Dah selamat potong gelang | NaSa

Dah selamat potong gelang

in , , by NaSa, January 29, 2022
Assalamualaikum

Akhirnya... dapat juga aku sentuh keyboard dan bebas menaip tentang apa-apa tajuk selain daripada tujuan akademik. Almaklumlah sis baru tamatkan latihan praktikum haritu dan dah selamat pun hantar report, logbook, borang penilaian semua tu. Jadi boleh la nak melagha sikit kan hurhurhur. FREEDOM!!

Ni cerita minggu lepas tapi saja up harini. Seperti tajuk di atas, Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat potong gelang pink dan tamatkan tempoh kuarantin yang alkisah daripada mama dikatakan positif COVID-19 haritu. Takde dah la kena melangut dalam rumah je. Boleh dah nak berjalan-jalan.

Geng potong gelang. Aku pakai pink ikut tema gelang haha

Time pakai gelang pink haritu 6 orang, tapi masa potong di pejabat kesihatan Tumpat cuma kami berempat ni je. Abah dan kakak ipar aku dah potong 2 hari awal sebab mereka kan dah dapat booster. Kesian baby Aisyah takleh bebas serentak dengan mami dia huhu. Mujur juga dia tak menangis kena pergi dengan makcik-makcik dan pakcik dia ni je sebab dah syiok pakai lawa-lawa naik kereta jalan jauh.

Kuarantin kami bermula 16 Januari 2022, habis 22 Januari.
(Tapi dalam surat arahan kuarantin tulis start 15 Januari sebab ikut tarikh last kita duduk dekat dengan pesakit yang positif tu. Mama last duduk rumah 15 Januari sebelum ambulans datang ambik)

Alhamdulillah kami boleh potong gelang ikut tempoh asal kuarantin ni sebab semua orang disahkan negatif. KKM update keputusan kami dalam app MySejahtera sehari lepas kami buat swab test. Aku pun walaupun awalnya ada gejala selsema dan sakit tekak, tapi lepas makan ubat yang farmasi bagi, gejala tu hilang lepas 3 hari. Masa hari last kuarantin pun takde nampak gejala apa-apa dah.

Syukur la hilang tau. Sebab hari kedua dan ketiga kuarantin tu, aku ada dapat pakej sakit dada dan rasa sesak nak bernafas. Rasa tercungap je kalau tarik nafas panjang. Macam ada benda tekan dada.

Nyaris sis cuak sebab duk terfikir aku positif ke walaupun swab test kata negatif? Kalau gejala makin teruk macam mana? Nak kena swab test lagi ke? Kena extend kuarantin ke? Kena pergi pusat kuarantin? Lama ke nak sembuh? 

Tapi mujur kawan-kawan dah pesan awal-awal jangan banyak overthinking. Buat aktiviti macam biasa je. Lagipun keputusan swab test tu pun negatif kan jadi doa la insyaAllah takde apa-apa. 

Dan mujur juga masa tu aku tengah busy hadap report praktikum jadi ada la benda untuk alihkan minda daripada fikiran bukan-bukan. Tahu-tahu gejala tu hilang sendiri dan aku berjaya cecah hari potong gelang tu dengan selamat. Tak ada la kena kuarantin lama-lama atau risau sakit lebih teruk 😌

Mama pun dah selamat keluar dari wad 27 Januari haritu. Alhamdulillah tak ada apa-apa tanda sakit yang lebih teruk juga masa kuarantin di hospital tu sebab tu doktor bagi balik awal. Syukurlah keluarga kami masih dilindungi daripada penyakit COVID-19 yang lebih teruk ni.

Setakat ni, memang ni la pengalaman paling menyeramkan berdepan dengan virus corona ni. Sebab jadi dekat dengan diri sendiri kan. Entah bila la virus ni nak berambus ya. Makin galak membiak jadi macam-macam nama ada la. Menyampah sisterrrrr 😭

Jaga diri anda semua, kawan-kawan. Sentiasa la jaga jarak selamat dengan orang lain dan pakai mask selalu di tempat awam. Benda ni tak boleh dijangka kan. Kalau orang lain macam tak jaga sangat, kenalah kita yang ambil inisiatif untuk jaga diri dan keluarga kita. Semoga kita semua dilindungi Allah daripada mala petaka 😌

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Nasib baik sebab ada sslsema dan sakit tekak mesti ada fikir kena kan.
    Memang tidak dapat elak mesti ada fikir macam-macam.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. erti kebebasan yang tiada tandingan! Syukur

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS