Tugasan berkaitan praktikum: SELESAI! | NaSa

Tugasan berkaitan praktikum: SELESAI!

in , , by NaSa, January 30, 2022
Assalamualaikum

Benar seperti yang dinyatakan dalam tajuk, Alhamdulillah semua tugasan aku di UUM yang berkaitan dengan praktikum kini dah selesai. Jadi selain bebas daripada COVID-19, sis juga kini bebas daripada beban tugasan universiti. Tunggu cari kerja dan galas beban kerja je pasni ahahaha


Warna muka depan report memang nak spesifik HIJAU GELAP. Mujur sis saudagar kertas yang selalu beli kertas warna cantik-cantik buat stok. Jadi ada la kertas hijau ni dalam simpanan. Sebab tahu dah kat kedai payah nak jumpa. Masa pergi tebuk kertas tu pun jenuh cari, takde yang hijau gelap camni 🙂

Overall, ada hikmah juga la aku kena kuarantin seminggu sebab jadi kontak rapat dengan mama yang dikatakan positif COVID-19 haritu. Sebab tarikh kami kena mula berkurung tu kan hari terakhir latihan praktikum aku (16 Januari). Alkisahnya, report untuk praktikum tu sebenarnya aku tak start buat apa-apa pun lagi. Padahal benda tu kena sampai di UUM paling lewat by 26 Januari 2022 hoho

Dah sem akhir pun masih tak hilang ya perangai last minute aku. Harap insaf la lepas dah kerja ni 😂

Maka sepanjang tempoh kuarantin tu, aku memang pulun la siapkan report praktikum dari awal sampai akhir. Dan Alhamdulillah walaupun start agak lambat, tapi berjaya siap on time sebab progress taip report tu berjalan dengan sangat tenang ya. Sebab dah kena kuarantin, jadi tak ada la godaan nak pergi shopping ke, ikut kaklong aku berjalan ke rumah baru ke, sebab memang tak boleh keluar.

Jadi tarikh mula dan tamat kuarantin: 16 hingga 22 Januari 2022
Tarikh mula dan siap taip report praktikum: Pun sama 16 hingga 22 Januari 2022


Tup tap tup tap, sampai lebih 10,000 perkataan tau aku taip dalam report tu. Korang selalu baca entri dalam blog aku ni panjang lebar kan, haaa habit aku untuk report akademik pun sama la. Selalu panjang. Jenis gila menaip hahaha. Tu yang jumlah muka surat mula-mula dalam report tu sampai lebih 70 sebab syok sangat taip cerita dengan terperinci. Semua kejadian masa praktikum aku nak petik.

Lepas member aku tanya "takpe ke report lebih 50 muka surat?" baru aku teringat ada limit muka surat yang diletakkan dalam buku panduan report tu. Aku dah baca haritu tapi lupa yang dia nak 20-30 muka surat je, tak termasuk lampiran. Dah satu kerja kena potong balik ayat meleret tadi hahahaha


Tapi 10,000 perkataan tu sebab termasuk acknowledgment dengan abstract dan list benda lain macam dalam table of content ni je. Isi report aku dalam 7,000+ perkataan je sebenarnya. Muka surat pun 32, yang selebihnya tu lampiran lol. Oh ya job description sis censor sebab rahsia ahahaha

Mujur juga aku pendekkan. Jimat dakwat printer sebab tu baru report. Belum campur softcopy logbook yang kena print sendiri sebab kami takde buku fizikal. Pastu sebab aku intern yang WFH, kami ada tugasan tambahan untuk topap markah penilaian daripada company. Borang penilaian tu pun dah 6 muka surat. Gambar masa praktikum untuk lampiran lagi. Banyak oi pakai dakwat 😫

Bergegar-gegar printer aku hahahah

Background lagu K-Pop sebab sepanjang seminggu sis siapkan report praktikum tu kan, entah berapa banyak playlist random lagu K-Pop entah aku pasang di Youtube. Kejap playlist 2 jam, kejap 5 jam. Saja la pasang nak buat peneman masa menaip sebab kang tetiba mengantuk, makin lambat la nak siap lol


Mendadak susut dakwat printer aku hahaha. Nasib baik tahun lepas dah tukar katrij dakwat baru. Jadi cukup la nak print sendiri report tu di rumah. 

Tengok tarikh print tu 25 Januari kan? Aku kata report kena hantar paling lewat 26 Januari kan?

Haaaa sebenarnya aku memang plan nak siapkan report tu paling lewat 22 Januari masa hari last kuarantin. Senang la lepas balik potong gelang, boleh print di kedai dan terus pos ke UUM biar sempat sampai sebelum 26 Januari. Katanya kalau guna JnT laju je sampai sebab JnT Kedah laju. Tapi masa kuarantin tu, was-was pula kalau aku sebenarnya positif dan kena kuarantin lebih lama.

Takut nanti tak boleh keluar, aku tukar la plan nak minta tolong member yang duduk di Kedah untuk print dan hantarkan ke UUM sebab dia lagi dekat kan. Tapi oleh sebab aku ada banyak jenis dokumen nak kena hantar, takut pening pula dia nak susun. Lagipun member pun busy. Kesian pula kat dia.

Jadi alang-alang keputusan swab test aku negatif dan masa potong gelang pun aku dah takde simptom, sis buat keputusan pergi hantar sendiri ke UUM hahaha

Sebab tu masa hari potong gelang pink, aku bawa siap-siap kertas A4 80gsm dalam 100 helai untuk tebuk di kedai dan beli tulang hitam dia sekali. Lagi senang kerja aku sebab boleh extend masa untuk perbaiki isi dokumen tu sampai 25 Januari, print ikut keperluan di rumah pastu hantar sendiri ke ofis.

Lagi yakin yang benda tu dah lengkap, disusun ikut kriteria, dan selamat sampai ke destinasi kan.


Tengok...aku ada sampai 4 dokumen yang kena binding kot. Orang lain ada 2 je sebab cuma kena buat report dan logbook, pastu hantar dengan borang penilaian dan rekod kehadiran dalam sampul asing. Aku ni kena buat semua tu pastu tambah curriculum vitae (CV) dan additional essay lagi. 

Tak ke pening kalau nak suruh member print dan bind asing-asing 4 benda tu? Pastu borang tu semua nak kena compile dan bubuh dalam sampul lagi? Pastu nak pergi cari lecturer di UUM lagi? 😂

Baik la susahkan diri sendiri daripada susahkan orang dan risikokan markah diri sendiri kan. Dah la penat kot buat report tu semua. Of course kalau buat awal dan siap awal mungkin tak rasa penat dan kalut sangat. Tapi tu la dah aku ni jenis kena start dekat-dekat penghujung baru rasa thrilled dan lagi semangat nak taip dengan lancar, nak buat macam mana haha

Lagipun kalau pergi Kedah sendiri, boleh jalan-jalan juga di sana sebelum balik. Tu niat asal dia 🤣

Maka dengan ini, berakhirlah kot perjalanan saya di UUM. Alhamdulillah la aku tak jadi drop praktikum haritu sebab berjaya juga semua siap on time. Kalau tak, entah bila baru nak habis kan.

Semoga Allah lembutkan hati supervisor masa tanda report aku dan beliau akan bagi markah yang memuaskan. Harap-harap boleh la sis grad on time dengan rekod konsisten cemerlang, Kot pasni ada rezeki konvo fizikal, boleh I merasa pakai jubah sebab masa kat KPM Ayer Molek dulu takdan huhu 😌

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS