2021 | NaSa
Assalamualaikum

Rumah anda tak ada Coway atau mesin air seangkatan dengannya?

Nak buat air panas secawan je dan malas jerang air guna cerek biasa?

Haaaa sama la kita.

Kat rumah ni, ada peti sejuk dan freezer je. Jadi stok air batu tu tak putus dan tak perlu water cooler. Air panas macam teh pun biasa buat satu jag waktu pagi je. Jimat la jerang air panas penuh cerek sekali harung kan. Cuma masalahnya, aku kadang-kadang ada rasa nak minum air panas waktu lain tau.

Orang dewasa tak boleh minum susu?

in , , by NaSa, October 21, 2021
Assalamualaikum

Apakah itu istilah "Adult Lactose Intolerance"?

Untuk cakap pasal ni, sebelum tu kita perlu kenali dulu apakah itu "Lactose Intolerance"?

Lactose Intolerance adalah masalah kesihatan di mana badan seseorang tak dapat hadamkan laktosa (gula susu) dalam susu dan produk tenusu yang diminum/dimakan. Ia terjadi apabila usus kecil mereka kurang hasilkan enzime "Lactase" untuk hadamkan laktosa tu. Jadi kalau mereka minum/makan susu dan produk tenusu, mereka akan alami gejala seperti kembung perut, cirit-birit, muntah-muntah, etc.
Assalamualaikum


Ya aku masih dalam mood ber'udang' lepas jumpa udang besar di pasar raya dekat rumah haritu yang tak pernah-pernah pun jual udang sebelum ni. Selalu aku jumpa ikan bilis je sebagai wakil makanan laut kat situ. Ni tengok dia konsisten je jual udang. Maka harus la aku as udang-lover ni beli kan hahaha
Assalamualaikum


Biasa kita dengar format untuk gambar ni ada JPG, JPEG, PNG, dan kadang-kadang GIF untuk gambar yang bergerak-gerak, gelek-gelek tu kan. Tapi kali ni dah ada format baru pula iaitu WebP (baru ke?).

Format WebP ni dibina oleh Google sebagai format gambar baru yang akan simpan gambar dalam saiz yang lebih kecil. Katanya, gambar dalam format WebP ni 26% lebih kecil daripada gambar sama dalam format PNG. Jadi format ni lebih cepat untuk dibuka dalam website berbanding format lain. Tapi setakat ni aku tengok in general memang gambar WebP lagi kecil daripada mana-mana format pun.

Milo Dairy Free Almond....tak sedap lol

in , , by NaSa, October 16, 2021
Assalamualaikum

Cantik warna botol Milo Almond ni
Memandangkan aku jenis jarang-jarang beli air manis di luar kan, jadi kadang-kadang tu tak alert sangat dengan perisa-perisa baru yang dikeluarkan oleh syarikat untuk pengembangan product line mereka. Tu yang aku pun baru tahu yang Nestle ada keluarkan produk lain berasaskan Milo baru-baru ni.

Milo Dairy Free Almond namanya.

Tabung Hijau: Cara mudah untuk menabung

in , , by NaSa, October 16, 2021
Assalamualaikum

Apakah salah satu kelebihan kita tinggal di negara Malaysia?

Duit kertas kita berwarna-warni hahahah~

Sumpah tak tipu yang duit berwarna-warni mengikut nilai yang berbeza-beza ni adalah satu benda yang best ya. Terutamanya kalau semua warna duit kertas tu ada dalam beg duit kita dan setiap satu warna tu tebal gila. Peh betapa indahnya pemandangan itu kan. Rasa kaya yang amat 😂

Mana roti pandan Gardenia tu? Mana?

in , , by NaSa, October 15, 2021
Assalamualaikum

Kredit gambar: Gardenia KL
Ada yang pernah cuba ke roti baru (tapi tak berapa baru) Gardenia iaitu Toast'em Pandan Kelapa ni?

Baca review orang lain, katanya memang sedap roti ni terutamanya kalau dibakar sebab bau wangi pandan tu jadi semerbak. Macam best je description bau dia. Teringat kat nasi lemak pandan. Ada juga ketulan gula melaka dalam kepingan roti tu kan. Aku expect mungkin rasa dia lemak manis macam roti perisa Butterscotch tu kot. Sedapnya. Tapi tu la, nak try sendiri memang masih belum kesampaian lagi.

Google AdSense dah kembali beroperasi

in , , by NaSa, October 15, 2021
Assalamualaikum

Alhamdulillah lepas beberapa minggu duk resah tunggu kelulusan daripada Google Adsense untuk tayangkan semula iklan di blog ni lepas tukar domain haritu, akhirnya masuk juga emel di bawah ni dalam inbox aku. Maksudnya, AdSense dah muncul semula untuk beroperasi di blog ni yeayyy~

Exercise your minds with Plays.org

in , by NaSa, October 14, 2021
Assalamualaikum

MEANING : Working constantly without taking time to relax oneself could make one be bored and boring.

I believe that most of us have learned of this idiom before. Myself is included, as ever since I discovered its meaning in elementary school, THIS is the quote that I can honestly say I have lived by in my childhood and I still do now even though I have already become a fully-grown adult 😂

Akhirnya selamat keluar dari hospital!

in , by NaSa, October 12, 2021
Assalamualaikum

Alhamdulillah...berkat doa semua, akhirnya mama dah selamat pulang ke rumah lepas hampir sebulan berkampung di hospital. Maksudnya aku pun dah tak payah jadi penunggu katil dalam wad tu. Syukur urusan dipermudahkan sebab kalau ikutkan, doktor pakar nak suruh duduk dalam wad tu sampai 16 Oktober ni iaitu hari Sabtu. Tapi doktor lain masuk dan tengok yang keadaan mama sebenarnya dah okey pun. Jadi dia bagi balik awal maka di sini la kita sekarang buat sesi throwback ahaks

Udang Goreng Kicap Masin

in , , by NaSa, October 02, 2021
Assalamualaikum

Selamat tengah hari~~~

Dah masak ke belum untuk hari ni?

Kalau belum, meh nak kongsi satu resepi yang aku suka ni sebab mudah dan ringkas je bahan yang diperlukan iaitu "Udang Goreng Kicap Masin"

Blog tukar baju lagi

in , by NaSa, October 01, 2021
Assalamualaikum

Entah berapa kali dah blog ni bertukar baju rasanya. Sebab sebelum tukar domain kepada dotcom tu, guna template lain. Lepas tukar domain, tukar lagi template lain. Sampai tersalah coding jadi navigation bar besar nak mampos. Jenuh nak baca coding di HTML cari apa yang salah. Terkini, guna template yang sekarang ni la. Beli dari laman web Etsy, terbang dekat RM50 haha

Seni September (2021)

in , , by NaSa, September 30, 2021
Assalamualaikum

Sesiapa anak-anak kelahiran tahun 80an dan 90an, nescaya dah boleh bangun dari tidur anda sekarang sebab bulan September sudah pun berakhir. Kalau anda dapat reference lagu tu, dapat la. Kalau tak dapat, mungkin kena google dulu hehe

Anyway, seperti tajuk di atas, harini jom baca satu lagi entri berseni yang dibawakan khas oleh jari jemari gemok saya ni. Tahun lepas kan ada diterbitkan satu entri pasal koleksi seni quilling aku sepanjang September masa tu kan, tahun ni pun kita buat la part 2  pula alang-alang tarikh sama 30 September hehe. Entri pertama sebelum ni boleh baca di entri Seni September yang ni.

Madam Bake Cookies: Bak Famous Amos

in , , by NaSa, September 29, 2021
Assalamualaikum

Topik penulisan untuk hari ini, kita masuk bab jajan. Sebabnya stok jajan aku untuk "senaman mulut yang mengunyah tak kira masa" tu dah habis. Tapi masalahnya aku masih tak tahu nak beli jajan apa untuk stok baru. Aku kan cerewet. Makanan ada bau atau tekstur lain sikit pun aku tak lalu makan. Kang beli mahal-mahal tapi lidah dan hidung tak suka, rugi pula. Aku dah la kedekut juga. Banyak hal la, Nasa.

Kenangan ketika ambil MUET 2017

in , , , , , by NaSa, September 28, 2021
Assalamualaikum

NOTA: Ini bukan tips MUET. Aku nak merapu throwback pasal kenangan masa ambil MUET dulu je. Tapi kalau nak tips pun boleh. Tanya je. Kalau boleh jawab, i jawab. Kalau tak, Sadaqallah hehe

Cornetto Dark Chocolate Brownie

in , , , by NaSa, September 27, 2021
Assalamualaikum

Tadi sebelum Asar, Amirah hantar whatsapp kata abah minta ambilkan kad bank dia dalam purse mama yang aku pegang sepanjang mama masuk wad ni. Katanya duit BSHR dah masuk dalam akaun BSN. Jadi abah nak la ambil duit tu buat bayar roadtax kereta. Tapi masa aku nak serahkan kad tu kat abah, dia suruh aku pegang pula sebab "Nanti pergi la ambil duit." Eh pulak?

Berperang dengan semut

in , , by NaSa, September 27, 2021
Assalamualaikum
Aku kan...ada sejenis tabiat yang sangat menyampah dan berdendam dengan semut tau. Walaupun aku tahu ada kebaikan kepada alam sekitar kenapa semut ni dicipta, tapi bagi aku serangga yang bernama semut ni sangat annoying ya. Memang asyik berperang je aku dengan semut ni.

Gebu-gebu Ban Serunding Ayam Mighty White

in , , , by NaSa, September 26, 2021
Assalamualaikum

Pernah makan ban serunding ayam keluaran Mighty White tak? Keeee tak tahu pun yang Mighty White ada keluarkan ban serunding ayam? hahaha
Sekarang ni siapa je yang tak tahu pasal Mighty White kan? Mereka salah satu pesaing kuat kepada syarikat roti terkemuka di Malaysia iaitu Gardenia kot. Setakat ni, ada macam-macam produk roti yang mereka keluarkan. Salah satunya adalah ban serunding ayam ni la. FLOSSY BUN namanya.

Jamuan hari jadi untuk Amirah

in , , by NaSa, September 25, 2021
Assalamualaikum

Alkisahnya...masa hari jadi anak buah aku si Amirah pada 16 September yang lepas, aku kan tak dapat buat kek macam tahun sebelumnya untuk sambut kecil-kecilan. Soalnya kan dari petang sampai ke tengah malam aku di hospital uruskan mama masuk wad. Kaklong dan abang ipar aku (umi dan ayah Amirah) pula tengah kuarantin sebab abang ipar aku berjangkit COVID-19 dari tempat kerja. 

Lengkap dos kedua Pfizer ✅

in , , , by NaSa, September 23, 2021
Assalamualaikum

Certificatenye rahsiaaa haha
Alhamdulillah...harini 23 September 2021 aku dah berjaya dapatkan dos kedua vaksin Pfizer lepas suntikan pertama vaksin haritu diberi pada 2 September 2021. Jadi cuma 3 minggu saja la tempoh menunggu untuk dapatkan dos kedua tu. Kemudian kena tunggu lagi 2 minggu sebelum status dalam MySejahtera boleh bertukar daripada Partially Vaccinated kepada Fully Vaccinated

Mujur perjalanan kali ini pun dipermudahkan. Lepas ni, boleh la bebas sikit nak merayap keluar pergi Kota Bharu ke hehe. Tau tak yang aku ni dah berapa minggu tak keluar pergi pasar raya walaupun ada banyak stok makanan peribadi dan barang keperluan dah habis. Sebahagian puncanya sebab takut risiko jangkitan, sebahagian lagi sebab malas, selebihnya sebab takde duit 😂

[REPUBLISH] Had Imaginasi Kanak-kanak: SIFAR

in , by NaSa, September 23, 2021
Assalamualaikum

Perkongsian rambang. 

Aku ada jumpa satu gambar ni dalam Google Photos dan masih belum terungkai misterinya pasal budak-budak jadi aku saja la nak cerita kat sini.

Biasa kan kita dengar yang daya berfikir dan daya imaginasi kanak-kanak ni serupa tiada had. Walaupun aku bujang belum ada anak, tapi ada la pengalaman jaga kanak-kanak tu. Sebabnya dua-dua anak kaklong aku tinggal di rumah aku. Mama abah yang jaga sejak lahir sebab masa tu kaklong masih bertugas jadi guru di Sabah. Tahun 2012 baru dapat balik bertugas di Semenanjung.

Ramainya bakal pelajar UUM??

in , , , by NaSa, September 22, 2021
Assalamualaikum


Haritu masa 15 September 2021 kan keputusan UPU untuk lepasan STPM/Setaraf dah diumumkan. Maksudnya pelajar-pelajar yang layak tu nanti akan dapat tawaran untuk masuk ke universiti bagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda la. Pastu sebab tengok orang ramai duk kongsi keputusan UPU masing-masing di Twitter, aku macam saja la nak menyibuk juga dalam kemeriahan tu.

Kenapa?

Sebab bila pelajar nak masuk universiti ni mesti la akan cari maklumat berkaitan pasal IPT yang mereka akan masuk nanti. Jadi aku sebagai pelajar universiti juga yang memiliki blog ni mesti la nakkan peluang ni untuk tarik trafik tinggi sikit kan. Jadi sengaja la aku tweet promote blog aku seperti di bawah.
Assalamualaikum

Beberapa hari lepas masa tengah blogwalking, ada nampak banner tentang giveaway buku yang dianjurkan oleh saudari Fariha Jafri. Sempena ulangtahun pertama beliau buka kedai buku preloved di Shopee rupanya. Menarik sebab hadiah yang ditawarkan juga berbentuk buku. Syarat penyertaan pun mudah. Jadi ayuh la kita masuk menempel sekali hehe

Untuk giveaway ni, peserta dikehendaki cerita pasal 2 buku yang terbaik pernah mereka baca. Emmm termenung juga nak fikir memula tu sebab aku dah lama juga tak baca buku sebenarnya. Masa sekolah dulu rajin la beli siap family beli 1 almari besar untuk letak semua buku aku. Sekali tahun 2014 masa banjir besar tu sebahagian almari tu dan bukunya tenggelam. Jadi lepas tu aku pun dah jarang baca buku sebab serik buku rosak sobs. Baca manga dan webtoon dalam phone je rajin sebab takde buku fizikal kan haha

[REPUBLISH] Gigi yang biadap!

in , , by NaSa, September 21, 2021
Assalamualaikum

Ni macam sedikit follow-up kepada entri aku pasal aku selalu dapat ulcer akibat stres tu. 

Ringkasan cerita, kan sebelum ni aku selalu dapat ulser dalam 2-3 kali hampir setiap bulan sejak belajar online 
walaupun sentiasa cukup minum air. Mula-mula ingatkan sebab tak cukup zat makanan sebab duduk kat rumah takde selera makan. Rupa-rupanya bila consult dengan doktor gigi, katanya aku dapat stress ulcer akibat badan selalu berada dalam keadaan stres. Almaklum paklum la dah tiga sem belajar menghadap laptop semata-mata, takde interaksi bersemuka dengan manusia, tak boleh keluar berjalan legakan minda.

[REPUBLISH] Giveaway by Shida Radzuan

in , , by NaSa, September 20, 2021
Assalamualaikum
Klik sini untuk join.

Another giveaway hendak disertai. Dah nampak penyertaan dibuka sejak hari pertama lagi. Awal dah aku buat draft siap tempek banner pastu sambil cari isi sambil melencong ke tempat lain maka akhirnya kekal menjadi draft. Pasrah dah dengan perangai tak reti fokus ni hahaha

Kali ini giveaway dianjurkan oleh kak Shida Radzuan dengan penawaran hadiah misteri buat para pemenang. Ewah curious pula hadiah apakah yang menanti itu?

Syarat penyertaan giveaway ini, kena nyatakan apakah yang menarik minat anda tentang blog kak Shida. Emm banyak benda boleh cerita. 

Berkebun dalam Shopee

in , , by NaSa, September 20, 2021
Assalamualaikum
Jom jadi pekebun tanpa baja.
Dalam dunia sekarang yang dibanjiri dengan kewujudan pasar atas talian ni kan, rasanya ramai orang yang pernah ada pengalaman beli barang melalui aplikasi Shopee kan? Aku pun rajin. Hampir setiap bulan ada je parcel menyinggah di rumah ni untuk aku. Aktif sangat membeli-belah siap dapat pakej pernah kena scam dalam Shopee lagi hahaha

Kalau dulu ia cuma tempat membeli-belah, sekarang Shopee dah berevolusi untuk sediakan lebih banyak fungsi. Boleh bayar bil, beli topap, boleh buat live, siap main game lagi. Haaa aku la tu yang aktif main game tu. Tapi game yang terpilih je la sebab ada game yang boring macam Shopee Candy (sebab macam Candy Crush) dan ada yang bikin sakit hati macam Shopee Claw tu sebab hadiah jarang lekat. Terasa seperti sia-sia je yang tu sebab sikiiiiit lagi nak dapat pancing, sekali benda tu jatuh emmmm

Kini bertukar domain || Nasa Menulis

in , , by NaSa, September 19, 2021
Assalamualaikum

Ehem ehem~ Cuba tengok domain baru saya dalam kotak URL atas tu.

Siapa yang menulis?

Nasa yang menulis✨ hehehehe

Alhamdulillah lepas sekian lama berhajat nak ada domain blog sendiri yang tidak terikat kepada blogspot semata-mata, akhirnya kini hasrat tu tercapai juga. Lama tau aku pendam cita-cita nak ada custom domain ni. Sejak mula berkecimpung dalam dunia blogging pada zaman bangku sekolah lagi dah ada feeling-feeling nak ada ".com" tu. Rasa lebih best sebab domain macam tu tampak lebih profesional. Cuma tu la aku selalu sangka yang benda tu macam susah je nak buat dan mungkin mahal bagi aku sebagai pelajar. Jadi tak terfikir pun nak cari cara-cara beli domain tu.
Assalamualaikum

Can you guess the name?
Selepas kejayaan dua produk terdahulu iaitu Oatmeal Turmeric Mask and Scrub serta Snowmeric Hydra-boost Brightening Serum, Yello Skincare kini bakal melangkah setapak lebih jauh lagi dalam dunia kecantikan. Kali ni mereka bakal memperkenalkan produk pencuci muka pula. Katanya tak lama lagi akan keluar dan mungkin dalam bulan September ni akan dilancarkan uwuu~

Produk pencuci muka ni dah diumumkan sejak Februari melalui Twitter rasmi mereka tapi aku rasa baca sekali lalu je kot tweet tu masa tu. Kemudian ada awal bulan ni ke bulan lepas entah, Yello Skincare ada tweet buat tawaran kalau ada pengguna yang berminat nak jadi beta-tester untuk pencuci muka baru ni. Aku masa baca tweet tu memang nak reply. Tapi aku takut nampak gelojoh sangat pula kan. Akibat tak nak nampak excited sangat, aku lek-lek dulu kejap. Last sekali aku lupa terus nak reply 💀

Masuk hospital lagi...

in , by NaSa, September 17, 2021
Assalamualaikum
Bertemu lagi.
Semalam 16 September 2021 Hari Malaysia kan. Sepatutnya hari lahir ke-13 anak buah aku yang sulung sekali, iaitu Amirah kakak kepada si Amir Faris ni. Tapi tak kesampaian hajat nak celebrate ke apa. Baru 2 hari lepas aku update cerita pasal aku kena teman mama di wad hospital walaupun aku baru lepas cucuk vaksin kan. Tapi semalam, takdir Allah, mama kena masuk hospital lagi.

Lepas balik dari hospital haritu nampak macam dah sihat kan. Takde muntah berterusan macam sebelum masuk wad tu. Tapi mungkin disebabkan sebelum tu mama dah lama sangat seminggu duk muntah, sampai kali ni akhirnya berlaku pendarahan dalam usus. 2 hari straight mama muntah keluar warna hitam, buang air besar pun hitam. Sampai hari Rabu tu tak larat nak pergi pusat dialisis.

2 minggu selepas cucuk dos pertama Pfizer...

in , , by NaSa, September 15, 2021
Assalamualaikum

Seperti yang sedia maklum, 2 September 2021 yang lepas aku dah selamat dapatkan dos pertama vaksin Pfizer. Kalau ikut tarikh harini, hampir 2 minggu juga la dah berlalu kan. Tinggal lagi seminggu je lagi sebelum aku kena pergi dapatkan dos kedua vaksin tu di Pantai Seri Tujuh tu 23 September ni. Maksudnya Khamis depan la. Fuhh boleh merasa angin pantai lagi la aku haha
Vaksin Pfizer memang kena tunggu 3 minggu sebelum boleh dapatkan suntikan dos kedua.
Lepas suntikan dos pertama Khamis haritu, kesan sampingan yang paling kuat aku rasa kan, cuma bahu belah kiri jadi berat je. Memang sejak di PPV tu lagi sampai la keesokan hari (Jumaat) tu bahu aku berat. Daripada mula-mula rasa kebas, memang Jumaat tu nak angkat siku lebih daripada paras pinggang pun tak larat haha. Sehari aku duduk dengan keadaan lengan bengkok tu. Malam pertama lepas vaksin tu aku tidur lurus je. Takut tertimpa bahu kiri yang bengkak 😂

[REPUBLISH] Wordless Wednesday

in , by NaSa, September 15, 2021

[REPUBLISH] GIVEAWAY #1 by AisyahNizam

in , by NaSa, September 14, 2021
Assalamualaikum

Klik sini untuk join 😀
Aku ada masa terluang sikit jadi saja jalan-jalan singgah blog yang tak pernah ditemui sebelum ni. Mana tahu ada kenalan baru kan. Sambil berjalan tu, masuk blog saudari Aisyah Nizam ni dan nampak beliau ada anjurkan satu giveaway. Macam menarik hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sebab yang bertuah akan dapat Ikan Bilis Salted Egg.

Selama ni aku pernah dengar pasal salmon skin je yang ada perisa salted egg. Viral kan sebelum ni sebab sorang selebriti jual, habis selebriti lain pun berlumba keluarkan produk salmon skin salted egg masing-masing, belum termasuk peniaga lain lagi. Tapi aku tak pernah cuba pula produk salmon skin tu sebab bagi aku agak mahal. Jadi mampu tengok iklan je la walaupun terliur haha

Pengalaman aku sebagai peminjam PTPTN.

in , , , by NaSa, September 13, 2021
Assalamualaikum
Minggu lepas pun dah tulis pasal PTPTN kan. Tapi tu cuma cara semak bila pinjaman PTPTN akan masuk dalam akaun pelajar untuk semester baru. Kali ini, aku terlintas nak cerita pasal pengalaman aku sebagai peminjam PTPTN. Tapi tak termasuk pasal bayaran balik pinjaman la sebab aku belum grad. Sementelah aku pun ada kisah lain dengan PTPTN ni yang tak semua pelajar akan lalui, dan haritu pun ada bakal pelajar contact aku melalui Twitter minta pencerahan pasal PTPTN sebab katanya dia nak sambung belajar dan sedang buat survey cara pembiayaan pelajaran. Boleh la aku kongsi info sikit. 
Assalamualaikum

Hari ni hari hujung minggu. Maka jom kita rajinkan jari jemari sikit untuk sertai giveaway anjuran Aienienka ini. Siapa tahu ada rezeki menangi surprise box? Hehe
Untuk sertai, boleh klik banner atau TEKAN SINI.
Salah satu syarat yang ditetapkan untuk giveaway ni, kena ceritakan pasal surprise paling best yang pernah aku dapat ye. Well, dalam hidup aku ni jarang la aku dapat kejutan apa-apa jadi tak banyak nak kena fikir pun.

Maka dengan mudah, the best surprise yang aku pernah dapat adalah masa kawan-kawan diploma gigih sediakan kek dan hias foyer blok asrama untuk sambut hari jadi aku dan dua kawan lain sebab birthday kami bertiga di bulan yang hujung tahun.

Rutin hidup di UUM yang kian terlupakan.

in , , by NaSa, September 05, 2021
Assalamualaikum

Nota: Ini adalah entri bergambar yang panjang. Skrol baca caption je la korang 😂

Semalam kan 4 September 2021. Maksudnya, genaplah 3 tahun aku menyandang status sebagai pelajar UUM. Huhu cepatnya masa berlalu tinggalkan kita. Tahu-tahu dah hampir memasuki fasa untuk graduate dari UUM. Rasa macam baru semalam gelak-gelak dengan kaklong aku heret bagasi tayar pecah masa nak check-in bilik di Inasis TM.
Waktu muda sikit hahahah
Tapi sejujurnya rasa tak puas hati pula bila kenangkan dah hampir tamat belajar ni. Almaklumlah cuma sempat belajar setahun lebih je di kampus UUM. Sem 3 kan aku tangguh. Pastu masuk sem 4, baru sebulan daftar semula di UUM, dah kena tukar belajar secara atas talian gara-gara wabak COVID-19. Sedih. Sis belum puas kumpul memori kot. Tetiba kena belajar bertemankan dinding bilik je sampai habis.

Status Vaksin: Saya Zombi Pfizer.

in , , , , by NaSa, September 03, 2021
Assalamualaikum

Zombie disclaimer: Bakal menyerang orang yang berotak sahaja. Sekian.
Yak yak yeay Alhamdulillah setelah lebih 2 bulan tunggu giliran vaksin lepas daftarkan nama dalam aplikasi MySejahtera, akhirnya aku berjaya menerima suntikan dos pertama pada 2 September 2021. Syukur dapat tarikh vaksin awal. Kalau diikutkan, aku daftar nama dalam MySejahtera tu lambat sebenarnya. Sepatutnya dapat tarikh lambat la juga kan sebab sedangkan orang yang dah daftar awal sejak Februari 2021 pun ada yang belum dapat tarikh. 
Assalamualaikum

Selamat memasuki bulan September 2021, kawan-kawan~

Rasa macam tak percaya pula yang bulan Ogos dah habis. Rasa macam baru haritu aku duk berlengah-lengah nak taip entri pasal ulser aku sebab asalnya niat nak tulis dan publish masa 1 Ogos. "Bulan baru, pos baru" la kononnya. Last sekali terbit lambat juga sebab malas nak menaipnya lol

Tapi tu la kan tahu-tahu semalam dah sambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64. Bapak tak meriah sebab takde bunga api, takde perarakan, takde kostum cantik-cantik orang pakai untuk setiap negeri, takde pertunjukan di stadium. Penangan natang COVID la katakan. Bertabah je la kita semua.
Assalamualaikum

Ini adalah sebuah entri muhasabah diri.

Selain itu, ia juga adalah ulasan pendek bagi anime bertajuk Gin no Saji yang diterbitkan pada tahun 2013. Tapi aku rasa macam lebih kepada bagi spoiler je hahaha
Tajuk: Gin no Saji (Silver Spoon).
Genre: Coming-of-age, Slice of life, Comedy.
Sinopsis
Anime Gin no Saji mengisahkan tentang pelajar lelaki bernama Hachiken Yuugo yang berasal dari Tokyo. Akibat tertekan dengan expectation daripada keluarga dia dan stres sebab selalu dibandingkan dengan abang dia yang lebih pandai, Hachiken pindah ke sekolah pertanian yang terletak di kawasan luar bandar lepas dia gagal masuk ke sekolah yang dia nak. Hachiken ingat kalau belajar di sekolah luar bandar ni lagi mudah daripada belajar di bandar sebab kurang persaingan. Selain tu, Hachiken pindah tu macam nak tunjuk rebel la kat ayah dia yang rigid dan tak mesra langsung dengan dia tu.
Assalamualaikum


Ini adalah entri tentang cara-cara nak semak bila PTPTN akan kreditkan nilai pinjaman ke dalam akaun simpanan pelajar setiap semester. Sebab aku check Google Analytics tengok hari-hari ramai yang baca entri pasal duit PTPTN aku tiba-tiba masuk tahun lepas. Terkejut juga tengok dah lebih 34,000 pageviews. Ada yang jumpa sebab guna keyword "bila PTPTN masuk" pula tu. Padahal tu bukan entri untuk perkongsian ilmiah pun. Lebih kepada catatan biasa sebab masa tu sis tak expect tetiba dapat duit haha

Keputusan semester 6 dah tiba!!

in , , , by NaSa, August 23, 2021
Assalamualaikum

Berita besar~
BERITA BESAR!

Tahukah anda? 

Pada tarikh bersejarah 23 Ogos 2021 hari ini, UUM dah keluarkan keputusan peperiksaan akhir untuk semester A202 yang lepas. Memula ingatkan lambat lagi nak keluar tau sebab sem-sem lepas macam lambat. Alih-alih Jumaat lepas, tengok ada kawan dah pos di status Whatsapp pasal gambar hebahan tarikh keputusan peperiksaan yang HEA UUM pos di Facebook. Terus berdebar-debar sister jadinya. Sangat sesurpris ye pengumumannya.
Assalamualaikum

AMARAN: Entri throwback bergambar yang sangat panjang 😂

Dah habis kisah masa orientasi lepas daftar di KPM Ayer Molek, dah cerita juga pasal rutin hidup di asrama Tun Teja. Seterusnya kita sembang pasal kelas la pula. 

Berbeza dengan bilik dan homeroom yang diberi random, kelas ni dah ditetapkan sebelum daftar lagi. Lepas habis MISRA, boleh check senarai nama di papan kenyataan tepi tangga makmal komputer tengok dapat kelas apa. Zaman kami, ada 4 kelas ABCD untuk setiap kursus DBS dan DIA. Aku dapat kelas B dan sepanjang di Aymo tu aku kekal dalam kelas B setiap semester sampai habis belajar hehe #sissetia

Selamat hari lahir, Amir Faris!

in , , by NaSa, August 20, 2021
Assalamualaikum

Iyaaaa sebenarnya masa 16 Ogos haritu adalah hari lahir anak buah aku yang ketiga, dak Amir Faris, atau gelarannya Amang Paghih. Dah cecah 11 tahun dah budak ni. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ni je duk baby-baby lagi. Tu pun besar dan berat terlebih tak macam baby sebaya dia sebab ikut baka moyang dia yang Arab-Arab sikit. Maka jadi la terlebih tinggi dan besar. Chubby teruk. Dukung rasa nak patah pinggang hahahah
Assalamualaikum

Kalau haritu dah cerita pasal program orientasi iaitu MISRA di KPM Ayer Molek (Aymo), kali ni kita cerita pasal asrama di sana pula. Tapi khusus untuk asrama perempuan je la ya sebab aku tak pernah jejak pun asrama lelaki. Biasa lalu je depan tu sebab nak pergi ke surau ✌🏻

Blok asrama di KPM Ayer Molek ni ada empat. 3 daripadanya, blok Tun Ali, Tun Perak dan Tun Mutahir untuk pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan pula semua ditempatkan di blok Tun Teja. Tapi jarak dua kawasan ni seberang jalan je so tak jauh pun.
Assalamualaikum

Jom throwback kisah hidup di KPM Ayer Molek yukkk...walaupun aku sebenarnya dah lebih 3 tahun tinggalkan bumi KPM di Melaka hehehe
Dulu masa belajar selalu rasa nak balik. Ni dah grad rasa rindu kolej pula haha
Saja je nak imbau kenangan lama memandangkan hidup di KPM Ayer Molek dari tahun 2015 sampai 2018 tu adalah zaman sebagai pelajar IPT paling best bagi aku. Hidup degree di UUM ni pun best juga tapi ada COVID kan. Sempat setahun je di kampus UUM. Pastu PKPKP. Jemu dah hadap dinding rumah. Sis sedih!!!
Assalamualaikum

Tidak tergodakah anda melihat corndog saya kali ini?
Akhirnya ada rupa corndog yang cantik sikit haha
Ya kali ni kita masih gigih buat acara memasak corndog ya. Saja menggedik nak buat lagi sebab corndog mozzarella yang tahun lepas punya kan macam jadi tak jadi je. Batter tak melekat di sosej. Meleleh sana sini dalam kuali. Cheese pun cair dan bocor dari salutan batter masa digoreng. Sedih betul tengok rupa parasnya selepas dimasak sebab ada yang melebar ke tepi, ada yang bertompok sana sini. Tak smooth dan tak bulat elok macam corndog mat saleh pun.

Hilang geraham bongsu pula.

in , , by NaSa, August 11, 2021
Assalamualaikum

Nota: Panjang sikit cerita meroyan aku yang ni. Mohon bertabah.

Siapa sangka, selepas setahun setengah berlalu, kini aku terpaksa cabut lagi sebatang geraham. Padahal tahun lepas dah cabut sebatang geraham kan. Kesian betul makin lama makin takde "pagar" dalam mulut aku. Walhal umur belum cecah 30 tahun pun haha. Cumanya kalau kejadian cabut geraham tahun lepas disebabkan kemalangan tergigit biji gandum keras semasa makan biskut, geraham kali ni lebih kepada kejadian malang yang tak dapat diduga. Dan ianya melibatkan geraham bongsu.

Masak-masak: Kek Batik Sesuka Hati

in , , by NaSa, August 10, 2021
Assalamualaikum

Kenapa kek batik ni sesuka hati?

Sebab resepi yang diguna tu derhaka teruk kepada resepi asal yang menjadi rujukan hahahahah. Takpe la kek batik ni bukan susah pun kaedah memasaknya. Lagipun kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Jadi letak je la bahan-bahannya banyak mana pun asalkan rasanya kena dengan citarasa tekak kita kan.
Yang penting kek batik aku sedap 😋
Tahukah anda?

Kek batik adalah makanan yang penuh nostalgia untuk aku. Sebab bahan kek batik kan guna Milo dan Milo ni dulu-dulu kira mahal la juga. Family aku pula bukan banyak duit. Jadi kalau nak buat kek batik sekadar saja-saja ni memang tak mampu la. Kena tunggu hari istimewa macam hari raya baru boleh merasa sebab setahun sekali kan.

Laptop dah nak masuk kubur...

in , by NaSa, August 07, 2021
Assalamualaikum

Akhirnya...setelah 8 tahun setengah berkhidmat, laptop Acer kechentaan aku kini sudah dalam perjalanan menuju ke alam barzakh. Tu pun setelah berhari-hari dia main cak-cak dengan aku. Memula okey je hidup macam biasa. Tapi lepas Windows 10 dalam laptop ni update diri sendiri masa 4 Ogos haritu (mentang-mentang la connected dengan WiFi), laptop aku hilang harapan terus. 

Elok-elok aku tengah guna, tetiba cursor atau anak panah tu tak bergerak. Aku ingatkan wireless mouse aku tu habis bateri sebab aku dah lama tak caj. Tapi guna touchpad pun sama je tak bergerak. Tekan butang segala butang pun takde respon. Dah lama sangat sangkut, aku force shutdown la tekan butang power tu 10 saat. Tapi hambek kau. Lepas pasang balik tu, tak sampai 5 minit akan jadi error keluar Blue Screen of Death (BSOD) yang paling menyampah tu dan laptop restart diri sendiri.
Assalamualaikum

Adakah anda kenal akan aplikasi JOOX ini?

Aku rasa pun macam ramai je yang kenal. Lebih-lebih lagi kalau yang main WeChat sebab dua benda ni adik beradik bawah ibu syarikat sama iaitu Tencent. Cumanya fungsi je la berbeza. WeChat tempat bersosial. JOOX pula macam Spotify, Apple Music, atau Youtube Music sebab tempat untuk kita stream lagu. Tapi sekarang nak bersosial dalam JOOX pun boleh haha.

Selain stream lagu, ada banyak lagi servis JOOX sebenarnya. Boleh nyanyi karaoke, radio, tengok persembahan live, upload video pendek macam TikTok, buka room bersembang dengan orang lain, etc. Siap kalau ada majlis anugerah tertentu macam anugerah MAMA untuk artis K-Pop di Korea pun boleh tengok di JOOX. Dah banyak maju berbanding dengan dulu. 

Ulser dah rupa internet bulanan.

in , , by NaSa, August 04, 2021
Assalamualaikum
Pernahkah anda ditimpa bala penyakit yang ini? 😌
Kenapa aku cakap ulser ni macam internet bulanan?

Sebab hidup sebagai seorang aku ni, memang hampir setiap bulan akan dapat ulser. Gusi, lidah, lelangit, anak tekak, boleh kata semua tempat dalam mulut ni dia pernah menyinggah. Naik pula bukan sebiji dan bersaiz kecil. Dah banyak kali dah dapat 2-3 biji sekaligus di tempat berbeza, membesar pula dekat saiz 1cm, ambil masa lama nak sembuh, dan sakit pula masuk tahap mencarut haha

Selamat Tinggal, UUM.

in , , , , by NaSa, July 17, 2021
Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik, akhirnya dah tamat semester keenam aku sebagai pelajar jurusan International Business Management (IB) di Universiti Utara Malaysia (UUM). Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dan memang sekejap pun sebab aku sempat belajar setahun je di kampus UUM. Semester ketiga aku tangguh. Kemudian masuk semester 4-6 semua belajar atas talian je sebab Corona. Rindu suasana kampus sobs
Tak boleh dah nak alami rushing-rushing pergi kelas ramai-ramai 😢 
Nampak gaya pun memang lambat lagi la nak boleh merasa berjalan dengan bebas di khalayak ramai, bersesak naik bas, tersengguk dalam kelas tu. Negara kita sekarang macam makin sedih je handle covid. Dari puasa sampai sekarang aku ni duk PKPKPKP, kes steady juga naik sampai belas-belas ribu. Fedapnya. Jadi nak atau tidak, tabah je la kita hadap dinding rumah ni ya.
Assalamualaikum

Cerita lama ni...tapi saja la nak update daripada biar je gambarnya berhabuk dalam galeri. Sekurang-kurangnya ada juga content dalam blog kan. Jadi, ayuhlah kita sama-sama buat roti jala lawa pula kali ni.
Cantik tak roti jala saya??
Roti jala ni aku ter-rajin nak buat lepas kenduri kahwin kakak aku di tengah-tengah PKP Februari 2021 haritu (kot?). Bukan nak bagi makan kat pengantin pun. Saja nak try sebab masa tu di Facebook ramai duk kongsi roti jala dua warna, roti jala bunga ros, roti jala pelangi, dan sebagainya yang memang meriah. Lepas kenduri kahwin kakak aku pun, ada lagi baki kerutuk daging yang mak aku masak untuk tetamu.

Jangan bazirkan Nutella anda!

in , , by NaSa, July 13, 2021
Assalamualaikum

Ada tak sesiapa di sini yang gemarkan Nutella macam aku? Angkatlah tangan anda dalam hati guna niat saja. Sebab kalau angkat tangan betul-betul, nanti orang akan pandang pelik pula "dah kenapa dengan budak ni?" 😂

Aku adalah seorang peminat Nutella yang agak tegar ya. Setiap beberapa bulan sekali memang akan beli sebotol besar Nutella buat stok makan. Tak main la botol kecik-kecik 350 gram ni. Aku biasa tibai yang 680 gram terus di Tesco. Tapi sekarang di Shopee pun boleh jumpa dan lagi berbaloi-baloi beli sebab ada seller yang jual 750 gram atau 1 kg pada harga yang berpatutan. Lagi jimat.
Assalamualaikum

Berita gembira, berita gembira~

AKHIRNYA! Selepas kisah tragedi kek kukus tak jadi tempoh hari, cubaan kali kedua aku ni sukses!!!!
Yummy~ 😋
Nasib baik jadi. Kalau tak, aku dah rancang nak boikot je kek ni dan cuba di tahun-tahun depan je tau. Almaklum dah penat ikut segala step yang ditunjukkan dalam resepi kan. Tapi Alhamdulillah kali ni sebab kejadian dia boleh tahan lawa la juga, maka kita pun gigih la buat sesi photoshoot banyak-banyak semalam untuk buat sesi flexing di blog hahaha. Sambil tu edit gambar bahan-bahan yang lengkap sikit la sebab gambar haritu macam hambar je aku rasa.
Assalamualaikum
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Assalamualaikum

Kisah ni nak kata sedih, tak adalah sedih pun sebab dapat duit kot. Siapa je tak suka duit. Lagi-lagi tengah musim panini kobid nainting ni kan.

Tapi nak kata gembira, tak juga. Sebab dasar Adsense...musnah niat nak menabung aku hahahahah
Permulaan, Januari 2020. Saat mula-mula bertatih kumpul duit Adsense melalui blogging.
Ceritanya bermula lepas aku dah berjaya kumpul pendapatan Adsense ni melebihi nilai minima threshold yang dia benarkan untuk tebus iaitu USD100. Lama tau aku nak kumpul duit sebanyak ni. Setahun lebih tunggu bermula hujung 2019 sampai May 2021 baru merasa tiga angka sebab tak aktif sangat menulis kan. Duit naik 5-9 dolar setiap bulan tu pun hasil orang ramai masuk di entri aku berkaitan Kolej Profesional MARA, UUM, dan review aku je. Alhamdulillah ada juga rezeki trafik banyak kan.
Assalamualaikum

Klik banner untuk sertai segmen di blog Syu ok
Ayuh bersegmen kali ni yuhuuu~ lama dah tak bersegmen rasanya. Kali terakhir haritu kalau tak salah sebelum ke semasa puasa. Lepas tu senyap je blog hehe. Jadi alang-alang aku tengah cari idea nak tulis apa kemudian nampak pula orang join segmen pencarian bloglist Syu Deris ni, kita masuk sekali la. Lagipun pertandingan yang dianjurkan pun kena dengan citarasa aku.

Kenapa?

Main teka-teki peribahasa hehehe
Syarat: Cari bilangan peribahasa dalam gambar ni dan namakan salah satunya.
Alang-alang aku memang suka teki-teki dan suka peribahasa, jadi bila digabungkan ni memang seronok la. Tapi bila ditenung tilik gambar ni, ragu-ragu juga ada berapa bilangan teka-teki yang terkandung di dalamnya. Gunung-ganang belakang tu pun function jadi peribahasa juga ke hahaha

Tekaan aku...peribahasa tu ada SEPULUH!

Ulasan Filem: The Con-Heartist (2020)

in , , by NaSa, July 01, 2021
Assalamualaikum

Sinopsis:
Filem ni mengisahkan tentang Ina (Pimchanok Leuwisetpaiboon) yang telah ditinggalkan oleh teman lelakinya yang lebih muda, Petch (Thiti Mahayotaruk) selepas dia gigih buat pinjaman bank demi teman lelaki dia tu. Dasar lelaki anak ikan kan. Habis kikis harta teman wanita ni, dia berpindah kepada mangsa seterusnya pula. Akibatnya, tinggal Ina seorang diri terperangkap dengan pinjaman bernilai 500,000 baht (hampir RM65,000) yang akan ambil masa 5 tahun untuk dibayar. 
Assalamualaikum

NOTA PENTING: Pengambilan pil perancang Yasmin oleh penulis ini adalah atas nasihat doktor sakit puan untuk masalah cyst dan senggugut. Pengalaman mungkin berbeza bagi setiap individu. Disarankan agar dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum cuba. Terima kasih.

Hari ni kita bercakap pasal pil perancang ya. Amboi sangat topiknya sedangkan aku kahwin pun belum heheh. Tapi ni BUKAN pasal guna untuk cegah kehamilan. Seperti yang dinyatakan di atas, aku amalkan pil ni atas nasihat doktor sakit puan disebabkan kes cyst yang aku alami Februari 2020 tahun lepas. Kisahnya semua ada dalam entri Bahagian 1Bahagian 2, dan Bahagian 3 ni jadi jemputlah baca.
Assalamualaikum

Entri ini adalah spin-off daripada siri Masak-masak aku, dan berkaitan dengan cerita takoyaki tempoh hari.

Kenapa berkaitan?

Sebab kalau takoyaki tu makanan yang kempunan masa puasa, kek coklat lapis cheese ni adalah makanan yang kempunan masa raya. Sedih kan.

Rasa teringin nak makan kek ni timbul lepas tengok resepi yang orang share di Facebook. Nampak cantik dan sedap je kek coklat kukus bila ditambah lapisan keju tu. Memang pilihan salah la skrol Facebook masa bulan puasa ni sebab semua resepi orang share tu automatik nampak sedap sebab lapar kan haha
Assalamualaikum

(Nota kepala: Ini adalah sebuah kisah kempunan haha)
Sedap tak takoyaki saya?
(Update gambar baru lepas beli serbuk seaweed hehe)
Hai semua. Lama tak jumpa. Tak sangka aku ter-skip sebulan untuk menulis sebab bulan Mei takde update apa-apa langsung 💀 nak kata busy buat persiapan nak sambut raya, tak juga sebab tahun ni pun kita kan sambut raya dalam PKP. Hias rumah lawa-lawa pun mana ada orang datang rumah haha. Saja je melencong buat benda lain sebab nak lari daripada realiti kena buat assignment 😂
Assalamualaikum

Marhaban tiba, marhaban tiba, marhaban tibaaa~ bak nyanyian Sherry Al-Hadad dalam suatu rancangan TV tahun lepas hehe


Salam Ramadhan 2021, kawan-kawan. (walaupun hari ni dah 2 Ramadan hehe)

Alhamdulillah. Masih diberi peluang kita untuk menyambut Ramadan ye. Panjang umur kita. Walaupun kurang bagus sikit sebab kita puasa kali ini pun masih dalam wabak pandemik COVID-19. Lagi tak bagus sebab Kelantan negeri terchenta aku ni diharamkan segala bazar Ramadan lantaran banyak sangat kluster covid dan tingginya jumlah kes harian. Musnah harapan nak qadha shopping ifthar yang tahun lepas haha

Keputusan yang mendebarkan!

in , , by NaSa, March 09, 2021
Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, dah lama juga aku bercuti ya. Tahu-tahu sampai ke penghujung dah. Keputusan semester lepas pun dah keluar pada 8 Mac 2021 semalam. Tak sangka cepat je dah cecah tarikh keramat tu. Padahal selama ni seboleh mungkin aku buat-buat lupa je lepas group di WhatsApp dan Facebook aktif hebahkan tarikh keputusan keluar (sebabnya takut nak terima kenyataan kalau gred aku teruk hehe)

Tapi nak tak nak kena juga terima hakikat kan. Siapalah kita untuk menidakkan realiti lol
Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan? Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera selalu, Amin...

Aku pun sihat juga Alhamdulillah. Dan dalam entri ini, aku excited sikit nak bercerita sebab projek menjahanamkan dapur kita pada kali ni adalah untuk buat salah satu kudapan kegemaran aku, iaitu kerepek POPIA CHEESE.
Assalamualaikum

Bagi yang pernah baca siri Diari Dialisis terbitan blog ini sejak tahun 2019, mereka akan tahu yang mama aku merupakan seorang pesakit buah pinggang kronik akibat dah lama menghidap diabetes Type 2 sejak tahun 2004. Kesannya, buah pinggang mama tak boleh tapis darah secara normal dan perlu jalani rawatan dialisis untuk keluarkan sisa kumuh dan air dari badan.

Ada 2 cara untuk jalani rawatan dialisis ni.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS