[REPUBLISH] Nasihat buat Kaki Shopping Online | NaSa
Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat blogger yang dikasihi dan dirahmati Allah?
Kalau rakan blogger rajin nak godek Arkib Sejarah kat tepi ni, akan ada dua tiga cebis entri pasal Cik Nad beli barang kat kedai online serata Malaysia. Ada beli baju, ada beli gajet, makanan kesihatan pun ada jugak. Nampak macam best aje. Tapi banyak pantang-larang woo nak ikut. Kalau korang rasa nak beli jugak barang online, meh baca tips Cik Nad.
Disclaimer: ni semua berdasarkan pengalaman Cik Nad sendiri. Takde kena mengena dengan yang masih bernafas @ yang dah takde nyawa ;D

1. Kualiti sepadan dengan harga 
◕ Duit susah kot nak cari. Jadi sebelum beli something, pastikan yang ianya betul-betul berkualiti. Cara mudah, baca review/testimoni pelanggan yang pernah guna barang tu. Takpun, Google kan ada? ;D
◕ Jangan jadi macam Cik Nad. Sebab baju tu nampak cantik, tebal, dan murah, terus tekan Add to Cart. Sekali lepas dapat, alahai! Bayang jari pun boleh telus dan nampak. Fabrik nipis sangat..! :(

2. Sesuai dengan saiz badan
◕ Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Baru tak menyesal di kemudian hari. Jadi sebelum ushar baju, pastikan kita tahu saiz badan kita macam mana. Ukur siap-siap labuh baju, panjang kaki tangan, cawat seluar macam mana, baru ushar baju.
◕ Tak tahu cara nak ukur? Toksah nangis. Majoriti butik online ada sediakan page yang ajar cara ukur saiz badan. Jadi, kita tinggal cari pita pengukur aje.
◕ Sebaiknya beli baju yang lebih besar sikit daripada saiz body kita. Jangan bajet labuh dres tu 130cm sesuai untuk kita yang setinggi 150cm. Pengalaman Cik Nad, dres tu kononnya 132cm. Kononnya la..  Tapi lepas try, keting kaki pun tak lepas. Singkat..!
P/S: Baju tu Cik Nad ingat nak jual. Tapi lepas aktif blog ni, rasa macam baik buat giveaway. Siapa nak Cik Nad sponsor? lai.. lai.. lai...

3. Jaminan refund
◕ Faham betul-betul syarat untuk dapatkan ganti rugi @ refund yang butik tu kenakan. Tahu jenis kerosakan macam mana yang diorang anggap sesuai untuk di-refund. Ada website guna ayat belit-belit, jadi pastikan kita tak terbelit. Okey?
◕ Kalau ada warranty card untuk gajet, simpan. Nanti takde la terlopong tengok barang rosak tapi takleh ganti dengan barang lain.
BAB BAJU: Ada waktu baju yang kita nak tu out of stock lepas kita bayar. Jadi pilih betul-betul, nak dia bayar balik duit atau nak beli baju lain?
psst...Cik Nad pilih duit sebab kalau pilih baju, nanti kena tunggu lagi lama.

4. Banding beza harga barang dari semasa ke semasa
◕ Ada kedai, konon buat promosi besar-besaran. Tapi sebenarnya, harga baru lagi mahal daripada sebelumnya. Cuba bayangkan, dulu masa diskaun 8%, kita kena bayar RM25. Sekarang diskaun 10%, eh eh kena bayar RM30 pulak? Tang mana yang diskaun dan promosi tu? Grrr...
◕ Lagi satu, jangan cepat beli kalau berkenan. Ada lagi kedai yang jual benda sama pada harga yang jauh lebih murah. *winkwink*

5. Caj Penghantaran
◕ Sesetengah kedai  tak tulis directly berapa caj pos. Kalau free shipping for 6 items and above, yang tu banyak. Tu pun part '6 items' tu dia tulis tak berapa besar sangat. Jadi cek betul-betul, berapa harga pos yang dia caj. Karang beli barang harga RM 10, kena bayar RM20 pulak. Itu Semenanjung. Kalau Sabah Sarawak? *pengsan*

6. Tempoh Penghantaran
◕ Kedai local ambik masa 3-5 hari bekerja untuk hantar barang yang kita beli. Kalau yang ambik stok dari overseas, paling cepat pun seminggu lebih.
◕ Kalau rasa diri kurang iman, kurang kesabaran, pilihlah kedai yang ada ready stock. Kedai ni memang dah ada barang kat kedai diorang jadi tak payah tunggu lama untuk barang kita sampai.

7. Kemudahan Pembayaran
◕ Ada banyak pilihan untuk kita bayar harga barang yang kita nak ni. Antaranya:
  1. Bank-in : Masukkan duit melalui mesin deposit kat bank lepastu kena hantar gambar slip pembayaran kat kedai online tu
  2. Online transfer : Takyah pakai mesin deposit. Klik-klik butang tetikus aje.
  3. Credit card : Orang kaya selalu pakai ni. Kad hutang. :P
  4. Debit card : Macam kad kredit tapi dia tolak terus duit dari akaun kita. Bukan tunggu hujung bulan baru nak tolak.
  5. Cash-On-Delivery (COD) : Masa posmen kedai tu hantar barang baru kita bayar cash kat posmen tu.
◕ Majoriti butik online sediakan khidmat nombor 1-4. Yang COD tu kalau ada pun, cuma untuk tempat tertentu aje. Rakan blogger pilihlah yang mana sesuai dengan diri, ya?
 Simpan bukti pembayaran lepas bayar. Nanti kalau ada penyelewengan, senang nak claim.

TIPS EKSTRA:
◕ Like fanpage butik online tu - Selain tahu stok terkini, boleh juga elakkan penipuan macam dalam tips NO. 4. Konon promosi tapi harga mahal. Puih!

Setakat ni je kot yang Cik Nad boleh kongsikan? Moga-moga bermanfaat untuk pembaca yang singgah ke blog ni. Kalau ada sesiapa nak tambah, sila la. Sharing is caring gitu.. ;D

Oh, ya!
Cik Nad nak ber-hiatus ni. Tapi still tak jadi-jadi lagi. Godaan nak ketuk-ketuk keyboard ni kuat sungguh. Sekali tekan huruf A, rasa macam tengah tekan piano dan main muzik gubahan Mozart atau Beethoven. Merdu yang amat sampai rasa susah nak berhenti. Kalau tak nak taip entri, mesti nak taip mukadimah perkenalan kat shoutbox rakan-rakan blogger. Haih.

Tapi kali ni takleh terpesong lagi niat. Hari ni memang kena start buat soalan past years sebab exam dah HARI ESOK!! Paper One Economics pukul 12 p.m.. Huwaa.. nasib baik objektif. Kalau bertulis, mahu berdarah biji mata sebab banyak menangis sebab kurang ulangkaji. Hehe.. over..

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca ;)
SHARE 0 comments

Add your comment

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS