang bermasalah jerawat tu, jumpa la doktor dulu. Terutamanya pelajar IPTA yang ada klinik universiti. Serius jimat dan lagi berkesan daripada spend duit beli produk macam-macam yang mungkin tak boleh nak nampakkan kesan pun sebab jerawat teruk sangat tu. Tengok aku la dah rugi beli mask YG tapi jerawat baru duk ganti parut yang hilang sebab YG tu. Kalau aku jumpa doktor dulu baru beli YG, entah-entah dah flawless aku 2020 ni.

Lagipun kesan antibiotik ni lagi tahan lama berbanding pakai produk semata-mata. Sebab aku pertama kali ambil Doxy 14 Mac 2019, tapi sekarang dah masuk bulan Mac 2020 pun muka aku tetap kurang jerawat. PERTAMA KALI WEH MACAM NI. Terharu betul aku. Sebelum ni asal masuk awal tahun je, dia start jerawat baru. Rasa nak buat plastic surgery je aku masa tu lol

BUT WARNING!!!! Antibiotik Doxycycline ni tak boleh makan ikut suka hati tau. Kena makan dengan preskripsi doktor untuk pastikan kita ambil ikut jumlah yang sesuai. Jadi kalau anda yang membaca ni nak makan antibiotik juga untuk atasi jerawat, please please please jumpa doktor. Jangan beli online atau di tempat lain tanpa kawalan KKM. Kalau makan sendiri dan overdose, ggwp la anda kulit jadi immune pasni dan antibiotik tu dah tak berkesan.

By the way untuk Kayman Skintella Repairing Serum tu, aku dah repeat order untuk second bottle tau sebab tak puas hati dia habis masa parut aku tinggal sikittttt je lagi nak pudar terus hahaha. InsyaAllah review penuh pasal serum tu akan diterbitkan hujung minggu ni, maybe hari Jumaat hehe. Doakan la aku ada masa nak menyelit tulis entri di celah-celah timbunan assignment ni.


Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Assalamualaikum.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. waa... best sungguh baca review ubat Doxy ni... alhamdulilah... Kulit Nasa dah cantik laaa... <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ❤ Alhamdulillah tak sia-sia usaha 2 bulan lebih tu 🙈

      Delete
  2. Macam best jer serum tu. Nak belilah lepas ni. Masuk dalam wishlists. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best hahaha...dan kebetulan pula baru je lepas publish full review pasal serum tu hihi jemput la baca
      https://officialnasa28.blogspot.com/2020/03/review-kayman-skintella-repairing-serum.html

      Delete
  3. Assalamualaikum sis , Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS