Satu Malam di OYO Changlun Star Motel | NaSa

Satu Malam di OYO Changlun Star Motel

in , , , by NaSa, February 25, 2020
Assalamualaikum


Tak ada motif pun entri kalini. Saja nak belanja gambar hotel yang aku tidur satu malam sebelum balik UUM haritu je kohkohkoh.

Kali terakhir aku tidur di tempat berbayar ni kan, kalau tak salah tahun 2016. Masa tu kelas aku buat rombongan sukarelawan di rumah anak-anak yatim di Pulau Langkawi. Haaa merasa la kami yang perempuan ni tidur himpit-himpit dekat 20 orang dalam homestay yang luasnya cukup-cukup makan. Havoc tapi boleh tahan best. Tiberrr rindu geng KPM Ayer Molek πŸ˜‚

Apa khabar DBS3B? πŸ˜‚

Tapi siapa sangka 2020 ni aku buat comeback tidur tempat berbayar haha. Bezanya kali ni tak pergi ramai-ramai la. Pergi berdua dengan ehem ehem atau aham aham pun tak. Sebab sis kan forever alone entah bila nak jumpa partner entah.

Kenapa? Kenapa aku rajin buat aktiviti membelanjakan duit sebegini sedangkan aku kedekut?


Sebab sebelum semester baru bermula di UUM, para pelajar akan diberi nombor bilik sebelum mereka masuk mendaftar. Nanti mereka datang ke UUM, tinggal ambil kunci dan sign nama je di pejabat. Tapi ni hanya kemudahan untuk pelajar yang berstatus AKTIF. Dah aku tangguh satu semester di UUM haritu, nama aku takde la dalam sistem sebab status aku TAK AKTIF. Hasilnya, aku pun tak ada la bilik.

Nampak tak bahagian Student Residential Hall tu kosong? 

Untuk dapatkan bilik, aku kena daftar dan aktifkan balik status di pusat pengajian baru nama aku masuk dalam sistem. Tarikh daftar, 9 Februari 2020 jadi kena balik awal la sebab Kelantan-Kedah bukan jiran sebelah rumah. Sekali jalan makan 9 jam. Tapi member lain belum ada yang balik UUM masa tu. Aimi roommate lama dulu pun takde dah sebab dia dah sem last dan akan start intern so I takde tempat la nak tumpang tidur huhu.

Kakak aku memula suggest aku tidur je di EDC, hotel milik UUM yang letaknya di luar pagar kampus tu. Sekali pandang, mudah la sebab dekat dengan pusat pengajian aku (SOIS) yang memang di luar UUM. Tapi harga satu malam di EDC je dah beratus so memang aku gerak dulu pape jangan roger lol


Jadi aku godek-godek harga hotel bajet di sekitar Changlun guna khidmat Agoda dan akhirnya aku pun mendarat la di OYO Changlun Star Motel ni.

Kalau huruf Y tu huruf kecik, dah boleh buat emoji nama dia ni: OyO

Ada banyak hotel bajet yang collaborate dengan OYO di sekitar Changlun tapi aku pilih Changlun Star Motel ni sebab lokasinya betul-betuuul sebelah Stesen Bas Changlun. Turun je dari bas, aku boleh terus jalan kaki datang sini. Kalau hotel lain tu ada yang kena lintas jalan la, kena naik Grab la. Yeeee memang rajin pun aku nak spend extra tenaga dan duit ni kan hahaha

Hotel ni letaknya di lot rumah kedai yang sederet dengan Bank Rakyat. Aku pernah jalan kaki pergi ATM Bank Rakyat tu tapi tak pernah perasan pula kewujudan hotel ni. And kau nampak tak bahagian bawah rumah kedai ni ada kedai hardware dan aksesori kereta? Maksudnya hotel ni di tingkat dua la. Fuhhhh kuss semangat jemah mendaki tangga weh. Dua kali trip naik turun baru siap angkat bagasi dan kotak printer.

Receptionist~

Sampai ke puncak tangga, akan kelihatan kaunter receptionist ni dan staff yang sendu tak sendu menunggu di situ. Masa aku check in, staff perempuan yang jaga. Ala kadar layanannya. Tak hilang pun penat aku usung beg naik tangga lepas 9 jam tercongok atas bas :(

Nak check in, kena sahkan identiti dulu kan. 
Kalau ikutkan, tunjuk resit booking dalam phone pun boleh. Tapi aku ni skema sikit pergi print resit tu so tergigil-gigil tangan aku bagi kertas tu kat staff sebab lenguh angkat beg berat hahah.

Then masa staff tu minta deposit RM50 sebelum bagi kunci, aku boleh berkerut dahi tanya "Bukan dah bayar online ke?" Guwe lupa deposit adalah duit jaminan yang dibayar berasingan hahahah serius bodoh aku bukan kaleng-kaleng tau. Nampak sangat tak biasa travel tidur di hotel πŸ˜‚

Resit deposit :3

Mujur aku ada cash. Tu pun duit yang mama bagi sebelum aku naik bas pagi tu. Kalau tak, satu kerja pula nak kena pergi withdraw duit aaaaa. Settle bayar deposit, dia bagi kunci bilik berserta resit ni. Katanya nanti checkout, bagi balik resit ni dan lepas dia check untuk pastikan tiada kerosakan apa-apa dalam bilik, dia akan bagi balik duit deposit tu.

Sampai hati was-was dengan I tau... sobs πŸ˜‚
NUMBURRR 5.
The corridor.
Hujung sana bilik lain. Hujung sini pintu emergency.
Twin bedzzz.

Masuk-masuk je, mata akan dijamu dengan pemandangan dua biji katil single ni berjiran sebelah menyebelah. Tak susun rapat sebab maintain halal gap πŸ‘€ Bagus sangat aku ambil bilik twin bed kan walaupun hakikatnya aku sorang je yang check in lol. Nak buat macam mana...masa aku tempah di Agoda haritu, bilik untuk manusia yang sololololo tu takde. So kena la guwe bayar lebih untuk bilik twin lmaooo

Overall bilik cam baru tapi aircond je uzur sikit.

Sebelum aku proceed bayaran haritu ada je pilihan untuk queen bed tapi aku tak tahu kenapa aku lurus bendul ambil twin bed. Padahal kalau katil besar sebijik terus boleh la aku guling-guling atas katil kan.

Tapi bila fikir balik, single bed yang asing gini pun bagus sebab kau tengok la katil ni susun rapat dengan dinding. Jadi dekat la dengan plug dan hasilnya mudah aku nak baring sambil charge dan main phone at the same time. Sejenis yang tak reti takut kat renjatan elektrik πŸ™‹πŸ»πŸ€£

View of the bed.

Muat-muat je space antara katil tu. Sesiapa yang betis besar ni mau berlaga dengan katil setiap kali nak lalu. Pulak tu kalau katakan datang dengan member yang ada kekasih kan, dia berbisik masa OTP dengan pakwe dia pun kau boleh dengar dia duk bersayang ke, berayam ke apa hahahah

Tapi best tilam dia weh. Just nice gitu tak lembut sangat sampai tenggelam, tak keras sangat sampai kejung belakang. Bantal dia pun selesa. Memang aku sebat bantal katil sebelah sekali buat peluk. Cuma selimut je yang struggle aku nak tarik sebab MasyaAllah ketat sangat dia selit bawah tilam tu pun. Serupa main tarik tali aku nak cover diri ini daripada sejuk aircond hahahah.

By the way kain tuala dia je aku tak guna sebab...fobia...hehehe......

View of the door.
Apa yang bersungguh sangat minah ni ambil gambar TV entah

TV dia ni dah la besar skrin laptop, jauh pula tu. Tak jadi aku nak pasang. Lagipun takut kena caj asing pula kalau tengok TV hahahah aku dah la mode tengah kedekut ni. Sudahnya aku buka laptop je layan anime Haikyuu. Lagi bagus sebab free hehe

Remote TV pun label tau

Macam biasa hotel bagi sabun dan syampu. Tapi aku tak guna pun sebab dah ada sabun sendiri. Memula ingat nak buat perangai typical tourist ambil benda ni sebelum checkout tapi tak jadi sebab dah macam pencuri pula. Tapi tak tahu la kot dia memang bagi percuma ke. Cumanya kalau ambil pun, aku tak rasa aku akan guna sebab I pakai sabun LUX Aqua kot. Syampu pun jenama Moist Diane yang bebas SLS dan lagi wangi hahahaha sempat promote

The toilet cum bathroom

Dah lama tak mandi guna heater lol. Tapi aku tak guna pun water heater ni sebab aku tak suka bila keluar dari bilik air, rasa suam hangat yang selesa lepas mandi tadi berganti mendadak dengan sejuk sebab aircond dalam bilik sejuk nak mampos. Aku sensitif sikit bab perubahan suhu ni. Almaklum spesis body lembik mudah demam huhu

Typo hahahah "haiwan perihalaan" tu natang pa?? πŸ˜‚
Bahagian dinding menghadap rules bilik tu. Takde apa pun kat sini. Saja nak ambik gambar hehe
Siap ada penanda kiblat lagi haaaa
Emm housekeeping kantoi tak sental cermin bilik air.

Sengaja guwe ambil selfie sekeping sebelum gerak cari dinner di KFC seberang jalan. Huh sembang je konon tengah dalam mode berjimat kan. Sekali dinner taknak kalah makan fastfood kahkahkah. Ampunkan guwe ya sebab walaupun kat situ ada kedai makan kecil-kecilan, aku lagi prefer pergi KFC sebab at least aku dah familiar dengan menu dan kualiti dia. Nak pergi kedai makan tu kalau ramai-ramai boleh la. Kalau sorang, aku tak berani 🀷🏻

Dinner merangkap breakfast esok pagi sekali.
Ye aku buat bagasi aku jadi meja hahaha

Memula nak beli KFC Signature Box je sebab ni memang menu wajib aku sebab lengkap terus dengan fries, ayam, burger dan air. Kalau kenyang makan ayam dan fries, nanti burger boleh simpan makan kemudian. Jimat. Tapi masa tu ada promosi cheezy wedges saiz regular bawah RM5 so aku beli la. Pastu aku usha menu nasi, ada item baru iaitu "KFC Hot & Tangy Rice Bowl". Nampak menarik so aku order la juga tapi kena tunggu pula sebab staff baru nak buat sos.

Sabar aku tercongok di situ tau tapi lastly menyesal pula beli sebab apa yang hot entah nasi tu. Takde rasa pedas pun. Rasa tangy tu pun macam tak jelas je sepatutnya rasa macam mana. Lidah aku rasa mayonis biasa je. Bezanya warna oren je hahahah.

Sibbaik ada promo 😌

Harga bilik twin bed ni untuk satu malam asalnya RM70 lebih. Tapi rezeki la masa aku tempah tu ada promo weekend sampai harga bilik turun kepada RM60 lebih. Sekali tengok memang menarik la di mata aku sebab dah la dekat dengan stesen bas, harga pun murah.

Cumanya tak tahu pula hujungnya nanti akan dicaj service charge dan SST sampai harga naik jadi RM76 hahahah. Tapi sebab harga dia termasuk tax tu overall lebih murah daripada harga bilik hotel single yang belum termasuk tax, aku proceed je la.

Dan tak rasa rugi pun sebab aku tempah bilik ni di Agoda melalui aplikasi Shopback. Jadi daripada RM76 yang aku bayar tu, boleh la dapat balik duit aku sikit. 


Function sangat aplikasi Shopback ni sebab setiap kali shopping online, sedikit demi sedikit aku boleh collect balik duit yang aku bayar. Sebab tu kalau nak beli apa-apa, aku usha Shopee je. Beli topap pun melalui Lazada. Walaupun nilai cashback tu kadang-kadang cuma sekecil 3sen, tapi bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan πŸ˜‚

Aku tahu pasal kewujudan Shopback pun daripada geng skincare twitter juga hahahah. Mereka punya aktif shopping skincare dan barang-barang lain melalui Shopback ni sampai ada yang dah kumpul cashback sampai >RM7000 weh. Aku je maintain RM30 sebab takde duit nak shopping bebanyak πŸ˜‚

Anyway, setakat ni je dulu. Nanti aku cerita la proses masa nak aktifkan balik status aku di pusat pengajian tu. Yang tu lagi panjang ceritanya. Penat mental dan fizikal aku nak uruskan semuanya secepat mungkin πŸ’†πŸ»‍♀️

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi. Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Bilik tu nampak selesa dan bersih.

    ~tak boleh main HP ketika dicharge πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Alhamdulillah kualiti bilik setanding harga.

      Alaa phone takde bateri tp still nak skroll twitter sbb tu buat camtu πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌπŸ˜‚

      Delete
  2. jauhnya tv. Haha. Tapi oyo hotel ini at first tak pandang sangat pun. Now dah berada di mana-mana oyo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Berbelah bahagi nak pasang tv. Kita dah la rabun jauh πŸ˜‚ yes oyo dah start famous & harga pun not bad for hotel bajet berkualiti πŸ‘πŸΌ

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS