Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 | NaSa

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-65

by NaSa, August 31, 2022
Assalamualaikum

Biasa orang pos dan celebrate sehari sebelum dan awal hari sambutan kan. Ini dah lewat malam dan hampir cecah 1 September baru teringat nak bagi ucapan haha

Sebab tak ada banner sebenarnya masa nak buat pos tu. Event macam ni kalau ada banner baru best sebab cantik berhias gitu blog ai. Masalahnya aku ni pulak hidup dengan vitamin M(alas) maka malas la nak buat banner sendiri. Ni baru teringat yang biasanya UUM akan hantar emel kalau ada hari sambutan.

Makanya sis log in masuk emel pelajar dan pinjam banner UUM je la 😂


Oleh sebab banner ni ada sebut dari "serta seluruh warga UUM" tu, kiranya aku termasuk sekali la kan. Alang-alang masih bergelar pelajar UUM lagi ni sebab belum konvo. Pasni tak tau la boleh bukak lagi atau tidak inbox Outlook yang guna emel pelajar UUM tu. Dah tak ada la supplier banner free huhu


Sekeping lagi gambar banner ucapan Hari Kebangsaan daripada UUM.

Yang ni rasanya general banner kot sebab tak ada tanda daripada mana-mana jabatan. Ada banyak lagi banner sebenarnya tapi yang tu ada nama macam dari Jabatan Canselori, HEP, OYAGSB, Pusat Pengajian Perniagaan, dan lain-lain. Rasa tak matching pula dengan aku kalau nak masukkan yang tu.

Yang pasti, banyak ye graphic designer dalam UUM tu. Hampir setiap jabatan ada banner sendiri. Rajin betul. Bezanya antara lawa dengan kurang sikit, sebab ada yang beshe-beshe je aku tengok 😂

Apa-apa pun, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65. Semoga jiwa kita sentiasa bebas merdeka dan bersemangat patriotik cintakan negara dalam membantu tanah air maju di masa hadapan. Gittew ayat serupa buat karangan Bahasa Malaysia PMR.

Ada sesiapa pergi stadium tengok bunga api atau dataran tengok perbarisan? Aku tengok video orang di Twitter je. Kemain masing-masing terkena percikan api cinta tengok abang bomba? Sebab yang sado-sado je dia letak atas truk bomba tu. Pandai ye ambik kesempatan jadi daya tarikan. Sis perhati je 👀

Kat Kelantan ni aku tak tau la buat apa pagi tadi. Aku terbaca di Facebook ada orang persoal kenapa malam ambang Merdeka tu tak ada bunga api je. Sebab tempat lain banyak letop-letop meriah bunga api warna-warni kan. Takkan Kelantan takde kan? Dah la wayang pun tak nak bina sedangkan dah 2022.

Rupanya bunga api dah disediakan tapi atas arahan PDRM, bunga api tu tak boleh dipasang. Ooooo...

Aku steady je. Takde bunga api letop-letop pun takpe. Sis main bunga api merdeka di Google Chrome je.


Hassle-free. Environmental-friendly. Paling penting, FREE.

Cepat jugak kan dah habis bukan 8. Looking forward to going through September pulak pasni.

By the way, Wawasan 2020 kita haritu tak tercapai sebab COVID-19 kan. Jom la kita anjak sedikit untuk capai Wawasan 2025 pulak ke. Cantik juga nombor tu. Cuma masih takde tanda kereta terbang je la.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS