Diari Dialisis: Part 4 | NaSa

Diari Dialisis: Part 4

in , , , by NaSa, January 25, 2020
Assalamualaikum

Dah baca bahagian-bahagian terdahulu ke belum? Kalau belum, singgah di bawah dulu:
Kemudian baru kita bersambung kepada kisah kali ini iaitu tarikh temujanji kedua pada…

19 OGOS 2019

Again, 12 hari selepas tarikh temujanji terakhir. Masuk ni, dah 24 hari berlalu lepas kali terakhir mama cuci darah (25 Julai). Dalam erti kata lain, dah lebih 3 minggu. Sepanjang 3 minggu tu, ada 2-3 kali mama demam sebab ye la darah dah lama tak cuci kan. Antibodi pun lemah. Cuaca pula tak tetap. Dugaan sangat.

Macam biasa, kita bertapa di Unit Hasil dulu sebelum pergi ke wad.
Lepas dapat katil dan tukar pakai baju hospital, pukul 8.30 lebih ada 2 orang doktor masuk meronda dalam wad. Sorang doktor Kelantan, sorang lagi pakar dari luar. Cakap ada bunyi slang KL gitu ecewah. Mereka baca rekod dalam fail mama sambil belek-belek kaki mama yang sembab akibat banyak minum air masa demam dulu. Kaki pesakit diabetes pulak. Bila bengkak tu nampak teruk la daripada kaki orang lain.

Sambil baca fail pesakit, doktor berdua tu tanya macam-macam soalan kat kami (padahal jawapan dah ada dalam rekod). Perangai macam cikgu-cikgu lol. Antara soalannya, bila dapat tahu pasal sakit ni, bila last cuci darah, haritu cuci melalui bahagian mana, dah ada rancangan nak pasang fistula (tempat khas di lengan untuk cuci darah), nak pasang fistula kat mana etc…

Aku jawab la “dapat tahu bulan Julai lepas, kali terakhir cuci darah 25 Julai, cuci melalui cucuk wayar di paha, fistula dalam proses tengah survey hospital swasta yang sesuai”. Doktor slang KL tu pun sambung belek fail dan sesekali tenung muka mama. Habis menilik rekod tu, doktor tu tetiba bagi satu proposal kat kami. “Macam mana kalau kita pasang wayar IJC kat leher makcik?”

IJC mama lebih kurang macam ni juga.
Photo credit: Merit Medical
IJC ni nama penuh dia Internal Jugular Catheter. Masa dipasang, "jarum" IJC part warna putih tu dicucuk(?) ke dalam urat superior vena cava di bahagian leher belah kanan, iaitu urat besar yang bersambung direct ke jantung. Pastu dua wayar dia tu salah satunya alirkan darah ke dalam mesin dialisis. Manakala wayar lagi satu alirkan darah yang dah ditapis masuk semula ke dalam badan.

Cara pemasangan dan cara berfungsi dia macam ni.
Kenapa doktor suggest pasang benda ni?

Sebab IJC senang digunakan. Masa cuci darah boleh terus sambung wayar mesin dialisis di IJC. Selamat juga sebab dah tak payah cucuk wayar di paha macam masa mula-mula masuk wad sebab kalau cucuk banyak kali, urat paha boleh rosak. Dan IJC ni tahan maksimum 3 bulan. Elok la guna IJC sementara tunggu fistula dipasang di lengan sampai betul-betul matang sebab fistula perlukan at least 2 bulan baru boleh guna untuk cuci darah. Paling penting, pemasangan IJC ni percuma hehe.

Cuma kekurangan dia, IJC sangat-sangat prone to infection. Kalau tak jaga betul-betul, risiko jangkitan kuman merebak dalam darah sangat tinggi dan kesannya sangat bahaya. Musuh utama IJC: keadaan lembab sebab kuman mudah membiak. Sebab tu IJC ni mesti dipantau selalu untuk pastikan dressing dia kering.

Tapi doktor kata dia suggestkan mama pasang IJC ni pun sebab dia tengok dari segi luaran, mama nampak macam someone yang boleh jaga kebersihan. Muka orang suci gittew. Kalau tak, dia takkan suggest sebab siapa je nak tanggung risiko kan.

Jawapan mama, “buatlah apa yang terbaik, doktor.” Sebab mama bagi green light, tak lama pastu nurse datang bawa surat kebenaran pembedahan untuk mama sain dan lebih kurang pukul 10, doktor suruh aku bawa mama masuk ke bilik steril untuk buat “mini surgery”. Lepas setengah jam, IJC siap dipasang dan mama boleh terus start cuci darah.

How it looks like bila cuci darah guna wayar IJC. Direct sambung ke leher je.

Sementara menunggu mama siap cuci darah, guwe merayau ke unit kecemasan lepak dengan abah kejap.

Salah satu hiburan masa menunggu di wad ni, kucing bersepah. Gemuk dan sihat pula tu.
AND NOW THIS IS WHERE THE REAL THING STARTED.

Masa ni, ada satu silap percaturan tau. Aku ingatkan lepas cuci darah hari ni, dah boleh balik. Tapi OH TIDAK. Naifnya pemikiran anak muda.

Rupa-rupanya pesakit yang datang temujanji 2 minggu sekali ni kena bermalam di wad sekurang-kurangnya satu malam dan cuci darah sekurang-kurangnya 2 hari berturut-turut. Kalau keputusan ujian darah lepas 2 kali cuci tu cantik, boleh la balik. Kalau tak, kena duduk lagi lama. Guwe baru tahu siaaaaaaa apasal nurse tak cakap awal-awal hahahah

[[Disebabkan kejadian ini, aku buat keputusan untuk tangguh pembelajaran aku di UUM tahun lepas . Cerita pasal ni agak panjang so nanti aku kongsi dalam entri lain kay]]

Aku datang sehelai sepinggang kot. Kalau tahu awal-awal, boleh aku bawa barang persiapan lebih sikit. Baju persalinan, pencuci muka, berus dan ubat gigi, etc. Tapi nak buat macam mana petang tu baru tahu. Dah terlambat. Nak balik ambil baju dengan abah, macam tak berbaloi ditambah pula bahaya drive jauh-jauh waktu malam. So tabah je la aku tidur di wad pakai blaus.

Menjelang malam, perut semestinya laperrrrr tapi masalah hospital ni, dia dalam ceruk sikit so agak jauh dari kedai-kedai. Kafe pula tak jual makanan berat. Dia jual nasi lemak pagi-pagi tu pun sebab ada third party yang tumpang letak atas meja. Kalau habis, habis la. Siapa nak makan makanan berat lepas tu memang kena cari kat luar. Huh. Benci tau kafe dia. Dah la mahal dan tak display harga air. Rasa nak je aku report kat KPDNKK kahkahkah saja je cari point nak menyampah.

Separa dinner……
Masa kat hospital aku memang jatuh cinta teruk dengan roti ni
Kalau tak salah untuk dinner masa ni abah beli kat kedai luar masa dia pergi solat jemaah di masjid berdekatan. Sementara tunggu abah balik, aku pekena dulu roti serunding Mighty White ni. Atas roti ni ada serunding ayam, dalam dia ada sambal nasi lemak. Harga dia RM1.90 mahal sikit daripada roti lain tapi takpe aku izinkan sebab pedas dia ya Allah sedap nak mampos hahahahah

Guess what? Aku tengah “menyorok” daripada nurse lmao
Sebab last minute baru tahu kena bermalam di wad, abah tak balik sebab mata tak jelas nak drive malam-malam. Lagipun esoknya dia takut tak larat nak drive semula ke hospital. Jadi aku dengan abah sama-sama menumpang dalam wad secara "haram" hehe. Masa ni abah duduk atas kerusi, aku atas lantai. Berani padahal rules kata seorang je waris boleh jaga pesakit pada sesuatu masa. Tu yang aku hampir terperosok bawah katil masa nurse datang check BP mama ni. Takut kantoi lol macam la nurse tak nampak hahaha

Tapi masa ni nurse nampak tak kisah pula aku dengan abah dua-dua duduk tepi katil mama padahal bukan waktu melawat. Mungkin sebab mereka tengok abah warga emas kot. Berjalan pun seret kaki sebab kaki kanan tempang so tak sampai hati nak suruh abah keluar. Tapi takpe tau sebab abah aku behave je duduk di kerusi, tak kacau orang, tak buat bising so maafkanlah beliau hehe

Cumanya malam tu aku tak lena pun. Satu sebab tidur atas lantai sejuk tanpa lapik. Jem satu badan sebab tulang sejuk. Pastu jiran sebelah katil mama masa tu ya Allahhhh. Pukul 3 pagi dia boleh merengus marah-marah suruh suami dia yang tengah tidur tu bangun angkat dia sebab dia nak duduk bersandar. Sepanjang malam dia bising. Aku ni kejap-kejap tersentak, kejap-kejap terjaga sebab dia. Abah yang tidur atas kerusi pun tak lena. Nasib baik lepas cuci darah esoknya tu doktor kata dah boleh balik. Alhamdulillah!

Siapa yang sakit sebenarnya ni lmao
Hari kedua, mama siap cuci darah sekitar pukul 12.30 tengah hari jadi sempat la nurse ronda hantar makanan tengah hari. Mama tak makan pun sebab makanan hospital tawar bohh. Aku tengok pun tak terliur. Setiap kali waktu makan ada je pesakit komplen lauk tak cukup rasa. Pastu nurse pun sama naik menyahut “pakcik sakit mana boleh makan garam banyak” hahhaahah. Yang menghabiskan makanan hospital ni, abah la. Patut la sihat perut maju ke depan

Tunggu abah gi ambil kereta.
Sekitar lepas Zohor, nurse datang bagi surat discharge dan ubat daripada farmasi (lagi). Berkotak-kotak untuk bekal sebulan. Padahal ubat yang dia bagi masa memula masuk wad dulu pun tak luak lagi. Tapi tak kisah la. Yang penting, yeay boleh balik! Nanti 2 minggu kemudian pula baru datang balik.

Bersambung ke tarikh temujanji seterusnya…

Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS