March 2021 | NaSa

Keputusan yang mendebarkan!

in , , by NaSa, March 09, 2021
Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, dah lama juga aku bercuti ya. Tahu-tahu sampai ke penghujung dah. Keputusan semester lepas pun dah keluar pada 8 Mac 2021 semalam. Tak sangka cepat je dah cecah tarikh keramat tu. Padahal selama ni seboleh mungkin aku buat-buat lupa je lepas group di WhatsApp dan Facebook aktif hebahkan tarikh keputusan keluar (sebabnya takut nak terima kenyataan kalau gred aku teruk hehe)

Tapi nak tak nak kena juga terima hakikat kan. Siapalah kita untuk menidakkan realiti lol
Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan? Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera selalu, Amin...

Aku pun sihat juga Alhamdulillah. Dan dalam entri ini, aku excited sikit nak bercerita sebab projek menjahanamkan dapur kita pada kali ni adalah untuk buat salah satu kudapan kegemaran aku, iaitu kerepek POPIA CHEESE.
Assalamualaikum

Bagi yang pernah baca siri Diari Dialisis terbitan blog ini sejak tahun 2019, mereka akan tahu yang mama aku merupakan seorang pesakit buah pinggang kronik akibat dah lama menghidap diabetes Type 2 sejak tahun 2004. Kesannya, buah pinggang mama tak boleh tapis darah secara normal dan perlu jalani rawatan dialisis untuk keluarkan sisa kumuh dan air dari badan.

Ada 2 cara untuk jalani rawatan dialisis ni.
Assalamualaikum

Alhamdulillah kerajinan yang agak lain macam masuk segmen sana-sini masa Februari yang lalu agak membuahkan hasil ya. Lagi sekali aku terpilih jadi pemenang. Kali ni aku dipilih untuk dimasukkan dalam senarai bloglist Cik Nadya, pemilik blog Si Hati Berbolak-Balik pula. Syukur...rezeki 😊

Sebagai seorang yang jarang menang hadiah, harus kita gembira ya bila terpilih jadi pemenang ni. Apatah lagi bila jarang masuk pertandingan hehe. Semestinya rasa excited tu macam lebih ajinomoto sikit. Dah la last week baru menang giveaway yang dianjurkan oleh Sii Nurul. Dia double win gituu hahahah
Assalamualaikum

Click banner to join 😁

Yehho akhirnya baru berkesempatan join segmen giveaway yang dianjurkan oleh Cuya. Thank you Cuya sebab alert awal-awal haritu. Dah simpan dalam kepala nak join lepas Cuya komen haritu sebab giveaway Cuya yang pertama tahun lepas tak sempat nak join. Soalnya tak sempat nak buka blog pun gara-gara busy dengan kelas. Tahu-tahu giveaway Cuya dah tamat.
Assalamualaikum

Wah agak lama tertunggak entri ni. Padahal niat hendak mendedikasikan entri ni dah ada sejak senarai pemenang sudah diumumkan sejak minggu lepas lagi 😅

Semuanya gara-gara keadaan yang tidak dapat dielakkan. 2 minggu yang lalu, keluarga kami agak sibuk dengan urusan perkahwinan kakak kedua aku. Tak besar sangat majlisnya. 
Jemput waris terdekat dan jiran-jiran sebelah saja. Maklumlah terikat dengan peraturan PKP. Tapi tetap jenuh nak masak dan hidang makanan pastu bantai basuh pinggan mangkuk pula sebab kami tak upah servis katering.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS