Review: Ammeltz YokoYoko Heat Patch Legakan Senggugut | NaSa
Assalamualaikum

Jika anda seorang perempuan dan tidak pernah nampak produk ini, adakah anda yakin anda betul-betul seorang perempuan? 🤔

Hahahahahaha I gurau je. Aku tahu tak semua perempuan alami senggugut masa period. And even if mereka alami senggugut pun, tak semestinya mereka akan guna heat patch macam ni untuk redakan sakit perut tu. Preference orang lain-lain kan. Ada yang lebih suka sapu minyak panas, makan ubat tahan sakit, atau tuam dengan pek air panas.

As for me, aku biasanya sapu minyak panas dan tuam perut. Tapi bab tuam tu aku agak tak gemar la (walaupun berkesan) sebab renyah nak jerang air. Pastu susah nak bergerak pula. Imagine pergi kelas sambil usung beg/botol air panas tu. Tak ke orang pandang? 😅 That's why aku tukar guna heat patch sebab mudah. Tampal je di perut dan terus boleh ke mana-mana sebab orang tak tahu pun kita pakai benda tu.

Heat patch yang biasa aku guna, seperti dalam tajuk la iaitu AMMELTZ YOKO-YOKO HEAT PATCH FOR MENSTRUAL PAIN. Haaaa nama dia tak boleh panjang lagi ke. Berbelit jari aku nak menaip 😂

Biasanya kalau sebut Ammeltz Yoko Yoko, perkara pertama yang terlintas di kepala aku adalah ubat untuk sakit bahu sebab masa aku kecik dulu memang selalu sangat iklan ni keluar di TV. Dia punya aggressive marketing tu boleh kata berkesan sebab bila sebut sakit bahu, aku ingat Ammeltz Yoko Yoko. Bila sebut Ammeltz Yoko Yoko, aku ingat sakit bahu.
Aku tahu bentuk botol dia tapi tak pernah beli dan cuba pun haha
Tapi tu dulu. Sekarang Ammeltz Yoko Yoko dah keluarkan produk berbentuk heat patch  pula. Dan ia bukan setakat untuk sakit bahu tapi untuk sakit belakang dan kawasan abdomen untuk perempuan yang alami senggugut sekali. Bagus, bagus. Pandai dia ambil peluang 👀
Kotak dia memang semua sepesen so kalau nak beli, kena tengok betul-betul tu untuk sakit apa.
Aku dapat tahu pasal kewujudan heat patch Ammeltz ni macam biasa la dari Twitter. Aktif sangat aku dalam app burung biru tu kan sampai terjoin gadis-gadis di sana share cara kurangkan sakit senggugut (huhu much love, girls 😘) Tapi lepas tahu tu aku tak terus beli walaupun setiap kali aku pergi Watsons aku akan usha benda ni. Sebabnya harga sekotak hampir RM11 dan cuma ada 2 keping je so aku rasa Allahu mahalnya #kedekut

Tapi atas dasar ingin tahu, akhirnya aku mengalah juga beli sekotak masa merayap dengan Qila dan Aiman pergi Aman Central bulan Februari 2019 tahun lepas. Alang-alang ada promosi di Watsons jadi RM9 lebih kan, aku sebat la sekali dengan Hydrating Lotion Hada Labo yang juga tengah ada promosi. Kalau tak, mana maunya aku beli dua-dua tu hehehe
See that black box sebelah jari jemari aku tu? 🤭 
Full view of the front box.
The instructions and pantang-larangs.
(click to enlarge and zoom)
Tak boleh guna masa tidur. Tak boleh guna masa bersenam. Tak boleh pakai lebih 8 jam. Tak boleh guna dengan produk pemanas lain. Tak boleh apply tekanan di kawasan heat patch, etc. Memang banyak pantang-larang nak kena ikut sebab dia melibatkan suhu panas kan. Karang kalau tak ikut, percuma je melecur di perut. Tak pun tak berkesan seperti yang sepatutnya. Rugi la sia-sia terbang RM11. Duduk asrama duit banyak tu aku boleh buat makan 2 hari kot 😂
Bahan-bahan yang digunakan dalam setiap patch.
Iron powder tu rasa berpasir je masa kita sentuh heat patch ni tau. Dia la nanti yang akan bertindakbalas mengeluarkan haba panas bila kita buang bahagian pelekat heat patch dan dedahkan kepada udara. Masa mula-mula pakai, iron powder ni lembut dan halus je rasanya. Tapi lepas dah hilang kesan panas dan dia sejuk sepenuhnya, dia jadi berketul macam batu kerikil. Keras bodo hahahaha
Setiap patch dipek dalam plastik silver begini.
Aku tak tahu kenapa mereka pilih bentuk patch ni camni tapi comel je haha
**BTW abaikan kuku aku yang kejap ada inai, kejap takde sebab gambar diambil pada waktu-waktu berlainan 😆

Pengalaman guna heat patch Ammeltz selama setahun?

NOT BAD LA.

Kesan dia tak la "powerful" sangat macam tulis di kotak tu tapi tak ada la "mehhh" sangat yang buat aku rasa macam rugi duit je beli. Kalau betul rugi, kenapa aku rajin usha promosi di Watsons dan beli heat patch ni berkotak-kotak untuk pakai hampir setiap bulan kan  hehehe

Bercakap dari segi haba, haba heat patch Ammeltz ni dalam kategori just nice. Dia tak panas sangat sampai kita terus menggelepar bila sentuh sikit je di kulit. At the same time tak rendah sangat macam kita tak pakai apa-apa. Sesuai la untuk kita tampal direct pada kulit untuk legakan sakit di kawasan tu dan tak macam brand lain yang kena tampal berlapik sebab terlalu panas.

Dari segi tingkatkan peredaran darah, bagi aku agak menjadi. You know masa period kan rahim mengecut untuk keluarkan semua darah haid. Bila pengecutan kuat sangat, tu yang senggugut tu. Aku selalu alami benda ni masa hari pertama period. Memang boleh rasa perut aku keras sampai badan pun tak boleh nak lurus. And I think most girls boleh relate setiap kali hari first period, kita lagi prefer bergulung atas katil dengan botol minyak panas daripada pergi mana-mana haha

Kenapa heat patch membantu masalah di atas?

Sebab heat patch ni kan keluarkan haba berterusan selama beberapa jam. Kalau ikut sains kan, substance mengembang bila dipanaskan dan mengecut bila disejukkan. Basically otot perut pun macam mengembang la bila terkena haba heat patch tu. Hasilnya otot perut yang cramp tu jadi lebih relaks dan aliran darah pun lebih lancar. Aku perhati lepas pakai heat patch ni, memang boleh rasa keras perut aku berkurang dan aku nak berjalan lepas tu pun dah tak bongkok sangat fuhhh 💃🏼

Dari segi tempoh haba pula, dia berbeza setiap kali pakai tau. Paling lama haba tu bertahan aku rasa hampir 6 jam, paling pendek kurang daripada 4 jam. Tak cecah lagi la tempoh 8 jam yang Ammeltz claim. Tapi personally tu pun dah cukup sebab cramp perut aku memang berkurang dalam 4-5 jam. Lepas tu aku top up dengan minyak panas je kalau ada sakit lagi (which biasanya sikit je). Jadi setiap kali period, aku pakai heat patch ni sekeping je masa hari pertama. Jimat la kat situ sebab sekotak tahan 2 bulan hehe

Cumanya kalau boleh aku kritik, cara pengaktifan "Air-activated" dia tu bagi aku agak vague. Di kotak tu kan dia tulis "the heat patch will become hot when it is exposed to air" sebab tu kita cuma boleh buka bila memang dah nak pakai. Setiap kali pakai, aku ikut arahan tu tau tapi yang peliknya, ada masa yang dia terus rasa panas bila ditampal dan ada yang dekat 5-10 minit baru rasa panas tapi kurang daripada 4 jam je panasnya like what... Ke aku yang bodo salah pakai hahahah

Lagi satu, pelekat dia macam tak kuat sangat. Kalau katakan lepas pakai heat patch ni tetiba ada rasa nak buang air kan, dia macam nightmare dalam toilet tu sebab takut heat patch tu tertanggal dan jatuh dalam mangkuk jamban lepas buka seluar hahahahah. Kalau toilet duduk macam selamat lagi la tapi kalau toilet cangkung? Allahuakbar seram....😂

Tapi secara keseluruhan, heat patch Ammeltz Yoko Yoko untuk senggugut ni masih lulus cemerlang sebab claim dia yang produk ni boleh melegakan sakit dan meningkatkan aliran darah tu betul-betul dipenuhi. Tak rugi la aku invest beli benda ni walaupun tengah broke sebab aku tahu hasilnya tak merugikan hahaha

Selain Ammeltz, aku juga ada try 2 produk lain yang sama juga berfungsi untuk melegakan senggugut. Dua-dua ada range harga yang berbeza dengan Ammeltz. Satu ni harga dia lagi murah dan satu lagi lebih mahal daripada Ammeltz. Nanti aku update entri lain pula untuk dua produk tu.

Kalau yang membaca ni orang lelaki, jangan pelik kenapa kami pakai banyak jenis heat patch sebab orang perempuan kan kena hadap period bertahun-tahun. Kena la survey produk apa yang boleh kurangkan senggugut dengan berkesan tanpa koyakkan poket sebab kos nak beli pad je dah berapa, kos ubat dan heat patch untuk senggugut lagi. Belum campur comfort food dan craving macam-macam untuk mengunyah masa sakit tu lagi eh pokai la camni ahahahaha

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi dalam entri akan datang. Assalamualaikum.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. thank you for sharing this

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure hehe sharing is caring gitu 🙆🏼‍♀️

      Delete
  2. boleh ka kalau saya nda pakai selama 8 jam , just pakai utk a few hours ? boleh buka balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Lagipun effect dia pun takde la memang tahan sampai 8 jam. Biasanya rasa panas sampai 4-6 jam je

      Delete
  3. Tak panas langsung. Selalu pakai hot water. Kena pakai hot water balik

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS