Dewasa pun tengok kartun budak-budak lagi... | NaSa
Assalamualaikum

A little wranting (writing + ranting) hehe

2-3 hari yang lepas, di twitter ada kecoh pasal satu screenshot ni yang diperolehi dari Facebook page bernama UMP Confessions, suatu page yang khusus untuk pos confessions atau nama melayunya, "pengakuan". Aku ingatkan Universiti Putra Malaysia (UPM) tapi susunan huruf tu lain dan lepas google, oh Universiti Malaysia Pahang rupanya. Em tak reti membaca dah aku haha

Pengakuan apa yang dekat-dekat kontroversi sangat tu? Boleh baca kat bawah ni.
"aNiMe iS fOr kIdS" hahahahha
Ringkasnya, pengakuan tersebut berkisar pasal sorang perempuan ni minat dekat sorang lelaki, tapi lelaki tu suka tengok anime maka perempuan tu rasa turned off. Sebab bagi perempuan tu, anime adalah kartun dan kartun ni cuma sesuai untuk budak-budak. Jadi kalau lelaki dewasa tengok anime, jadi macam budak-budak tak matang la dari segi pandangan perempuan tu.
Me and my fellow anime fans reading the confession
Amboi...biasaaaanyaaa dia! *baca guna suara Elly Mazlein dalam Kampung People hehe*

Tak tahu la sama ada betul-betul perempuan yang confess atau saja je orang pos sebab nak perhatian dalam page. Tapi ada la beberapa perkara yang bermasalah dalam isi pengakuan tu. 

Pertama-tamanya, PROJECTION.

Perempuan tu sendiri yang project "an image of perfection" pada lelaki tu hanya sebab dia tengok lelaki tu "good looking, soft spoken, baik" etc. Kemudian bila dia tahu lelaki tu minat anime, dia anggap tu satu kelemahan dan tiberr jemah rasa lelaki tu tak perfect dah. Lelaki tu kena tukar minat dan berhenti tengok anime baru perempuan tu akan confess like...lol? 😐

Bagi aku, projection ni sesuatu yang berbahaya. Sebabnya kau sendiri yang memandai-mandai assume orang tu sebagai seseorang yang sekian sekian (boleh jadi baik atau buruk). Tapi bila assumption kau tak betul, kau kecewa melebih dan besar kemungkinan salahkan orang yang kau project tu sebab tak memenuhi imaginasi kau. Padahal member tak tahu menahu salah apa 😭

Malahan minat anime tu bukanlah poin yang boleh dijadikan paksi kelemahan.

Fahami konsep PREFERENCE ya. Atau dalam nama Melayunya, CITARASA.

Lain orang, lain citarasa. Ada yang minat drama Korea dan oppa hensem. Ada yang suka animasi Jepun siap perhabis duit beli manga dan figura aksi. Ada yang layan drama Melayu pukul 7 repeat dialog "papa nak kamu ambil alih syarikat papa." Ada yang minat Hindustan siap hafal semua lagu dan tarian. Pendek kata ada banyak jenis citarasa dalam bab cerita atau muzik ni.

Biasa kita dengar kan antara benda utama yang kena ada dalam hubungan adalah SEKUFUOrang kata sekufu ni kena dari segi harta, pangkat, pendidikan, etc. Tapi dalam bab citarasa ni pun nampak gaya elok cari la yang sekufu. Nasihat general kepada semua jantina baik lelaki mahupun perempuan hehe. 

Contohnya ni la, diri sendiri tak suka anime, carilah pasangan yang tak layan anime. Contoh lain, suka kumpul gajet, cari pasangan yang up-to-date dengan gajet terkini. Suka bisnes, cari pasangan yang minat dan rajin berniaga. Boleh la bina rumahtangga ideal where both spouses could grow together with less conflicts gitu.

Atau kalau tak sekufu citarasa, paling tidak pun sekufukan pemikiran. That way kalau tak boleh nak bina minat yang sama dekat citarasa pasangan, sekurang-kurangnya boleh faham minat/citarasa dia dan bagi dia ruang buat benda yang dia suka. Tak perlu susah-susah paksa pasangan tukar minat. Kau pun selamat daripada sakit hati tak bertempat padahal benda tak kacau kau (gaya cakap macam ada pengalaman tapi sebenarnya single lol)

Secara peribadinya, aku rasa kalau perempuan tu tak confess pun tak apa la kot. Lelaki tu boleh je cari pasangan lain yang menerima minat dia seadanya. Ramai je perempuan minat anime kat Malaysia ni. They can meet and form their own version of Wotakoi in their life πŸ˜‚
Yang tahu je tahu hehe
Isu kedua, kenyataan si pengaku bahawa "Anime is cartoon, and cartoon is for kids."

Umm...honey, you sure 'bout that?
I LOOOOOVE whenever someone without knowledge regarding anime spouts this nonsense. Memang top-tier benda yang buat aku dan kawan-kawan pfft!! tergelak besar πŸ˜‚

Antara contoh siri yang boleh membuktikan bahawa anime BUKAN hanya untuk kanak-kanak:
Attack on Titan (Shingeki no Kyojin).
Aku nangis masa ayah Petra jumpa Levi 😭
Titan dalam ni bunuh manusia macam tampar nyamuk la siel. Sekali keluar buat rondaan je bersepah mati kena campak, tendang, genggam. Memang sesuai sangat la untuk tontonan kanak-kanak kan. Anak buah aku tanya kenapa tak masukkan AoT masa aku masukkan Haikyuu dalam laptop dia but gurlll ain't no way I'm letting a 12-year-old watch such violence 😬

Another.
A classic must-have in the argument of "anime is for kids" hehe
Aku kecik-kecik fobia dengan payung yang ada part tajam camtu. Sekali dia buat scene ni betul-betul pula ergh hahaha. Anime ni pun sesuai juga untuk kanak-kanak ni. Tu pun kalau nak bagi mereka mengigau malam-malam dan takut kat payung la.

Blood-C.
Bodo dia buat macam kita selit super ring di jari sebelum makan πŸ˜€
Scene penuh dia sangaaat la uncomfortable. Orang dewasa tengok pun rasa berkerut dan boleh naik segala bulu roma inikan pula nak kata anime is only for kids. Buat lawak apa.

Made in Abyss.
Ni contoh anime yang nampak kids-friendly sebab Riko dan Reg comel tapi hakikatnya...
Aku masa memula tengok cerita ni pun rasa "comelnya budak-budak ni nak pergi mengembara." Sekali emmm banjir air mata sambil menyumpah kat Bondrewd. Mitty and Nanachi deserve better 😑 (my mantra every time i talk about Made in Abyss haha)

Shokugeki no Soma.
Cerita masak-masak tapi...lol
Ni gambaran ketidaksesuaian anime untuk kanak-kanak dari segi sudut lain (ehem ehem) hehe. Letak Isshiki je dah cukup untuk gambaran ni because dude is almost always pakai apron je πŸ˜‚ Belum cerita part reaksi orang yang makan masakan mereka. Lagi tak masuk akal nak bagi kanak-kanak tengok.

Seterusnya, kenyataan berbunyi "awak tu dah 20+ years."

Saya sebagai seorang yang dah 20+ tapi masih tengok anime turut tersinggung sedikit. Saja nak tumpang terasa walaupun aku perempuan dan dia tuju tu kat lelaki haha.

Had umur atas kelayakan untuk tengok anime atau sebarang animasi kartun ni adalah sesuatu yang kelakar sebenarnya. Siapakah anda untuk menetapkan yang lepas masuk kategori dewasa, orang umur ni hanya boleh tengok cerita ni, orang umur tu boleh tengok cerita tu? Entitled betul nak arah-arah citarasa orang. Busybody serupa orang ni tengok guna biji mata dia.

Kalau mengikut logik ni, siapa orang dewasa yang tengok filem Boboiboy, Upin Ipin, Inside Out, Frozen, How to Train Your Dragon, hatta sebarang jenis kartun ni jenis tidak matang la ye. Kesian
Nah sedikit mutiara kata daripada Ijam.
In general, ada banyak je sebab kenapa orang yang dah 20+ hatta 30+, 40+, bahkan lebih berumur masih layan anime dan kartun. Ada yang sebab minat, ada yang jadikan sebagai escapism atau penghilang stress, ada yang sebab kerjaya (contoh: animator, content creator, cosplayer), ada juga yang sebab nak sempurnakan hajat masa kecil yang tidak terpenuhi. Contohnya aku hehe

Aku dari zaman sekolah dah minat anime sebab suka dengan bahasa asing (dan juga pengaruh abang-abang aku minat Dragon Ball). Tapi keluarga bukan orang senang jadi kami mana ada akses internet. Sumber untuk tengok anime cuma apa yang ada di TV. Tu pun ada yang ditayang tengah-tengah malam. Gigihlah aku berjaga sebab nak tengok Trinity Blood, Melancholy of Haruhi Suzumiya, dan Hell Girl pukul 12 malam setiap Sabtu dan Ahad di NTV7.

Untuk genre animasi/kartun lain pun sama. Orang lain boleh la pergi tengok di wayang atau beli DVD bila ada filem baru keluar. Kami ni duit pun cukup-cukup makan, pastu duduk Kelantan pula dari dulu sampai sekarang mana ada pawagam lol. Tunggu musim cuti sekolah je la kalau nak tengok filem animasi di TV. Tu pun versi dah kena potong-potong dan banyak iklanπŸ˜‚

Bila ingat balik, masa kecik dulu memang sumber terhad untuk puaskan minat tengok animasi ni (in whatever language and genre). Sebab tu bila dah besar, dah ada duit sendiri untuk beli gajet lebih bagus, pakej internet lebih laju, dan langgan streaming service yang ada lebih banyak pilihan cerita (atau stream secara har0m huhu), maka haruslah minat yang terbantut masa kecik atas faktor ekonomi dulu tu dipenuhi kan.

Jadi tak pelik pun kalau ada orang dewasa yang umur puluh-puluhan ni baru sekarang nak indulge diri dia tengok semua siri anime yang dia nak tengok, beli semua komik/manga yang dia nak baca, kumpul merchandise yang dia nak kumpul, etc. Some of us are just fulfilling our childhood dreams. Jadi apa masalah dengan awak?

Memang si pengaku tu ada hujah tersendiri yang dia tak suka lelaki tengok anime. Tu pun salah satu bentuk citarasa juga. Tapi kalau citarasa kau tu sampai merendahkan citarasa orang lain sebagai tak matang la, apa benda la, tu adalah sesuatu yang salah bagi aku. You can dislike something without condescending other people who actually like that thing. Be respectful.

Lagipun yakin je orang yang tengok anime tu tak matang. Habis tu kena tengok cerita apa baru dilabel sebgai seorang yang matang dan berkarisma? Gerak Khas? Dan yakin ke orang yang tak tengok anime tu semua matang dan mampu berfikir seperti orang dewasa?

Anime ni sama je macam drama dan filem. Ada banyak genre. Tak semestinya sebab anime dihasilkan dalam bentuk animasi 2D, maka ia boleh dipukulrata sebagai kartun tak matang untuk kanak-kanak. Spongebob Squarepants pun nampak je bodo dan keanak-anakan. Tapi dalam tu banyak je jenaka dewasa dengan maksud tersembunyi yang lucah dan tak sesuai untuk kanak-kanak. Nasib je kanak-kanak ni masih otak suci sebab tu mereka tak faham.

Memang ada anime bertema ringan yang kalau budak sekolah rendah tengok pun faham. Tapi banyak juga anime yang bawa tema berat dan gelap. Macam aku selalu cari genre horror, psychological, thriller. Ada yang suka tema perang dan mecha. Ada yang suka tema sukan dan persahabatan. Yang prefer tema dewasa yang ecchi (seksi) pun ada. Banyak jenis la.

Maka peganglah prinsip "All kids can watch anime, but not all anime are for kids." Gituu πŸ˜‚

Selain tu, pengakuan ni rentetan daripada pengakuan yang kat atas tu pun boleh tahan kelakar juga.
Araso, araso. Cringe bodoh hahahahah.
Pengakuan ni bunyi dia macam plot Wattpad pun ada. Sangat macam imaginasi seseorang untuk dilayan penuh romantis lol. Benda paling ironi dalam pengakuan ni adalah bila dia suruh layan kdrama instead of anime sebab kdrama bagi tips/idea cintan-cintun guna manusia sebenar (berbanding anime guna kartun), kemudian dia sudahi dengan rekomendasi kdrama "True Beauty."

Halah halah halah...yakinnya kamu.

Padahal drama True Beauty tu diadaptasi daripada webtoon Korea. Jadi secara logiknya, tak perlu dibandingkan dengan anime sebab dua-dua asal daripada kartun jugak. Dua-dua tak ada yang lebih nyata daripada satu sama lain sebab masing-masing lukisan fiksyen πŸ˜‚ Beza dia webtoon Korea kalau adaptasi jadi drama bersiri atau filem, dia terus guna pelakon manusia. Manga Jepun pula kalau diadaptasi, kebanyakannya jadi anime dulu dan sesetengah yang meletup baru jadi live action.
Jadi tak perlu nak "flirt level Soo Ho" sangat sebab Eunwoo tu pun bawa watak kartun je. Ini semua tipu belaka muahahaha
Dan anime pun ada je cerita cintan-cintun dan romantik yang mana flirting dia tu sama ada rasa terlebih gula, atau cringe satu badan, atau rasa bodo yang amat. Jenis kalau nak contohi boleh, nak baling nasihat tu dalam sungai pun boleh. 

My favorite exhibit: Tamaki πŸ˜‚
"Prince" kot. Gila tak melting sebab romantik πŸ˜‚

Also Usui x Misaki.
My classic fave couple hehe
Sayangnya tu la nasihat cinta "kartun" mana la nak nampak romantik sangat pun kalau dibandingkan dengan "oppa" hensem in real life macam Park Seo Joon, Ji Changwook, Gong Yoo, etc. kan. Tu yang anime mudah diperlekehkan tu πŸ˜‚

But different people sips different cups of tea, honey. Nama pun manusia kan. Hati sama hitam, rambut lain-lain (pepatah tagune hehe)

Benda melibatkan citarasa cerita ni, kalau nak cadangkan sesuatu tajuk yang baru untuk tarik minat seseorang tu boleh je. Contohnya, lelaki dalam confession tu bagi beberapa nama anime yang dia minat kepada perempuan tu untuk ditonton dan dinilai kualitinya tapi perempuan tu sendiri yang tak suka. Dah tu nak buat macam mana kan. Minat bukan boleh dipaksa.

Tapi kalau jenis yang memaksa "jangan tengok cerita ni, baik tengok cerita tu" ni aku tak gemar la sebab terserlah kebiadaban yang orang tu tak boleh hormat citarasa orang lain. Contoh si pengaku tu yakin je kalau lelaki tu ubah hobi dia dan berhenti tengok anime, dia akan confess. Rasa cam "pebende siel??" Sebelum in relationship lagi dah demand macam-macam, kalau lepas couple macam mana la agaknya.

Akhir kata, hormati citarasa orang lain. Tak perlu nak biadab atau merendah-rendahkan minat seseorang hanya sebab kau tak minat benda yang sama macam dia. Selagi mana apa yang dia minat tu tidak menyalahi undang-undang dan moral manusia, biar la dia nak tengok apa pun. Bukan tengok guna mata kau pun. Kalau betul tak boleh nak cuba untuk faham minat mereka sekalipun, diam je la. Atau cara mudah, cari la orang yang kongsi minat macam kau. Senang tak payah paksa orang tukar citarasa ikut minat kau.

That's all for now. Stay safe, and be respectful to others always. Terima kasih kerana membaca. Jumpa dalam entri seterusnya.

Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. seriously well said!!!!
    i mmg pantang org ckp cartoon is only for kids, mostly anime !
    like u have no idea ! tgk la dulu baru nilai... ishh menyampah gila org ckp mcm tu .... hobby org lain lain , so please respect :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lepas tengok masih rasa tak faham, tak apa sbb at least dah cuba. ni belum apa-apa dah kata macam-macam kemudian kata orang lain pula tak matang. satu perbuatan yg pelik di situ πŸ˜…

      Delete
  2. haha.. Sebenarnya anime bukan untuk peringkat umur kekanak amnya. Misalnya anime Naruto pun banyak falsafah dan pengajaran yang ada. maybe awek tu tak biasa layan anime haha..

    Naim pun ada tulis benda ini jua

    https://pemudattbc.blogspot.com/2020/07/anime-mengajar-kebaikan-kupasan-peribadi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sbb membesar dgn tengok shin chan dan doraemon, maka mudah je pukulrata semua anime dari Jepun adalah untuk kanak-kanak. padahal klu diselami, yg genre khas utk orang dewasa pun ada yg rasa tak sanggup tengok hahaha

      betul, falsafah & pengajaran dpd anime pun banyak. pasal hidup, cinta, persahabatan semua ada. tp terus dilabel sebagai tak matang sbb "kartun" tu sayang la. sbb orang yg matang akan jumpa hikmah dlm apa jua benda yg dia tengok πŸ˜‚

      nice sharing πŸ‘πŸΌ

      Delete
  3. Dah tua tengok kartun? Hahahah! Uncle lah tu! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya umur hanyalah angka. dalaman kita masih muda remaja πŸ˜†

      Delete
  4. Haish..kartun pon ad banyak jenis..tak semestinya kena jadi kanak2 baru boleh tengok kartun/anime/ or whatsover yang animasi ni...
    Mentaliti orang ni kadang2 suka pakai sebat je cakap.haiyo

    don't judge people easily la..nak tengok kpop ,duk diam2..tpi jangan sampai terbawa-bawa ke dunia realiti..Bangunlah!!

    hahah..

    Cuya sendiri minat kartun,minat komik..what's the problem? hahah boleh je hidup normal...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kartun atau animasi memang dikhaskan cuma utk kanak-kanak, takkan maju la industri tu sbb yg dewasa dan lagi mampu bayar utk tengok kartun tu semua tak tengok kan. rugi besar oi hehe

      ye tak salah pun klu orang lain nak minat korea ke apa tp tak perlu judge minat orang. yg sweet dlm drama tu bukan semua jadi betul in real life pun. jadi anime atau human drama, semua sama je πŸ˜‚

      Delete
  5. Cik TK sangat tak setuju bila kata anime/kartun is for kids! Sebab there's rating umur juga actually dalam anime ni ada pelbagai genre. Tak semua yang kanak-kanak boleh tonton. Nak kanak-kanak tonton yang thriller dan horror macam Another? Nak kanak-kanak tengok yang bergenre bukan-bukan seperti ecchi (Haha yang jenis ni, Cik TK pun tak suka layan, apalagi nak kasi kanak-kanak tengok)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! ada anime yg gory atau disturbing yg orang dewasa sendiri pun tak lalu nak tengok. jadi klu nak pukul rata anime tu kartun yg cuma layak utk kanak-kanak, silap besar la. trauma budak tu nanti πŸ˜…

      Delete
  6. Satu lagi semua orang ada minat sendiri. So tak boleh la judge orang berdasarkan apa yang dia suka/minat.

    ReplyDelete
  7. Betull saya sokong awakkk.. I cannotlah orang lain ckap anime is cartoon... NOOOO!!!! πŸ˜‚πŸ˜‚ ANIME tak sesuai untuk budak2..

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS