2020 | NaSa
Assalamualaikum

Apa khabar, kawan-kawan? Tak sangka kita dah semakin beranjak meninggalkan tahun 2020 ni. Tahu-tahu dah masuk bulan November. Maksudnya tinggal sebulan lebih je lagi sebelum kita memasuki tahun 2021 dan tinggalkan tahun yang penuh suka duka ni. Rasanya lebih kepada duka la sebab kusangka boleh jumpa kereta terbang, rupanya duit dan nyawa yang banyak melayang gara-gara corona. Ke laut Wawasan 2020nya. Dugaan Tuhan hmm

Masak-masak: Sardin Bergulung

in , , , by NaSa, October 23, 2020
Assalamualaikum

Aku kan...tak ingat dah bila kali terakhir aku makan sardin gulung. Sebab rasa macam kali terakhir tu mungkin tahun lepas kot. Tapi rasa macam awal tahun haritu mungkin ada juga abang ipar atau abah aku belikan. Cumanya sardin gulung tu biasanya tak sedap sangat pun. Sebab tu kot memori aku berusaha untuk lupakan kewujudan pengalaman tersebut hahaha

Terima Kasih, Sejuta Mata!

in , by NaSa, October 13, 2020
Assalamualaikum

Credit: Capturly

Siapa sangka, dalam pada aku duk on off kejap update blog 2, 3 kali berturut-turut, kadang aku cuti tak jamah kehboard berbulan-bulan, tak sangka berjaya juga aku cecah milestone yang aku tak pernah termimpi pun boleh dapat. Sebab tahukah anda, pageviews untuk blog cikai aku ni akhirnya berjaya mencecah angka 1,000,000? πŸ˜„πŸŽ‰

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 3

in , , by NaSa, October 03, 2020
Assalamualaikum

Tak sangka pula bersambung lagi kisah ni. Ingatkan lepas habis ubat dari Klinik Raudhah di Changlun dulu, InsyaAllah dah tak ada masalah. Tapi dugaan, dia buat comeback pula lepas 3 bulan senyap je. Maka, tiba la kita ke bahagian 3 ini.

Sebelum tu bagi siapa yang tak tahu, baca la dulu 2 bahagian terawal di bawah:
Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 1
- macam mana aku mula sakit perut dan akhirnya disahkan ada cyst dalam ovari
Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 2
- pengalaman dan kesan lepas makan ubat selama sebulan terhadap cyst tersebut

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Finale

in , , by NaSa, October 01, 2020
Assalamualaikum

Ini adalah bahagian terakhir cerita pasal minggu orientasi masa mula-mula masuk UUM dulu. Lama gila kan baru nak update. Padahal aku dah nak masuk tahun ketiga di UUM ni hahah. Sorry la aku tak ingat pula ada lagi sambungannya. Sebab majlis ikrar dalam entri hari ketiga tu rasa cam dah event besar buat penutup minggu orientasi dah. Hakikatnya tak pun lol

Seni September

in , , by NaSa, September 30, 2020
Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik tak sangka dah nak habis dah bulan September ni. Cepat je masa berlalu. Tahu-tahu cuti semester pun dah nak habis. Minggu lagi satu dah kena start kelas balik secara online. Fuhh antara tak sabar dan tak redha tu sama banyak πŸ˜‚

Alang-alang cuti dah nak habis ni, aku rasa nak abadikan la sikit gambar aktiviti aku masa bulan September ni. Saja buat penyeri blog biar ada content. Biar la hakikatnya aku dah upload gambar ni di Instagram pun hehe. Takpe yang ni versi higher quality tak kena compress teruk cam Instagram biasa buat.

Hasil Belajar Online Satu Semester...

in , , by NaSa, September 16, 2020
Assalamualaikum

Selamat Hari Malaysia, kawan-kawan!! πŸŽ†πŸ‡²πŸ‡Ύ


Ke arah mencapai kegemilangan dan lebih keharmonian bersama semua rakyat berbilang kaum. Ewahhh πŸ’ͺ🏼

Nah poster daripada UUM haha
Selain cuti Hari Malaysia, hari Rabu yang istimewa ini boleh la dikatakan cuti untuk menyambut perjuangan kami kanak-kanak UUM juga. Sebabnya... semalam kami dah selamat menerima keputusan akhir untuk semester lepas. Huhu
Assalamualaikum

Yeeee bertemu lagi kita dalam segmen masak-memasak di sini. Macam biasa, resepi makanan tak berapa nak berkhasiat je yang aku sajikan ya. Kalau nak resepi yang rumit dan berzat tu pergi la cari blog orang lain sebab kat sini aku share resepi yang aku suka makan je. Dan aku suka makan benda tak berapa berkhasiat kahkahkah
Assalamualaikum

Apa pandangan anda tentang projek Do It Yourself atau nama glamer, projek DIY? Kalau aku, memang suka la benda macam tu sebab pertama, aku memang suka projek kraftangan (yang tak melibatkan menjahit). Kedua, spesis jimat (baca: broke) yang lagi rela buat sendiri sebelum consider untuk beli hehehe

Dalam banyak-banyak projek DIY yang aku pernah cuba tu kan, salah satunya tu termasuk la projek buat karpet daripada pakaian atau apa-apa kain, tak kisah la baru ke atau terpakai. Yang penting kain.

Kelas UUM bersambung online lagi...

in , , , by NaSa, August 24, 2020
Assalamualaikum

Apa khabar semua~?

Aku dari segi kesihatan fizikal, tak berapa baik sangat sebab sakit dalaman macam entri lepas tu berulang balik.

Dari segi mental pun, sama juga tak berapa baik lepas dapat tahu kelas fizikal di UUM untuk semester depan ditukar kepada kelas online lagi. Dan kali ni untuk SELURUH SEMESTER sampai tahun depan ya. Ggwp πŸ˜‚

Mula-mula aku tak percaya sangat. Ingatkan member gurau je sebab biasa la manusia ni ada yang jenis gurau kasar kan. Sekali tak gurau weh. Makin ramai pula yang share gambar pekeliling UUM yang kelas untuk semester depan akan dijalankan secara online.

Diari Dialisis: Setahun Kemudian

in , , by NaSa, July 23, 2020
Assalamualaikum

Ini adalah entri yang bercampur baur dengan throwback.

Sedar tak sedar, dah setahun berlalu sejak mama disahkan mengalami kerosakan buah pinggang bulan Julai 2019 yang lepas. Rasa macam antara percaya dengan tidak je. Sebab rasa takde la lama sangat berlalu lepas merasa pengalaman ulang-alik hospital jadi penunggu tidur atas lantai bau antiseptik duk dengar bunyi mesin dialisis bergerak nenoneno dalam wad sepanjang hari haha

Penantian 45 hari PKP: Goodbye, UUM.

in , , , by NaSa, July 13, 2020
Assalamualaikum

Akhirnya tiba juga ke bab balik kampung masa memula PKP haritu. Padahal aku di kampung ni dah habis semua kelas online dan dah nak start cuti semester pun. Kemain lama nak update haha. Takpe la, yob. Ni pun kisah terakhir dah pasal PKP ni. Lepas ni kita boleh start cerita pasal benda lain pula.

Seperti teaser dalam entri haritu, aku disahkan boleh balik ke kampung aku di Kelantan sana pada 2 MEI 2020. Kalau kira jumlah hari sejak PKP bermula, 45 hari ye aku terkandas di UUM ni gara-gara kerajaan tutup sempadan antara negeri huhu. Nasib baik dapat makanan free dan ada juga Wi-Fi UUM yang laju tu. Tidak la aku jadi mayat hidup di sana huhu
Assalamualaikum

Gila la dah nak dekat raya Haji baru nak cerita pasal puasa haritu ke hahahaha

Maafin ye. Kereta api sis memang lambat sikit. Tapi biar la lambat daripada tak cerita langsung kan. Blog ni pun dah dua bulan takde isi selain yang aku tiba-tiba throwback pasal game Superstar BTS haritu je. Berguna sangat la entri tu pun haha


Lagipun pengalaman puasa kali ni kan unik sikit. Sengaja la guwe mahu abadikan di sini. Sebab setakat puasa jauh daripada family pastu esok lusa dah nak raya baru boleh balik tu biasa la. Lumrah belajar di luar negeri kan. Tapi sekurang-kurangnya ada juga kawan-kawan boleh ajak keluar berbuka sesama makan ramai-ramai. Tahun ni je sadis sikit kena sahur sorang, puasa sorang, berbuka sorang. Huuuu kusangka 2020 ni ada kereta terbang. Rupanya rancangan yang terbang.

Selamat tinggal, Superstar BTS.

in , by NaSa, June 23, 2020
Assalamualaikum

Lama kan tak menulis sejak last entri pasal terkandas dek PKP di UUM haritu. Aku plan nak update sambungan cerita pasal tu sebenarnya tapi on hold kejap sebab ada satu berita yang agak sedih pula aku dapat tahu semalam. Berita pasal satu game bernama Superstar BTS ni yang dah ditamatkan servisnya bermula hari ini, 23 Jun 2020.

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 2

in , , by NaSa, April 22, 2020
Assalamualaikum

Selamat datang ke sambungan pasal alkisah cyst dan ovari bengkak tempoh hari. Dalam entri kalini, kita akan banyak fokus kepada kesan pengambilan pil hormon yang doktor bagi haritu ye? Ingat lagikah anda rupa bentuknya? Ni pil kat bawah ni.
***Take note entri ni pun sama juga panjang nak mampos ye. Macehh~

Kisah Aku, Cyst, dan Hormon: Bahagian 1

in , , by NaSa, April 21, 2020
Assalamualaikum

Pesanan penaja: Sukacita dimaklumkan entri ni panjang nak mampos ye. Aku nak bahagi pun takut mesej tak sampai dengan berkesan pula sebab momentum tak berterusan. Jadi bertabah la anda baca panjang-panjang ye. Ala duduk kuarantin di rumah ni mesti banyak masa lapang kan hehe

Seperti tajuk di atas, harini kita kongsi pengalaman macam mana aku disahkan ada cyst dalam ovari ye. Bukan sebelah ovari je tau, tapi kedua-dua OVARI KIRI dan KANAN. Haaa seram tak? Aku sendiri di klinik haritu rasa cam "wtf" haha tapi mujur ada member yang baik hati teman aku pergi scan tu. Takde la guwe seram sorang-sorang. Thank you Emy~
Assalamualaikum

Anggaplah entri ini merangkumi sekali diari untuk "COVID-19: Tersadai di UUM #Day25" sebab aku nak membebel pasal corn dog je harini ahahaha. Sebab dalam entri haritu kan aku ada cerita pasal aku gigih beli aluminium foil dan cheese segala bagai sebab mengidam nak makan grilled cheese kan. Well...ada satu lagi benda yang aku mengidam nak makan sebenarnya yakni corn dog ni la.
Assalamualaikum

Apa khabar duniaaaaaaaaaaaaaaa bloggggggggggerrrrr alammmmmmm mayaaaaaaaaaa?

Lama ye aku tak update aktiviti kat sini. Sihat ke tak, guys? Pejam celik pejam celik dah 3 minggu lebih kita kena kuarantin di rumah masing-masing ni kan? Anda masih waras ke di rumah tu? Aku ni siap felo UUM datang buat lawatan dari bilik ke bilik tau nak check student yang tak balik ni takut ada yang dah lost control bercakap dengan dinding ke apa. Terutamanya yang duduk sorang-sorang macam aku ni sebab "kategori merisaukan" haha prihatin betul felo pun πŸ˜‚
Assalamualaikum

**Entri ni adalah summary yang akan meliputi sekali aktiviti pada hari 6, 7, 8, dan 9 sepanjang terkandas di UUM yang aku tak update sebelum ni lol

Ya aku tak update blog setiap hari seperti yang diniatkan pun walaupun aku nak je tekan-tekan keyboard. Tapi tu la tak jadi juga sebab pertama, rasa macam takde benda nak tulis. Ye la expect ada material apa je kalau hari-hari cuma terkurung dalam bilik kan. Pastu sebab kedua, malas. Aku 4 hari ni memang seperti digam pada katil. Malas gila nak buat apa-apa. Minum air pun malas haha. Harini baru aku rasa nak menulis sebab bosan πŸ˜‚

COVID-19: Tersadai di UUM #Day5

in , , , , by NaSa, March 22, 2020
Assalamualaikum

Nak tahu tak?

Slim macam anak dara semula lol
Kempis gila perut dia. Jauh beza dengan semalam yang nampak kalau cucuk dengan jarum pun boleh meletup. Entah berapa ekor agaknya anak dalam perut dia semalam agaknya. Dah agak dah yang dia kemain bising mengiau sambil buat jelajah dunia dalam bilik aku semalam tu sebenarnya tengah cari tempat nak beranak. Mujur tak beranak betul-betul dalam bilik aku hahahah.

COVID-19: Tersadai di UUM #Day4

in , , , , by NaSa, March 21, 2020
Assalamualaikum

Tahu tak? Semalam kan...aku tidur lambat sebab khusyuk skrol twitter. Pukul 1 lebih camtu baru aku beransur pergi ke toilet untuk cuci muka for night skincare routine. Tapi masuk-masuk je ke toilet, aku dikejutkan dengan kewujudan suatu makhluk di dalam sinki. Tersentak guwe di muka pintu.

COVID-19: Tersadai di UUM #Day3

in , , , , by NaSa, March 20, 2020
Assalamualaikum

20 Mac 2020, hari ketiga perintah kawalan pergerakan di Malaysia dijalankan.

Aku masih going strong dalam hutan Sintok buat masa ni. Alhamdulillah. Tak ada masalah sangat pun kecuali bengang dengan jiran-jiran sebelah bilik je pada masa tertentu sebab ya Allah menjerit mengilai serupa orang gila. Semalam pun dah tengah-tengah malam duk buat apa entah berkumpul ramai-ramai dalam satu bilik bising nak mampus. Sekali aku tegur dalam group blok tanya "Apa benda yang meriah sangat aras satu tu? Ada kenduri ke?" Haa lepas tu baru shhhh sesama sendiri sebab tahu ada orang terganggu. Duhhh πŸ™„

COVID-19: Tersadai di UUM #Day2

in , , , , by NaSa, March 19, 2020
Assalamualaikum

19 Mac 2020, hari kedua perintah kawalan pergerakan di Malaysia dijalankan.

Apa khabar semua? Masih waraskah anda terkurung di rumah tu? Atau dah kebosanan tahap maksima sebab tak boleh keluar merayap pergi mana-mana takut nanti kena gegar dengan polis sebab tak reti-reti bahasa yang kerajaan suruh duduk rumah? Karang tak pasal-pasal kena denda RM1,000 atau kena sumbat penjara 6 bulan atau kedua-duanya hahahah

COVID-19: Tersadai di UUM #Day1

in , , , , by NaSa, March 18, 2020
Assalamualaikum

Lain macam je tajuk entri, kan?

Tapi itulah hakikatnya, kawan-kawan. Mulai harini yakni 18 Mac 2020, aku akan tersadai di UUM ni sepanjang 2 minggu sampai 31 Mac 2020. Dan tempoh tu mungkin dilanjutkan jadi 3 minggu sebab aku sebenarnya ada temujanji doktor di klinik sakit puan di Changlun 7 April 2020 ni. Malas nak ulang-alik antara Kelantan-Kedah banyak kali so aku fikir baik stay di UUM dan selesaikan semua urusan di sini sebelum aku balik ke pangkuan keluarga.
Assalamualaikum

Yeay akhirnya habis juga sebotol serum ni lepas sebulan aku menggigihkan diri pakai 2 kali sehari setiap kali sebelum pergi kelas dan sebelum tidur. Pertama kali tau aku rajin pakai sampai habis macam ni. Sebelum ni selalunya hangat-hangat tahi ayam je pakai separuh jalan. Pastu merungut membazir duit sebab pakai tak habis dan kulit pun tak nampak elok ke tidak haha padan muka siapa suruh tak istiqamah.
Assalamualaikum
***WARNING: Entri dipenuhi gambar close-up muka lol.

Nak tahu apa cara paling berkesan untuk dapatkan kulit flawless tanpa parut jerawat?


Caranya......JANGAN ADA JERAWAT!!

Sumpah berkesan. Bila tak ada jerawat, tak ada la kesan parut yang tinggal di muka. Bila tak ada kesan parut, flawless la kulit kita. Mudah je logik dia. Kan? Kan? πŸ˜‚

PTPTN: Rezeki Tak Terduga :)

in , , by NaSa, March 07, 2020
Assalamualaikum

BACA JUGA:

Kalau ikutkan, semalam aku dah pos entri baru kan (walaupun tu sebenarnya scheduled post hehe). Tapi malam ni izinkan aku untuk update lagi satu entri. Khususnya sebab nak berkongsi satu berita baik hehehe. Berita yang bagi aku suatu rezeki yang memang tak terduga sebab aku tak pernah terlintas pun yang aku akan dapat benda ni semester ni.

Hilangnya Sebatang Geraham

in , , by NaSa, March 06, 2020
Assalamualaikum


Apa khabar semua? Harap sihat la hendaknya. Aku pun sihat juga. Cuma masa awal tahun baru 2020 haritu je aku ada sakit sikit. Sakit gigi hahahaha

Punca sakit, sesuatu yang tak berapa dijangka iaitu: MUNCHY’S WHEAT CRACKER

Munchy's Wheat Cracker ni macam roti wholemeal tapi versi biskut. Dalam tu ada “wheat bran” iaitu kulit biji gandum yang dah dikisar. Khasiat wheat bran ni, tinggi kandungan serat. Tapi masa makan, akan rasa berpasir halus-halus dalam mulut. Feeling dia macam gigit sekam beras.
Assalamualaikum.

Hao jiu bu jian le. Ni men hao? Wo ye hen hao, xiexie! πŸ˜†

Ewah bercakap Mandarin pula kita kalini. Sesuatu sangat kan hahaha.

Kalau nak tahu, aku sangat sangaaat sukakan bahasa. Kalau boleh, semua bahasa asing aku nak belajar. Lagi banyak bahasa lagi bagus sebab boleh faham banyak benda haha. That's why masa mohon UPU dulu, aku ada sebut salah satu sebab aku pilih untuk pursue course International Business di UUM sebab course ni boleh pilih untuk belajar apa-apa bahasa asing daripada lapan pilihan bahasa.
Assalamualaikum

Yoshhh bertemu lagi kita dalam bahagian kedua kisah aku jadi tayar bas Didi and Friends berpusing-pusing dalam kampus UUM. Dalam entri bahagian pertama dah cerita pasal pengaktifan status dan add subjek kan. Kalini kita cerita pasal sambungannya pula iaitu proses permohonan bilik. Mana boleh jadi ada kelas tapi takde bilik woi. Aku nak tidur kat mana?? Takkan nak menumpang bilik member. Aku dah la member tak ramai sangat kat sini hahahah #loner
Assalamualaikum

Iyaaaa akhirnya aku berjaya merajinkan diri untuk tulis entri berkenaan kisah ke hulu ke hilir dalam UUM haritu untuk uruskan pengaktifan status dan pendaftaran bilik segala bagai haritu. Penat woi penat. 3-4 hari juga aku sakit urat lepas balik sini sebab ye la otot terkejut tetiba kena berjalan banyak-banyak lepas setengah tahun terperap dalam rumah je haha. Jaga-jaga sebab entri ni mungkin panjang (mostly sebab gambar besar je 🀣)

Wordless Wednesday #1

in , by NaSa, February 26, 2020
Assalamualaikum

Satu Malam di OYO Changlun Star Motel

in , , by NaSa, February 25, 2020
Assalamualaikum

Tak ada motif pun entri kalini. Saja nak belanja gambar hotel yang aku tidur satu malam sebelum balik UUM haritu je kohkohkoh.

Kali terakhir aku tidur di tempat berbayar ni kan, kalau tak salah tahun 2016. Masa tu kelas aku buat rombongan sukarelawan di rumah anak-anak yatim di Pulau Langkawi. Haaa merasa la kami yang perempuan ni tidur himpit-himpit dekat 20 orang dalam homestay yang luasnya cukup-cukup makan. Havoc tapi boleh tahan best. Tiberrr rindu geng KPM Ayer Molek πŸ˜‚
Assalamualaikum



Bismillah~

My first segmen yang aku join since kali terakhir tahun 2015 dulu hehe. Sebabnya dah lama tak aktif berblog. Entri yang update 2-3 kali setahun tu pun sebab share journey rawat kulit rosak dan juga nak jawab soalan bakal-bakal junior yang nak masuk Kolej Profesional MARA Ayer Molek πŸ˜†

Untuk segmen julung-julung kali ni, Cik Anis kita minta aku cerita pasal favorite food ye.
Assalamualaikum

Dalam review heat patch Ammeltz Yoko Yoko yang lepas, aku ada sebut pasal 2 lagi produk yang aku cuba untuk kurangkan sakit senggugut masa period. Salah satu produk tu lebih murah daripada Ammeltz manakala lagi satu tu lebih mahal. Dalam entri kali ni, aku akan review produk alternatif yang lebih murah tu dulu iaitu MENOSMOOTH HERBAL PLASTER.
Assalamualaikum

Jika anda seorang perempuan dan tidak pernah nampak produk ini, adakah anda yakin anda betul-betul seorang perempuan? πŸ€”

Hahahahahaha I gurau je. Aku tahu tak semua perempuan alami senggugut masa period. And even if mereka alami senggugut pun, tak semestinya mereka akan guna heat patch macam ni untuk redakan sakit perut tu. Preference orang lain-lain kan. Ada yang lebih suka sapu minyak panas, makan ubat tahan sakit, atau tuam dengan pek air panas.

Drama Drop Subjek di UUM πŸ˜‚

in , , by NaSa, February 15, 2020
Assalamualaikum

Entah apa jenis blogger la aku ni kan. Biasanya budak universiti ramai yang jadi foodhunter tak pun traveller. Mesti share tempat-tempat menarik yang boleh pergi makan dan buat aktiviti menarik to create memories dengan kawan-kawan. Tapi aku share pasal cara drop subjek????

Tak boleh buat apa sebab aku cerewet bab makan dan tak minat aktiviti yang kena spend duit dan tenaga. My introverted ass lagi suka duduk dalam bilik untuk menulis, membaca, anime, dan KUCING!!! Plus alang-alang aku ada gambar masa drop subjek haritu, saja la aku share di sini lol

Review: Mask Kunyit Yellow Gorgeous

in , , , by NaSa, February 11, 2020
Assalamualaikum

Kalau anda seorang warga Twitter yang aktif dan prihatin pasal kecantikan, mesti anda tahu pasal kewujudan skincare Twitter. Mereka  ni golongan skincare enthusiasts yang rajin kongsi pelbagai review produk. Ada yang affordable, ada yang mahal tahap terkoyak poket lol. Macam-macam la ada dan yang pasti amat membantu other users like me untuk buat pilihan nak cuba produk apa.


Aku jumpa golongan skincare Twitter ni tahun 2014 masa zaman kegemilangan akaun @twtkecantikan. Famous akaun ni. Curators lawa. Followers pun lebih 50k. Sayang sekarang tak gemilang dah sebab akaun tu kena hack dan tips best yang curators share semua hilang. So aku follow akaun personal para curator pula.
Assalamualaikum

Akhirnya… selepas berpart-part, siri buah pinggang ini bakal tamat juga siarannya. Lepas ni aku nak update pasal apa agaknya? Review produk-produk yang aku ambil gambar tapi tak tertulis pengalaman aku masa guna kot. Alang-alang folder pictures aku pun dah padat kan. Tapi kalau jumpa semangat rajin la πŸ˜‚

Tapi sebelum fikir apa nak buat pasni, kita kupas dulu topik dalam tajuk di atas ya.

APAKAH ITU HUDAZ DIALYSIS CENTRE?

Diari Dialisis: Part 6

in , , , by NaSa, February 05, 2020
Assalamualaikum

Suka aku maklumkan bahawa ini adalah bahagian terakhir untuk siri Diari Dialisis yang bertempat di hospital Pasir Mas. Episod finale pasni bukan kat sini dah sebab pada bulan Oktober 2019, kami dah dapat tempat di pusat dialisis swasta. Yeay tepuk tepuk tepuk semangat tangan πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Tapi sebelum tu aku nak tanya.

Pernah tak korang alami, masa pergi buat medical checkup ke, jumpa doktor sebab demam ke, atau masa check gigi ke apa, doktor tanya “awak ada alergi ubat ke? πŸ€”"
Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat tak?

Aku dah hampir kena balik UUM ni. Jadi sebelum tarikh aku berangkat pergi, meh habiskan sikiiiiiit je lagi cerita yang berkaitan dengan Diari Dialisis ni. Lepas ni aku dah start kelas, entah bila pula baru rajin nak menulis. Entah-entah hujung tahun baru jumpa keyboard hehehe

Diari Dialisis: Part 5

in , , , by NaSa, February 01, 2020
Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam siri Diari Dialisis, kali ni masuk bahagian kelima. Dah habis 4 bahagian rupanya. Untuk bahagian-bahagian sebelumnya, boleh la ke page Diari Dialisis sebab kalau aku nak list satu-satu kat sini, nanti makan space.

Untuk bahagian 5 ni, sepatutnya tarikh dia 2 September 2019. Tapi masa tu mama demam maka terponteng la tarikh tersebut. Aku call hospital untuk maklumkan pada nurse Wad Intan dan nurse kata datang je bila-bila lepas sihat. Jadi tarikh mama masuk wad berubah kepada…
Assalamualaikum

Masih ingatkah anda tentang kewujudan makhluk ini?

Kalau tak ingat, dalam Diari Dialisis Part 4 sebelum ni aku pernah tulis pasal benda ni iaitu IJC, atau nama penuhnya Internal Jugular Catheter.

Ringkasnya, IJC ni alat yang dicucuk ke dalam urat darah pesakit buah pinggang (biasanya di leher) untuk tujuan haemodialisis atau bahasa mudah, cuci darah. Ia adalah temporary solution untuk membolehkan pesakit buah pinggang menjalani rawatan sekiranya mereka masih belum mempunyai AV fistula yang lebih kekal (AV fistula tu apa benda pulak? Lain kali aku cerita sebab ni cerita pasal IJC hahaha)

Tatacara Permohonan Tangguh Pengajian di UUM

in , by NaSa, January 29, 2020
Assalamualaikum


Ingat tak dalam entri Diari Dialisis Part 4 haritu aku tulis yang aku buat keputusan untuk tangguh satu semester di UUM disebabkan satu kejadian ni? Meh baca meh apa kisahnya.

Ikutkan rancangan asal, aku akan uruskan mama ulang alik cuci darah sepanjang cuti semester bulan Ogos tu. Lepas cuti habis dan aku balik ke UUM untuk sambung semester 3 yang start bulan September, kaklong akan ambil alih teman mama cuci darah sebab abah tak boleh handle sorang dan adik beradik lain pula kerja yang susah ambil cuti.

Prosedur Transfer Kredit Di UUM

in , by NaSa, January 27, 2020
Assalamualaikum

[[Anda bakal pelajar UUM? Baca juga: Pengalaman aku sebagai peminjam PTPTN]]

Ini adalah entri emergency hahahahahaha

Sumpah aku lupa nak update entri pasal cara transfer kredit masa memula masuk UUM dulu. Lepas student baru UUM hantar DM di Twitter baru teringat “laaaa aku tak tulis cerita pasal tu…” Padahal tu antara cerita yang aku excited nak up di blog sebab havoc nak mampos kisah kami nak transfer kredit lepas habis orientasi di UUM dulu. Rasa nak menangis hari-hari repeat refresh portal tengok kredit dah transfer ke belum pastu ulang-alik pergi HEA lagi πŸ˜‚

Diari Dialisis: Part 4

in , , , by NaSa, January 25, 2020
Assalamualaikum

Dah baca bahagian-bahagian terdahulu ke belum? Kalau belum, singgah di bawah dulu:
Kemudian baru kita bersambung kepada kisah kali ini iaitu tarikh temujanji kedua pada…

19 OGOS 2019

Diari Dialisis: Part 3

in , , , by NaSa, January 23, 2020
Assalamualaikum

Iyaaaa bertemu lagi kita dalam siri Diari Dialisis di blog yang hambar ini. Takpe hambar hambar pun. Ada dua tiga orang pembaca yang baik hati sudi masuk menyumbang trafik kat blog ni pun aku dah cukup happy tengok graf statistik tu naik. Terima kasih kepada siapa yang membaca lol

Diari Dialisis: Part 2

in , , , by NaSa, January 19, 2020
Assalamualaikum

Dimulakan sambungan entri Diari Dialisis Part 1 ni dengan lafaz Bismillah.

Hehe maaflah lambat pula ceritanya menyusul. Aku malas nak menaip. Lagipun haritu tukar kad memori handphone pastu duk pindah-pindah folder sana sini, ada gambar hilang dan tak detect pula. Terus jadi “Maleh aku.”

Tapi sempena tahun baru 2020 ni aku nak la up sikit entri baru. Macam tahun lepas 2019 aku ada share pasal UUM kan. Tu pun terlebih rajin sebelum exam TITAS haha. Konon azam tahun baru 2019 masa tu nak aktif berblog la. Tapi last sekali hauk jugak hahahahaha
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS