NaSa: Beauty
Showing posts with label Beauty
Assalamualaikum

Eh lamanya tertangguh review ni ehehe. Sorry la lepas mak aku keluar dari hospital dulu ada banyak juga kerja intern yang tertangguh jadi aku malas nak set up latar untuk ambik gambar.

Walaupun banyak update entri lain sepanjang waktu ni, tapi yang tu barang yang boleh ambik gambar guna latar beshe-beshe. Aku kalau skincare ni kena la guna latar lawa sikit haha (lawa la sangat)
Assalamualaikum


Apa khabar, kawan-kawan?

Tak sangka kita dah semakin beranjak meninggalkan tahun 2020. Tahu-tahu dah masuk bulan November. Maksudnya tinggal sebulan lebih je sebelum kita memasuki tahun 2021 dan tinggalkan tahun yang penuh suka duka ni. Rasanya lebih kepada duka sebab kusangka boleh jumpa kereta terbang, rupanya corona. Ke laut Wawasan 2020nya. Dugaan Tuhan hmm
Assalamualaikum

Yeay akhirnya habis juga sebotol serum ni lepas sebulan aku gigihkan diri pakai 2 kali sehari; sebelum pergi kelas dan sebelum tidur. Pertama kali tau aku rajin pakai sampai habis macam ni. Sebelum ni selalunya hangat-hangat tahi ayam je pakai separuh jalan. Pastu merungut membazir duit sebab pakai tak habis dan kulit pun tak nampak elok ke tidak haha padan muka siapa suruh tak istiqamah.
Assalamualaikum

Kalau anda seorang warga Twitter yang aktif dan prihatin pasal kecantikan, mesti anda tahu pasal kewujudan skincare Twitter. Mereka  ni golongan skincare enthusiasts yang rajin kongsi pelbagai review produk. Ada yang affordable, ada yang mahal tahap terkoyak poket lol. Macam-macam la ada dan yang pasti amat membantu other users like me untuk buat pilihan nak cuba produk apa.


Aku jumpa golongan skincare Twitter ni tahun 2014 masa zaman kegemilangan akaun @twtkecantikan. Famous akaun ni. Curators lawa. Followers pun lebih 50k. Sayang sekarang tak gemilang dah sebab akaun tu kena hack dan tips best yang curators share semua hilang. So aku follow akaun personal para curator pula.
Assalamualaikum

Korang suka pakai inai tak?

Kalau aku, aku tak minat sangat sebenarnya. Sebab dulu kan kena ambik daun inai dari pokok. Leceh nak tumbuk daun tu sampai lumat semua. Kalau pakai ramai-ramai, lagi banyak daun nak pakai, lagi lama nak tumbuk. Walaupun bukan aku yang tumbuk, aku bukan sabar sangat bab menunggu ni so bye.

Review: Cosmoderm Tea Tree Oil

in , , by NaSa, December 10, 2016
Assalamualaikum


Sorry for being a terrible person, people. Kata nak update blog dengan review produk yang boleh digunakan untuk rawat kulit rosak kan. Tapi hampeh. Lama gila baru aku nak tepati janji. Dasar munafik huehuehue.

Biasa la bila di kolej, mana sempat update sebab busy dengan kelas, assignment, projek. Line internet pun camsial. Pastu bila cuti, kerjanya tidur makan je. Memang lupa habis la niat nak update blog tu haha. Maafin ya adik kakak abang yang cantik dan kacak sekalian.
Assalamualaikum

Ever since aku terbitkan entri pasal kesan buruk Dnars Skincare haritu, ramai juga yang tampil berkongsi pengalaman pahit masing-masing lepas berhenti pakai produk tersebut. Rata-rata macam aku jugak, pakat kena rebound effect yang membuatkan muka jadi lagi teruk berbanding muka asal sebelum pakai sabun dan krim “ajaib” tu. Huhu boleh tahan ngeri gak kisah masing-masing sampai yang elok-elok tengah pakai Dnars pun jadi terpengaruh untuk berhenti sekali. Yang pakai produk lokal jenama lain pun sama. Takut punya pasal.

Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

in , by NaSa, January 25, 2014
Assalamualaikum.

Natijah belajar lain-lain tempat ni, selalu tak dapat jumpa kawan-kawan lama, baik dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kena tunggu cuti panjang baru boleh huhah-huhah together. Itupun kalau belajar kat local uni. Bagi sang penulis yang tercampak ke daerah asing yang mengikut kalendar luar negara ni, apa cerita? Kita cuti, orang lain ada kelas lagi. Kita angkut balik kolej, kengkawan lain pulak letak beg depan tangga rumah. Sadis!
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS