Hari tu dah cerita pasal kolagen Toujours yang putih bersih. Hari ni nak bercerita pula pasal satu lagi kolagen lain, K Colly Sweet 17 yang pink pastel ala princess gittew. Haa mengada-ngada kan aku ni sibuk nak berkolagen sana sini. Pengaruh Instagram la ni. -_-"
![]() |
| Pink. lol Pink |
![]() |
| Serbuk kaler pink perisa pelbagai beri yang sweet macam candy lol |
Harga satu tong RM160++. Tapi aku ada jumpa insta sorang kakak pemborong ni yang jual dengan harga RM90 inc. postage. Pada mulanya was-was juga sebab bukan sikit kes menipu online ni kan. Berhari-hari aku stalk insta dia. Lepas dah yakin baca testimoni pelanggan yang dia post, baru la aku borong dua tong terus. Dan Alhamdulillah, terbukti ORIGINAL FROM HQ.
Khasiat K Colly tak banyak beza dengan Toujours. Cuma yang plus pointnya, K Colly boleh cerahkan kulit. Kalau guna bertong-tong consistently selama bertahun-tahun, Insya ALLAH kemungkinan untuk transform jadi putih gebu macam Fathia Latiff tu tinggi. Tapi tu laa… aku guna dua tong je. Tak sempat putih, kolagen dah habis. Poket pulak kopak. huuuuuu
Walaupun tak jadi putih, tapi aku puas hati la dengan K Colly. Antara kesan-kesannya:
- Rambut lebih kuat – Ini serius. Dalam masa tiga hari aku dah nampak masalah rambut gugur aku berkurang. Kalau dulu lurut rambut dengan jari je dah dapat segenggam rambut gugur, lepas consume K Colly dia cuma gugur 1-10 je. Terubat kecewa aku lepas Toujours tak berjaya atasi masalah ni dulu ^-^
- Gusi lebih kuat – Oleh sebab K Colly dibuat daripada campuran pelbagai jenis beri, kandungan vitamin C dalam tu of course la tinggi. Hasilnya, masalah gusi berdarah aku hilang. Setiap kali berus gigi, tak ada dah buih ubat gigi warna merah yang keluar dari mulut aku. :D
- Kulit wajah lebih normal – Sepanjang consume K Colly, masalah kulit muka aku memang berkurang. Tak banyak jerawat, muka kurang berminyak. Cuma parut je yang merah-merah sikit. Malah kalau aku terlupa pakai krim siang Dnars pun, muka aku maintain lembap dan tak berminyak. Best oh! :D
- Kulit tubuh yang lain lebih lembut dan halus – Kesan yang ni boleh dilihat pada bibir dan tapak kaki. Bibir aku dah tak mudah menggelupas time hari panas, dan tak ada dah tumit kaki merekah. Bila gesel tapak kaki antara satu sama lain, boleh rasa kulit tapak kaki dah jadi lembut. Plus point!
Selain kesan-kesan positif di atas, ada satu lagi cerita menarik sebenarnya tentang kenapa aku betul-betul sukakan K Colly ni. Ini kisah betul tau. Bukan kisah dongeng yang direka semata-mata.
You see, aku mula consume K Colly ni pada 10 Disember 2014. Tarikh ni kalau dikira, jarak dia betul-betul 2 minggu sebelum kejadian banjir besar yang melanda Kelantan dan negeri Pantai Timur yang lain iaitu malam 24 Disember 2014. Rumah aku separuh tenggelam kot. Air naik sampai ke paras paha di dalam rumah lalu memaksa kami berpindah ke pusat pemindahan banjir yang terdekat (cilakak ayat skema SPM :3)
Kalau dah namanya duduk di pusat pemindahan, of course la semua kelengkapan tak cukup kan. Makan minum semua kena catu. Masuk tandas pun terpaksa pakai air banjir je untuk istinjak sebab paip tak keluar air. TNB potong bekalan elektrik sebab pencawang pun tenggelam. Takut kena renjatan elektrik. *masa tu baru tahu erti bersyukur dengan hidup yang sedia ada T_T*
So, aku yang selalunya minum air 4 liter sehari memang terjejas teruk. Terpaksa minum tak sampai seliter pun sehari untuk pastikan bekalan minuman keluarga aku cukup. Cuci muka pun dengan kuantiti air yang minima. Tak pakai sabun beras Dnars pun. Memang catu air habis-habisan.
Tapi…… walaupun dah seminggu aku skip K Colly, tak minum air yang cukup, dan tak cuci muka dengan Dnars Skincare, muka aku maintain tak berminyak. Anjal dia, lembap dia, semua sama je macam hari sebelum banjir tu. In fact tak ada tanda-tanda jerawat nak naik pun. Padahal sebelum makan K Colly, lupa cuci muka sebelum tidur pun dah naik jerawat bertompok-tompok masa bangun pagi. XD

Belakang aku tu jalan raya tau. Ianya dibina menurun dari puncak bukit tempat aku berdiri ni. Tapi air Masya Allah punyalah tinggi sampai tenggelam habis semua rumah kat bawah bukit tu. T_T
Tapi poin yang nak ditekankan kat sini adalah muka tu je. Bebas minyak dan bebas jerawat. Padahal baru 2 minggu consume K Colly sebelum skip sebab banjir. Itupun lepas banjir surut, aku skip lagi selama dua minggu. Sebab operasi bersihkan rumah ambil masa seminggu, dan tunggu bekalan air minum betul-betul bersih ambil lagi masa seminggu. Penat tak terkata. Tapi dah ujian ALLAH nak buat macam mana. :)
Overall, my rating for K Colly Sweet 17 is 5 stars. Memang suka sangat kesan dia walaupun dia ada perisa strawberi yang aku tak suka. Tapi sayangnya lepas habis tong kedua K Colly tu, ada isu bajet pula. Jadi tak boleh nak repeat order. Sebab tu jerawat berpuak-puak di muka. Insya ALLAH lepas kewangan dah stabil nanti aku nak beli lagi. :D
Yang tak berminat dengan Qu Puteh,
NaSa.






