Assalamualaikum

Apa khabar, kawan-kawan? Tak sangka kita dah semakin beranjak meninggalkan tahun 2020 ni. Tahu-tahu dah masuk bulan November. Maksudnya tinggal sebulan lebih je lagi sebelum kita memasuki tahun 2021 dan tinggalkan tahun yang penuh suka duka ni. Rasanya lebih kepada duka la sebab kusangka boleh jumpa kereta terbang, rupanya duit dan nyawa yang banyak melayang gara-gara corona. Ke laut Wawasan 2020nya. Dugaan Tuhan hmm