Diari Dialisis: Part 3 | NaSa

Diari Dialisis: Part 3

in , , , by NaSa, January 23, 2020
Assalamualaikum

Iyaaaa bertemu lagi kita dalam siri Diari Dialisis di blog yang hambar ini. Takpe hambar hambar pun. Ada dua tiga orang pembaca yang baik hati sudi masuk menyumbang trafik kat blog ni pun aku dah cukup happy tengok graf statistik tu naik. Terima kasih kepada siapa yang membaca lol

Tahukah anda, setiap kali aku teman mama ke hospital Pasir Mas, aku akan ambil gambar pagar ni?
Kawan-kawan yang save nombor aku dalam contacts akan nampak la aku upload gambar pagar ni di story WhatsApp setiap kali pagi tarikh temujanji. 2-3 ketul yang curious ada la yang reply tanya buat apa kat hospital hahaha. Tapi tu la abah suka kona melepasi pagar ni macam Toretto drift dalam Fast & Furious sebab tu kadang-kadang gambar bergegar ataupun tak full. Macam gambar ni lmao

Seperti yang dijanjikan, mulai siri Diari Dialisis kali ni, kita akan mula menelusuri pengalaman kami buat rawatan susulan di hospital Pasir Mas pula ya. Kisah pasal rawatan susulan ni aku akan ceritakan dalam 4 bahagian tau sebab kami cuma sempat 5 kali temujanji je dengan hospital. Soalnya masuk pertengahan bulan Oktober, Alhamdulillah kami dah dapat tempat di pusat dialisis swasta untuk cuci darah 3 kali seminggu.

Jika ini kali pertama anda mengikuti siri Diari Dialisis ni, silakan baca dahulu bahagian pertama dan kedua di sini:
- Diari Dialisis Part 1 – berkisarkan detik-detik awal buah pinggang mama disahkan rosak
- Diari Dialisis Part 2 - sambungan ceritera di mana kami berkampung di Hospital Pasir Mas selama seminggu.

(Wah kosa kata aku dah serupa petik dari kamus dewan haha)

Tanpa membuang masa, ayuh kita mulakan bermula daripada temujanji pertama lepas keluar wad 25 Julai haritu iaitu

7 OGOS 2019

Ya anda tak salah baca. 7 Ogos. Jarak masa antara tarikh ni dengan tarikh keluar wad dulu, 12 hari. Lama bosskur. Mula-mula aku pelik juga kenapa lama sangat sampai nak dekat 2 minggu. Bukan pesakit buah pinggang kena cuci darah 3 kali seminggu ke? (ayat biasa dengar dalam TV)

Aku tanya doktor, katanya kerosakan buah pinggang mama belum di tahap yang betul-betul kronik. Kalau makan ubat yang dia bagi tu ikut time, kawal intake cecair supaya tak lebih 500ml sehari, dan berpantang masa makan, badan mama masih boleh kawal paras urea dalam darah sebelum urea tu mencapai tahap yang perlukan darah dicuci. Aku pun “oooo”kan saja statement tu sebab baru tahu.

(Oh ya tarikh asal yang nurse bagi sebenarnya 11 Ogos tapi aku minta tukar sebab tu tarikh Raya Haji hehe saja bagitau)

Temujanji first ni agak kalut ya. Almaklum pertama kali pergi sendiri untuk cuci darah. Masing-masing tak tahu situasi kat hospital nanti akan jadi macam mana ditambah pula perangai orang tua ni yang banyak “just in case” macam just in case jalan jem la, orang ramai la, etc, maka walaupun waktu temujanji tu pukul 9 pagi, tapi belum pukul 8 lagi kami dah gerak. Awal tak awal.

Pukul 7.30 pagi guwe dah siap comel-comel macam ni.
Ye kalau kita tak puji diri sendiri, siapa lagi yang nak puji? 😂

Awal tahap tak sempat breakfast jugak so abah santai lepak di kafe hospital pekena nasi lemak sementara menunggu lol
Datang dah awal, tapi jadi lambat masa aku nak daftarkan mama masuk wad. Aku kan tak tahu prosedur dia so aku tunjuk la surat doktor tu di kaunter informasi sebelah Unit Kecemasan, tanya nak kena buat apa. Orang tu kata, terus pergi ke Wad Intan. Maka aku pinjam la kerusi roda di Unit Kecemasan tu dan tolak mama ke wad.
(Actually kami ada je kerusi roda sendiri tapi tayar dia yang jenis getah keras dah pecah berderai so sekarang tayar dia botak dan tak boleh guna di luar rumah)

Elok guwe sampai di wad, mama siap bagi salam lagi kat nurse bertugas, ada sorang nurse ni minta “borang biru” untuk menandakan mama akan masuk wad. Aku masa tu ingatkan nurse salah sebut warna so aku bagi la surat arahan masuk wad yang dia bagi dulu (warna putih). Tapi nurse reject. Katanya dia tak nak surat tu. Dia nak borang biru. Eh biru ke, hijau ke, mana aku ada. Ada putih je.

Nurse pun suruh aku pergi balik ke unit kecemasan. Aku dengan kepala yang keliru pun tinggal mama di wad sebelum pergi tanya orang di kaunter informasi tu lagi sekali. Dia baca surat yang aku bawa tu sekali lalu baru kata “oh kena daftar dulu di kaunter Unit Hasil baru dapat borang biru.”

Hangin aku. Lain kali cakaplah kasi terang. Tak pasal-pasal aku duk mengindang-ngindang padi huma berjalan ke sana ke mari di hospital tu. Tahu tak Wad Intan dengan Unit Kecemasan tu jauh?

“Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut”
Apa yang deep sangat Unit Hasil ni? 😢
Masa tu baru aku tahu, prosedur masuk wad adalah serahkan surat arahan masuk wad berserta IC pesakit di kaunter Unit Hasil. Nanti kerani akan daftarkan dan isi details pesakit dan waris sekali dalam borang biru ni untuk diserahkan kepada nurse di wad yang berkenaan. Lepas discharge dari wad, kena datang lagi ke Unit Hasil ni untuk serahkan bil hospital dan buat pembayaran. Tapi aku tak guna cash la sebab guna GL kaklong sebagai cikgu untuk bayar muehehe

Inilah borang biru yang menjadi topik hangat pada pagi tersebut.
Selesai bagi borang biru ni dekat nurse tadi, nurse suruh kami pergi duduk di satu katil kosong sebelum dia mai bagi satu set baju hospital. Tak lama kemudian ada nurse lain pula datang bawa jarum dan syringe untuk ambil darah. Ni pun salah satu rutin setiap kali temujanji ya. Ambil darah untuk lab test dulu. Tunggu 2-3 jam untuk hasil ujian keluar. Lepas dah dapat keputusan daripada ujian darah tu baru doktor decide apa step seterusnya nak kena buat.

Dan keputusan ujian darah kali pertama ni?

Paras urea dalam darah mama masih terkawal.

Doktor kata mama masih boleh bertahan lagi untuk beberapa ketika sebelum betul-betul kena cuci darah. Sebab dia tanya mama pasal selera makan dan kekerapan buang air kecil semua tu. Mama kata selera masih ada walaupun tak banyak dan dia masih boleh buang air kecil cuma tak kerap macam kita yang normal ni la. So doktor kata teruskan je makan ubat macam biasa dan pantang makan minum. Lepas Raya Haji, baru datang balik ke hospital untuk cuci darah.

Penyudahnya, lepas Zohor gitu kami dah boleh BALIK. Hahasahshahsh buat beria je tukar pakai baju hospital tadi. Aku pun lagi sekali kena pergi ke Unit Kecemasan pinjam kerusi roda (sambil bagitahu abah sekali dah boleh balik) lepastu patah balik ke wad ambil mama sebelum pergi semula ke Unit Kecemasan sebab kereta abah tunggu kat situ. Kan aku dah kata gais aktiviti kat hospital ni memang mengindang-ngindang padi huma ke sana ke mari je lmao

Bersambung ke tarikh temujanji seterusnya…

Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS