Assalamualaikum
Apa khabar semua~?
Aku dari segi kesihatan fizikal, tak berapa baik sangat sebab sakit dalaman macam entri lepas tu berulang balik.
Dari segi mental pun, sama juga tak berapa baik lepas dapat tahu kelas fizikal di UUM untuk semester depan ditukar kepada kelas online lagi. Dan kali ni untuk SELURUH SEMESTER sampai tahun depan ya. Ggwp π
Mula-mula aku tak percaya sangat. Ingatkan member gurau je sebab biasa la manusia ni ada yang jenis gurau kasar kan. Sekali tak gurau weh. Makin ramai pula yang share gambar pekeliling UUM yang kelas untuk semester depan akan dijalankan secara online.
Sampai Januari 2021 tuu.... |
Selain perubahan struktur pembelajaran untuk sem depan, sistem penilaian gred subjek untuk sem lepas pun dah berubah juga sempena musim corona ni. Berkat kerja keras MPP dan rundingan mereka dengan HEA wuuu
Apa yang berubah?
Well... sem lepas kan pertama kali kami kena belajar online tu. Jadi mereka dah ambilkira yang ada pelajar tak rasa selesa dengan sistem kelas macam tu dan mungkin ada yang tak dapat perform dengan elok dalam test, assignments, dan exam etc. Aku la tu. Jadi bila assessment tu jawab yakin tak yakin je, mesti ada kemungkinan gred pelajar akan jatuh kan.
Makanya pelajar diberi pilihan untuk gredkan subjek-subjek yang mereka ambil masa sem lepas tu sama ada nak kira ikut sistem GPA sedia ada (akan affect CGPA sebelum ni), atau nak ikut gred Cemerlang-Tidak Memuaskan (takkan affect CGPA sedia ada).
Gitu kan best boleh pilih-pilih hehe |
Rupa-rupanya bukan. Pilihan tu adalah berdasarkan keputusan individu mengikut kesesuaian gred masing-masing.
Memang kalau sekali tengok, macam better pilih sistem yang tak affect CGPA sedia ada kan. Tapi tu macam tak adil la sebab bukan semua orang tak perform masa kelas online tu. Katakan ada orang yang result dia straight A dan boleh naikkan CGPA dia yang sebelum ni, rugi la kalau result dia digred Cemerlang dan tak dikira dalam CGPA. Sebab tu MPP nak bagi peluang untuk pelajar pilih sendiri cara penggredan dilakukan.
Sangat-sangat function ye perubahan ni.
Soalnya aku pun tak yakin boleh dapat keputusan dekan macam sem-sem lepas. Peluang tu macam tipis sebab gilakau satu subjek tu ada groupmate buat hal semua part dia tu copy paste google sampai 4 muka surat. Mental aku dengan groupmate lain tengok Turnitin highlight semua part dia. Walaupun lecturer subjek tu baik dan lenient orangnya, tapi tetap rasa cam goodbye A hahahah
Lagipun ada juga subjek lain yang aku mental part test sebab dah la buat melalui Kahoot (siapa pernah jawab Kahoot tahu la sistem dia cemana haha), pastu soalan ada 5 je tapi carry mark sampai 5%-10%. Salah jawab satu soalan, terbang la markah anda. Pastu soalan pula bukan based on teori tapi general issue. Masak aku nak tembak. Pulak tu daripada 5 kuiz, aku ada terlupa nak participate dalam 1 kuiz so goodbye markah πΈπ
Tapi tengok la dulu aku nak pilih option 1 untuk masukkan dalam CGPA ke option 2 untuk tak masukkan. Sebab mana tahu ada miracle straight A ke kan (berangan) π tapi kalau takde rezeki dan dapat result ada gred B dan/atau C, aku pilih option 2 la sebab sayang kot CGPA aku setakat ni 3.92. Kalau dapat gred bawah B+, makin jatuh la pointer I uhuk uhuk
Oh ye result aku masa sem 1 dan sem 2 setakat ni tak maintain 4.0 macam zaman diploma ya. Nak suruh take note je sebab ada some kawan-kawan (dan lecturer) yang expect aku kekal cemerlang masa degree. Apa-apa berkaitan result selalu keluar ayat "awak sure maintain 4 flat macam kat KPM kan..."
Emmmm NO. Cukup la masa diploma je. Seriously forcing my way for 4.0 is really physically and mentally exhausting so i stopped doing that and chose to go with the flow instead. Tenang sikit hidup aku pastu. Asal maintain 3.0 ke atas dan tak failed mana-mana subjek sudah π
Anyway, selain sistem kelas dan penggredan yang berubah, sistem penempatan di kampus pun ada diberi pilihan juga nak balik belajar online di UUM ke atau nak duduk rumah sendiri.
Nak ke tak nak balik UUM? |
Tapi keburukan dia (at least bagi aku), MAHAL. Yuran penempatan je dah dekat RM500. Campur kos tiket bas dan Grab balik kampus, makan minum sepanjang sem, kos lain untuk beli keperluan sepanjang di asrama lagi. Belum dikira risiko COVID di Kedah makin teruk dan SOP di situ diketatkan. Cukup la masa PKP dulu aku terkandas sebulan lebih di UUM. Tak boleh bebas keluar masuk, tak boleh balik kampung, terperap dalam bilik je. Perit tau π
Kebaikan duduk rumah pula, jimat duit PTPTN sebab yuran penempatan akan dikembalikan kepada pelajar yang tak duduk di inasis. Boleh guna duit tu je beli data bulanan untuk kelas online. Makan minum pun boleh tumpang family je, tak payah beli kat luar. Nak masak sendiri pun mudah sebab rumah sendiri mesti lengkap kuali periuk dapur semua kan. Takyah risau spotcheck asrama periuk letrik kena rampas atau fire alarm berbunyi atau suis tertendang di inasis hahahah
Keburukan dia, emm....dari segi susah nak jumpa kerajinan buat assignment je la kot? Sebab aku kan jenis bertangguh suka buat last minute so bila duduk rumah makin kronik la malas tu. Biasa la student. Kalau bab privacy, for me takde masalah sebab Alhamdulilah dah pindah bilik baru duduk sorang-sorang. Rumah aku pun tak ramai sangat orang so gangguan ahli keluarga masa kelas tu kurang la. Paling-paling pun jiran sebelah rumah je jerit marah anak dia.
Kalau dari segi pemahaman silibus pelajaran pun InsyaAllah ok kot...sebab kalau balik UUM pun sama je belajar online dalam bilik inasis juga, tak jumpa lecturer depan-depan. Takde jaminan balik belajar di inasis akan lebih faham daripada belajar di rumah......kan? π
(some people mungkin akan kata at least balik UUM boleh cari resource di library tapi aku sebelum zaman corona pun tak pergi library so?)
Makanya aku pilih jawapan NO untuk penempatan sem depan π |
Anyway, part aku settle dengan tak banyak masalah pun. Tapi adik-adik yang baru nak daftar masuk ni la kesian sebab katanya kena daftar online. Entah ada ke takde la orientasi nanti. Nampak gaya macam takde sebab ambilan degree melalui UPU ni biasa ribu-ribu kan. Cemana nak social distancing dalam DMAS tu agaknya.
Lagi sadis bila kes di Kedah ada risiko makin meningkat jadi ada kemungkinan kemasukan sem depan ni ditangguh....
Pastu bila nak start sem baru....? |
Take care everyone. Jangan lupa ikuti SOP kerajaan. Pakai mask bila keluar, bawa sanitizer, elakkan pergi tempat crowded, amalkan jarak 1 meter daripada orang ramai. Ewah serupa SMS daripada MKN dah π
semoga semuanya dipermudahkan , kesian rakan rakan yang masih belajar .
ReplyDeleteAminnn. Terima kasih π
DeleteUitm pun kelas online juga for the whole semester depan. Sebenarnya saya pun kurang fokus juga kalau belajar dekat rumah. Huhuhu, takpelah redha je mungkin ada hikmahnya kan ;D
ReplyDeleteRumah banyak gangguan, both luar dan dalam hahaha. Sama-sama bertabah la kita sis πͺπΌπ
DeleteHerm..mana2 pon masalah..nak belajar offline,,tapi risau Covid..nak belajar online tapi risau pointer jauh (^^")
ReplyDeleteTu la berbelah bahagi. Tapi baik duduk rumah je la alang-alang banyak pula kes negara sana sini duk repeat gelombang kali keberapa dan makin teruk. Kalau Malaysia pun kena kang terkandas lagi kat asrama taknak ah. Cukup la sebulan lebih haritu terkurung dalam UUM π
Deletepointer jatuh...bukan jauh..hahah
ReplyDelete