Resepi Roti Jala Gebu bak Pipi Bayi | NaSa

Resepi Roti Jala Gebu bak Pipi Bayi

in , , by NaSa, July 27, 2015
Assalamualaikum.

NI entri recycle ni. Aku pernah publish dulu tapi ditarik balik atas alasan nak restart balik blog ni. Sekarang, memandangkan proses restart dah berlangsung dengan jayanya, maka aku nak publish balik entri ni ke dalam blog. Resepi makan ni beb. Sedap beb. Jadi sesiapa yang ada masa lapang dan ada rasa bertanggungjawab untuk berjimat cermat, dipersilakan untuk cuba resepi ni sendiri di rumah. Tak payah amalkan sikap membeli di luar sangat. Mahal. Buat sendiri lagi berbaloi. lol

Masa raya haritu siap beli 4kg tepung untuk masak benda ni. Tapi sibuk yang ampun sampai tepung tinggal tepung. Tak jadi apa pun. T_T
Resepi: Roti Jala Gebu bak Pipi Bayi (ayat marketing harus power haha)
Kredit: Kak Azie (Azie Kitchen)

Resepi kat bawah ni tak original sangat. Sebab aku ada gubah ikut sedap hati dan tekak sendiri. Biasalah budak baru nak up memang suka menyimpang sikit dari ajaran sebenar. hahaha... Tapi kalau nak yang original jugak, klik la link ke blog kak Azie tu. Yang jenis tak kisah resepi dah di-alter atau tidak asalkan rotinya lembut dan mampu bertahan sehingga kau boleh habiskan seperiuk gulai, senaraikan bahan di bawah dan pergi beli di supermarket cepat.

Bahan-bahan:


• Empat cawan tepung

• Empat cawan air (pastikan saiz cawan untuk air dan tepung sama)
• 1/2 sudu kecil garam
• Satu biji telur
• Tiga sudu besar minyak masak (boleh diganti dengan mentega yang dicairkan)
• Pewarna makanan kuning (boleh diganti dengan serbuk kunyit)

Langkah-langkah:
  • Campurkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai sebati.
  • Sapukan minyak sikit pada kuali. Kalau non-stick, tak sapu pun takpe kut? Kuali aku je jenis hybrid. Kekadang sticky kekadang non-stick. Lagipun kan dah tambah minyak dalam adunan roti tu jadi tak perlu banyak sangat.
  • Jala dengan berhati-hati. Boleh buat bentuk bulat atau empat segi ikut suka hati. Tunggu beberapa saat. Lepas masak, boleh terus diangkat dan digulung.
  • Buat banyak-banyak, dan akhirnya siap untuk dimakan dengan kari ayam/ikan/udang/ketam/suka hati limpa paru-paru koranglah. Haha.
_______________________________________________________
Selesai bab resepi. Sekarang pasal acuan roti jala pula. Biasanya kalau orang nak buat roti jala, dia pakai acuan macam kat bawah, kan?

Image credit to A Mom's Blog
Haa masa aku mula-mula berkecimpung dalam bab masak-memasak roti jala, benda alah ni hilang. Setepatnya mama aku yang lupa dia letak kat mana. Seksa sungguh anak dia ni sebab time tu memang mengidam sangat-sangat nak makan roti jala. Desperate punya pasal, aku boleh dapat idea nak tebuk botol air kosong je sebagai acuan. Ingatkan idea ni original habis dah. Rupanya brader Khairul Abdullah dah terlebih dulu buat. Hahaha... great minds think alike, brathar... :D

Tapi tu dulu la. Sekarang aku dah ada alternatif lain dah.

TADAAA!!!

Haa tu dia kau botol sos tiga muncung. kakaka...
Masa duk google resepi roti jala dulu, selalu aku jumpa orang jual benda alah ni online. Serius rasa macam nak beli on the spot sebab hasil buat roti jala guna botol ni memang ohsem. Tapi tak jadi sebab bapak mahal diorang jual. RM15++ untuk sepasang botol. Tak termasuk postage lagi. Lama jugak la aku berputih mata sebab hajat tak tercapai. Sampailah hari tu aku ke Mahkota Parade dan jumpa botol ni retailing for RM2.20 di Mr. DIY. Terbeliak mata aku tengok tanda harga yang dia tampal kat situ. On the spot aku ambik satu dan fikir, nasib baik tak beli online.

Jadinya kalau kau nak buat roti jala pakai botol ni jugak, tak payah order online sangat. Certain online seller cekik darah gila nak mati bhai. Pergi je ke kedai Mr. DIY terdekat. Lagi jimat.

Selamat menjala, semua. :)


Yang sedang berazam nak tingkatkan skil masak,
NaSa.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS