[REPUBLISH] Hamilkan Pokok Bunga | NaSa
Assalamualaikum.

Bunga apa yang hamil tu??
Kredit gambar: Garden Design
Tengah syiok-syiok baca Luke Khuzairi petang tadi, villamate cik Patin tegur dari luar pintu bilik yang luas terbuka. Nak pinjam berus istimewa daku sekejap katanya. Teragak-agak la kejap. Sebab berus tu memang istimewa.

Ah ya. Istimewa sangat bak hang.
Kahkah. Toksah duk sangka kitorang ada yang duk minum susu dalam botol bebudak la. Ni daku beli khusus untuk cuci botol air jenama tupperware tu.

Anyway, cik Patin pinjam berus tu pun sebab memang nak cuci botol. Ku pikirin botol air biasa. Sekali dia cuci bekas Glade Air Freshener dia pulak dah. Alalala.. habis la berus daku berbau lavender karang. Tanya dia buat apa cuci bendalah tu, and dia jawab,

NAK LETAK POKOK BUNGA
Macam ni kot rupa bentuk dia? Entah daku tak cam tadi.
Memula daku dengan Narfa gelak. Tapi cik Patin serius rupanya. Dia bawak keluar bekas Glade dia yang dah berisi air dan tiga kuntum bunga putih. Kontot je tangkai bunga tu dia potong. Rupa paras yang dah cukup untuk buat daku tergelak lebih besar. Nak-nak mengenangkan kemain selamba dia getus bunga tu semua kat depan villa semata-mata nak hias meja study kasi lagi semangat nak ulang kaji. Pun bolehh..

Inilah jenis bunga yang menjadi mangsa tersebut.
Cik Patin main ambik je bunga ni. Padahal nama bunga pun dia tak tahu apa. Daku pulak kemain yakin bagi jawapan bunga bakung. Gila ah jauh beza sebenarnya rupa paras bunga bakung dengan bunga ni. Tapi lagi gila sebab cik Patin salah dengar nama dia bunga mayat.
-_______-
Hambar.

Check balik, oh bunga lili rupanya. Dah agak dah jenis bunga tu tergolong dalam keluarga bunga lili. Cuma teragak-agak nak bagi jawapan penuh konfiden sebab selalu pun ingat bunga lili dalam bentuk macam ni...:
Takpun cenggini.
Ewah. Nak bunga berupa paras jelita dan ohsem je hakak Nad korang ni. Bunga tempatan pesen kelopak tak lebar macam lili paling first tu pandang sipi-sipi je. Bajek high class gitu. muhaha~

Tengok bunga lili yang cik Patin getus tu, tiba-tiba teringat balik memori belajar Sains masa Darjah 5 dulu. Part cara-cara tumbuhan membiak. Ada macam-macam cara pokok bunga ni melahirkan zuriat rupanya. Boleh melalui pendebungaan, dispersing (bijik benih bertaburan bila pecah cam pokok keembung), melalui ejen-ejen cam manusia dan haiwan, and etc... Selama tu duk ingat kalau nak bunga tumbuh, mak kena beli benih kat kedai pastu taruk dalam pasu bertanah dan letak baja secara berkala. Tak lupa jugak 'Nona bangun pagi siram pokok bunga' *nyanyi jangan tak nyanyi*. Haa.. innocent sangat pemikiran purbakala daku dulu.

Masuk Form 3, belajar lagi bab Reproduction. Tapi tak se-detail korang yang ambik Biologi la. Hakak Nad korang tak ambik Sains Tulen. Malas pindah sekolah sebab nanti kena balik naik bas. Tak kose la I nak bersesak-sesak dalam bas sempit tu. *libas hujung tudung*

Masa bab reproduction of plants, cikgu suruh la bawak bunga raya untuk satu eksperimen ni. Ingat lagi, rumah daku takde pokok bunga raya jadi daku getus dari rumah jiran depan rumah. Masya Allah berdosanya rasa sebab dah la ambik sampai satu plastik (sedekah kat kawan yang nyanyuk), pastu sampai sekarang lupa nak kasi tau kat tuan rumah. Haish. Takpe cuti raya nanti mintak maaf. :D

Sampai kat sekolah, cikgu suruh belah bunga raya tu jadi dua. Kemain semangat woi nak jalankan eksperimen ni. Tapi ada yang terbantut sebab bunga dia tak kembang lalu susahkan operasi post mortem. Tu laa.. sapa suruh hang ambik bunga semata-mata? Sepatutnya tangkai dia tu kena ada sekali. Even though tak panjang, at least ada lagi sumber tenaga dalam xylem dan phloem tu (eh yeke?) untuk bunga tu mengembang. Kan bunga daku jugak yang korang kebas? Masalah, masalah. 
-_____-

Lepas habis belah, cikgu explain la satu-satu pasal struktur bunga raya tu. Bunga jantan carry the pollen grain. Bunga betina pulak ada stigma. Masa pollination, pollen grain akan terbang dan hinggap kat stigma lalu masuk ke pollen tube. Sampai ke ovary, pollen grain bersenyawa dengan ovule lalu terhasillah bunga baru. Hah gitu explanation dia. Tak tahu la betul ke tak sebab dah lama tinggalkan bangku sekolah ni. Sekarang duduk atas kerusi pusing kolej aje. kahkah.

Macam gini la struktur bunga.
Kredit gambar: Semua dari google

Sebab cikgu kata bunga reproduce lepas pollen grain melekat kat stigma, maka sejak itu terbentuk satu habit dalam diri daku. Pantang jumpa bunga yang reproduce melalui pollination, akan daku cari mana bunga jantan dan mana bunga betina dan basahkan sikit hujung stigma bunga betina lalu lekatkan ia dengan pollen grains dari bunga jantan. Say what?

Logiknya masa tu, pollen grains akan sampai ke pollen tube dengan lebih cepat. Jadi ovary bunga betina pun boleh produce bunga baru dengan lebih pantas dan efisien. Allahu masa tu diri ni rasa mulia sangat sebab dah bantu pokok-pokok bunga depan rumah melahirkan generasi pelapis diorang tanpa memakan masa yang lama. Takyah tunggu musim berangin untuk pollen grain terbang kepada stigma, bantuan daku yang ngok ini aje dah cukup untuk hamilkan pokok-pokok bunga betina tersebut. kahkah. Pun boleh..

Tambahan.

Dari kiri: daku, Dini, Fatin, dan Narfa.

Exam baru habis tiga paper tapi semua baju kurung dah bungkus masuk beg. Tinggal baju kasual buat pakai pergi exam aje. XD

Alkisah...

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca ;)
SHARE 0 comments

Add your comment

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS