February 2020 | NaSa
Assalamualaikum

Iyaaaa akhirnya aku berjaya merajinkan diri untuk tulis entri berkenaan kisah ke hulu ke hilir dalam UUM haritu untuk uruskan pengaktifan status dan pendaftaran bilik segala bagai haritu. Penat woi penat. 3-4 hari juga aku sakit urat lepas balik sini sebab ye la otot terkejut tetiba kena berjalan banyak-banyak lepas setengah tahun terperap dalam rumah je haha. Jaga-jaga sebab entri ni mungkin panjang (mostly sebab gambar besar je 🀣)

Wordless Wednesday #1

in , by NaSa, February 26, 2020
Assalamualaikum

Satu Malam di OYO Changlun Star Motel

in , , by NaSa, February 25, 2020
Assalamualaikum

Tak ada motif pun entri kalini. Saja nak belanja gambar hotel yang aku tidur satu malam sebelum balik UUM haritu je kohkohkoh.

Kali terakhir aku tidur di tempat berbayar ni kan, kalau tak salah tahun 2016. Masa tu kelas aku buat rombongan sukarelawan di rumah anak-anak yatim di Pulau Langkawi. Haaa merasa la kami yang perempuan ni tidur himpit-himpit dekat 20 orang dalam homestay yang luasnya cukup-cukup makan. Havoc tapi boleh tahan best. Tiberrr rindu geng KPM Ayer Molek πŸ˜‚
Assalamualaikum



Bismillah~

My first segmen yang aku join since kali terakhir tahun 2015 dulu hehe. Sebabnya dah lama tak aktif berblog. Entri yang update 2-3 kali setahun tu pun sebab share journey rawat kulit rosak dan juga nak jawab soalan bakal-bakal junior yang nak masuk Kolej Profesional MARA Ayer Molek πŸ˜†

Untuk segmen julung-julung kali ni, Cik Anis kita minta aku cerita pasal favorite food ye.
Assalamualaikum

Dalam review heat patch Ammeltz Yoko Yoko yang lepas, aku ada sebut pasal 2 lagi produk yang aku cuba untuk kurangkan sakit senggugut masa period. Salah satu produk tu lebih murah daripada Ammeltz manakala lagi satu tu lebih mahal. Dalam entri kali ni, aku akan review produk alternatif yang lebih murah tu dulu iaitu MENOSMOOTH HERBAL PLASTER.
Assalamualaikum

Jika anda seorang perempuan dan tidak pernah nampak produk ini, adakah anda yakin anda betul-betul seorang perempuan? πŸ€”

Hahahahahaha I gurau je. Aku tahu tak semua perempuan alami senggugut masa period. And even if mereka alami senggugut pun, tak semestinya mereka akan guna heat patch macam ni untuk redakan sakit perut tu. Preference orang lain-lain kan. Ada yang lebih suka sapu minyak panas, makan ubat tahan sakit, atau tuam dengan pek air panas.

Drama Drop Subjek di UUM πŸ˜‚

in , , by NaSa, February 15, 2020
Assalamualaikum

Entah apa jenis blogger la aku ni kan. Biasanya budak universiti ramai yang jadi foodhunter tak pun traveller. Mesti share tempat-tempat menarik yang boleh pergi makan dan buat aktiviti menarik to create memories dengan kawan-kawan. Tapi aku share pasal cara drop subjek????

Tak boleh buat apa sebab aku cerewet bab makan dan tak minat aktiviti yang kena spend duit dan tenaga. My introverted ass lagi suka duduk dalam bilik untuk menulis, membaca, anime, dan KUCING!!! Plus alang-alang aku ada gambar masa drop subjek haritu, saja la aku share di sini lol

Review: Mask Kunyit Yellow Gorgeous

in , , , by NaSa, February 11, 2020
Assalamualaikum

Kalau anda seorang warga Twitter yang aktif dan prihatin pasal kecantikan, mesti anda tahu pasal kewujudan skincare Twitter. Mereka  ni golongan skincare enthusiasts yang rajin kongsi pelbagai review produk. Ada yang affordable, ada yang mahal tahap terkoyak poket lol. Macam-macam la ada dan yang pasti amat membantu other users like me untuk buat pilihan nak cuba produk apa.


Aku jumpa golongan skincare Twitter ni tahun 2014 masa zaman kegemilangan akaun @twtkecantikan. Famous akaun ni. Curators lawa. Followers pun lebih 50k. Sayang sekarang tak gemilang dah sebab akaun tu kena hack dan tips best yang curators share semua hilang. So aku follow akaun personal para curator pula.
Assalamualaikum

Akhirnya… selepas berpart-part, siri buah pinggang ini bakal tamat juga siarannya. Lepas ni aku nak update pasal apa agaknya? Review produk-produk yang aku ambil gambar tapi tak tertulis pengalaman aku masa guna kot. Alang-alang folder pictures aku pun dah padat kan. Tapi kalau jumpa semangat rajin la πŸ˜‚

Tapi sebelum fikir apa nak buat pasni, kita kupas dulu topik dalam tajuk di atas ya.

APAKAH ITU HUDAZ DIALYSIS CENTRE?

Diari Dialisis: Part 6

in , , , by NaSa, February 05, 2020
Assalamualaikum

Suka aku maklumkan bahawa ini adalah bahagian terakhir untuk siri Diari Dialisis yang bertempat di hospital Pasir Mas. Episod finale pasni bukan kat sini dah sebab pada bulan Oktober 2019, kami dah dapat tempat di pusat dialisis swasta. Yeay tepuk tepuk tepuk semangat tangan πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Tapi sebelum tu aku nak tanya.

Pernah tak korang alami, masa pergi buat medical checkup ke, jumpa doktor sebab demam ke, atau masa check gigi ke apa, doktor tanya “awak ada alergi ubat ke? πŸ€”"
Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat tak?

Aku dah hampir kena balik UUM ni. Jadi sebelum tarikh aku berangkat pergi, meh habiskan sikiiiiiit je lagi cerita yang berkaitan dengan Diari Dialisis ni. Lepas ni aku dah start kelas, entah bila pula baru rajin nak menulis. Entah-entah hujung tahun baru jumpa keyboard hehehe

Diari Dialisis: Part 5

in , , , by NaSa, February 01, 2020
Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam siri Diari Dialisis, kali ni masuk bahagian kelima. Dah habis 4 bahagian rupanya. Untuk bahagian-bahagian sebelumnya, boleh la ke page Diari Dialisis sebab kalau aku nak list satu-satu kat sini, nanti makan space.

Untuk bahagian 5 ni, sepatutnya tarikh dia 2 September 2019. Tapi masa tu mama demam maka terponteng la tarikh tersebut. Aku call hospital untuk maklumkan pada nurse Wad Intan dan nurse kata datang je bila-bila lepas sihat. Jadi tarikh mama masuk wad berubah kepada…
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS