COVID-19: Tersadai di UUM #Day4 | NaSa

COVID-19: Tersadai di UUM #Day4

in , , , , by NaSa, March 21, 2020
Assalamualaikum

Tahu tak? Semalam kan...aku tidur lambat sebab khusyuk skrol twitter. Pukul 1 lebih camtu baru aku beransur pergi ke toilet untuk cuci muka for night skincare routine. Tapi masuk-masuk je ke toilet, aku dikejutkan dengan kewujudan suatu makhluk di dalam sinki. Tersentak guwe di muka pintu.
Apa pandang-pandang?
Haha kemain sedap ye kau duduk dalam sinki tu. Laju aku balik semula ke bilik ambil phone sebab nak snap gambar dia. Mujur la bilik kat sebelah tu je. Geram tau tengok kemain toya muka dia. Takde rasa nak lari langsung walaupun aku berdiri depan sinki tempat dia beraja tu. Dah satu kerja aku pula kena mengalah cuci muka di tempat wuduk sebab kalau guna sinki sebelah, takut air terpercik kat dia hahaha. Besar pangkat kau, meow.

Anyway, pejam celik pejam celik dah masuk hari keempat ye kita 'bercuti'. Maksudnya tinggal lagi 10 hari lagi la kena berkurung kat sini.Ajaibnya aku ni ada je benda nak menulis. Betul punya lonely sampai segala benda kecil-kecilan nak cerita. Agaknya betul la tu member aku pesan "dah masuk waktu cari boyfriend kot." Lol. Kalaulah mencari jodoh itu semudah membuat benda-benda bodoh, alangkah indah 😂

Tapi abaikan dulu la benda sebegitu buat masa ni. Aku nak jaga diri sendiri pun ke laut inikan pula nak jaga laki. Lagipun nak hadap pe'el family sendiri pun jenuh. Mana maunya  aku nak mengadap keluarga mertua lol. Baik aku mengadap perangai kucing je dulu. Sementelah pula kucing ni bodo-bodo sikit kan. Yang kat atas tu satu pastu kau tengok la kucing di bawah ni pula.
Padan muka sangkut hahahahahahahahahaha
Perut dah kembung serupa bola sepak pun nak menyelit tempat sempit lagi 🤦🏼‍♀️
Dia ni pregnant and memang tunggu masa je nak beranak. Kebetulan aku ni memang jenis biar je pintu bilik terbuka sebab nak bagi angin masuk, laju la dia masuk nak survey tempat beranak. Habis segala tempat dia explore. Bawah meja, tempat simpan kasut, even laundry bag aku yang penuh baju busuk tu pun dia masuk. Pastu masuk bawah katil roommate aku, kebetulan besi tengah katil tu tercabut skru dan jadi senget, haaa tu makan dia lmaoo

Sebenarnya boleh je dia undur dan keluar melalui hujung katil tapi tu la haiwan ni mana ada akal kan. Aku la yang kena selamatkan dia. Tu pun lepas puas gelakkan dia dulu sebab bodo bebenar hahahaha. Setel lepaskan dia keluar, aku sambung buat aktiviti untuk tak bagi diri aku kebosanan. Aktiviti yang diinspirasikan oleh TikTok hahahaha.
Taktau nama seni macam ni apa benda tapi aku rasa doodle biasa je kot?
Di saat kawan-kawan yang dah selamat sampai rumah tu kemain eksyen ikut ajaran TikTok buat kopi dalgona yang mix nescafe sampai pekat nauzubillah tuang atas susu tu, aku cuma mampu ikut tutorial ni je dari TikTok. Satu sebab takde bahan-bahan nak buat kopi, satu lagi sebab aku bukan minum kopi pun hahah. Mujur ada tutorial arts weh yang diorang kongsi untuk hilangkan bosan masa kuarantin ni. Kalau tak, aku memang dah bagitahu awal-awal aku nak upload video TikTok menari gelek ala rempit je. Tapi tu la kawan-kawan bantah do. Ala takleh gurau sikit 😂😂😂
Quilling arts my babeyyy~~
Habis buat doodle, aku potong paper strips untuk quilling arts pula. Actually paper strips ni dah banyak aku potong guna paper cutter yang kedai gambar biasa guna untuk potong gambar passport tu. Tapi tu la majoriti paper strips tu aku tinggal di rumah sebab leceh nak bawa banyak-banyak datang UUM. Kufikirin nanti balik cuti midsem boleh la sambung buat quilling arts di rumah untuk isi masa lapang. Boleh juga aku open order di IG macam tahun lepas. Tapi bila dah terkandas di UUM ni, terkubur la harapan aku. Mujur ada stok kertas warna lain yang aku beli haritu so boleh juga aku guna. Cuma satu kerja kena potong paper strips secara manual guna pisau aaaaa penat woi. Pula tu habis bergaris bekas pisau atas lantai sebab aku takde cutting mat 😂

Apa dia? Korang tak tau quilling arts tu apa?

Quilling arts ni kalau nak tahu, ianya adalah sejenis seni kraf tangan yang dibuat daripada gulungan paper strips yang dipotong memanjang. Mudah je cara nak buat quilling arts ni sebab cuma guna kertas warna je. Cuma dia perlukan kesabaran je la. Most of my friends semua kagum tengok aku buat benda ni tapi kalau aku ajak buat sekali, ramai menolak sebab katanya takde kesabaran nak gulung paper strips tu satu-satu ahaha. Tapi bagi aku, aku lagi prefer quilling arts daripada melukis sebab tangan aku keras bab-bab melukis line ni. Dah la takde imaginasi lol.
Antara quilling arts yang aku pernah hasilkan hohoho.
Memang kepakaran aku la hasilkan quilling arts ni sebab aku dah start buat sejak tahun 2014 lagi. Dah masuk 6 tahun aku buat benda ni. Kalau nak tengok hasil seni quilling arts lain yang aku buat, jemput la singgah di Instagram seni aku di @serialquiller_. Tudiaaa sempat promote 😂

Tengah hari tadi aku pun sempat juga bervideo call dengan family kejap. Saja nak tanya khabar dan lepas rindu sikit tengok muka-muka tersayang ecewahhh. Especially anak-anak buah dua ketul yang kecewa teruk lepas tahu aku tak balik tu. Mengada je lebih haha. Padahal rindukan laptop aku je sebab aku ada banyak stok movie dan anime 😂

Aku call tu lepas aku balik dari beli makanan tengah hari di kafe. Lapar bosskur. Kebetulan masa kaklong aku jawab dan bagi phone tu kat anak-anak buah aku, diorang pun tengah makan juga. Eh eh maka terjadilah scene makan tengah hari together secara jarak jauh di situ. Apak sedihhh hahaha. Tapi boleh la at least merasa juga makan sama-sama lol.
Amang paghih ma boy~
Kemain menunjuk ayam masing-masing kat aku
Kakyah
Ni la budak yang paling kecewa Nana aka roommate dia tak balik 😂
Sempat aku peace di situ ✌🏼
Ni masa dia tengah khusyuk tengok anime. Ye la sebab diorang ni pun cuma nantikan kepulangan aku sebab nak tengok anime kan. Kebetulan ada anime baru bertajuk Jibaku Shounen Hanako-kun yang ada orang upload di Youtube, aku suruh la dia search dan tengok dulu di situ. Pasni bila aku dah balik, baru tengok anime lain together-gether. Tapi tu la elok lepas dia dah jatuh hati dengan Hanako-kun dan Nene tu, dia bagi balik phone kat kaklong aku dan kata nanti lain kali la video call lagi sebab dia nak tengok cerita. Bertuah punya budak 😂😂

By the way, aku dapat berita yang harini bantuan makanan kepada pelajar UUM yang tak balik dah bermula. Katanya daripada food bank UUM yang ditubuhkan tahun lepas and asalnya untuk bantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk tanggung kos makanan di sini. Tapi sebab sekarang keadaan terdesak sebab kes COVID-19 ni, bantuan dipanjangkan sekali kepada pelajar yang terkandas di kampus akibat RMO tu.
Free food uwu
Dengar macam best kan bila orang nak bagi makanan free ni tapi aku tak ambil pun. Memula terfikir juga nak tengok apa pilihan makanan yang ada di Bilik Galeri tu dan tengok suasana pengagihan sekali tapi tak jadi. Aku bukan ada keperluan pun untuk ambil makanan di situ. Nama pun stok terhad dan khusus untuk pelajar yang kekurangan kan. Aku setakat ni Alhamdulillah masih ada makanan dan wang yang cukup untuk survive di sini jadi usah la aku pergi kacau orang yang ada kat situ.

Semoga mereka yang berikan bantuan tu dimurahkan rezeki dan semoga pelajar yang dapat bantuan tu diringankan beban mereka sepanjang RMO ni Aminnn...

Dan semoga semua kakitangan kesihatan yang terlibat dalam usaha merawat pesakit-pesakit yang positif COVID-19 ni diberikan kesihatan berpanjangan dan dimurahkan rezeki mereka atas semua bakti mereka ya Allah....terkilan aku dengar ramai betul doktor dan kakitangan kesihatan lain yang disahkan positif gara-gara ramai pesakit yang menipu pasal history travel mereka dan hakikat yang mereka tu ada close contact dengan pesakit lain yang positif. Weh the case about a female doctor and her baby yang berjangkit tuuuuuu. Sampai hati patient tu menipu 😭😭😭

Ya Allah selamatkan Malaysia....😔

Thank you for reading. See you next time. Assalamualaikum and bye.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. awwww the cats is so cute duduk mcm tu dlam sinki XD.

    that is so pretty. i dont even know what quilling is but it really is pretty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing dan perangai bongkaknya berpisah tiada lol.

      Thank you hehe. Tapi quilling arts ni kalau usha yg orang Russia buat ya Allah insecurenya :'(

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS