Se-lambat Hari Raya Aidilfitri 2022 | NaSa
Assalamualaikum


Yeee gituu... Haritu tak menyempat sangat nak raya sebab awal sehari kan. Sampai jadi "Selamat Hurry Raya" satu negara sebab ramai kalut cari bahan masak, baju etc. Ni boleh pulak dah masuk 10 terakhir Aidilfitri baru I nak wish selamat hari raya kat blog haha. Lambat kan kereta api aku.

Ada je fikiran nak menaip tu tapi sis sesat dalam rabbit hole sesuatu kejap. Akhirnya malas la kejadiannya. Tapi takpe je update sekarang pun kan. Bak kata rakyat Malaysia, "Raya kan sebulan" 😉

Mengimbau balik kenangan malam raya 2022 tu, tak sangka jugak yang raya boleh jatuh awal kan. Ekspres betul bulan tu beranak. 

Alhamdulillah family kami takde la kalut sangat sebab semua bahan masak yang diperlukan untuk jamuan Aidilfitri tu dah beli awal. Mama abah jenis yang lebih selesa masak sendiri jadi takde la drama takut tempahan makanan tak siap. Kudap-kudap macam biskut, kekacang tu semua pun kaklong dah beli awal dari kedai pemborong.

Cumanya gempar nak potong dan perap ayam je la untuk dicucuk menjadi satay yakni makanan wajib keluarga kami setiap kali hari perayaan. Mama yakin duk ingat raya 3 Mei kan, jadi tunggu hari puasa ke 30 la nak perap ayam nyee. Sekali lepas Isyak baru tau raya 2 Mei. Gelabah semua cari lidi satay haha


Biasa kami potong dan perap ayam petang, malam pukul 9-11 gitu baru cucuk dan bakar. Elok la tahan semalaman untuk jamuan esok hari. Tapi ni sebab last minute kan, waktu mencucuk ayam di lidi satay ni pukul 12.30 pagi ya. Pukul 3 pagi baru siap bakar hahahah. Habis jadi panda semua orang tidur lambat.

Mujur abang aku di Melaka tu sempat sampai kampung sebelum pengumuman raya tu. Jadi dia la tolong berjemur depan dapur arang tu. Mama, kaklong, dan Amir cucuk ayam di lidi. Amirah awal-awal dah tingtong sebab dia pagi tu dah tolong buat prep bahan masakan yang sepatutnya untuk esok tu.

Yang kelakarnya, masa puasa haritu ada la mama beli kulit ayam yang dah dicuci dan dijual asing di pasar raya sebab boleh tambah di satay tu nanti. Lemak dari kulit tu nanti boleh tambah perisa pada satay masa dibakar. Tapi sebab kalut sangat kan, dia pun tak teringat kewujudan kulit ayam tu. 

Lepas aku tanya "guna kulit ayam yang beli haritu ke?", baru mama pegun kejap. Kulit ayam tu masih terkubur dalam freezer jadi fosil air batu ya. Memang tak boleh nak ambik dah sebab keras. Tak tercapai la hajat nak makan satay ayam berlemak 😂

Department aku macam biasa bertugas untuk bahagian kek coklat moist untuk desserts. Mujur ada lagi cawan cupcake dan cip coklat yang beli guna duit eBelia tahun lepas. Terima kasih kerajaan haha

Memula nak buat kek seketul je macam biasa. Tapi raya kalini kan dah boleh rentas negeri jadi ramai la kat rumah ni sebab anak-anak buah di Melaka tu pun balik. Maka sis pun buat 2 batch adunan kek. Sebabnya budak-budak Melaka tu ada yang suka kek tu tapi mereka ingat kakak aku yang buat. Lepas tahu tu kek aku, tak berani pula nak minta sebab takut kat aku 😅


2 batch adunan dapat la 40+ cupcake dan sebiji kek bulat. Sampai kering air dalam periuk kukusan duk ulang-alik kukus batch baru. Mujur tak habis gas je sebab sebelum tu pun mama dah rebus ketupat segera Nona tu satu periuk besar lama gila. Kalau tak, lagi haru nak cari kedai runcit memalam buta.


Hasilnya, dapatlah jamuan raya yang ringkas-ringkas gini je. Memang setiap tahun pun memang begini je style hidangan kami. Nak nasi fancy, kuih muih warna-warni, biskut segala macam tu, memang jarang jumpa la. Tak larat nak buat dan juga nak jimat bajet dari beli huhu. Takpe la. Syukur apa yang ada.


Jemaah keluarga yang sempat ambik gambar. Walaupun cukup satu korum semua anak beranak ada, tak sempat juga nak ambik satu family besar terus. Ambik asing-asing je la untuk buat kenangan. Biasa la kalau dah berkeluarga ni kan. Banyak tempat nak menyinggah haha

Abang-abang aku raya rumah mentua dulu sebab bermalam kat sana. Kaklong satu family je singgah awal sebab rumah dia belakang ni je pun. Elok sedondon biru family dia. Baju kurung dia dan Amirah sengaja ambik batik sebab 2-dalam-1. Hari Khamis boleh pakai lagi di sekolah sebab dia kan cikgu 😂

Fashion raya aku?


Sesat kuning sorang-sorang 😂

Dan sis bukan pakai baju baru pun. Tahun ni memang tak berkenan langsung nak beli baju raya, baik di Shopee mahupun di kedai. Sebabnya di Shopee malas tunggu shipping, kedai pula mahal melambung. Pattern biasa-biasa je pun boleh cecah RM150 pehh tak jadi aku tanya saiz kat tuan kedai haritu lol

Dress ni pun beli tahun 2013 dulu masa aku mula-mula belajar beli barang online. Website TheOneMall ke apa entah. Tapi aku tak pernah pakai pun lepas testing sebab lengan dan labuh agak singkat walaupun ukuran di website kata panjang (baju China biasa la). Pernah aku offer nak letgo di Twitter tapi takde orang nak so aku simpan sampai sekarang. Tak sangka tahun 2022 ni masih muat ye 

Tudung bawal Turki tu je dapat baru daripada Bidadari House. Paling mahal pula tu aku pernah ada sebab RM89 sehelai. Kalau guna duit sendiri mungkin idok la aku nak beli sebab jarang pakai tudung bercorak. Tapi sebab sponsor, merasa la tudung kayangan dan tumpang sekaki jadi bidadari kejap 😂

Dan honestly takpe takde baju baru pun sebab raya aku sekejap je. Masuk tengah hari dah tukar t-shirt balik pastu sambung tidur sebab penat semalam ada lagi. Takdan nak keluar raya sangat sebab jem yang amat woi. Dah la panas. Aku kirim salam Aidilfitri dari jauh je la hahahah

Kepada rakan-rakan blogger pun, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri juga. Sis mohon maaf kalau ada tersalah silap sepanjang sejarah menaip di laman maya ni. Kot la ada yang terkecil hati ke apa. Semoga kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan dan Aidilfitri tahun depan 😊

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. ok dh tu makan sate cucuk sndiri..
    kalo akk ni lg la.. xbuat pape.. pegi mkn umh saudara mara je.. haha

    ReplyDelete
  2. maintain comel boleh muat lagi dress lama tu, tudung turki awak pakai pun cantik. selmat hari raya sis :)

    ReplyDelete
  3. Wkmussalam
    Selamat hari raya juga

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS