June 2022 | NaSa
Assalamualaikum

Start tahun 2022 ni ada satu trend mengarut yang mula terjadi dalam blog ni yang agak membuatkan aku stres. Google la ni punca. Apoo yang malas sangat nak protect kebajikan pengguna Blogger.

Ceritanya...
Assalamualaikum


Berdasarkan 2 entri aku yang lepas iaitu ayam goreng Korea Adabi dan sambal tumis sos Korea Adabi, aku ni boleh dikatakan peminat sos Korea keluaran Adabi ni la. Sampai tak cukup makan sos peket, aku beli yang jenis botol terus sebab lagi puas hati dapat kuantiti yang lebih banyak kan.
Assalamualaikum


Gillette, jenama pisau pencukur antarabangsa ni ada pisau pencukur yang khusus untuk wanita? 🤔

Ya. Aku pun baru tahu pasal ni.

Sebelum ni aku ingatkan Gillette ni pencukur untuk lelaki sahaja. Sebab masa kecik dulu membesar dengan iklan TV yang duk tayang "Gillette Mach 3 Turbo" pisau pencukur untuk lelaki maskulin. Jadi tak tahu pun yang Gillette ada pencukur untuk wanita juga. Lepas ada orang rekomen di Twitter, baru sedar.

Opak kari kudapan waktu lepak

in , by NaSa, June 20, 2022
Assalamualaikum


Opak kari adalah sejenis kerepek berbentuk empat segi sama yang dibuat daripada ubi kayu dan diperisakan dengan rempah kari pedas. Biasanya orang panggil opak ni sebagai keropok bika sebab bentuk dia sama dengan jajan jenama BIKA tu. Bezanya jajan Bika terkenal dengan perisa ayam.
Assalamualaikum


Hasil daripada piknik tak jadi Jumaat lepas, dapat la aku merasa burger baru McDonalds iaitu Spicy Beef Burger bersama sos tomato pedas ni. Orang belanja memang laju je kita order kan. Kalau beli sendiri, fikir dua tiga kali nak ambik sebab tahu dah rupa sebenar tak seindah iklan 🤭
Assalamualaikum


Sebuah kisah yang bermula dari Ramadan, sampai dah habis Aidilfitri, dan kita kini mengakhiri Zulkaedah, tapi masih juga tidak tertulis hehe

Masa hujung bulan puasa haritu, aku ada pau kaklong beli bahan-bahan untuk buat cheesecake sebab pasar raya yang kami pergi tu ada promosi diskaun untuk cream cheese Tatura dan whipping cream. Jadi aku sebat dua-dua la sebab dah lama tak makan cheesecake.

Rancangan piknik yang tersakiti

in , by NaSa, June 18, 2022
Assalamualaikum

Ceritanya, semalam Jumaat (17 Jun 2022), kaklong ajak pergi ke Pantai Geting, Tumpat sebab dia plan nak bawa anak-anak tekak buah tu piknik. 2-3 minggu sebelum tu mereka dah pergi dengan kakak aku tapi aku sorang je tak ikut. Jadi kalini aku join la sekali untuk ambil angin berjalan kejap.
Assalamualaikum

Aku ni kalau ikutkan, bukanlah peminat minuman manis sangat. Kalau yang kenal aku masa zaman belajar dulu, tahu la yang aku ni banyak minum air masak je. Tu pun bukan atas alasan jaga kesihatan sangat. Cuma dari zaman sekolah lagi memang berkira nak beli minuman berperisa sebab mahal haha
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS