July 2020 | NaSa

Diari Dialisis: Setahun Kemudian

in , , by NaSa, July 23, 2020
Assalamualaikum

Ini adalah entri yang bercampur baur dengan throwback.

Sedar tak sedar, dah setahun berlalu sejak mama disahkan mengalami kerosakan buah pinggang bulan Julai 2019 yang lepas. Rasa macam antara percaya dengan tidak je. Sebab rasa takde la lama sangat berlalu lepas merasa pengalaman ulang-alik hospital jadi penunggu tidur atas lantai bau antiseptik duk dengar bunyi mesin dialisis bergerak nenoneno dalam wad sepanjang hari haha

Penantian 45 hari PKP: Goodbye, UUM.

in , , , by NaSa, July 13, 2020
Assalamualaikum

Akhirnya tiba juga ke bab balik kampung masa memula PKP haritu. Padahal aku di kampung ni dah habis semua kelas online dan dah nak start cuti semester pun. Kemain lama nak update haha. Takpe la, yob. Ni pun kisah terakhir dah pasal PKP ni. Lepas ni kita boleh start cerita pasal benda lain pula.

Seperti teaser dalam entri haritu, aku disahkan boleh balik ke kampung aku di Kelantan sana pada 2 MEI 2020. Kalau kira jumlah hari sejak PKP bermula, 45 hari ye aku terkandas di UUM ni gara-gara kerajaan tutup sempadan antara negeri huhu. Nasib baik dapat makanan free dan ada juga Wi-Fi UUM yang laju tu. Tidak la aku jadi mayat hidup di sana huhu
Assalamualaikum

Gila la dah nak dekat raya Haji baru nak cerita pasal puasa haritu ke hahahaha

Maafin ye. Kereta api sis memang lambat sikit. Tapi biar la lambat daripada tak cerita langsung kan. Blog ni pun dah dua bulan takde isi selain yang aku tiba-tiba throwback pasal game Superstar BTS haritu je. Berguna sangat la entri tu pun haha


Lagipun pengalaman puasa kali ni kan unik sikit. Sengaja la guwe mahu abadikan di sini. Sebab setakat puasa jauh daripada family pastu esok lusa dah nak raya baru boleh balik tu biasa la. Lumrah belajar di luar negeri kan. Tapi sekurang-kurangnya ada juga kawan-kawan boleh ajak keluar berbuka sesama makan ramai-ramai. Tahun ni je sadis sikit kena sahur sorang, puasa sorang, berbuka sorang. Huuuu kusangka 2020 ni ada kereta terbang. Rupanya rancangan yang terbang.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS