August 2021 | NaSa
Assalamualaikum

Ini adalah sebuah entri muhasabah diri.

Selain itu, ia juga adalah ulasan pendek bagi anime bertajuk Gin no Saji yang diterbitkan pada tahun 2013. Tapi aku rasa macam lebih kepada bagi spoiler je hahaha
Tajuk: Gin no Saji (Silver Spoon).
Genre: Coming-of-age, Slice of life, Comedy.
Sinopsis
Anime Gin no Saji mengisahkan tentang pelajar lelaki bernama Hachiken Yuugo yang berasal dari Tokyo. Akibat tertekan dengan expectation daripada keluarga dia dan stres sebab selalu dibandingkan dengan abang dia yang lebih pandai, Hachiken pindah ke sekolah pertanian yang terletak di kawasan luar bandar lepas dia gagal masuk ke sekolah yang dia nak. Hachiken ingat kalau belajar di sekolah luar bandar ni lagi mudah daripada belajar di bandar sebab kurang persaingan. Selain tu, Hachiken pindah tu macam nak tunjuk rebel la kat ayah dia yang rigid dan tak mesra langsung dengan dia tu.
Assalamualaikum


Ini adalah entri tentang cara-cara nak semak bila PTPTN akan kreditkan nilai pinjaman ke dalam akaun simpanan pelajar setiap semester. Sebab aku check Google Analytics tengok hari-hari ramai yang baca entri pasal duit PTPTN aku tiba-tiba masuk tahun lepas. Terkejut juga tengok dah lebih 34,000 pageviews. Ada yang jumpa sebab guna keyword "bila PTPTN masuk" pula tu. Padahal tu bukan entri untuk perkongsian ilmiah pun. Lebih kepada catatan biasa sebab masa tu sis tak expect tetiba dapat duit haha

Keputusan semester 6 dah tiba!!

in , , , by NaSa, August 23, 2021
Assalamualaikum

Berita besar~
BERITA BESAR!

Tahukah anda? 

Pada tarikh bersejarah 23 Ogos 2021 hari ini, UUM dah keluarkan keputusan peperiksaan akhir untuk semester A202 yang lepas. Memula ingatkan lambat lagi nak keluar tau sebab sem-sem lepas macam lambat. Alih-alih Jumaat lepas, tengok ada kawan dah pos di status Whatsapp pasal gambar hebahan tarikh keputusan peperiksaan yang HEA UUM pos di Facebook. Terus berdebar-debar sister jadinya. Sangat sesurpris ye pengumumannya.
Assalamualaikum

AMARAN: Entri throwback bergambar yang sangat panjang 😂

Dah habis kisah masa orientasi lepas daftar di KPM Ayer Molek, dah cerita juga pasal rutin hidup di asrama Tun Teja. Seterusnya kita sembang pasal kelas la pula. 

Berbeza dengan bilik dan homeroom yang diberi random, kelas ni dah ditetapkan sebelum daftar lagi. Lepas habis MISRA, boleh check senarai nama di papan kenyataan tepi tangga makmal komputer tengok dapat kelas apa. Zaman kami, ada 4 kelas ABCD untuk setiap kursus DBS dan DIA. Aku dapat kelas B dan sepanjang di Aymo tu aku kekal dalam kelas B setiap semester sampai habis belajar hehe #sissetia

Selamat hari lahir, Amir Faris!

in , , by NaSa, August 20, 2021
Assalamualaikum

Iyaaaa sebenarnya masa 16 Ogos haritu adalah hari lahir anak buah aku yang ketiga, dak Amir Faris, atau gelarannya Amang Paghih. Dah cecah 11 tahun dah budak ni. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ni je duk baby-baby lagi. Tu pun besar dan berat terlebih tak macam baby sebaya dia sebab ikut baka moyang dia yang Arab-Arab sikit. Maka jadi la terlebih tinggi dan besar. Chubby teruk. Dukung rasa nak patah pinggang hahahah
Assalamualaikum

Kalau haritu dah cerita pasal program orientasi iaitu MISRA di KPM Ayer Molek (Aymo), kali ni kita cerita pasal asrama di sana pula. Tapi khusus untuk asrama perempuan je la ya sebab aku tak pernah jejak pun asrama lelaki. Biasa lalu je depan tu sebab nak pergi ke surau ✌🏻

Blok asrama di KPM Ayer Molek ni ada empat. 3 daripadanya, blok Tun Ali, Tun Perak dan Tun Mutahir untuk pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan pula semua ditempatkan di blok Tun Teja. Tapi jarak dua kawasan ni seberang jalan je so tak jauh pun.
Assalamualaikum

Jom throwback kisah hidup di KPM Ayer Molek yukkk...walaupun aku sebenarnya dah lebih 3 tahun tinggalkan bumi KPM di Melaka hehehe
Dulu masa belajar selalu rasa nak balik. Ni dah grad rasa rindu kolej pula haha
Saja je nak imbau kenangan lama memandangkan hidup di KPM Ayer Molek dari tahun 2015 sampai 2018 tu adalah zaman sebagai pelajar IPT paling best bagi aku. Hidup degree di UUM ni pun best juga tapi ada COVID kan. Sempat setahun je di kampus UUM. Pastu PKPKP. Jemu dah hadap dinding rumah. Sis sedih!!!
Assalamualaikum

Tidak tergodakah anda melihat corndog saya kali ini?
Akhirnya ada rupa corndog yang cantik sikit haha
Ya kali ni kita masih gigih buat acara memasak corndog ya. Saja menggedik nak buat lagi sebab corndog mozzarella yang tahun lepas punya kan macam jadi tak jadi je. Batter tak melekat di sosej. Meleleh sana sini dalam kuali. Cheese pun cair dan bocor dari salutan batter masa digoreng. Sedih betul tengok rupa parasnya selepas dimasak sebab ada yang melebar ke tepi, ada yang bertompok sana sini. Tak smooth dan tak bulat elok macam corndog mat saleh pun.

Hilang geraham bongsu pula.

in , , by NaSa, August 11, 2021
Assalamualaikum

Nota: Panjang sikit cerita meroyan aku yang ni. Mohon bertabah.

Siapa sangka, selepas setahun setengah berlalu, kini aku terpaksa cabut lagi sebatang geraham. Padahal tahun lepas dah cabut sebatang geraham kan. Kesian betul makin lama makin takde "pagar" dalam mulut aku. Walhal umur belum cecah 30 tahun pun haha. Cumanya kalau kejadian cabut geraham tahun lepas disebabkan kemalangan tergigit biji gandum keras semasa makan biskut, geraham kali ni lebih kepada kejadian malang yang tak dapat diduga. Dan ianya melibatkan geraham bongsu.

Masak-masak: Kek Batik Sesuka Hati

in , , by NaSa, August 10, 2021
Assalamualaikum

Kenapa kek batik ni sesuka hati?

Sebab resepi yang diguna tu derhaka teruk kepada resepi asal yang menjadi rujukan hahahahah. Takpe la kek batik ni bukan susah pun kaedah memasaknya. Lagipun kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Jadi letak je la bahan-bahannya banyak mana pun asalkan rasanya kena dengan citarasa tekak kita kan.
Yang penting kek batik aku sedap 😋
Tahukah anda?

Kek batik adalah makanan yang penuh nostalgia untuk aku. Sebab bahan kek batik kan guna Milo dan Milo ni dulu-dulu kira mahal la juga. Family aku pula bukan banyak duit. Jadi kalau nak buat kek batik sekadar saja-saja ni memang tak mampu la. Kena tunggu hari istimewa macam hari raya baru boleh merasa sebab setahun sekali kan.

Laptop dah nak masuk kubur...

in , by NaSa, August 07, 2021
Assalamualaikum

Akhirnya...setelah 8 tahun setengah berkhidmat, laptop Acer kechentaan aku kini sudah dalam perjalanan menuju ke alam barzakh. Tu pun setelah berhari-hari dia main cak-cak dengan aku. Memula okey je hidup macam biasa. Tapi lepas Windows 10 dalam laptop ni update diri sendiri masa 4 Ogos haritu (mentang-mentang la connected dengan WiFi), laptop aku hilang harapan terus. 

Elok-elok aku tengah guna, tetiba cursor atau anak panah tu tak bergerak. Aku ingatkan wireless mouse aku tu habis bateri sebab aku dah lama tak caj. Tapi guna touchpad pun sama je tak bergerak. Tekan butang segala butang pun takde respon. Dah lama sangat sangkut, aku force shutdown la tekan butang power tu 10 saat. Tapi hambek kau. Lepas pasang balik tu, tak sampai 5 minit akan jadi error keluar Blue Screen of Death (BSOD) yang paling menyampah tu dan laptop restart diri sendiri.
Assalamualaikum

Adakah anda kenal akan aplikasi JOOX ini?

Aku rasa pun macam ramai je yang kenal. Lebih-lebih lagi kalau yang main WeChat sebab dua benda ni adik beradik bawah ibu syarikat sama iaitu Tencent. Cumanya fungsi je la berbeza. WeChat tempat bersosial. JOOX pula macam Spotify, Apple Music, atau Youtube Music sebab tempat untuk kita stream lagu. Tapi sekarang nak bersosial dalam JOOX pun boleh haha.

Selain stream lagu, ada banyak lagi servis JOOX sebenarnya. Boleh nyanyi karaoke, radio, tengok persembahan live, upload video pendek macam TikTok, buka room bersembang dengan orang lain, etc. Siap kalau ada majlis anugerah tertentu macam anugerah MAMA untuk artis K-Pop di Korea pun boleh tengok di JOOX. Dah banyak maju berbanding dengan dulu. 

Ulser dah rupa internet bulanan.

in , , by NaSa, August 04, 2021
Assalamualaikum
Pernahkah anda ditimpa bala penyakit yang ini? 😌
Kenapa aku cakap ulser ni macam internet bulanan?

Sebab hidup sebagai seorang aku ni, memang hampir setiap bulan akan dapat ulser. Gusi, lidah, lelangit, anak tekak, boleh kata semua tempat dalam mulut ni dia pernah menyinggah. Naik pula bukan sebiji dan bersaiz kecil. Dah banyak kali dah dapat 2-3 biji sekaligus di tempat berbeza, membesar pula dekat saiz 1cm, ambil masa lama nak sembuh, dan sakit pula masuk tahap mencarut haha
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS