Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Finale | NaSa

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Finale

in , , by NaSa, October 01, 2020
Assalamualaikum

Ini adalah bahagian terakhir cerita pasal minggu orientasi masa mula-mula masuk UUM dulu. Lama gila kan baru nak update. Padahal aku dah nak masuk tahun ketiga di UUM ni hahah. Sorry la aku tak ingat pula ada lagi sambungannya. Sebab majlis ikrar dalam entri hari ketiga tu rasa cam dah event besar buat penutup minggu orientasi dah. Hakikatnya tak pun lol

Malam terakhir Minggu Suai Kenal UUM yakni MSK ni sebenarnya ada satu lagi event besar untuk semua student. Almaklumlah dah nak habis kan jadi kena la end with a bang gitu. Pastu intake yang masuk September ni pula memang biasanya ramai nak mampos berbanding intake Februari. Lagi la meriah suasana dalam Dewan Muadzam Shah (DMAS) tu jadinya.

Event yang dimaksudkan tersebut adalah…jeng jeng jeng: Malam Apresiasi Seni.
Kemain lampu dia
Malam Apresiasi Seni adalah malam di mana semua pelajar baru berkumpul di DMAS pakai baju inasis masing-masing untuk menyaksikan persembahan daripada wakil setiap inasis. Rupa dia lebih kurang Malam Kebudayaan sebab penuh dengan tari menari, nyanyi menyanyi, berlakon etc. Pakaian masing-masing pun meriah. Siapa yang jenis tak penyegan takpun jenis lapar perhatian boleh la volunteer jadi wakil inasis kalau fasilitator tanya nanti.

Tapi sebelum tu, aktiviti hari terakhir MSK ni dimulai dengan Bismillah senaman pagi. Senaman tak senaman sangat la. Ada sesi warm up gitu-gitu sikit, tarian energizer (yang ni ramai betul suka haha), pastu aerobik secukup rasa. Kemain geng fasi hafal step tau haha.
Sekali tengok macam social distancing hahaha
Aku tak ingat lagu apa yang jadi lagu tema masa ni. Nak rekod pun tak sempat sebab aerobik kot. Aku suka aerobik dan zumba ni. Rasa macam dapat peluang untuk menyerlah sekali sekala 😂

Lepas senaman pagi, ada aktiviti gotong royong pula. Gotong-royong Pembasmian Aedes katanya. Dalam entri bahagian ketiga dulu aku ada kata setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan tertentu berdasarkan bulan kelahiran kan. Haa setiap kumpulan ni dan fasi pengiring masing-masing akan ditugaskan untuk kutip sampah di bahagian tertentu di seluruh kawasan inasis.

Kumpulan aku, Setal, dapat court basketball dan volleyball kalau tak salah. Tapi yang kelakar, takde sampah pun kat situ masalahnyaaaaa… inasis di UUM ni semua ada kumpulan pekerja pembersihan yang bertugas jaga kebersihan di kawasan inasis. Jadi kalau nak expect jumpa sampah besar-besar di kawasan inasis tu takde la melainkan di blok kediaman sebab monyet suka terbalikkan tong sampah cari sisa makanan lol

Jadinya kami ni takde kerja la nak buat kecuali melepak je di court tu tunggu waktu gotong-royong habis. Tapi memasing gigih juga la cari sekecik-kecik sampah yang boleh pegang sebab nak bagi nampak buat kerja kan. Daripada duk pegang je plastik sampah hitam sebesar alam tu tanpa hala tuju.

Sambil tu bersembang dengan fasi pengiring kami sekali tanya pasal course, campus life, kelas, etc. Antara pesanan yang diterima adalah “hati-hati dengan monyet.” Dan aku paling ingat cerita fasi tu, pernah ada kes monyet pecah masuk bilik dan curi kolagen dalam loker pelajar. Bodo monyet pun nak lawa siaaaa 😭😂

Habis sesi gotong-royong, masuk dewan balik untuk aktiviti lain pula. Main game sikit-sikit sambil praktis sorakan inasis untuk persiapan bagi Malam Apresiasi Seni sebelah malam tu. Almaklum taknak kalah dengan inasis lain kan. Pastu berhenti makan tengah hari dan solat Zohor kejap, masuk balik dewan petang tu sambung lagi praktis cheernya. Macam nak terkeluar anak tekak masing-masing duk jerit “TM Huha!!” dalam dewan tu hah.

Bila dah dekat pukul 7 petang camtu, baru la tamat praktisnya. Tapi kami disuruh beratur di belakang dewan dulu sebelum boleh balik ke bilik. Tujuannya… ambik baju inasis.
Muka Jenny tu yang kena censor haha sorry
Rasa serupa pekerja Telekom Malaysia pula aku tengok baju ni hahahaha. Design yang ni beza sikit dengan design intake sebelum ni. Tapi antara design intake kami dengan intake lepas, aku rasa baju intake lepas lagi lawa sebab kalau tak salah ada cam corak batik gitu. Baju intake kami ni feeling macam baju sukan pun ada. Tapi dah dia bagi tu, ambik je la. Pakai berjemaah ramai-ramai sebelah malam nanti untuk menunjukkan semangat inasis TM gitu.
Rasa serupa pemain sukan yang ditaja oleh TM pun ada 😂
Cumanya aku rasa baju TM ni kalau lebihkan oren pun takpe kot. Ni banyak hitam je. Tak nampak sangat ke-TM-an dia tu sebab aku membesar dengan imej logo TM ni sinonim dengan oren hehe. Pastu baju ni kena pula pakai dengan tudung hitam, rasa tenggelam tau. Inasis lain elok je warna terang-terang. Setengah inasis tu ada yang serupa ice-cream chilling chilling ice-cream pun ada aku tengok. Haa kan dah keluar lagu Blackpink 😂

Lepas settle dinner dan Maghrib, baru la semua berkumpul depan kafe sebelum gerak ke bus stop untuk naik bas menuju ke DMAS. Tapi cuak tau berhimpit ramai-ramai naik bas malam-malam ni. Takut kena tinggal dalam gelap tu. Ada kang tak pepasal kena tumpang bas MISC atau BSN pula 😅

Mujur tetap selamat sampai akhirnya hehe. Alhamdulilah rezeki aku, masa majlis penutup ni pun Inasis TM duduk betul-betul di depan pentas lagi. Tak tahu la dia susun tu berdasarkan apa tapi best la aku duduk berdekatan pentas. Boleh kira bulu hidung MC kahkahkah. Dan boleh tengok dekat juga persembahan yang ada tu. Tapi kalau tak nampak apa yang terjadi atas pentas tu pun takpe. Kiri kanan pentas ada skrin LCD besar yang bersambung dengan cameraman UUM ewah.
Tapi kalau aku dongak tengok skrin ni rasa serupa beli tiket wayang seat paling depan. Sakit leher.
Persembahan masa Malam Apresiasi Seni ni ada macam-macam. Boria, tarian tradisional Melayu India Cina, persembahan teater, koir, acapella, lagu merdeka. Memula ada aku rekod hampir setiap persembahan tapi pastu stop. Sebab bising nak mampos penonton bersorak masa tu. Speaker dewan pun berdentum-dentum. Yang buat persembahan tu pula orangnya ramai, tapi mikrofon sikit letak jauh-jauh. Dah tak jelas diorang cakap/nyanyi apa jadi malas ah bazir space dalam kad memori.

Dan semua inasis ni takde la buat persembahan solo ke apa. Ada 15 inasis kot. Tambah dengan kontinjen pelajar antarabangsa pula. Kalau nak tunggu semua 15+1 ni nak buat persembahan asing, sampai ke Subuh la membeku dalam DMAS tu tunggu majlis habis. Jadi satu persembahan tu ada yang gabung 2-3 inasis. Persembahan nyanyian Inasis TM tu pun gabung dengan MISC ke inasis mana entah.
Boria. Persembahan terakhir malam tu kalau tak salah
Semua persembahan habis dalam pukul 10.40 malam macam tu kot. Hujung-hujung tu ada pegawai-pegawai UUM datang bagi ucapan penutup. Aku tak ingat siapa dan beliau cakap apa haha. Aku cuma ingat ada sesi penyampaian hadiah je. Tu pun aku tak jelas hadiah untuk apa sebab rasa macam tak ada umum pemenang ke apa. Mungkin hadiah penghargaan kepada setiap inasis la kot.

Sebagai penutup majlis pula, ada la video montaj sepanjang MSK berlangsung ni ditayangkan. Kali ni terselit sedih dan sebak sebab dia masukkan sekali video ibu bapa hantar anak-anak masa hari pendaftaran tu. Bergenang juga air mata memasing tengok ibu bapa semangat usung bagasi anak-anak daftar di inasis sebab gembira anak-anak berjaya lanjutkan pengajian kan.

Pastu masuk sekali video ibu bapa duk bagi pesanan untuk rajinkan belajar, jaga diri etc., tak ke banjir mata semua hehe. Dan siapa yang bertuah tu ada la muka mereka nangis-nangis masa nak berpisah dengan keluarga tu masuk sekali dalam montaj lol
Sebab tu kena behave masa daftar, check-in inasis etc takut kena capture dek photographer MSK 😂

Dan kalau ikutkan, overall majlis tamat sebelum 11.15 malam. Tapi bila kumpul ramai-ramai ni, biasa la ada yang terlebih adrenalin sikit sebab ada geng backup. Jadi ada la budak-budak dari inasis berlainan tu duk main lawan cheers. Satu inasis start, bersambung la inasis lain pula sahut. Sudahnya MPP yang handle majlis pun pening nak atur pergerakan pelajar setiap inasis untuk naik bas dan balik sebab baru bercakap sepatah dua, ada inasis ni tetiba laung cheers. Aku pun hangin hahah. Aku mengantuk woi. Kau duk bersorak apabenda lagi. Tak nak balik ke.
Lautan manusia yang bising itu. Meriah props diorang lampu dan botol bagai. TM jerit HUHA je
Pastu macam nak tenangkan geng-geng yang duk meletus bersorak tu, MPP offer la untuk buat energizer buat kali terakhir sebelum balik kan. Masa tu baru la semua bagi kerjasama dah tak buat cheers bersepah dan elok je bangun untuk join energizer sesama. Rasa macam bebudak kena rasuah dengan gula-gula untuk duduk diam siaaa ahahaha siapa kata tarian energizer masa orientasi tu buang masa

Energizer kami ada beberapa tapi yang aku ingat 3 je:
1) Gemuruh (WAJIB ADA)
Lebih kurang step masa orientasi MISRA di KPM Ayer Molek je.

2) Kun Anta 
Lirik Arab tapi Melayu Cina India lain-lain semua layan je menarinya 😂

3) Dan energizer paling HOT, Power.
Kalau dengar minit 1:18 tu betul-betul korang akan dengar inasis atas tu kira 12345678 hahaha dah serupa praktis menari pulak 😂
Kalau tiba masa untuk buat energizer untuk segarkan mata elak mengantuk masa sesi dalam dewan kan, pasang lagu Power ni automatik semua jadi semangat. Terhibur aku. Dan dalam DMAS ni lagi kelakar sebab sempit kot. Nak buat energizer yang terlebih bertenaga camni mana ada space woi tapi semua layan je asal boleh nyanyi ramai-ramai


Lepas dah habis semua energizer baru keadaan tenang sikit. MPP pun dah boleh umumkan giliran setiap inasis untuk naik bas yang dah tunggu depan DMAS untuk balik ke inasis masing-masing. Adeiii nasib baik dah tukar sistem naik bas tau. Kalau ikut pengalaman senior-senior lama, diorang gerak dari inasis ke DMAS semua jalan kaki.

Heh kalau zaman kami ni pun kena jalan kaki, mau 2 pagi baru aku sampai inasis sebab dragged masa tu. Tu pun untung aku duduk TM, inasis paling dekat dengan DMAS selain BSN dan MISC. Kalau yang duduk Inasis MAS yang paling hujung tu, mau 3-4 pagi baru sampai. Budak-budak Bukit Kachi lagi teruk sampai Subuh hahaha ok gurau mereka semestinya naik bas sebab inasis mereka di luar kampus utama.

Secara keseluruhan, MSK UUM not bad la. Lagi-lagi masa batch kami apparently peraturan dah berubah. Program malam masa MSK semua kena berakhir sebelum tengah malam. Pengetua sendiri yang bagitahu tau. Buktinya, pernah hari apa entah program kami malam tu macam dragged sikit sampai lebih 11.50 malam. Tahu-tahu pengetua dah turun check dewan tengok fasi tengah buat apa sampai belum lepaskan bebudak balik hurhurhur

Bagi bakal pelajar UUM yang ada pengalaman buruk masa orientasi di tempat lain, aku rasa korang takkan benci la MSK UUM ni. Fasilitator ok (or at least tak sakit mata memandang sebab takde yang kerek, acah bagus, suka cari salah orang). Waktu untuk pelajar rehat sebelum sambung sesi petang dan malam pun cukup.

Yang penting, makan pun tenang takde orang kira masa suruh makan cepat. Kafe tu siap ada polisterin kalau nak tapau lunch/dinner untuk makan di bilik. HEAVEN. Ye la bab makan penting oi kena tenang-tenang. You shouldn’t mess with hungry people. Ada japgi kena cucuk dengan garfu baru tau.

Jadi tak perlu bimbang pasal kena buat aktiviti merapu ke apa. MSK is decent enough to not make you do weird things. Denda, kutip tandatangan fasi, kena marah tanpa sebab? TAK WUJUD. Paling-paling pun ada Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang kena buat aktiviti kumpulan tu je. Fun benda ni tapi aku tak suka sangat. Bagi aku kalau takde pun takpe. Boleh habis lagi awal. Memang la bagus untuk icebreaking, kerjasama, dan buat kawan baru tapi sebagai introvert, I prefer to be by myself more hehe

Cumanya tak tahu la peraturan tengah malam tu masih sama ke tak lepas batch kami. Harapnya masih sama la. Orientasi ni buat apa je balik lambat-lambat kan? Bukan bincang bajet kewangan negara pun. Kalau habis lambat sebab program BERGUNA untuk pelajar, aku tak kisah. Kalau benda tu fun, pun aku tak kisah. Tapi kalau setakat tahan budak-budak lama-lama untuk ceramah pasal fasi penat balik kampus awal nak handle orientasi dan budak ramai-ramai, jadah apa. Siapa suruh kau jadi fasi.

So yes MSK UUM is good. Elok la dengan tagline dia “UUM is the best” uhuk uhuk. Cuma semester depan ni sedih sikit la sebab angkara Cik Rona, bukan kelas je yang online, orientasi pelajar baru ni pun online di Facebook live je. Sedih junior I takleh nak rasa berhimpit jadi sardin atas bas pergi makmal, pergi DMAS haha.
Serupa belajar PJJ pula orientasi jarak jauh macam ni
Nak buat macam mana. Kes sekarang pun makin teruk meningkat. Kalau buat orientasi fizikal, dalam DMAS tu nak social distancing celah mana? Tengok la Malam Apresiasi Seni ni padat teruk. Tak payah tunggu orang positif COVID tu batuk atau bersin, dia buka mulut je entah-entah dah berjangkit kat orang sebelah sebab dekat sangat.

Jadi mohon bertabah la pelajar baru sesi A201 ni. Sediakan jajan cukup-cukup untuk menghadap Facebook live tu dari pagi ke malam. Anggaplah anda tengah tengok wayang haha. Aku pun kalau rajin nanti, aku join la sekaki tengok program tu berjalan macam mana. Busybody kan hahaha

Setakat ini sahaja kali ini. Terima kasih kerana membaca.


Jumpa lagi di lain entri. Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. singgah sini minum Ais Latte,jom ngeteh kat blog saya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  2. Minggu yang menyeronokkan walaupun penat. Rindu pulak kita zaman study dulu.

    ReplyDelete
  3. kenangan kan.. rindu zaman -zaman study dulu...

    ReplyDelete
  4. Salam kenal dari saya, seorang student final year UKM😁👋 seronok baca entry awak

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS