Surat Akuan Tidak Bekerja PTPTN? | NaSa

Surat Akuan Tidak Bekerja PTPTN?

by NaSa, September 04, 2018
Assalamualaikum

Seperti yang anda tahu, sempena kemasukan aku ke Universiti Utara Malaysia (UUM), buat julung kalinya aku telah memohon pinjaman PTPTN. Baru nak buat hutang sempena degree ya sebab masa diploma dulu belajar free. Terima kasih kepada kelebihan KPM yang bebas yuran belajar maka lahirlah #GraduanBebasHutang seperti aku (sempat promote KPM ye hehehe)

Tapi satu masalah yang aku hadapi masa nak mohon PTPTN ni, dia tak bagitahu dokumen  sokongan apa yang dia perlukan. Jenuh aku ulang baca panduan permohonan PTPTN, mampos tak jumpa. Katanya "Senarai dokumen sokongan akan dikeluarkan sekiranya permohonan diluluskan". Pulak dah...

Maka aku cuba la google senarai dokumen sokongan PTPTN biar mudah aku sediakan awal-awal. Sebab masa keputusan permohonan PTPTN keluar, aku dah pun berada di UUM. Buatnya dokumen sokongan yang dia nak nanti kena minta tandatangan parents aku? Takkan nak kena balik Kelantan dari Kedah kot?

Hasilnya, jumpa la beberapa bekas peminjam PTPTN share pasal dokumen tu. Aku tengok tak banyak beza pun macam masa kita mohon biasiswa. Paling-paling pun nak salinan surat tawaran, sijil SPM, diploma, sijil MUET bla bla bla... so aku tenang sebab semua tu aku dah ada.

Sampailah beberapa hari sebelum ke Kedah, kawan aku si Amin ni forward mesej yang berbunyi "Untuk PTPTN, bapa yang tak bekerja wajib ada surat sumpah akuan tak bekerja sebab dia kan ketua keluarga".

Ah, sudah! Satu kerja pula kena google format surat akuan tidak bekerja, taip, print dan pergi cari orang untuk sahkan surat akuan tu -_____-

Mujur jumpa blog Pesuruhjaya Sumpah Nur yang ajar cara untuk kita buat sendiri surat akuan sumpah. Kalau kau ada nak buat surat akuan juga, sila la tekan link tu. Ada video yang mereka sertakan untuk panduan tulis sendiri surat akuan tu.

Untuk sahkan surat akuan ni, mula-mula aku niat nak ambik cop guru besar di sekolah rendah anak buah aku sebab dekat. Sekangkang kera je sekolah tu dari rumah. Tapi pagi Ahad tu kakak aku kata guru besar tu pergi haji la pulak......... Aduhhh... Isnin pagi esok tu aku dah nak naik bas tahu tak T______T

Tanya kakak aku, kalau cop PK1 sekolah tak boleh ke? Tapi katanya kuasa PK1 tak berapa kuat. So dia ajak pergi bangunan MARA di Kota Bharu jumpa pesuruhjaya sumpah terus. Senang cerita.

Ye...nak bersumpah apa dengan saya?
Ingatkan nak kena naik tingkat atas jumpa orang kat pejabat MARA tapi rupanya aku salah faham. Bukan di pejabat MARA tapi dalam bangunan MARA. Tempat pesuruhjaya sumpah ni meja sebijik je weh. Zuhud sungguh. By the way sorry gambar tak jelas sebab aku ambik gambar ni curi-curi masa nak balik. Apa yang aku takut sangat nak ambik gambar tu terang-terang pun aku tak tahu hahaha.

Tengok fi dia. Patutlah abang aku kata mahal tandatangan pesuruhjaya sumpah ni hahaha.
Sebabkan masa tu takde parking, so aku dengan kakak aku je la pergi ke tempat pesuruhjaya sumpah ni sementara abah aku tunggu dalam kereta.

TAPI..... rupanya untuk cik puan pesuruhjaya ni cop surat-surat aku, orang yang dinamakan sebagai deponen (orang yang angkat sumpah) tu kena ada sekali depan dia bersama IC sebenar untuk dia sahkan. Dan sebab surat-surat tu atas nama mak abah aku, kira kedua-duanya kena datang dengan aku la.

Serius aku tak tahu weh. Memang sis terlepas pandang huhu. Dalam blog Pesuruhjaya Sumpah Nur tu takde tulis terang-terang tapi kat ruang komen tu ada la dia tulis "kena sain depan Pesuruhjaya Sumpah". Laaa hahahah

So menunggu la aku kat situ sementara kakak aku pergi panggil abah aku di kereta. Lepas abah aku datang dan tunjuk IC dia kat cik puan pesuruhjaya ni baru dia cop dan sain surat aku. Tapi surat akuan untuk abah aku je la. Yang mak aku dia tak cop sebab mak aku tak datang sekali. Rugi 60 sen aku sebab 3 helai kot surat akuan untuk mak aku tu hahahaha.

Jadi pengajarannya di sini, SAIN SURAT AKUAN TU DEPAN PESURUHJAYA SUMPAH. Kalau kau buat surat akuan atas nama ibu bapa kau, pastikan mereka hadir bersama masa jumpa pesuruhjaya sumpah tu ya. Kalau tak, sia-sia je kena balik tangan kosong nanti.

Besar gila cop dia.
Setiap surat yang pesuruhjaya sumpah ni cop, dia akan caj RM4. Dan sebab surat akuan tak bekerja abah aku ni ada 3 salinan, jadilah jumlahnya RM12. Pehhh punyalah berharga tandatangan dia. Aku nak kerja macam ni jugak boleh tak? Asal sain je, dapat duit. Asal sain je, dapat duit hahaha.

How to kenal pejabat peguam? Signboard hitam putih.
Lepas semuanya selesai, Alhamdulillah dah boleh balik dengan hati tenang sebab semua dokumen dah ada.

Dan masa menapak ke parking kereta untuk balik, aku dengan kakak aku terperasan ada signboard "Pesuruhjaya Sumpah Yuslina Binti Che Pa" yang tergantung kat atas tu. Baru tahu ada pesuruhjaya sumpah lain selain Cik Puan Zainun Mat Isa kat kawasan tu. Bagus jugak. Kiranya ada pilihan la kot-kot salah seorang takde lol

Semoga entri ni membantu buat anda yang memerlukan.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS