NaSa: Tips
Showing posts with label Tips
Assalamualaikum

Aplikasi Microsoft ni bukan la satu benda asing dalam kalangan pengguna komputer, terutamanya bagi pelajar dan pekerja yang banyak guna untuk sediakan laporan akademik dan kerja. Dari waktu bangku sekolah lagi biasanya kita akan diajar pasal cara-cara asas untuk gunakan aplikasi Microsoft ni terutamanya Words untuk tugasan bertulis, Excel untuk kira-kira, dan PowerPoint untuk pembentangan.

Tukar kad debit Maybank secara online

in , , by NaSa, May 23, 2022
Assalamualaikum


Tahukah anda? Sebulan sebelum kad debit anda tamat tempoh, Maybank hantar emel cinta begini?

Aku baru tahu sebab baru dapat emel atas ni masa 29 April haritu. Bagus juga dia emel macam ni kan. Kurang sikit risiko terlupa nak tukar kad debit bagi mereka yang tak check tarikh di kad tu. 
Assalamualaikum


Apakah itu SPPP?

SPPP adalah singkatan bagi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin. Skim ni ditawarkan khusus kepada usahawan dari kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Melalui skim ni, mereka akan dapat insentif PENGECUALIAN YURAN pendaftaran SSM dan maklumat perniagaan selama 1 TAHUN.

Rombak lagi susunan meja tulis.

in , , by NaSa, December 18, 2021
Assalamualaikum

Rombak, rombak, rombak. Itu la kerja aku dengan susunan atas meja ni. Almaklumlah bilik agak kecil jadi sekali letak perabot, memang tak boleh nak sesuka hati susun dah la sebab ruang terhad. Lagipun berat kan. Gila tak kuasa aku nak angkat haha. Lain la kalau meja ni sebab barang kecik-kecik je jadi boleh adjust tambah atau buang bila perlu. Tapi biasanya kalau buang tu jarang la. Aku suka tambah je hehe

Hati-hati kalau beli coklat dari Shopee

in , , by NaSa, November 08, 2021
Assalamualaikum



Berdebar tak baca tajuk tu? hehehe

Bukan niat nak menakutkan pun. Cuma rasanya kalau melibatkan produk coklat ni, pastu beli online pula kan, macam semua orang boleh agak je kan apa risikonya? 😂
Assalamualaikum

Kredit aku kini tamat tempoh tahun 2022 yee. Sengaja aku extend awal biar tak kalut haha

Aku kan sekarang pakai Wi-Fi Maxis bayar RM140+ setiap bulan. Jadi phone jarang la topap sebab sebarang komunikasi dengan sesiapa saja dibuat melalui medium Whatsapp dan emel, selain media sosial. Jadi kalau nombor takde kredit pun, aku masih boleh berhubung dengan orang lain. 
Assalamualaikum

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ni pernah disebut dalam entri pasal cara mudah untuk menabung beberapa hari yang lepas. Tapi rasanya mungkin ramai yang kurang tahu pasal apakah itu AHB? Sebab kita kan biasa dengar pasal sepupu jauh dia je iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Assalamualaikum


Haritu kan aku cerita pasal aku beli mini waffle maker dari Shopee yang bersaiz besar sikit je daripada tapak tangan orang dewasa. Ingat nak cerita sekali pasal resepi waffle yang aku guna dan pengalaman memasak tu. Tapi Allahu panjang teruk entri tu jadinya. Dah la banyak gambar aku nak share haha. Maka aku pecahkan kepada dua dan cerita pasal resepi tu kemudian saja la.

Mudah je sebenarnya cara nak buat adunan waffle ni. Mujur aku tak beli tepung waffle yang dah siap tu sebab buat sendiri lebih jimat dan boleh buat lagi banyak mengikut kehendak anak tekak kita hehe
Assalamualaikum

Alang-alang sem lepas aku dan group dah berputar kepala pasal projek e-SULAM ni sebab tak tahu cara nak buat, izinkan aku kongsi pengalaman di sini. Sebab aku tahu benci tu cemana bila cari info pasal projek ni, banyak keluar definisi skema daripada IPT je. Cara pelaksanaan pun vague. Nyampah hahahah

Kalau anda ada kena buat projek e-SULAM juga untuk semester ni, boleh teruskan membaca. Aku cuba explain daripada pengalaman aku sendiri masa buat projek e-SULAM haritu. Semoga membantu ✌🏻
Assalamualaikum


Ya aku masih dalam mood ber'udang' lepas jumpa udang besar di pasar raya dekat rumah haritu yang tak pernah-pernah pun jual udang sebelum ni. Selalu aku jumpa ikan bilis je sebagai wakil makanan laut kat situ. Ni tengok dia konsisten je jual udang. Maka harus la aku as udang-lover ni beli kan hahaha

Tabung Hijau: Cara mudah untuk menabung

in , , by NaSa, October 16, 2021
Assalamualaikum

Apakah salah satu kelebihan kita tinggal di negara Malaysia?

Duit kertas kita berwarna-warni hahahah~

Sumpah tak tipu yang duit berwarna-warni mengikut nilai yang berbeza-beza ni adalah satu benda yang best ya. Terutamanya kalau semua warna duit kertas tu ada dalam beg duit kita dan setiap satu warna tu tebal gila. Peh betapa indahnya pemandangan itu kan. Rasa kaya yang amat 😂
Assalamualaikum


Ini adalah entri tentang cara-cara nak semak bila PTPTN akan kreditkan nilai pinjaman ke dalam akaun simpanan pelajar setiap semester. Sebab aku check Google Analytics tengok hari-hari ramai yang baca entri pasal duit PTPTN aku tiba-tiba masuk tahun lepas. Terkejut juga tengok dah lebih 34,000 pageviews. Ada yang jumpa sebab guna keyword "bila PTPTN masuk" pula tu. Padahal tu bukan entri untuk perkongsian ilmiah pun. Lebih kepada catatan biasa sebab masa tu sis tak expect tetiba dapat duit haha
Assalamualaikum

Adakah anda kenal akan aplikasi JOOX ini?

Aku rasa pun macam ramai je yang kenal. Lebih-lebih lagi kalau yang main WeChat sebab dua benda ni adik beradik bawah ibu syarikat sama iaitu Tencent. Cumanya fungsi je la berbeza. WeChat tempat bersosial. JOOX pula macam Spotify, Apple Music, atau Youtube Music sebab tempat untuk kita stream lagu. Tapi sekarang nak bersosial dalam JOOX pun boleh haha.

Selain stream lagu, ada banyak lagi servis JOOX sebenarnya. Boleh nyanyi karaoke, radio, tengok persembahan live, upload video pendek macam TikTok, buka room bersembang dengan orang lain, etc. Siap kalau ada majlis anugerah tertentu macam anugerah MAMA untuk artis K-Pop di Korea pun boleh tengok di JOOX. Dah banyak maju berbanding dengan dulu. 

Jangan bazirkan Nutella anda!

in , , by NaSa, July 13, 2021
Assalamualaikum

Ada tak sesiapa di sini yang gemarkan Nutella macam aku? Angkatlah tangan anda dalam hati guna niat saja. Sebab kalau angkat tangan betul-betul, nanti orang akan pandang pelik pula "dah kenapa dengan budak ni?" 😂

Aku adalah seorang peminat Nutella yang agak tegar ya. Setiap beberapa bulan sekali memang akan beli sebotol besar Nutella buat stok makan. Tak main la botol kecik-kecik 350 gram ni. Aku biasa tibai yang 680 gram terus di Tesco. Tapi sekarang di Shopee pun boleh jumpa dan lagi berbaloi-baloi beli sebab ada seller yang jual 750 gram atau 1 kg pada harga yang berpatutan. Lagi jimat.
Assalamualaikum

Suatu soalan cepumas kepada para pembaca:
Pernahkah anda alami fenomena di mana tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba nilai kredit dalam nombor telefon anda berkurang?

Aku rasa majoriti pengguna nombor prepaid pernah alami benda ni kan. Pastu meroyan sebab baru je topap, duit dah jadi sikit balik. Padahal baru plan nak call orang atau nak beli data internet. Tak kira la orang tu kerja ada gaji duit banyak atau student sengkek macam aku ni, rasanya semua akan hangin je kan bila duit tiba-tiba lenyap macam tu je. Sebab duit kita kot.

Resepi Roti Jala Gebu bak Pipi Bayi

in , , by NaSa, July 27, 2015
Assalamualaikum.

NI entri recycle ni. Aku pernah publish dulu tapi ditarik balik atas alasan nak restart balik blog ni. Sekarang, memandangkan proses restart dah berlangsung dengan jayanya, maka aku nak publish balik entri ni ke dalam blog. Resepi makan ni beb. Sedap beb. 

Jadi sesiapa yang ada masa lapang dan ada rasa bertanggungjawab untuk berjimat cermat, dipersilakan untuk cuba resepi ni sendiri di rumah. Tak payah amalkan sikap membeli di luar sangat. Mahal. Buat sendiri lagi berbaloi. lol

Bibir Kering dan Cara Mengatasi

in , , by NaSa, May 27, 2014
Assalamualaikum.

Khamis hari tu kalau tak silap. Fatin dengan Narfa plan nak pergi sickbay jumpa matron lepas habis lunch. Masing-masing gatal kat kaki dan gatal kat tekak. Aku aje yang gatal nak menyendeng sekali even though sihat walafiat tak ada penyakit. Saja je sebab malas nak jalan kaki balik sorang-sorang. Pergi bertiga, balik pun kena la bertiga. Kata one for all, all for one. kahkahkah...

Tips Memaksimakan Penggunaan Keyboard

in , by NaSa, May 17, 2014
Assalamualaikum.

Ohmai tajuk tak boleh blah. Dengar dah macam pakar IT datang berceramah pulak. Heh.. Ilmu teknologi baru takat keting kaki dah lagak macam ilmu penuh di dada pulak. Apa pun tak boleh minah ni. -_-

Tak kisah la. Tanpa basa-basi, mari teruskan aje majlis kita ke agenda utama iaitu agenda belajar cara memaksimakan penggunaan keyboard. Biar pasni mouse dah takde fungsi. Touchpad laptop pun kecik je peranan dia. Paling utama, biar jari jemari korang gemuk berlemak macam jari jemari aku juga. Tak runcing sebab malas nak gerak banyak kali guna mouse/touchpad. Muehehe~ *gelak konspirasi*

Nasihat buat Kaki Shopping Online

in , , , by NaSa, May 13, 2014
Assalamualaikum.


Apa khabar sahabat-sahabat blogger yang dikasihi dan dirahmati Allah?
Kalau rakan blogger rajin nak godek Arkib Sejarah kat tepi ni, akan ada dua tiga cebis entri pasal Cik Nad beli barang kat kedai online serata Malaysia. Ada beli baju, ada beli gajet, makanan kesihatan pun ada jugak. Nampak macam best aje.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS