Rawatan Dialisis: Antara Fistula dan CAPD??? | NaSa
Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat tak?

Aku dah hampir kena balik UUM ni. Jadi sebelum tarikh aku berangkat pergi, meh habiskan sikiiiiiit je lagi cerita yang berkaitan dengan Diari Dialisis ni. Lepas ni aku dah start kelas, entah bila pula baru rajin nak menulis. Entah-entah hujung tahun baru jumpa keyboard hehehe

Merujuk kepada tajuk di atas, rawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang ni ada dua pilihan tau. Masa mama kena cuci darah buat pertama kali dulu, doktor suruh kami satu family bincang sama ada nak buat AV fistula ataupun CAPD untuk mama jalani rawatan dialisis.

“Apa itu AV fistula” kau tanya?
Photo credit: AboutKidsHealth
AV Fistula atau Arteriovenous Fistula adalah laluan yang dibentuk melalui cantuman arteri (bawa darah dari jantung ke badan) dan vein (bawa darah dari badan ke jantung) dalam satu pembedahan. Ianya biasa dibuat di bahagian lengan. Bila fistula ni dibentuk, lebih banyak darah akan mengalir di laluan tu dan urat darah pun akan jadi lebih lebar dan tebal. Maka lebih mudah la pesakit buah pinggang nak cucuk jarum mesin dialisis untuk proses cuci darah.

Kenapa kena buat fistula ni? Tak boleh ke cucuk kat urat biasa je untuk cuci darah?

Jawapannya, TAK BOLEH. Kuantiti darah yang dialirkan ke dalam/luar mesin dialisis ni sangat tinggi. Dalam seminit, hampir 500ml darah dialirkan melalui mesin ni. Kalau cuci darah guna urat biasa, ibarat kau nak tuang air 1 liter dalam masa seminit tapi melalui lubang sebesar jarum. MUSTAHIL ye. We need a bigger channel to allow the highest blood flow as possible. Dan urat biasa pun kecil so mana tahan nak cucuk jarum banyak kali. Cuci darah 3 kali seminggu kot. Mau hancur urat tu.

“Apa pula CAPD tu?” Satu lagi persoalan dalam kepala kau, kan?

CAPD adalah singkatan kepada Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis. Kalau fistula  ni cuci darah guna mesin, CAPD pula guna perut. Pelik tak, pelik tak? hehe 😅 Well bukan guna perut yang digest makanan kita tapi kawasan di sekitar abdomen perut tu. “Peritoneum” namanya. Tapi untuk mudahkan cerita, aku panggil perut ya.
Photo credit: AboutKidsHealth
Cara rawatan CAPD ni adalah dengan memasukkan (FILL) dialysis solution ke dalam perut melalui satu tiub. Solution tu akan disimpan (DWELL) dalam perut at least 4-6 jam untuk serap sisa kumuh dan lebihan air dari tubuh. Bila masa dah cukup, solution tu akan dibuang (DRAIN) dan ditukar dengan solution baru. Dalam sehari, dialysis solution perlu ditukar at least 4-6 kali tapi doktor sarankan kami tukar setiap 6 jam a.k.a 4 kali sehari.

Antara 2 cara rawatan dialisis ni, CAPD lebih mudah sebab boleh buat sendiri di rumah. Murah pun ya sebab harga stok dialysis solution untuk CAPD tu ratus-ratus je sebulan. Nak travel pun senang sebab boleh bawa je dialysis solution tu ke tempat yang nak pergi. Kalau tak cukup, I think boleh je beli solution tu.

UPDATE (24 FEBRUARI 2021)
Memandangkan ada yang komen di blog dan DM aku di media sosial tanya kot-kot aku tahu berapa kos kalau buat CAPD, dan aku check statistik blog ni pun ramai yang cari keyword "kos rawatan CAPD", berikut aku sertakan senarai harga rawatan kalau ikut jadual kos hospital kerajaan. Yang aku tanda ♥️ tu tau.
Kos rawatan Nefrologi di hospital kerajaan termasuklah kos rawatan CAPD
Seperti tertera di atas, range harga kos rawatan CAPD di hospital kerajaan ni antara RM100-RM500 mengikut jenis kelas pesakit. Senarai kos ni dirujuk di website KKM dan mungkin berbeza dengan kos di hospital swasta yang mungkin lebih mahal. Tapi boleh nampak la kan kos CAPD ni (dan basically kos rawatan di hospital kerajaan) lebih murah.

Beza dengan FISTULA yang kos pembedahan je dah 2k-3k. Pastu kena ulang-alik cuci darah di pusat dialisis swasta lagi for 3k/month. Selain tu, nak travel pun susah. Kalau destinasi travel tu ada pusat dialisis yang dekat dan pusat tu ada pula kekosongan untuk kita tumpang, boleh la pergi. Kalau takde? :3

Tapi lepas timbang tara lebih dalam lagi pros and cons setiap pilihan, akhirnya kami pilih untuk buat fistula.

Sebab take note keyword CAPD: kena buat sendiri HARI-HARI. Dan solution tu kena tukar at least 4 kali sehari. Masa aku cuti maybe aku boleh buat tapi lepas aku balik UUM?  Siapa nak tukar? Mama abah dah tua dan mata pun tak jelas mana. Adik beradik aku kerja. Plus, kawasan rumah pun tak sterile. Tak ke tinggi risikonya?

Fistula pula walaupun mahal, tapi bila cuci darah di pusat dialisis, nurse pakar yang uruskan untuk sanitize dan pantau fistula tu. Pusat dialisis tu pun semestinya kawasan yang lebih sterile berbanding rumah. Cuci darah pun 3 kali seminggu je. Hari-hari lain, mama ada masa lapang untuk buat aktiviti lain. 

Lepas dah confirm, kaklong gigih la survey tempat yang ada khidmat pembedahan fistula ni. Actually boleh je buat di hospital kerajaan yang lagi murah tapi faham-faham la dia punya menunggu tu macam mana.

Hospital pertama yang dipertimbangkan, KPJ Perdana Specialist Hospital.
Memula ingat nak buat kat sini. Kaklong aku siap survey kos surgery dan availability doktor. Katanya kos RM3000 termasuk wad. Nanti bila surgery, doktor HUSM yang akan handle. Macam okey je kan? Maka kaklong set satu temujanji untuk jumpa doktor tu. *nama doktor dirahsiakan untuk keamanan sejagat lol*
Tarikh temujanji pertama, 14 Ogos 2019. Tu pun lepas doktor kejap suruh pergi 14hb, pastu tukar 13hb, last sekali 14hb balik. Pening guwe. Dah la tarikh ni dekat dengan tarikh mama kena pergi rawatan susulan di hospital Pasir Mas. Kalau dia tukar lagi sampai bertembung tarikh tu, memang guwe seligi doktor tu.

Masa ni kaklong sorang yang bawa mama ke KPJ. Tapi membebel-bebel mereka lepas balik 😅 Tunggu doktor datang je dah lama, nak tunggu berjumpa lagi. Pergi pukul 3 balik pukul 6.30 kau rasa?? Dah la tempat menunggu tu sejuk. Laluan dalam hospital pun berbelit. Dan surgery tu nanti bukan buat di KPJ tapi HUSM sana (sebab doktor tu kan kerja HUSM). Apooo?

Macam complicated je proses dia. Dah la doktor pun bikin serabut hahaha. Tambah pula kami tak biasa berurusan dengan HUSM (pergi sana pun tak pernah), so last sekali cancel buat dengan KPJ.

Kami cari alternatif lain: Kota Bharu Medical Centre (KBMC).
Berkibar megah Jalur Gemilang itu~
KBMC ni hospital kedua dan terakhir kami survey sebab terus confirm buat fistula di sini je. Nak cari hospital lain kang, takut lagi lama menunggu. Padahal kami nak settle benda ni secepat mungkin sebab kesian mama abah duk ulang-alik hospital.

Sebelum jumpa doktor, macam biasa kena buat temujanji dulu. Tarikh pertama yang diberi, 22 Ogos 2019. Waktu yang dijanjikan pukul 9 pagi tapi pukul 8.30 kami dah sampai ke situ nyah. Pantasssss 😂
Sweater sebab kat sini pun sejuksss. Guwe sendiri menggigil
Btw cekap pak guard KBMC ni. Aku baru pinjam kerusi roda nak ambik mama di parking, tapi dia laju ambil alih tugas tu dan tolakkan kerusi roda mama dari tempat parking dan masuk terus ke tempat daftar. Berbaloi bayar mahal ye dok? Bestnya kalau kaya boleh pergi swasta selalu 😂
Rate yuran berbeza mengikut waktu pagi dan petang serta jumlah rawatan yang terlibat ye.
Early diagnosis: doktor kata urat lengan kiri mama kecil dan macam terputus-putus gitu so dia susah nak detect urat tu. Dan masa memula masuk wad dulu, lengan kiri mama pernah dicucuk ubat so ada bahagian urat tu yang menggelembung(?). Macam bengkak gitu kot? Idk doktor tu yang cakap. Aku tulis apa yang dia bagitahu je hehe

To prepare for the surgery, doktor suruh mama hentikan pemakaian aksesori supaya urat tak "tercekik" (no more gelang emas lol), kena buat senaman kepal tangan at least 100 kali sehari untuk kembangkan urat, dan paling penting TAK BOLEH buat sebarang aktiviti berat dengan tangan kiri. Hatta nak check tekanan darah atau bacaan gula di tangan kiri pun tak boleh sebab tak nak urat tu diganggu.

(Dan nurse hospital memang alert pasal ni sebab setiap kali ronda wad, mereka akan tanya "tangan mana yang simpan untuk fistula?" So nanti mereka akan check BP, check bacaan gula, dan ambil darah melalui tangan kanan je)

Selesai checkup, doktor pun bagi tarikh untuk buat pembedahan: 7 September 2019.
Patutnya dapat tarikh lagi lambat sebab jadual doktor tu penuh. Tapi masa kami 'bersembang' tu ada patient call untuk tukar tarikh surgery so tarikh awal tu dapat la kat kami. Alhamdulillah~

Fast forward ke hari pembedahan, kaklong yang escort mama sebab masa tu aku balik ke UUM untuk uruskan permohonan tangguh pengajian. Tapi kaklong tak keseorangan. Siap dengan abah dan anak-anak buah aku jadi penunggu di luar dewan bedah tu haha
**photo credit: Kaklong 😂
Sejurus sebelum masuk dewan bedah.
Rombongan penunggu setia yakni geng tak boleh jauh dari nenek hahaha
Muka mama masa ni sangat malas layan 😂
Pembedahan fistula ni boleh dikatakan minor surgery je sebab lepas keluar bilik bedah, tak payah masuk wad pun. Dah boleh terus balik.
Fuhh kempis poket hahaha
(Price as of 2019, may subject to changes)
One thing pasal fistula, lepas buat ni tak boleh terus guna untuk cuci darah. Kena tunggu 6-8 minggu dulu untuk fistula tu matang. Tu pun kena test run dulu 2-3 kali tengok ada negative feedback ke tak (sebab ada some people yang fistula dia reject mesin tu). Kalau tak ada, baru la fistula tu boleh guna. Dan sepanjang tempoh ni, mama kena teruskan aktiviti kepal tangan 100 kali sehari tu untuk aktifkan aliran darah sampai urat fistula tu betul-betul besar.

Fistula juga ada satu fenomena yang dipanggil “THRILL” tau. Bila kita letakkan tangan di kawasan fistula tu, ada denyutan yang kuat gila sampai terasa “gung gung gung” di tangan kita (bukan gong gong Sajat tau 😂). Bendalah thrill ni dikatakan terjadi sebab kadar aliran darah yang dah jadi semakin tinggi hasil cantuman arteri dan vein di fistula tu.

Doktor kata it was a good sign sebab makin kuat denyutan a.k.a aliran darah, maksudnya fistula tu berfungsi. Tapi masa mama letakkan tangan aku di lengan dia, sumpah aku rasa benda tu agak creepy hahahaha

Tempoh kami tunggu fistula ni matang, hampir 8 minggu. Masa temujanji terakhir di KBMC (31 Oktober 2019), baru doktor kata dah boleh buat test run untuk cuci darah sebab dia tengok fistula tu dah masuk fasa matang.

Next appointment untuk cuci darah, aku bagitahu la pasal fistula tu dekat nurse di pusat dialisis yang kami pergi. Lepas 1-2 minggu buat test run dan nampak tak ada tanda komplikasi, doktor pusat dialisis pun confirmkan yang fistula mama dah boleh guna dan IJC yang mama pakai selama ni dah boleh ditanggalkan (walaupun sebenarnya IJC tu tercabut sendiri lol) Alhamdulillah~

By the way, masa mama buat fistula ni, kami masih berulang cuci darah di hospital Pasir Mas tau. Sempat la aku berdrama sebabak dengan doktor hospital tu kejap masa mama masuk wad untuk cuci darah tu:
Doktor: Buat fistula kat mana?
Me: KBMC
Doktor: Berapa dia caj?
Me: RM2900+
Doktor: Oh…kalau buat kat An-Nisa’ biasanya dia caj RM2.1k je
Me:………
Aku cubit juga doktor ni kang. Lepas kami dah siap buat fistula di KBMC baru nak bagitahu pasal kewujudan Pusat Perubatan An-Nisa’……😑

Tapi actually not my business pun sebab fistula di KBMC tu kaklong yang bayar haha

Dan aku bukan nak cakap apa la. Tapi kali terakhir kami pergi ke KBMC untuk final follow up tu kan, aku jumpa pakcik yang isteri dia sama-sama cuci darah di hospital Pasir Mas dengan mama dulu. Katil isteri dia masa tu sebelah katil mama dan isteri dia tanya la kat mana dan berapa kos kami buat fistula tu. So lepas mereka keluar wad, mereka datang buat fistula di KBMC macam mama juga. Rasa macam influencer pula kahkahkah k gurau 😂

I hope this entry ajar korang ilmu baru harini. Sebab masa aku buat research pasal 2 cara rawatan dialisis ni pun memang banyak benda yang aku cam "wowww baru tahuuuu" hahaha.

Entri berkaitan:

That’s all for now. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

**DISCLAIMER: Harga yang dipaparkan dalam bil-bil di atas adalah tertakluk pada perubahan semasa. I take no responsibilities over the changes and DO NOT use my photos, especially for “business” purposes. Thanks ☺
SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Can you contact me on my email queroslan@yahoo.com.my serious nak tnya lanjut berkaitan fistula ni..like if dah buat..then aftr 6-8 weeks fistula x compatible..so pe alternative Dr akan offer pada patient..anyway thank you for ur sharing..nice info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Actually tak pasti jgk pasal tu sbb walaupun tangan mak masa tu urat kecik, doktor positif je yg fistula tu akan jadi so dia suruh buat aktiviti kepal tangan tu je. Tp alternatif lain yg saya tahu selain fistula tu antara CAPD atau buat graft yg mcm fistula jgk tp sambung wayar lain antara urat tangan. Lain tu kena doktor atau pakar lain jgk la sbb saya pun tak arif 😅

      Delete
  2. Terima kasih share info yang baik👍

    ReplyDelete
  3. Assalam sis . Thank you utk pencerahan.Doakan utk ayah saya ya...nak buat tapak di kpj...and lps ni dialisis kena buat di swasta sbb hosp di perlis waiting list pjg sgt.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terima kasih sbb rasa entri ni berguna. Biasa la kalau hospital memang waiting list panjang sbb tu kami pun pilih swasta hehe

      Semoga semua urusan saudari dan keluarga dipermudahkan. InsyaAllah lepas dah start dialisis, badan ayah akan lebih sihat mcm dulu-dulu. Jaga diri selalu ya ☺️

      Delete
  4. assalamualaikum. entry ni sangat berguna. terima kasih banyak2.Saya nak tanya... ayah saya akan start buat CAPD dalam masa terdekat. berapa kos setiap bulan dialisis CAPD ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. terima kasih sbb baca 😊 tp pasal CAPD tu tak pasti pula berapa kos dia sbb terus buat fistula je, tak survey pasal CAPD.

      Delete
  5. assalamualaikum. terima kasih atas entry ni. saya nak try bawak ibu saya buat kat annisa. sebab waiting list di HRPZ too long. we have to wait until September. cuma saya nak tanya, in between nak tunggu fistula tu matang, and i already booking pusat haemodialysis swasta for my mom, adakah masih perlu ke Hospital Pasir Mas sebab dah penat ulang alik ke sana. saya stay Pasir Puteh and pity my mom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. terima kasih sbb baca. harap ia membantu ☺️

      sementara tunggu buat fistula & fistula matang, kalau dah dapat jadual dialisis dpd pusat swasta tu (bila dan pukul berapa kena pergi setiap minggu), boleh maklumkan kpd hospital. nanti mereka akan siapkan dokumen & surat rujukan utk transfer kes pesakit kpd pusat swasta yg kita nak pergi. lepas settle transfer tu nanti dah tak payah ulang-alik hospital dan boleh pergi dialisis di pusat swasta tu terus.

      Contoh dokumentasi dpd pihak hospital utk transfer ada dlm entri lagi satu kat bawah ☺️👇🏼
      https://officialnasa28.blogspot.com/2020/02/diari-dialisis-part-6.html

      Delete
  6. Assalamualaikum sis. Saya nk tnya, klu buat fistula kan, rm3k tu sebulan sekali ke? Ke cuma sekali je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. RM3k cuma untuk pembedahan sekali sahaja selagi mana fistula tu boleh diguna dan tak tersumbat atau rosak. Kalau tak, mungkin kena bedah lagi dan tambah kos lain

      Delete
  7. Hello sister, today I came across with your blog and I would like to ask you a question regarding dialysis. As you know here we have two different sets for our patients to perform their treatment. Can I know is it the same thing applicable in Kelantan?, for instance the session would be on Sunday, Tuesday and Thursday if I am not mistaken. Is there any other session available apart from that? Thank you so much =).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello. Yes, I think generally there are 2 different sets for dialysis. But the treatment sessions depend on the days when the dialysis center choose to close on weekends. For instance, here in Kelantan we have weekends on Friday and Saturday. And my mom's center chose to close on Friday only. So their offered sessions are available either on (Sunday, Tuesday, Thursday) or (Monday, Wednesday, Saturday)

      So states with different weekend days (Saturday & Sunday) might have different sessions in their schedule. And there are also centers that close on both days of weekends so their sessions could be even more different than my experience. Hope it helps ☺️

      Delete
    2. Thank you so much for your explanation =)

      Delete
  8. Sis nak tanya, kalau dh ada fistula blh ke nak mandi mandi pantai apa semua eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh je buat aktiviti yg biasa buat mcm sebelum pasang. sbb fistula tu cuma cantum urat je, bukan pasang alat apa² dlm badan. cuma elakkan angkat benda berat dan biasakan tangan dlm keadaan lurus utk kurangkan risiko darah beku di fistula tu jadi tersumbat

      Delete
  9. Assalamualaikum. boleh kongsi ka? cara akak kita claim dengan jpa.

    ReplyDelete
  10. Masya Allah, tabarakallah. Terima kasih sudi share info yang bermanfaat. ♥️🌹

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS