COVID-19: Tersadai di UUM #Day23 | NaSa
Assalamualaikum

Apa khabar duniaaaaaaaaaaaaaaa bloggggggggggerrrrr alammmmmmm mayaaaaaaaaaa?

Lama ye aku tak update aktiviti kat sini. Sihat ke tak, guys? Pejam celik pejam celik dah 3 minggu lebih kita kena kuarantin di rumah masing-masing ni kan? Anda masih waras ke di rumah tu? Aku ni siap felo UUM datang buat lawatan dari bilik ke bilik tau nak check student yang tak balik ni takut ada yang dah lost control bercakap dengan dinding ke apa. Terutamanya yang duduk sorang-sorang macam aku ni sebab "kategori merisaukan" haha prihatin betul felo pun 😂
Takpe aku tak cakap dengan dinding pun. Cakap dengan budak ni je hehe
Tapi bukan masalah besar pun untuk aku isolate diri duduk sorang ni. Masa zaman takde RMO pun aku memang jenis berkurung dalam bilik buat hal sendiri. Baik di rumah mahupun di asrama dua-dua sama je. Kadang tu ada hari aku tak bercakap dengan sesiapa langsung dan keluar bilik bila perlu je. Jadi bila kena kuarantin ni takde beza pun boleh keluar ke tak boleh keluar. Introvert macam kami memang dah biasa buat aktiviti mengabaikan manusia luar jadi no big deal la haha

Yang aku nyaris meroyan haritu pun sebab RMO dilanjutkan je. Duduk UUM lama-lama boleh buat apa je selain bazirkan wifi UUM. Tu pun kena hati-hati takut naik nama di unit IT kalau guna wifi melampau sangat lol. At least kalau balik kuarantin di rumah sendiri, ada banyak benda boleh buat untuk hilangkan bosan sebab bilik aku pun memang dah rupa kedai buku dan alat tulis. Komik dan novel je dah penuh satu almari hasil koleksi aku dan anak-anak buah. Alat kraftangan aku pun tersusun atas meja dan penuh satu container. Tinggal cari idea nak buat apa je.
Meja aku kat rumah ada complete semua benda ni kot haaa meja kat UUM hado?
Beza bila berkurung di UUM ni, walaupun ada idea nak buat apa untuk hilangkan bosan tapi aku tetap tak boleh buat sebab takde bahan. Perasaan dia sama macam bila satu hari kau ada semangat berkobar-kobar nak masak makanan favorite kau tapi masuk dapur, sayur takde la, tepung takde la, gas habis la, yang membuatkan semangat kau terbantut dan merajuk tak nak makan dah. Haaa macam tu la apa yang aku rasa. Nak beli kat Vmall UUM pun, pasar raya je yang buka. Kedai alat tulis semua tutup sebab bukan kategori kedai barang keperluan kan 😢

Mujur aku ni kalau dalam bab yang tak melibatkan pelajaran selalunya "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" hehe. Since aku memang bosan dan tangan duk rasa gatal nak buat something ala-ala kraftangan, aku usahakan juga jelajah kedai koperasi TM cari benda yang aku boleh guna. Target nak cari kertas warna sebab specialty aku kan lebih kepada quilling arts tapi tak letak harapan tinggi sebab sebelum ni aku tengok koperasi jual A4 je. So aku usha kot-kot ada set water colour sebab dia pun berwarna kan. Alhamdulillah tak sangka betul-betul ada weh. Rezeki.
Come to mama~ 😂
Berus Kreati ni kalau cari kat Ecoshop harga RM2.10 je, masuk kat sini jadi RM3 lebih. Tapi sebab dah nak sangat, terbang duit beli juga walaupun mahal hahaha. Tapi aku tak guna water colour ni untuk melukis atas kertas la. Aku kalau bab melukis ni memang takde bakat. Lukis garis lurus buat orang lidi pun melengkung, lukis bulatan pun jadi bujur, apatah lagi kalau nak suruh lukis benda lain. Guna water colour pula tu. Memang hancur la hahahahaha. Sebab tu aku guna untuk mewarna je dan bahan yang aku warnakan tu adalah...jeng jeng jeng~~~~
BOTOL AIR!!!
Banyak weh botol kosong dalam bilik aku hasil koleksi daripada makanan percuma yang UUM agihkan kepada pelajar yang tak balik tu. Haritu pun aku dah buang setengah sebab semak tapi rasa macam membazir pula. Otak aku duk fikir mesti ada something yang boleh buat dengan botol ni daripada buang macam tu je. Aku pun tanya Encik Google idea untuk tukar botol kosong ni jadi sesuatu yang menarik. Banyak idea yang dia bagi antaranya buat tanam pokok, bekas alat tulis, tabung, bunga etc... tapi yang aku paling tertarik dalam banyak-banyak tu adalah:
Wind chime yang pusing-pusing bila angin tiup tu 😍
Credit: Pinterest
Kalau ikutkan, bahan yang diperlukan untuk buat benda ni lebih advanced sebab kena guna manik, permanent marker, acrylic paint, hot glue gun etc baru lebih cantik hasil dia. Rata-rata tutorial di youtube semua guna benda camtu. Tapi sebab aku takde bahan advanced macam yang cakap kat atas tu kan, aku guna apa yang ada je.

Benang menjahit yang beli di kedai Ecoshop, manik yang digulung daripada kertas, double tape, water colour pula gaul dengan white glue nak bagi konsistensi dia pekat dan mudah lekat di botol air tu. Ye la kalau campur guna air macam mana nak kering kan sebab plastik bukan serap air. Tu idea tiba-tiba aku untuk gantikan acrylic paint sebenarnya tapi tak sangka pula menjadi. Elok je water colour tu kering atas permukaan plastik tu dan coverage dia pun not bad kahkahkah.
Potong sana, cat sini.
2 hari 2 malam bilik aku tak serupa bilik hahaha. Penuh dengan sisa plastik botol air yang dah dipotong, sisa benang, pelapik double tape, macam-macam. Nasib baik roommate takde so bebas la aku bermaharajalela buat sepah. Tapi jangan bimbang. Aku kemas balik tau lepas tu 😂


Hasil pertama lepas nak patah tulang belakang duduk bersila lama-lama cat benda ni.
DIY Wind Chime Using Plastic Bottle - Easy Best Out of Waste Wind ...
By the way ni design yang aku pilih untuk buat sebab nampak mudah dan simple(?) hehe
Credit: Tanis GallerY
Yang aku buat tu nampak la iras-iras dengan design ni kan. Bezanya dia guna yarn string dan manik warna-warni. Aku guna benang putih dan gulung manik daripada kertas A4 je sebelum warnakan dengan water colour. Tu pun kedekut buat dua je untuk setiap benang sebab malas nak gunting dan gulung banyak-banyak hahah. Memula aku tengok ni rasa dah puas hati sebab macam lawa la juga tapi esoknya eh tak puas hati pula sebab nampak kosong. Biasa la manusia kan hati mudah berubah. So aku buat keputusan nak tambah hiasan lain sekali.
Hiasannya tak lain tak bukan, QUILLING FLOWERS!
Kalau ikutkan hati, rasa nak buat banyak-banyak je bunga dan rama-rama tu tapi sayang sebab paper strips aku memang ada merah dan purple je pastu limited pula tu kuantiti dia. Jadi aku buat sikit je la. 4 bunga merah untuk line botol yang dicat merah, 4 rama-rama purple untuk yang cat oren. Saiz pun kecik gila. Jimat nak mampos la katakan.

Selain hiasan tambahan yang ditampal di benang tu, aku tambah sekali polka dot putih di setiap lingkaran botol tu untuk tambah lebih warna biar meriah gittew. Masa aku duk titik-titik tu rasa macam profesional sangat guna water colour tau. Biarlah hakikat sebenarnya jauh panggang dari api sekalipun. Bagi la can aku nak berangan sekali-sekala 😂 DAN HASILNYA!!
Tadaaaa...recycled plastic bottle wind chime yang mesra alam gituuu~
Kau nampak background hitam tu? Aku tempek shawl hitam di pintu guna selotep sebelum cacak phone pakai tripod untuk rekod TikTok aku pegang benda ni sambil tiup dengan mulut untuk tengok dia pusing-pusing hahahahahah sumpah takde kerja do aku kat sini 😂

Video TikTok yang diperkatakan:
Not bad la editing skills aku kan (masuk bakul angkat sendiri haha)

Ni pula sebab kedua kenapa aku nak buat wind chime guna botol plastik ni tau iaitu untuk dimuatnaik ke dalam TikTok. Iye aku pun dah terjebak dengan TikTok sejak kuarantin bermula ni gara-gara kebosanan melampau lol. Tapi jangan khuatir sebab akaun aku takde video menari gelek-gelek pun (setakat ni) muehehe. Punca nak upload masuk TikTok ni pun sebab UUM ada buat pertandingan TikTok bertemakan Covid-19 untuk pelajar yang kebosanan masa kuarantin tu 😂
Hadiah cash bukan calang-calang ye jumlahnya.
Hanya demi sebuah video TikTok 👀
Aku memula tak tahu pun pertandingan ni wujud. Hajar yang forward dekat aku lepas tengok aku upload video TikTok aku main boling guna buah epal dan botol plastik yang UUM bagi haritu. Yang part kucing slide langgar botol dalam video kat atas tu pun from that bowling video la. Haa nampak tak tahap bosan aku kat sini tu macam mana sampai susun botol kosong dan main indoor bowling guna buah-buahan dan kucing 😂

Syarat pertandingan ni katanya "boleh terdiri daripada apa-apa aktiviti sihat di rumah atau kampus yang memberi mesej menarik dalam menangani wabak pandemik Covid-19". Video pula dinilai melalui (i) Kreativiti, (ii) Originality, dan (iii) Kesesuaian dengan isu Covid-19.

Tak tahu la video aku tu sesuai ke tak dengan isu Covid-19 ni tapi sebab dia kata kreativiti pun diambilkira kan, so aku tafsir kalau buat video DIY + kraftangan tu kira kreatif la kot. Lagipun boleh dijadikan sebagai aktiviti sihat kan sebab imagine buat ramai-ramai dengan ahli keluarga masa kuarantin tu. Boleh la isi masa lapang sambil bonding dengan keluarga dan pada masa sama, kurangkan pembuangan bahan plastik. Kira sihat apa tuuu sebab tu aku hantar video ni 😂
p/s: sebab tu aku include sekali perkataan "STAY SAFE" dalam wind chime tu sebab nak bagi nampak menyampaikan mesej positif sempena wabak Covid-19 ni hehe 
Bismillah semoga bertuah Aminnnn hahaha
Selain tu ada pertandingan cipta lagu dan lirik juga dengan tema yang sama yakni pasal Covid-19. Tapi sebab aku ni suara tak sedap dan semestinya tak pandai menyanyi apatah lagi main sebarang alat muzik, memang aku tak join awal-awal la. Kalau degil nak masuk juga karang takut rosak pendengaran judge tu hahahahaha
Siapa yang suara sedap tu sila la masuk huhu sis tak mampu
Selain daripada botol tu, tahukah anda aku pun ada guna bahan lain juga untuk buat sesi kraftangan bagi hilangkan bosan ni? Ye memang sepanjang kuarantin ni sel-sel otak aku betul-betul berhubung elok untuk hasilkan apa-apa saja daripada bahan yang ada di sekeliling aku. Mangsa kali ni, ALUMINIUM FOIL pula weh.
Jeng jeng jeng nak buat apa agaknya hehe
Ilham ni diperoleh secara random pada suatu malam yang aku tak boleh nak tidur tau. Entah kenapa aku terfikir kalau aku tak boleh buat bunga-bungaan sebab paper strips untuk quilling arts takde dan kertas warna pun takde, agak-agak kalau guna aluminium foil boleh tak? 🤔

Dan jawapannya memang boleh wow hahaha tak sangka 😂
Aluminium foil rose gittew~
Rasa bangga tau tengok bunga ni menjadi ahaha. Tapi rumit la kerja dengan aluminium foil ni sebab dia mudah koyak berbanding kertas biasa. Imagine nak buka lipatan dia pun kena penuh lemah gemalai takut koyak kalau tarik kuat sangat. Karang haru aku nak ukur dan gunting lagi aluminium foil tu lol. Dan dia juga sangat mudah kedut. Baru gulung sikit je sebab nak bagi nampak macam kelopak bunga, dah berkedut ibarat orang umur 120 tahun. Mencabar benorr ahaha 😆

Kalau anda tertanya-tanya kenapa aku boleh ada aluminium foil ni kan, aku beli kat vmall haritu sebab entah kenapa tekak masa tu teringin gila nak makan grilled cheese. Biasanya kat rumah kalau ada hari tertentu yang aku rasa tak lalu makan nasi, aku akan buat benda ni la. Menggedik tumpang abah pergi masjid sebab nak turun di supermarket beli cheese untuk diapit dengan roti dan bakar dalam kuali sampai cheese cair. Hmm mat saleh sangat selera tu kan haha
These are the 10 best grilled cheese sandwiches in America right ...
Contoh grilled cheese.
Credit: Business Insider
Tapi sebab sekarang tengah tersadai di UUM kan, pastu aku pula jenis budak good-good yang tak bawa barang yang menyalahi undang-undang asrama macam electric pan, rice cooker tu semua so macam mana nak bakar roti kan (masa ni baru timbul erti penyesalan sebab jadi skema ahaha). Sebab tu aku beli aluminium foil ni sebab aku teringat yang ada life hack ni kata roti boleh dibakar guna benda ni emmmm 👀

Tak percaya? Tengok another TikTok yang aku buat ni 😂
Student life hack yang berguna tau sebab tak perlu basuh kuali dan tak keluar asap so takde la kes loceng kebakaran berbunyi hahahah

Cheese tu sayangnya tak boleh tarik-tarik macam yang mat saleh buat sebab not the right kind of cheese. Tapi aku redha je sebab at least ada juga cheese kan. Tu pun stok cheese terakhir yang aku jumpa kat koperasi TM tau sebab vmall rupanya tak jual cheese. Puas aku tenung setiap peti sejuk di vmall tu tapi tetap tak nampak bayang cheese. Aku masa tu dah redha nak buat roti bakar kosong je. Mujur terlintas nak cari di koperasi TM. Kalau tak, kempunan la aku nak makan grilled cheese kat sini. Dah la RMO ni entah bila akan berakhir sebelum boleh balik rumah 😭

Teruk benar level bosan sepanjang kuarantin ni sampai macam-macam perangai boleh keluar kan kahkahkah. Ni kalau katakan RMO dilanjutkan lagi sampai entah bila kan, aku dah tak terkejut dah. Aku akan terima dengan redha je. Lagipun kalau fikir balik, best juga duduk UUM sebab nak buat assignment pun mudah sebab wifi laju. Jadi takde masalah la kalau nak buat kelas online yang kena masuk forum video beramai-ramai tu.

Tapi aku dah pesan awal-awal la kat kawan-kawan lepas ni jangan terkejut la kalau nampak aku kutip benda lagi pelik untuk buat art lain hahahahah. Mana tau kutip ekzos motor orang ke, bulu kucing ke, daun kering ke kan semata-mata nak buat penghilang bosan sebab berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan 😂

Thank you for reading. See you next time. Bye and Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Wahh..crafter rupanyaa...

    Seronoknya ada contest gitu kt u,kalau saya belajar sana..lama dah join!😂😂😂

    Tpi KPT pon ad buat contest tiktok gk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya boleh la join yg lagu tu! 😂

      Bila takde benda nak buat ni kan, yg keras tangan pun boleh tiba² mahir buat kraftangan hahahah.

      Contest yg KPT buat tu controversial sangat tu. Ramai sangat bash lol entah dah cancel ke agaknya 😅

      Delete
  2. Wah kreatif dan rajinnya! Memang produktif la RMO nu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hehe. Kalau la rajin ni pun sama banyak utk assignment kan best 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS