January 2020 | NaSa
Assalamualaikum

Masih ingatkah anda tentang kewujudan makhluk ini?

Kalau tak ingat, dalam Diari Dialisis Part 4 sebelum ni aku pernah tulis pasal benda ni iaitu IJC, atau nama penuhnya Internal Jugular Catheter.

Ringkasnya, IJC ni alat yang dicucuk ke dalam urat darah pesakit buah pinggang (biasanya di leher) untuk tujuan haemodialisis atau bahasa mudah, cuci darah. Ia adalah temporary solution untuk membolehkan pesakit buah pinggang menjalani rawatan sekiranya mereka masih belum mempunyai AV fistula yang lebih kekal (AV fistula tu apa benda pulak? Lain kali aku cerita sebab ni cerita pasal IJC hahaha)

Tatacara Permohonan Tangguh Pengajian di UUM

in , by NaSa, January 29, 2020
Assalamualaikum


Ingat tak dalam entri Diari Dialisis Part 4 haritu aku tulis yang aku buat keputusan untuk tangguh satu semester di UUM disebabkan satu kejadian ni? Meh baca meh apa kisahnya.

Ikutkan rancangan asal, aku akan uruskan mama ulang alik cuci darah sepanjang cuti semester bulan Ogos tu. Lepas cuti habis dan aku balik ke UUM untuk sambung semester 3 yang start bulan September, kaklong akan ambil alih teman mama cuci darah sebab abah tak boleh handle sorang dan adik beradik lain pula kerja yang susah ambil cuti.

Prosedur Transfer Kredit Di UUM

in , by NaSa, January 27, 2020
Assalamualaikum

[[Anda bakal pelajar UUM? Baca juga: Pengalaman aku sebagai peminjam PTPTN]]

Ini adalah entri emergency hahahahahaha

Sumpah aku lupa nak update entri pasal cara transfer kredit masa memula masuk UUM dulu. Lepas student baru UUM hantar DM di Twitter baru teringat “laaaa aku tak tulis cerita pasal tu…” Padahal tu antara cerita yang aku excited nak up di blog sebab havoc nak mampos kisah kami nak transfer kredit lepas habis orientasi di UUM dulu. Rasa nak menangis hari-hari repeat refresh portal tengok kredit dah transfer ke belum pastu ulang-alik pergi HEA lagi 😂

Diari Dialisis: Part 4

in , , , by NaSa, January 25, 2020
Assalamualaikum

Dah baca bahagian-bahagian terdahulu ke belum? Kalau belum, singgah di bawah dulu:
Kemudian baru kita bersambung kepada kisah kali ini iaitu tarikh temujanji kedua pada…

19 OGOS 2019

Diari Dialisis: Part 3

in , , , by NaSa, January 23, 2020
Assalamualaikum

Iyaaaa bertemu lagi kita dalam siri Diari Dialisis di blog yang hambar ini. Takpe hambar hambar pun. Ada dua tiga orang pembaca yang baik hati sudi masuk menyumbang trafik kat blog ni pun aku dah cukup happy tengok graf statistik tu naik. Terima kasih kepada siapa yang membaca lol

Diari Dialisis: Part 2

in , , , by NaSa, January 19, 2020
Assalamualaikum

Dimulakan sambungan entri Diari Dialisis Part 1 ni dengan lafaz Bismillah.

Hehe maaflah lambat pula ceritanya menyusul. Aku malas nak menaip. Lagipun haritu tukar kad memori handphone pastu duk pindah-pindah folder sana sini, ada gambar hilang dan tak detect pula. Terus jadi “Maleh aku.”

Tapi sempena tahun baru 2020 ni aku nak la up sikit entri baru. Macam tahun lepas 2019 aku ada share pasal UUM kan. Tu pun terlebih rajin sebelum exam TITAS haha. Konon azam tahun baru 2019 masa tu nak aktif berblog la. Tapi last sekali hauk jugak hahahahaha
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS