March 2020 | NaSa
Assalamualaikum

**Entri ni adalah summary yang akan meliputi sekali aktiviti pada hari 6, 7, 8, dan 9 sepanjang terkandas di UUM yang aku tak update sebelum ni lol

Ya aku tak update blog setiap hari seperti yang diniatkan pun walaupun aku nak je tekan-tekan keyboard. Tapi tu la tak jadi juga sebab pertama, rasa macam takde benda nak tulis. Ye la expect ada material apa je kalau hari-hari cuma terkurung dalam bilik kan. Pastu sebab kedua, malas. Aku 4 hari ni memang seperti digam pada katil. Malas gila nak buat apa-apa. Minum air pun malas haha. Harini baru aku rasa nak menulis sebab bosan 😂

COVID-19: Tersadai di UUM #Day5

in , , , , by NaSa, March 22, 2020
Assalamualaikum

Nak tahu tak?

Slim macam anak dara semula lol
Kempis gila perut dia. Jauh beza dengan semalam yang nampak kalau cucuk dengan jarum pun boleh meletup. Entah berapa ekor agaknya anak dalam perut dia semalam agaknya. Dah agak dah yang dia kemain bising mengiau sambil buat jelajah dunia dalam bilik aku semalam tu sebenarnya tengah cari tempat nak beranak. Mujur tak beranak betul-betul dalam bilik aku hahahah.

COVID-19: Tersadai di UUM #Day4

in , , , , by NaSa, March 21, 2020
Assalamualaikum

Tahu tak? Semalam kan...aku tidur lambat sebab khusyuk skrol twitter. Pukul 1 lebih camtu baru aku beransur pergi ke toilet untuk cuci muka for night skincare routine. Tapi masuk-masuk je ke toilet, aku dikejutkan dengan kewujudan suatu makhluk di dalam sinki. Tersentak guwe di muka pintu.

COVID-19: Tersadai di UUM #Day3

in , , , , by NaSa, March 20, 2020
Assalamualaikum

20 Mac 2020, hari ketiga perintah kawalan pergerakan di Malaysia dijalankan.

Aku masih going strong dalam hutan Sintok buat masa ni. Alhamdulillah. Tak ada masalah sangat pun kecuali bengang dengan jiran-jiran sebelah bilik je pada masa tertentu sebab ya Allah menjerit mengilai serupa orang gila. Semalam pun dah tengah-tengah malam duk buat apa entah berkumpul ramai-ramai dalam satu bilik bising nak mampus. Sekali aku tegur dalam group blok tanya "Apa benda yang meriah sangat aras satu tu? Ada kenduri ke?" Haa lepas tu baru shhhh sesama sendiri sebab tahu ada orang terganggu. Duhhh 🙄

COVID-19: Tersadai di UUM #Day2

in , , , , by NaSa, March 19, 2020
Assalamualaikum

19 Mac 2020, hari kedua perintah kawalan pergerakan di Malaysia dijalankan.

Apa khabar semua? Masih waraskah anda terkurung di rumah tu? Atau dah kebosanan tahap maksima sebab tak boleh keluar merayap pergi mana-mana takut nanti kena gegar dengan polis sebab tak reti-reti bahasa yang kerajaan suruh duduk rumah? Karang tak pasal-pasal kena denda RM1,000 atau kena sumbat penjara 6 bulan atau kedua-duanya hahahah

COVID-19: Tersadai di UUM #Day1

in , , , , by NaSa, March 18, 2020
Assalamualaikum

Lain macam je tajuk entri, kan?

Tapi itulah hakikatnya, kawan-kawan. Mulai harini yakni 18 Mac 2020, aku akan tersadai di UUM ni sepanjang 2 minggu sampai 31 Mac 2020. Dan tempoh tu mungkin dilanjutkan jadi 3 minggu sebab aku sebenarnya ada temujanji doktor di klinik sakit puan di Changlun 7 April 2020 ni. Malas nak ulang-alik antara Kelantan-Kedah banyak kali so aku fikir baik stay di UUM dan selesaikan semua urusan di sini sebelum aku balik ke pangkuan keluarga.
Assalamualaikum

Yeay akhirnya habis juga sebotol serum ni lepas sebulan aku gigihkan diri pakai 2 kali sehari; sebelum pergi kelas dan sebelum tidur. Pertama kali tau aku rajin pakai sampai habis macam ni. Sebelum ni selalunya hangat-hangat tahi ayam je pakai separuh jalan. Pastu merungut membazir duit sebab pakai tak habis dan kulit pun tak nampak elok ke tidak haha padan muka siapa suruh tak istiqamah.
Assalamualaikum
***WARNING: Entri dipenuhi gambar close-up muka lol.

Nak tahu apa cara paling berkesan untuk dapatkan kulit flawless tanpa parut jerawat?


Caranya......JANGAN ADA JERAWAT!!

Sumpah berkesan. Bila tak ada jerawat, tak ada la kesan parut yang tinggal di muka. Bila tak ada kesan parut, flawless la kulit kita. Mudah je logik dia. Kan? Kan? 😂

PTPTN: Rezeki Tak Terduga :)

in , , , by NaSa, March 07, 2020
Assalamualaikum

BACA JUGA:

Kalau ikutkan, semalam aku dah pos entri baru kan (walaupun tu sebenarnya scheduled post hehe). Tapi malam ni izinkan aku untuk update lagi satu entri. Khususnya sebab nak berkongsi satu berita baik hehehe. Berita yang bagi aku suatu rezeki yang memang tak terduga sebab aku tak pernah terlintas pun yang aku akan dapat benda ni semester ni.

Hilangnya Sebatang Geraham

in , , by NaSa, March 06, 2020
Assalamualaikum


Apa khabar semua? Harap sihat la hendaknya. Aku pun sihat juga. Cuma masa awal tahun baru 2020 haritu je aku ada sakit sikit. Sakit gigi hahahaha

Punca sakit, sesuatu yang tak berapa dijangka iaitu: MUNCHY’S WHEAT CRACKER

Munchy's Wheat Cracker ni macam roti wholemeal tapi versi biskut. Dalam tu ada “wheat bran” iaitu kulit biji gandum yang dah dikisar. Khasiat wheat bran ni, tinggi kandungan serat. Tapi masa makan, akan rasa berpasir halus-halus dalam mulut. Feeling dia macam gigit sekam beras.

Ni Hao! Kembali Belajar Mandarin 💪🏼

in , , by NaSa, March 03, 2020
Assalamualaikum.

Hao jiu bu jian le. Ni men hao? Wo ye hen hao, xiexie! 😆

Ewah bercakap Mandarin pula kita kalini. Sesuatu sangat kan hahaha.

Kalau nak tahu, aku sangat sangaaat sukakan bahasa. Kalau boleh, semua bahasa asing aku nak belajar. Lagi banyak bahasa lagi bagus sebab boleh faham banyak benda haha. That's why masa mohon UPU dulu, aku ada sebut salah satu sebab aku pilih untuk pursue course International Business di UUM sebab course ni boleh pilih untuk belajar apa-apa bahasa asing daripada lapan pilihan bahasa.
Assalamualaikum

Yoshhh bertemu lagi kita dalam bahagian kedua kisah aku jadi tayar bas Didi and Friends berpusing-pusing dalam kampus UUM. Dalam entri bahagian pertama dah cerita pasal pengaktifan status dan add subjek kan. Kalini kita cerita pasal sambungannya pula iaitu proses permohonan bilik. Mana boleh jadi ada kelas tapi takde bilik woi. Aku nak tidur kat mana?? Takkan nak menumpang bilik member. Aku dah la member tak ramai sangat kat sini hahahah #loner
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS