Penantian 45 hari PKP: Goodbye, UUM. | NaSa

Penantian 45 hari PKP: Goodbye, UUM.

in , , , by NaSa, July 13, 2020
Assalamualaikum

Akhirnya tiba juga ke bab balik kampung masa memula PKP haritu. Padahal aku di kampung ni dah habis semua kelas online dan dah nak start cuti semester pun. Kemain lama nak update haha. Takpe la, yob. Ni pun kisah terakhir dah pasal PKP ni. Lepas ni kita boleh start cerita pasal benda lain pula.

Seperti teaser dalam entri haritu, aku disahkan boleh balik ke kampung aku di Kelantan sana pada 2 MEI 2020. Kalau kira jumlah hari sejak PKP bermula, 45 hari ye aku terkandas di UUM ni gara-gara kerajaan tutup sempadan antara negeri huhu. Nasib baik dapat makanan free dan ada juga Wi-Fi UUM yang laju tu. Tidak la aku jadi mayat hidup di sana huhu

Tu laaa yg malam ni nak balik, pagi ni baru tahu nama tuuu
Dalam group ni bukan ada pelajar UUM sahaja. Pelajar IPT dari negeri-negeri utara lain pun ada. Kalau tak salah aku, UUM dilantik jadi ketua zon utara untuk uruskan penghantaran pelajar pulang ke semua negeri. So pelajar IPT zon utara lain yang sama daerah dengan pelajar UUM semua dihantar ke UUM oleh IPT masing-masing untuk dihantar balik sekaligus.
Group aku pun ada pelajar luar.
Sebab list ni keluar lewat, kan aku dah kata aku tak sure aku confirm boleh balik ke tak. Sebab masa tu dalam pekeliling yang KPT keluarkan, pelajar yang tinggal di daerah zon hijau saja yang akan dihantar balik. Masa tu pula Kota Bharu tengah zon merah dan majoriti daerah lain di Kelantan pula zon kuning. Jeli je zon hijau. Bila dengar syarat dia tu, memang rasa takde harapan boleh balik la.

Tapi sebab semua suruh fikir positif je dan teruskan kemas barang je, aku pun buat je la. Memang berselerak teruk bilik aku malam tu serupa dilanda puting beliung. Dari loker, laci katil, laci meja, sampai isi rak buku, semua aku keluarkan untuk dinilai yang mana nak simpan dalam stor, yang mana nak bawa balik. Mujur roommate aku takde.
Segenap ceruk ada barang bersepah.
Baju, perkakas dalam bilik, dan alat tulis tu semua ada je bekas khas untuk aku isi tapi yang aku ralat masa ni sebab makanan dalam gambar last tu. Banyak kot sebab minggu sebelum PKP start tu, aku dengan Hajar baru je beli barang di Cmart Changlun buat stok duduk asrama. Pastu ada juga yang aku beli buat stok kuarantin sebab kafe tutup masa PKP.

Berbelah bahagi aku. Nak buang? Rugi woi. Nak simpan kat stor? Expired pula. Last sekali, ahh gasak je la isi dalam beg angkut bawa balik hahaha.
Progress dari pukul 2 pagi, 11 pagi, sampai la petang sebelum aku check out.
Hajar dah pesan suruh kemas awal-awal sebenarnya. Nanti boleh simpan awal kat stor. Senang nak cari kawasan kosong untuk aku letak barang. Hari nak naik bas pun tak penat sangat. Tapi tu la habit aku memang malam sebelum bertolak pergi mana-mana baru kemas barang.

Tak tidur malam tu memang biasa la. Penat tapi better sebab perjalanan kan lama. Bila badan penat boleh la aku tidur je atas bas. Berjaga pun boleh buat apa je. Nak main phone pun tak boleh sebab sepanjang perjalanan tu banyak bukit. Sekali bas naik, internet pun hilang haha 
Jumlah beg yang aku bawa balik.
Nampak sikit, tapi berat dia semua aduhhh nak patah pinggang hahaha. Pertama, sebab aku memang takde banyak beg. Kedua, kalau ada banyak pun, aku kena limitkan jumlah beg masa naik bas sebab ada dua tangan je bodo. Lagipun masa PKP ni mana ada orang buat grab. Nak ke dewan tempat lapor diri tu kena naik bas pusing-pusing UUM so beg banyak-banyak siapa nak angkat pergi bus stop.

Makanya aku sumbat selagi boleh biar senang angkut. Ni pun nasib baik aku bawa barang sikit je masa daftar balik lepas tangguh haritu. Ada hikmah la mama suruh bawa separuh dulu sebab nanti bulan 3 aku akan balik untuk cuti midsem juga kan. Katanya bawa banyak sekaligus buat penat je. Dan…rupanya aku ni bukan balik untuk cuti midsem sahaja tapi memang balik sampai sem depan terus lol.
Selamat tinggal si bulus peneman setia yang clingy semacam macam tahu-tahu je aku nak tinggal dia 😭
Selamat tinggal juga bilik baru.
Sempat duduk 2 bulan je kat sini 🤧
Rezeki Allah nak bagi, walaupun asalnya kena naik bas UUM untuk ke Dewan Muadzam Shah (DMAS) tempat kena lapor diri, ada jiran bilik depan ni offer untuk hantarkan aku. Alang-alang nampak aku dah siap dan masa tu pula hujan, dia tanya la nak naik sekali dengan kawan dia tak sebab kesian aku angkut barang berat pergi bus stop tengah-tengah hujan. 

Tapi sebab kawan dia di aras atas tu siap lambat dan belum bawa barang turun, dia hantar la aku dulu huhu Alhamdulillah terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki awak. 

Keadaan di DMAS masa tu SESAK ya. Dengan bas IPT lain beratur masuk untuk hantar pelajar, kereta pelajar tolong hantar member, bas UUM sendiri hantar pelajar, kami cari parking pun berpusing baru jumpa. Seksa woi angkut beg lol

Keadaan masa ni rasa macam dalam movie yang di-fastforward-kan 2 kali ganda. Cepat nak mampus. Bermula dari jumpa presiden inasis TM untuk sahkan kehadiran, angkut barang ke kawasan beg untuk setiap daerah, kemudian pergi jumpa pegawai di setiap checkpoint untuk check suhu, cop surat etc, semua berlaku dengan cepat. Rasa nak putus nafas aku. Kepala pun tak boleh nak proses apa yang berlaku sebab laju sangat 😂

(Tapi gambar tetap sempat ambik ye haha)
Ada dalam 4 ke 6 kaunter kesihatan yang dibuka entah.
Badan aku pun dah start panas sebab dah angkat barang berat pastu kena jalan jauh lagi. Penat oi. Risau juga aku kot-kot suhu mencanak tinggi kang tak pasal-pasal disyaki demam dan tak boleh balik pula hahahah. Mujur lepas pegawai PKU tembak suhu aku, 36.4 celcius je. Masih normal. Yasss boleh balik.
Tapi tak semua ahli PDRM pun. Ada pegawai UUM juga.
Lepas check suhu, kena ke kaunter PDRM pula untuk cop surat sokongan kebenaran balik. Tapi kan… aku tak tahu la kenapa semua orang suruh print surat tu sampai 3 salinan. Sebab masa cop tu, aku terdengar pegawai kat kaunter tu bercakap dengan pegawai lain kenapa semua bawa banyak sangat surat ni. Macam dia tak expect pun surat tu kena print banyak hahaha. Saya pun tak tahu, tuan. Saya ikut arahan je.
Kemudian kena ke kaunter daerah masing-masing pula untuk lapor diri dengan Liaison Officer (LO) setiap daerah. Nanti LO tandakan nama pelajar yang dah hadir dan bagi satu tag yang ada nama dan nombor telefon LO, dan nombor plat bas untuk setiap daerah untuk mudahkan pelajar contact kalau sesat ke apa. Aku orang kedua ke ketiga entah lapor diri untuk daerah ni. Awal lol.
Safe in DMAS 😊
Syarat wajib masa lapor diri dan tunggu nak balik ni, pelajar kena pakai mask dan ada hand sanitizer. Aku ada hand sanitizer tapi takde mask tau so risau juga masa nak lapor diri tu. Tapi ketua blok aku kata takpe je sebab nanti di DMAS akan ada orang bagi mask kepada pelajar dan betul la tu.

Lepas check suhu, ada pegawai approach aku tanya ada mask ke takde. Lepas kata takde, dia bagi la mask hijau ni. Another rezeki dapat jenis tali ikat kat belakang bukannya sangkut kat telinga. Takde la kena selit-selit getah dia masuk tudung ke apa.
Paling terkedepan tempat menunggu daerah aku ni 😂
(Yang ditayangkan di skrin tu ustaz ajar cara solat dalam kenderaan sebab takut bas sampai lepas Subuh.)
Cari nama aku hehe
DMAS masa ni dibahagikan kepada tiga mengikut negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Kerusi dalam dewan ni jauh tak payah cakap memang dijarakkan semeter-semeter. Suatu kelainan ye tahun ni. Biasa kami duduk jauh-jauh dalam DMAS ni sebab exam. Tapi 2020 ni berjauhan sebab social distancing akibat COVID-19 huhu

Dan memandangkan ni berlaku masa puasa, elok pelajar yang dah lapor diri duduk di kawasan daerah masing-masing, staf UUM (dan pihak terlibat) dah agihkan makanan berbuka tau. Aku perhati je staf-staf kafe UUM berpusing di setiap barisan bagi plastik dan polisterin berisi makanan dan air. Awal gila. Padahal masa tu belum pukul 6 petang pun 😂
Polisterin tu nasi lauk apa entah untuk berbuka.
Plastik tu burger dan air untuk sahur.
Tak cukup dengan makanan bersahur dan berbuka, staf-staf tu semua berpusing lagi tau untuk agihkan benda lain pula termasuklah dadih untuk dessert, roti john (untuk moreh kot hahaha), dan hand sanitizer sumbangan ProWins (kerjasama Inasis Proton dan Tradewinds). Tapi hand sanitizer tu istimewa sikit sebab cuma diberikan kepada pelajar UUM sahaja. Aku dengar la staf tu tanya setiap orang “Student UUM ke?” sebelum mereka bagi hand sanitizer kepada siapa yang kata ya.
Hand sanitizer tu best bau lavender.
Dia punya banyak makanan tu sampai aku tak termakan tau. Spesis perut kecik. Lagipun nak naik bas perjalanan jauh ni aku malas makan banyak. Dah la MC pun kata bas takkan berhenti di mana-mana RnR so buatnya sakit perut dalam perjalanan tu, naya je. So masa berbuka aku makan roti john tu je 2 keping untuk alas perut. Mujur roti tu dia dah potong awal-awal.

Untuk solat Maghrib, tempat solat dibahagikan lebih kurang macam masa orientasi haritu. Perempuan solat di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) belakang DMAS, lelaki kat bilik mana entah aku tak dengar. Sebab bukan jantina aku kan so aku tak ambil kisah la haha. Dia punya sesak Allahu. Nak masuk tandas pun beratur. Lagi satu dugaan sebab pelajar UUM ni belum boleh jamak Maghrib dan Isyak sebab kami belum bermusafir. Student IPT dari negeri lain tu boleh la sebab mereka datang UUM pun dah dikira mulakan musafir.

Tapi takde hal pun nak keluar kali kedua dari dewan untuk solat Isyak pula sebab tempoh menunggu untuk giliran setiap daerah bergerak pulang tu lama gilaaaaaa. Dah la Kelantan negeri terakhir yang dia start panggil sebab katanya Kelantan paling dekat dengan Kedah jadi kami start lambat pun takpe sebab tetap cepat sampai. Pahang dan Terengganu diutamakan dulu sebab 2 negeri tu lebih jauh. Apoo??? hahahahah

Dari 5.30 petang aku sampai di DMAS tu, pukul 10  lebih baru naik bas. Aku punya mengantuk masa tunggu tu tak payah cakap la sebab dah la semalam satu malam tak tidur untuk kemas barang kan. Pastu aircond DMAS sejuk gila pula. Mujur aku dah pakai hoodie tebal siap-siap. Total ada la 2-3 kali kot aku terlelap atas kerusi tu masa skrol Twitter 😂
Sepanjang laluan depan DMAS tu dipenuhi dengan bas owowo
10.20 malam, daerah aku Tumpat 2 dipanggil. Menuju la kami ni ke pintu keluar DMAS untuk ambil barang dan ikut LO ke bas. Siap dapat tepukan daripada pelajar lain sebab MC puji elok je kami beratur satu barisan, tak macam kumpulan sebelum ni yang berterabur keluar hahaha. Aku terhibur tau dengan staf yang jadi MC bertugas buat pengumuman malam tu sebab loyar buruk lain macam.
Bas kami yang belakang tu.
Di kawasan bas, ada abang-abang bomba dah standby untuk tolong pelajar sanitize beg dan masukkan barang ke dalam perut bas. Mujur bas satu tingkat. Luas la juga tempat simpan barang. Pastu orang lain pun barang kemain banyak. Peh kalau bas dua tingkat ni mau tak muat tempat barang tu hahaha.
Seorang dua seat ewah!
Walaupun bas yang diguna ni bas catar 2+2 yang obviously seat dia tak luas macam bas vip 2+1, tapi kali ni tak banyak beza pun selesa dia sebab seat bas kan dijarakkan setiap satu untuk social distancing. Jadi setiap baris kerusi tu cuma sorang je boleh duduk. Bila dapat 2 seat sorang ni, luas dia amboi. Tidur berlunjur pun boleh lol.

Cumanya nasib kami geng Tumpat 2 ni kurang baik sebab BAS ROSAK muahahahaha
Di sinilah kami terkandas.
Perjalanan 3 jam pertama tu takde masalah pun. Tapi pukul 1 pagi tu aku terjaga dari tidur sebab pelik semacam je bas tak bergerak-gerak. Nak kata dah sampai, minimum Kedah-Kelantan 8 jam kot. Nak kata berhenti di RnR, pun bukan. Aku jenguk-jenguk nampak signboard atas ni je.

Lama weh dia berhenti tu. Aku intai kat tingkap nampak LO dan driver bas dan beberapa orang lain duk berdiri tepi jalan. Pukul 2 lebih macam tu baru LO naik dan maklumkan yang kipas bas (ke pebende entah) rosak. Dia dah hubungi pihak penganjur dan katanya masa tu bas daerah Jeli kot macam yang terdekat untuk datang ke sini jadi kami diminta bersabar.

Heh kalau tak sabar pun bukan boleh balik jalan kaki. So aku sambung tidur je la. Tapi dia punya “terdekat” tu ingatkan dalam 2-3 jam je bas ganti akan sampai. Bukan ye. Lambat lagi. Sampai dah 5 pagi takde dengar bunyi enjin bas lain pun. Musnah la harapan siapa yang nak sampai sebelum Subuh dan sahur dengan family tu. Sahur atas bas je mampu.
Sahur burger haa fancy gitu.
Seat lawa sikit daripada bas tadi.
Pukul 6.30 pagi baru la bas ganti sampai. Ngam-ngam dengan aku yang dah cramp segala urat tubuh dalam bas sejuk tu. Dugaan betul. Nasib baik bas ganti ni better sikit daripada bas lama hehe. Dan LO arahkan kami untuk terus naik bas pengganti tu. Barang dalam perut bas nanti driver dan LO yang akan pindahkan ke dalam bas baru. Semoga Allah murahkan rezeki anda semua, Amin…

Selesai semua barang dipindahkan dan LO buat headcount kira pelajar, perjalanan pun disambung. Pukul 10.15 pagi baru la bas menjalar tiba depan IPD Tumpat. Aku dah call adik aku siap-siap sebelum tu maklumkan yang aku dah nak sampai so awal juga la dia bertolak ke sini. Masa aku tengah tunggu bomba siap sembur sanitizer kat barang-barang kami, dah nampak kereta adik aku U-turn depan balai tunggu aku di seberang jalan.
Beg bukan main banyak kat sini sampai aku pun tak perasan aku tertinggal satu beg 😑
Tapi tak bermaksud yang selamat sampai di IPD Tumpat ni dah boleh terus balik. Pelajar diarahkan masuk ke dewan balai dulu untuk jumpa dengan pegawai polis di sana untuk taklimat (?). Kemain la arahannya kata kena bawa semua beg dan barang masing-masing. Penat tau aku angkut semua sebab ingatkan lama sangat taklimatnya. Rupanya tak pun.
Dewan Temenggung namanya.
Pegawai kat sini sebenarnya nak ambil keratan daripada surat sokongan kebenaran balik je untuk bukti yang kami para pelajar ni dah selamat tiba ke daerah masing-masing dan dah lapor diri di balai polis. Sambil tu dia tanya siapa pelajar yang akan diambil oleh waris dan siapa yang tak ada pengangkutan untuk balik ke rumah. Aku of course balik dengan waris. Yang takde pengangkutan tu pihak IPD hantarkan.

Selesai semua urusan di IPD Tumpat tu, aku terkedek-kedek la angkut balik semua barang dari dewan tu dan lintas jalan ke tempat kereta adik aku tengah tunggu. Penat woi penat. Kalau aku tahu sesi di dewan tu tak lama, baik aku suruh adik aku ambik dulu barang tu simpan dalam kereta hahahah

Mujur perjalanan balik ke rumah tu pun takde benda lain dah jadi kecuali kena hadap roadblock je. Tu pun aku dah bagi siap-siap surat pengesahan untuk adik aku print dan tunjuk kepada penguatkuasa kalau kena tahan sebagai bukti dia bukan keluar saja-saja tapi nak ambil pelajar yang baru dibenarkan balik oleh kerajaan. Kalau takde surat tu, mau terbang 1k bayar kompaun sebab langgar arahan PKP.

Penghujungnya, selepas segala macam liku-liku perjalanan kena tempuh, selamat juga aku tiba ke rumah. Fuhhh…… Tak pernah lagi la susah macam ni nak balik rumah sendiri tau. Tu pun Alhamdulillah Kelantan tak banyak sangat kes. Kalau tak, mau lagi lama aku terkandas di UUM tu macam kawan-kawan selangor yang lagi banyak kes dan zon merah.
Home sweet home.
Warna dah serupa penyokong kumpulan bola sepak Kedah 😂
Begitulah kisah perjalanan pulang kami pelajar IPT yang terkandas di kampus akibat penutupan sempadan antara negeri disebabkan PKP. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang dah terlibat dalam menjayakan misi balik kami. Huuuuuuuuuuu aku harap keadaan makin baik lepas ni dan takde isu baru dah. Sakit weh bila bukan setakat individu yang terjejas ni tapi satu dunia.

Tapi tu la sekarang kecoh isu kemunculan virus baru berkaitan selsema babi la, bubonik la. Macam-macam hal. Seolah-olah tahun 2020 ni tahun langganan antivirus bumi tamat pula. Na’udzubillah la virus tu sampai ke Malaysia. 😣

Apa-apa pun, tu sahaja kisah kali ni. Lepas ni takde dah cerita PKP di UUM. Kalau aku rajin, aku tulis la apa benda jadi masa duduk kat rumah. Tu pun KALAU rajin la. Aku kat rumah bukan buat apa pun so kadang takde benda menarik pun haha. Semoga berjumpa lagi di lain hari.


Terima kasih kerana membaca.
Bye, Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Sama la kita, zon sy pon merah jugak jadi mmg tak letak harapan tinggi. dan lepas tu pon sepatutnya tak boleh balik sbb tak lepas pengesahan doktor, tapi nasib baik tetiba dia splitkan hari utk zon selatan. jadinya tarikh balik ditukar 2 hari lepas tu dan Alhamdulillah boleh balik.

    kesiannya awak punya bas tu rosak T_T tapi sy pon ada cerita sadis sbb bas saya tolak 12 pagi lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam cerita ada kan masa balik di musim PKP ni.

      My friend punya cerita versi seram sebab student dalam bas dia balik Selangor patutnya ada 17 orang, tapi banyak kali pegawai pengiring tu buat headcount, ada 18 orang. Kena suruh sorang student turun naik bas lain kemudian baru la penumpang lebih yg 'menumpang' tu hilang and student pun cukup seperti yg dah ditetapkan hehehe

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS