2019 | NaSa

Diari Dialisis: Part 1

in , , , by NaSa, October 09, 2019
Assalamualaikum

Sekadar perkongsian buat semua, tanggal 19 Julai 2019 haritu, doktor telah mengesahkan yang mak aku telah mengalami kerosakan buah pinggang tahap akhir. Nama english dia, End Stage Renal Disease (ESRD). Bukan calang-calang rosak ye. Rosak yang kena cuci darah guna mesin tu. Bukan cuci sekali dua, tapi sepanjang hayat. Sebab tu nama entri ni “Diari Dialisis”. Catchy gituuu hehe

Lama dah nak cerita pasal ni sebenarnya. Tapi takde masa nak menaip dan fikiran pun agak jumbled pasal benda ni sebab ye la terkejut kan. Memula tak tahu nak mula dari mana. Kalini baru la dapat sembang bersama.
Assalamualaikum

Korang suka pakai inai tak?

Kalau aku, aku tak minat sangat sebenarnya. Sebab dulu kan kena ambik daun inai dari pokok. Leceh nak tumbuk daun tu sampai lumat semua. Kalau pakai ramai-ramai, lagi banyak daun nak pakai, lagi lama nak tumbuk. Walaupun bukan aku yang tumbuk, aku bukan sabar sangat bab menunggu ni so bye.
Assalamualaikum

Apa khabar warga maya? Harap anda semua sihat. Kalau tak sihat, makanlah ubat agar cepat sihat.

Harini aku rajin sikit nak menaip. Jadi hajat di hati macam nak bersembang ala-ala ilmiah berkenaan satu makanan tambahan a.k.a supplement a.k.a vitamin(?) yang aku dah makan selama hampir 2 tahun ni. Namanya, Evening Primrose Oil (EPO). Bagi yang kenal tu, kenal la. Bagi yang tak kenal, haa ayuh kita berkenalan.

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Hari #3

in , , , by NaSa, January 30, 2019
Assalamualaikum.

Dah masuk entri ketiga bercerita pasal minggu orientasi sesi A181 2018/2019 di UUM ni kan? Bosan dah agaknya siapa yang baca lol.

Tabah la anak-anak. Termasuk entri yang ni, tinggal lagi dua entri je siri MSK ni nak habis. Lepas ni aku pun tak tahu dah nak update pasal apa. Mungkin pasal aktiviti “Discovering UUM” pulak kot. Tapi tak janji la aku rajin ke tak nak menulis ✌🏼

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Hari #2

in , , , by NaSa, January 29, 2019
Assalamualaikum

Entri harini kita sambung pasal hari kedua Minggu Suai Kenal (MSK) a.k.a minggu orientasi di UUM haritu. Sepatutnya update siri orientasi ni sampai habis dulu baru update pasal bilik tapi aku malas nak tunggu sebab ada beberapa junior yang bakal masuk UUM tanya pasal tempat tinggal so aku update la pasal bilik dulu biar senang mereka baca ✌🏼

Hari kedua MSK ni bermula dengan solat Subuh macam biasa la bagi Muslim. Tapi takde la kewajipan cam “semua wajib turun jemaah” tu. Solat sendiri kat bilik je sebelum turun sarapan. Lepas makan, berkumpul ikut course dan naik bas ke Pusat Pengajian Asasi di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 6 untuk sesi pengaktifan portal pelajar.

Selamat Datang ke Inasis TM, UUM

in , , , by NaSa, January 28, 2019
Assalamualaikum

Yuhuuu~ apa khabar anak-anak? Harap anda semua dalam keadaan baik ❤

Cuti sem aku ada berbaki dalam seminggu lebih lagi ni. 10 Februari ni dah kena start kelas balik huuuu cannot wait. InsyaAllah 8 Februari ni aku bertolak balik ke UUM naik bas catar yang diuruskan anak-anak UUM sendiri.

Niat asal nak naik bas ekspres tapi kalau naik bas pagi, aku sampai petang dan nanti pejabat inasis dah tutup untuk aku ambil kunci bilik. Kalau bas malam, sampai dinihari cam creepy pula nak cari teksi atau Grab kat stesen bas Changlun tu. Jadi naik bas catar je la sebab dia hantar balik inasis terus. Senang.

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Hari #1

in , , , by NaSa, January 01, 2019
Assalamualaikum

Apa khabar, anak-anak? Ada baik?

Sedar tak sedar dah nak habis satu semester aku di UUM ni. Cepat betul masa berlalu hehe. Mungkin cepat tu sebab kami takde study week kot. Habis je kelas masa Khamis minggu 14, dia bagi cuti Jumaat sehari je pastu Sabtu terus start final exam. Member aku kat IPT lain steady je heret bagasi balik kampung sebab cuti study week. Sadis! 😣
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS