NaSa

Piknik pagi di Pantai Sri Tujoh

in , by NaSa, September 30, 2026
Kelantan tiba-tiba cuti panjang bermula Selasa semalam. Atau mungkin bagi aku je la "tiba-tiba" tu. Sebab kan kita kerja kat rumah je, dalam rumah pun takde budak sekolah. So tak cakna sangat dengan jadual cuti tahunan. Tahu-tahu kaklong balik petang Isnin tu sebab katanya sekolah dia cuti. Tarik sampai Sabtu pulak tu. Kemain lama. Rupanya cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan dan cuti peristiwa haha

Bawak-bawak la cari kerja, penanam anggur!

in , by NaSa, September 30, 2026
Mari adik, mari kakak abang. Sediakan teh, kopi, dan matcha anda, tak kisah sejuk ke panas. Pastu mari duduk dekat-dekat, rapat-rapat meh. Kita berkepochi bersama alang-alang aku nak membebel manjahh ni 😂

Aku bawak kopi 7E. Harga mampu milik. Kita kan "takde duit" 🤭

So haritu kan, ada sorang hamba Allah ni baru balik dari luar negeri. Pastu sempat la singgah ke rumah abah ni. Kebetulan aku ada sekali di ruang tamu tu, dia macam takde angin takde ribut, tengah bercakap tu tetiba la dikempennya "kat luar negeri tu banyak kerja kosong." Walaupun pastu sambung topik lain, selang berapa ayat tu dia kona dan repeat lagi ayat yang sama banyak kali...

Tiramisu, Domain, dan... UiTM

in , by NaSa, September 29, 2026
Tiramisu... agak lama juga aku meratib nak makan dessert yang satu ni. Sejak sebelum viral lagi dah ada rasa teringin, pastu tetiba meletop pula di media sosial dengan bermacam-macam olahan tiramisu, sampai ada krisis kehabisan lady finger & keju mascarpone lol. Lagi la teringin nak cuba kan.

Sepetang di Tak Bai buat apa je?

in , by NaSa, May 22, 2026
Jarang-jarang sekali kita rajin nak merayap ke oversea kan, or in this case overriver sebab pergi ke Tak Bai, Thailand yang seberang Sungai Golok tu je, so meh la nak lempar photo dump sikit buat kenangan. Takde apa yang menarik sangat pun sebab short trip je alang-alang kakak aku nak restock sabun mandi baby yang sesuai dengan anak buah aku haha
Sambungan daripada prosedur buat border pass haritu, kali ni nak cerita pasal satu dokumen penting yang kena ada kalau kita nak masuk ke sempadan Thailand, iaitu ARRIVAL CARD. Just in case kalau ada yang baru nak pergi ke Thailand first time dan tak tahu kan.

Borang ni dulu dikenali sebagai borang TM.6, WAJIB diisi oleh semua pengembara dari luar Thailand, dan mesti diserahkan bersama pasport atau border pass masa nak cop masuk lepas ketibaan di Thailand. Pastu masa nak balik, mesti diserahkan semula kepada imigresen Thailand masa nak cop departure tu.

Prosedur buat border pass ke Thailand

in , by NaSa, May 15, 2026
Family kami ni boleh dikatakan dalam setahun tu ada la sekali dua akan rentas sempadan Kelantan untuk ke Tak Bai, Thailand. Mainly kakak aku la suka beli barang kat situ sebab katanya murah. Entah apa yang dicari, aku pun tak tahu. Sebab aku bukan kaki berjalan, selam bundle, food hunter. Beli barang pun suka di Shopee. Mahal sikit takpe. Yang penting aku tak penat haha
Bayangkan minum susu soya tapi rasa macam makan kek pandan? Agaknya macam mana la rasa dia ek?

Tapi tak kena bayangkan dalam kepala je sebab memang ada pun air ni. Boleh cuba sendiri di lidah 🤭

Biasa kita dengar orang buat kopi perisa tiramisu la, banana pudding la, or anything yang berasaskan dessert mat saleh. Tapi ni haa Yeo's ambik inspirasi terlebih kreatif untuk gabungkan susu soya dengan kek perisa Asia Tenggara. Hasilnya, terciptalah perisa baru susu soya mereka iaitu Susu Soya Berperisa Sifon Pandan.

Penatnya tunggu hujan di Kelantan

in , by NaSa, May 08, 2026
Lumrah perubahan musim...

Kalau tengok berita sekarang, negeri-negeri belah Pantai Barat tu banyak betul kes hujan & ribut. Ada yang angin kuat sampai tercabut pagar rumah, kena banjir kilat sampai tenggelam kereta. Melampau bebenor meriah hujannya. Jeles la jugak sikit.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS