September 2026 | NaSa

Piknik pagi di Pantai Sri Tujoh

in , by NaSa, September 30, 2026
Kelantan tiba-tiba cuti panjang bermula Selasa semalam. Atau mungkin bagi aku je la "tiba-tiba" tu. Sebab kan kita kerja kat rumah je, dalam rumah pun takde budak sekolah. So tak cakna sangat dengan jadual cuti tahunan. Tahu-tahu kaklong balik petang Isnin tu sebab katanya sekolah dia cuti. Tarik sampai Sabtu pulak tu. Kemain lama. Rupanya cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan dan cuti peristiwa haha

Bawak-bawak la cari kerja, penanam anggur!

in , by NaSa, September 30, 2026
Mari adik, mari kakak abang. Sediakan teh, kopi, dan matcha anda, tak kisah sejuk ke panas. Pastu mari duduk dekat-dekat, rapat-rapat meh. Kita berkepochi bersama alang-alang aku nak membebel manjahh ni 😂

Aku bawak kopi 7E. Harga mampu milik. Kita kan "takde duit" 🤭

So haritu kan, ada sorang hamba Allah ni baru balik dari luar negeri. Pastu sempat la singgah ke rumah abah ni. Kebetulan aku ada sekali di ruang tamu tu, dia macam takde angin takde ribut, tengah bercakap tu tetiba la dikempennya "kat luar negeri tu banyak kerja kosong." Walaupun pastu sambung topik lain, selang berapa ayat tu dia kona dan repeat lagi ayat yang sama banyak kali...

Tiramisu, Domain, dan... UiTM

in , by NaSa, September 29, 2026
Tiramisu... agak lama juga aku meratib nak makan dessert yang satu ni. Sejak sebelum viral lagi dah ada rasa teringin, pastu tetiba meletop pula di media sosial dengan bermacam-macam olahan tiramisu, sampai ada krisis kehabisan lady finger & keju mascarpone lol. Lagi la teringin nak cuba kan.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS