November 2021 | NaSa

Ulasan Filem: The Medium (2021)

in , , by NaSa, November 23, 2021
Assalamualaikum

Yeaaah lama sikit cuti menulis kalini. Tak busy pun. Cuma mood nak hadap kerja penulisan sepanjang minggu lepas tu agak merudum jadi aku beralih kepada hobi satu lagi iaitu menonton anime dan filem. Terbalik sikit sebab sepanjang aku aktif bebenor publish entri hampir setiap hari tu, aku tak tonton apa-apa cerita pun walaupun ada banyak je dalam senarai nak tengok. Ikut giliran mood haha

Juadah Jumaat: Nasi Lemak Ayam Goreng

in , , by NaSa, November 12, 2021

Nasi lemak ayam kot hahahah
Assalamualaikum

Salam "sebelas.sebelas". Kalau kat Tanah Besar China, hari ni adalah hari sambutan untuk orang-orang single seperti saya. Bercampur baur rasanya uhuks. Di mana jodoh sayaaa? 😂

Apa-apa pun, Alhamdulillah lepas sekian lama dalam misi mencari roti Gardenia perisa pandan kelapa tu, akhirnya sis berjaya juga dapatkannya. Kemain beria-ia haritu jenguk pasar raya besar-besar kan. Tapi tak jumpa pun roti tu walau cuma bayang. Sampai I meroyan kejap di blog sebab frust betul hahahah

Jalan-jalan cari kuali

in , by NaSa, November 09, 2021
Assalamualaikum

Kuali...satu alat memasak yang jarang la diganti sebab tahan lasak kan. Jangan kata boleh buat memasak, baling kat penyamun pun sodap. Tapi tu la kuali yang ada di rumah ni kalau jenis yang telinga dua kiri kanan tu, tahan lama la. Masalah terletak pada kuali jenis yang ada tangkai pemegang tu.

Hati-hati kalau beli coklat dari Shopee

in , , by NaSa, November 08, 2021
Assalamualaikum



Berdebar tak baca tajuk tu? hehehe

Bukan niat nak menakutkan pun. Cuma rasanya kalau melibatkan produk coklat ni, pastu beli online pula kan, macam semua orang boleh agak je kan apa risikonya? 😂
Assalamualaikum

Kredit aku kini tamat tempoh tahun 2022 yee. Sengaja aku extend awal biar tak kalut haha

Aku kan sekarang pakai Wi-Fi Maxis bayar RM140+ setiap bulan. Jadi phone jarang la topap sebab sebarang komunikasi dengan sesiapa saja dibuat melalui medium Whatsapp dan emel, selain media sosial. Jadi kalau nombor takde kredit pun, aku masih boleh berhubung dengan orang lain. 

Imbau nostalgia game lama di Solitaire.org

in , , by NaSa, November 06, 2021
Assalamualaikum

Wahai pengguna-pengguna komputer, adakah anda kenal gambar yang dipaparkan di atas ni? 😆

Bagi generasi yang lahir lepas tahun 2000, mungkin tak ramai sempat guna komputer yang ada game di atas. Sebab lepas mereka besar sikit dan dah reti guna komputer, terus dapat Windows 7. Takpun kalau kaya, guna Apple MacIntosh haha. Jadi tak dapat la game ni sebab ia cuma ada dalam Windows XP ke Vista entah. Yang versi dulu-dulu la. Bukan macam komputer sekarang.

Jenaka Jumaat

in , by NaSa, November 05, 2021
Assalamualaikum

Rasa seperti sedang kena judge (👁.👁)





Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

Giveaway Ombak Bergigi Dot Com

in , , by NaSa, November 05, 2021
Assalamualaikum


Ayuh meriahkan satu lagi segmen giveaway anjuran rakan blogger, kali ni Om dari laman Ombak Bergigi. Mudah sangat peraturan yang ditetapkan. Jadi mari cuba rezeki mana tahu menang perfume hehe

Giveaway berjalan selama satu bulan bermula 2 November hingga 2 Disember 2021. Lama kan tapi takpe kita join awal biar tak kalut. Bertangguh kang akhirnya lupa pula. Aku la tu.
Assalamualaikum

Akhirnya... lepas sekian lama asyik tertangguh je nak buat Kek Batik Indulgence sebab teringin tapi kedekut nak beli bahan-bahannya yang mahal bebenor daripada kek batik biasa, akhirnya cita-cita sis nak buat kek ni berjaya. Alang-alang haritu hari jadi aku dan weekend sempat singgah di supermarket lepas balik dari pantai, boleh la pau kaklong beli bahannya sekaligus celebrate hari jadi diri sendiri haha

Piknik pendek di Pantai Geting

in , by NaSa, November 02, 2021
Assalamualaikum

2 November 2021. Belum terlambat kan untuk saya ucapkan selamat memasuki bulan November kepada anda semua~ Semoga bulan ini lebih baik daripada bulan sebelumnya huhu

Ni adalah sedikit throwback. Sebab hujung minggu lepas kan, tetiba je muka sis yang tak suka berjemur tengah panas ni boleh sampai ke pantai tau. Macam eh eh tiberrr sangat lol

Corndog tipu-tipu ke corndog penipu?

in , , by NaSa, November 01, 2021
Assalamualaikum

EXPECTATION.
Kredit: 123RF

Siapa yang selalu baca entri dalam blog ni akan tahu la sedikit sebanyak betapa terlebih sukanya aku kat corndog kan. Siap buat macam-macam versi lagi, corndog mozzarella tarik la, corndog korea la. Gigih kan aku belajar buat sendiri sebab nak jimatkan duit daripada beli kononnya.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS