Review: Inai Damia Inai Semulajadi? | NaSa
Assalamualaikum

Korang suka pakai inai tak?

Kalau aku, aku tak minat sangat sebenarnya. Sebab dulu kan kena ambik daun inai dari pokok. Leceh nak tumbuk daun tu sampai lumat semua. Kalau pakai ramai-ramai, lagi banyak daun nak pakai, lagi lama nak tumbuk. Walaupun bukan aku yang tumbuk, aku bukan sabar sangat bab menunggu ni so bye.

Then ada trend inai segera pulak kan. Yang dalam tiub macam gam 3 saat tu. Mudah pakai tapi warna dia tak tahan lama pulak. Dan certain jenama tu merah dia memang tak lawa. Kalau buat lukisan corak kat tangan, inai segera ni mudah terhakis so nanti tangan nampak pelik. Lagi sekali aku kirim salam je kat aktiviti memakai inai ni.

Kali terakhir aku pakai inai, tahun 2012 masa buat rombongan family ke rumah abang aku di Melaka. Bosan lepas habis SPM masa tu so saja la lukis-lukis di tangan guna satu inai segera ni. Elok kualiti dia tapi lama-lama brand tu makin susah nak jumpa so aku pun tak minat kat inai dah lepas tu.

Masuk tahun 2019 ni la baru aku tergerak hati nak pakai inai balik. Selepas 7 tahun bossku hahaha. Puncanya masa awal sem 2 ni, kawan aku si Aqilah ni rancak promote satu brand inai ni di story ws. INAI DAMIA namanya. Dia tengah cari dropship sebenarnya dan aku macam em nak join. Gedik padahal aku takde bakat meniaga lol. Tapi aku saja nak cuba benda baru so aku beli dulu satu Inai Celup Damia daripada Qila. My prinsip, try sendiri dulu dan kalau betul bagus baru promote kat orang hehe

This is the thing. Sengaja aku bandingkan dengan minyak Cap Kapak sebab kecik comel je saiznya 🤭 Tapi kecik-kecik dia pun, berat 50 gram dan cukup la kalau 2 orang nak pakai di 10 jari tangan.

Isinya...Nampak cair tapi tu cuma airnya saja. Inainya mendap di bawah dan agak keras so kena gaul sebati dengan hati-hati. Aku kacau guna sudu coleslaw KFC tapi tercuai sikit masa ni so air inai tu tumpah. Banyak jugak la. Hasilnya, inai aku tak cukup air dan berketul masa nak pakai tsk tsk tsk.

How aku pakai Inai Damia tu mengikut manual yang Qila share. Langkah-langkahnya:

1) Tape bahagian tengah jari dengan apa-apa tape untuk tanda sejauh mana kita nak pakai inai tu. Aku tanda satu setengah ruas jari je dengan tape hitam yang asalnya aku beli untuk bind assignment lol.
2) Salut inai di hujung jari. Asalnya boleh celup je jari dalam bekas inai tu sebab nama pun inai celup. Tapi kan air dia tumpah tadi so inai tu berketul dan tak lekat kat jari aku. Tapi bila salut guna sudu, inai terlebih tebal pulak sebab tu tak smooth sangat inai kat jari aku tu 😅
3) Balut bahagian inai tu dengan selotape for protection. Tak nak la tersentuh muka ke apa dengan jari berinai tu kan. Tapi aku tak ada selotape besar so gigih la aku balut guna selotape kecik tu banyak kali.

Kalau ikutkan iklan Qila, pakai inai ni sejam pun dah cukup. Tapi kalau pakai lama-lama, nanti lagi naik merah dia. So aku pakai la tangan belah kiri ni selama 3 jam. Sambil tengok youtube, sambil menunggu. Masa aku pakai ni dah pukul 11 malam tau tapi aku tak tidur pun sebab takut terganas nanti dan tercabut selotape tu. Genap pukul 1 pagi baru aku pergi cuci di toilet. Dan hasilnya...

WEOW!
Kecut macam asam tau jari aku lepas berbalut dalam selotape tu berjam-jam haha. Tapi perasaan memang puas hati la sebab warna dia memang merah elok. Kat jari aku pun memang melekat bau macam inai daun yang kita tumbuk sendiri, bukannya bau sintetik ke apa (Dan bau tu kekal lama even beberapa hari seterusnya walaupun dah banyak kali basuh tangan like wow!) I'm impressed!

Dan disebabkan impressed tu la, plan asal yang nak pakai sebelah tangan tu berubah. Aku nak pakai di tangan kanan pulak. Langsung lupa diri yang aku ni sebenarnya sorang-sorang dalam bilik. Roommate aku masa tu balik Kuantan so takde orang yang boleh tolong pakaikan untuk aku, apatah lagi nak tolong tangkapkan gambar. Dah la masa tu dah nak dekat pukul 2 pagi. Nak panggil siapa je datang tolong 😂

Maka gigih la aku berperang sorang-sorang pakaikan inai di tangan kanan guna tangan kiri. Elok-elok satu bekas inai tu boleh pakai 2 orang, aku habis pakai kat aku sorang je sebab dia punya tebal di setiap jari tu tak payah cakap la haha. Kekok habis. Almaklum la I ni right-handed, tak biasa guna tangan kiri.

Untuk tangan kanan ni aku pakai lama sikit. Sebab masa siap pakai tu pun dah dekat pukul 3 pagi so aku bawa tidur je terus. Bangun esok pagi tu baru aku cuci dan lihatlah!

Feeling-feeling pengantin kejap 👰
Merah dah macam potong cili merah buat sarung di hujung jari. Tengok la tangan kanan tu lagi terang warna dia berbanding kiri sebab aku terlajak tidur so automatik inai tu pun terlebih masa 3 jam berbanding kiri hehe. Dan yang kelakar, inai yang elok line straight tu cantik dah tapi yang comot lebih daripada tape hitam tu aku tak tahu la pasal apa meresap macam tu. Tangan tak duduk diam kot masa menunggu tu hahaha. Tapi bak kata Aiman Banna, JANGAN JUDGE! 😆 kasi can la kat aku. Kan aku pakai sendiri sorang-sorang lepas 7 tahun so memang la tak perfect hasil dia lol

Oh ya Qila ada tanya macam mana aku ambik gambar dua-dua belah tangan kalau roommate aku takde dan aku pun takde tripod ke apa? Well...apa guna dua lutut Allah bagi kalau tak boleh kepit handphone ambik gambar guna timer? Hahahahaha

Tujuan sebenar selfie ni sebenarnya nak show off tangan aku kat anak buah dalam ws hahaha
Dia punya merah cili Inai Damia ni tahap pergi kelas pun ada member duk belek-belek tangan tanya aku baru lepas tunang ke? lol I wish. Boyfriend pun takde haha. Pastu singgah kafe tapau makanan dalam tupperware pun akak kafe tu puji "amboi merahnya, macam pakai Inai Damia". I was like..."Memang Inai Damia pun, kak" 😂😂 Sempat buat jejak kasih sembang inai kejap di kaunter tu.

And yes aku punya suka dengan jari sendiri sampai sepanjang minggu yang warna merah inai tu masih melekat di ruas jari, memang aku buat apa-apa mesti nak show off hujung jari. Pegang apa-apa pun dengan hujung jari. Duduk dalam kelas pun duk melentik hujung jari. Saja nak gedik. Sebab dah lama tak berinai kan so terlebih la penyakit show off tu 😜 Lepas warna tu hilang dan cuma tinggal inai di kuku baru penyakit show off tu pun hilang lol

Berapa lama tempoh inai ni akan kekal di kuku kita?

Bergantung pada jenis kuku pemakai. Kalau kuku aku, Inai Damia ni tahan dalam 2 bulan setengah gitu. Sebab masa aku mula-mula pakai ni tepat 1 Mac haritu. Dan latest 18 Mei baru inai tu hilang. Tu pun ada lagi sisa sikit di ibu jari. 

Jari dalam laptop, gambar 1 Mac. Jari sebenar kat luar, 18 Mei.
Good thing pasal inai ni, sepanjang 2 bulan lebih tu Alhamdulillah takde kesan negatif apa-apa kat jari aku. Kan ada kes inai segera yang buat kulit menggelupas, gelembung berair cam melecur lepas pakai tu. Creepy kot. Tu pun salah satu sebab aku tak berani nak beli inai segera dah. Tapi nasib baik takde kesan alergik lepas pakai Inai Damia ni. In fact, penyakit aku yang selalu ada kulit cam tercabut bawah bahagian kuku tu pun kurang. You know kulit yang buatkan kita fikir kalau kita nak cabut, nanti kulit tu akan tertarik dari bawah kuku, sampai ke tangan, lengan, satu badan? Tu pun creepy jugak tu hehe.

Tengah-tengah bulan puasa inai ni hilang macam sengaja je mengundang niat untuk top-up inai kan. Ye la nanti boleh melaram untuk raya pulak. Timing yang elok sangat. Maka aku pun beli sebekas lagi inai daripada Qila. Kali ni dapat yang berwajah baru sebab Inai Damia dah tukar packaging.
Dalam KOTAK yuhu! Yang belah kanan tu inai lama haritu 😁
Pandangan kotak dari kiri, depan, dan kanan.
(klik untuk besarkan)
Bila dah berkotak ni, makin banyak la maklumat yang pelanggan boleh tahu pasal Inai Damia ni. Bukan setakat arahan pemakaian tapi ramuan inai, alamat dan contact details syarikat pun ada sekali. Siap ada logo "not tested on animals" dan wuduk-friendly gitu.

What's inside the box.
Kalau bandingkan dengan dulu, aku dapat bekas inai togel gitu je balut dengan plastik macam food wrapper? Manual pemakaian  pun takde. Tapi packaging baru ni dah upgrade. Bekas inai basically masih sama tapi plastic wrap dia lagi kemas daripada dulu. Pastu selain dapat manual bertulis, dia bagi sudu plastik sekali. Sudu ni agak keras dan boleh kacau inai yang mendap tu dengan gagah jugak la.

Upgrade ni boleh dikatakan good improvement tapi dengan keadaan alam sekitar yang sekarang, aku honestly rasa bimbang sikit dengan sudu tu. Sebab dia macam straw plastik yang one-time use tu la. Guna sekali dah buang so emm...plastic waste...emm...😅

(I hope there will be better packaging solution daripada semua syarikat to reduce plastic waste huhu)

FREE GIFT!!
Lagi satu, sebab beli Inai Damia masa bulan puasa kan, so dapat la free gift sampul duit raya. Free gift yang kira wajib dapat la daripada mana-mana syarikat dekat-dekat musim raya ni. Aku bukan minah bunga tapi tengok design sampul duit Inai Damia ni rasa lembut je mata memandang sebab memang cantik. Tapi aku takde duit pun nak bagi duit raya kat sesiapa so I akan simpan je sampul ni hehe.

My overall verdict untuk Inai Damia, PUAS HATI.

Memang kalau memula tengok bekas, akan rasa underwhelmed sebab keciknya? Tapi aku lagi prefer bekas kecik yang isi penuh daripada bekas besar yang tak sampai 3/4 pun isi dalam tu. Masa nak pakai tu memang leceh sikit sebab inai mendap tu keras nokharom tapi kalau dah pro, senang je kot. Aku je yang tak biasa sebab dah lama tak berinai kan. Dah la pakai masa tengah malam sorang-sorang 😂

For the price you pay and the quality you get, I would say it's worth it. Aku suka bau inai dia. Memang nostalgik habis teringat zaman pakai inai tumbuk kecik-kecik dulu. Bau daun pure dan takde pewangi apa-apa. Dan merah dia pun cantik bukannya macam terkena sirap ke apa. 

Bagi aku, layak la Inai Damia guna perkataan "Semulajadi" dalam iklan dia dan aku takkan bash sebab kualiti memang setanding daun inai yang tumbuk sendiri. Kalau kau baca entri pasal Dnars Skincare ni, kau akan tahu la kenapa aku tak suka orang main guna je tagline "semulajadi" dalam produk dia 😏

Oh ya selain inai celup, Inai Damia pun ada inai serbuk dan inai rambut. Aku teringin nak try yang inai rambut tu. Sebab dia wuduk-friendly, tak payah bimbang nanti rambut tak telap air dan tak sah solat atau mandi wajib kan. Tapi nanti marah pula abah aku kalau rambut merah hahaha. Lagipun aku takde keperluan untuk merahkan rambut sebab takde masalah uban ke apa so tak payah la 😆

Aku sebenarnya macam nak pakai inai baru tu dalam masa terdekat tapi macam nak tunggu dekat-dekat raya ni jugak. Nanti boleh duk feeling lentik-lentik jari merah masa baca buku sambil makan kuih raya. Almaklum la ada 4 paper final lepas raya huuuuu bak kata Dato Vida, SEDEYH! 😢

That is all for now. Aku ada banyak draf entri pasal review produk yang aku dah try tahun ni tapi malas lagi nak sambung taip. Nanti la aku cari masa nak rajinkan diri hehe. Pastu baru kita jumpa lagi k.

Bye, thank you for reading. Assalamualaikum.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Mudahkan sekarang nak pakai inai..

    ReplyDelete
  2. “ kualiti memang setanding daun inai yang tumbuk sendiri” maksudnya apa bahan yang ada dlm inai damia ya? Bukan sepenuhnya daun inai? Mohon pencerahan 😇 sis pun nak try tapi tak berani beli jenis instant

    ReplyDelete
    Replies
    1. senarai ramuan ada disertakan dalam gambar kotak baru packaging inai damia di atas. ianya campuran ekstrak daun inai dgn teh, jus limau, dan air. sama mcm resepi inai tumbuk manual. cuma ada tambahan ekstrak akar apa entah tu utk lebih kesan merah.

      maksud "kualiti setanding inai tumbuk sendiri" merujuk kpd hasil merah inai segera tu & kesan tahan lama dia yg sama puas hati mcm daun inai yg kita sediakan sendiri. tp itu pendapat dpd pengalaman peribadi la. tak mewakili pendapat semua orang ☺️

      Delete
  3. Saya dah oder kat kawan.. tapi belum sampai.. oder sebab tengok kawan sorang lagi pakai.. cantik sangat warnanya.. lagipun bau inai tu memang macam bau daun inai asli..tak sabar nak show off pagi raya..😃😃

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS