NaSa: Wranting
Showing posts with label Wranting
Assalamualaikum


Kalau tanya ahli masyarakat kita, rata-rata mesti akan cakap mereka basuh ayam mentah di rumah sebelum dimasak. Kat rumah aku pun sama. Setiap kali beli ayam mentah, memang mama akan basuh sampai daging ayam tu bersih dari darah, bulu, dan apa-apa je la yang melekat di ayam tu masa beli.
Assalamualaikum

Banyak kali aku singgah stesen minyak sebelum ni, setiap kali tu la aku ternampak poster iklan aiskrim mochi baru daripada Wall's yang berinti aiskrim vanila dan coklat tu. Tapi ada ke aku jumpa?

TAK ADA!

Sedih sis huhu 🤧
Assalamualaikum

Alkisahnya, haritu baking paper aku habis sebab banyak sangat buat kek masa raya puasa haritu. Jadi sebelum tidur semalam, sis singgah le Shopee untuk beli siap-siap takut terlupa. Alang-alang free shipping voucher untuk Julai ni masih belum digunakan.
Assalamualaikum

Content warning: ADA GAMBAR JIJIK. It's reflected in the title. Baca atas risiko sendiri 🙃

Sengaja aku publish entri ni lepas waktu berbuka sebab takut anda tak lalu makan kalau baca sebelum Maghrib. Tapi tu la takut lepas kenyang ni, korang rasa nak termuntah hijau pula lepas baca haha

Tak reti meniaga, jangan buka kedai

in , by NaSa, April 14, 2022
Assalamualaikum

Gambar sekadar hiasan sebab ni festival di UUM, bukan bazar Ramadan haha

Sempena bulan Ramadan, dah jadi kebiasaan la di Malaysia buka bazar Ramadan di pelbagai tempat kan. Mudah untuk orang bekerja sebab tinggal beli je makanan berbuka. Mudah juga kita nak cuba makanan unik yang kita malas nak masak sendiri. Peniaga pun dapat jana pendapatan. Meriah dan win-win.

Lagi-lagi kita dah 2 tahun berpuasa dan beraya dalam PKP sebab COVID-19 kan. Jadi pembukaan bazar Ramadan tahun 2022 ni memang dinanti-nanti oleh ramai orang la. Tu yang ramai rela membanjiri bazar walaupun kena pakai mask dan beratur panjang.

Corndog tipu-tipu ke corndog penipu?

in , , by NaSa, November 01, 2021
Assalamualaikum

EXPECTATION.
Kredit: 123RF

Siapa yang selalu baca entri dalam blog ni akan tahu la sedikit sebanyak betapa terlebih sukanya aku kat corndog kan. Siap buat macam-macam versi lagi, corndog mozzarella tarik la, corndog korea la. Gigih kan aku belajar buat sendiri sebab nak jimatkan duit daripada beli kononnya.

"Masamnya...cuba la senyum sikit."

in , , by NaSa, October 30, 2021
Assalamualaikum


Aku kan...sebenarnya ada satu kisah pasal "senyum" ni yang aku ingat dari 2017 sampai sekarang. Lama kan aku simpan. Tu pun sebab tak pernah cerita kat sesiapa sebab takut mereka rasa pengalaman aku tak pelik pun. Tapi alang-alang aku rajin menulis di blog kebelakangan ni, maka aku letak cerita ni di sini.

Sepetang di Tesco

in , , by NaSa, October 23, 2021
Assalamualaikum

Lama tak jumpa~
Ye semalam kerja siap agak awal. Faedah WFH, ada masa fleksibel. Jadi terlintas la nak ke Tesco lepas tu sebab ada beberapa barang yang nak dicari. Hari tu dah nak pergi masa abah nak ke Kota Bharu buat kunci pendua untuk tombol baru pintu rumah tapi malas nak bersiap so last-last kena tinggal hahaha.

Mama pun dengar je aku ajak abah pergi Tesco tu, poof siap satu senarai barang-barang yang dia nak kirim. Anak buah aku yang jadi tukang tulis. Pendek je senarainya tapi tetap hamboii bukan main ya.

Berperang dengan semut

in , , by NaSa, September 27, 2021
Assalamualaikum
Aku kan...ada sejenis tabiat yang sangat menyampah dan berdendam dengan semut tau. Walaupun aku tahu ada kebaikan kepada alam sekitar kenapa semut ni dicipta, tapi bagi aku serangga yang bernama semut ni sangat annoying ya. Memang asyik berperang je aku dengan semut ni.
Assalamualaikum

Ini adalah sebuah entri muhasabah diri.

Selain itu, ia juga adalah ulasan pendek bagi anime bertajuk Gin no Saji yang diterbitkan pada tahun 2013. Tapi aku rasa macam lebih kepada bagi spoiler je hahaha

Tajuk: Gin no Saji (Silver Spoon).
Genre: Coming-of-age, Slice of life, Comedy.
Sinopsis
Anime Gin no Saji berkisar tentang pelajar lelaki bernama Hachiken Yuugo yang berasal dari Tokyo. Akibat tertekan dengan expectation daripada keluarga dia dan stres sebab selalu dibandingkan dengan abang dia yang lebih pandai, Hachiken pindah ke sekolah pertanian yang terletak di kawasan luar bandar lepas dia gagal masuk ke sekolah yang dia nak.

Hachiken sangka belajar di luar bandar lagi mudah daripada di bandar sebab kurang persaingan. Selain tu, Hachiken pindah tu macam nak tunjuk rebel la kat ayah dia yang rigid dan tak mesra dengan dia tu.

Depression adalah haram...??

in , , by NaSa, February 13, 2021
Assalamualaikum

Semalam kan, lepas penat-penat berperang dengan periuk belanga di dapur, saja la skrol twitter sekejap sebelum Isyak tu. Dengan harapan ada la tweet kelakar-kelakar daripada mutuals di situ buat hiburan hati yang penat ni kan. Sekali masa skrol tu, aku terjumpa tweet membebel pasal gambar ni pula.
I was like..."Excuse me???"
Beginilah fenomena bila kita gunakan media sosial ya. Ada waktu kita belajar ilmu baru yang kita tak pernah tahu. Ada juga waktu yang buat kita rasa nak jadi pembuli siber sebab kebodohan sesetengah orang yang tidak dibuat-buat huhu.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS