June 2021 | NaSa
Assalamualaikum

NOTA PENTING: Pengambilan pil perancang Yasmin oleh penulis ini adalah atas nasihat doktor sakit puan untuk masalah cyst dan senggugut. Pengalaman mungkin berbeza bagi setiap individu. Disarankan agar dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum cuba. Terima kasih.

Hari ni kita bercakap pasal pil perancang ya. Amboi sangat topiknya sedangkan aku kahwin pun belum heheh. Tapi ni BUKAN pasal guna untuk cegah kehamilan. Seperti yang dinyatakan di atas, aku amalkan pil ni atas nasihat doktor sakit puan disebabkan kes cyst yang aku alami Februari 2020 tahun lepas. Kisahnya semua ada dalam entri Bahagian 1Bahagian 2, dan Bahagian 3 ni jadi jemputlah baca.
Assalamualaikum

Entri ini adalah spin-off daripada siri Masak-masak aku, dan berkaitan dengan cerita takoyaki tempoh hari.

Kenapa berkaitan?

Sebab kalau takoyaki tu makanan yang kempunan masa puasa, kek coklat lapis cheese ni adalah makanan yang kempunan masa raya. Sedih kan.

Rasa teringin nak makan kek ni timbul lepas tengok resepi yang orang share di Facebook. Nampak cantik dan sedap je kek coklat kukus bila ditambah lapisan keju tu. Memang pilihan salah la skrol Facebook masa bulan puasa ni sebab semua resepi orang share tu automatik nampak sedap sebab lapar kan haha
Assalamualaikum

(Nota kepala: Ini adalah sebuah kisah kempunan haha)
Sedap tak takoyaki saya?
(Update gambar baru lepas beli serbuk seaweed hehe)
Hai semua. Lama tak jumpa. Tak sangka aku ter-skip sebulan untuk menulis sebab bulan Mei takde update apa-apa langsung 💀 nak kata busy buat persiapan nak sambut raya, tak juga sebab tahun ni pun kita kan sambut raya dalam PKP. Hias rumah lawa-lawa pun mana ada orang datang rumah haha. Saja je melencong buat benda lain sebab nak lari daripada realiti kena buat assignment 😂
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS