Diploma in Business Studies di KPM belajar apa? | NaSa
Assalamualaikum


"Diploma in Business Studies tu apa benda?"

"Kalau ambil program diploma tu di KPM, belajar apa?"

"Lepas graduate, boleh kerja jadi apa?"

Ni mungkin antara soalan yang jadi tanda tanya kepada mereka yang berminat nak lanjutkan pengajian peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM)Jadi jom kenali apakah itu program Diploma in Business Studies di KPM. Nama Melayu, Diploma Pengajian Perniagaan. Tapi kami biasa panggil, DBS.
DISCLAIMER! Ni ulasan dari silibus sepanjang 2015-2017. Silibus DBS KPM untuk 2018 ke atas dah diubahsuai mengikut keperluan semasa jadi ada beberapa perubahan subjek yang aku tak ambik dan tak tahu ye. Bacalah untuk pengetahuan am sahaja.

MAKLUMAT ASAS PROGRAM DBS DI KPM


🔸 Lokasi kampusKPM Beranang di Selangor dan KPM Ayer Molek di Melaka
🔸 Tempoh pembelajaran: Sepanjang 2 tahun (6 semester) tanpa latihan industri
🔸 Syarat kelayakan: Lulus SPM (atau setaraf) dengan minima KEPUJIAN (C) dalam subjek BM dan 2 subjek lain, LULUS Matematik, dan KEPUJIAN Bahasa Inggeris.
🔸 Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris (with a bit of rojak Melayu lol)

Dalam program DBS, nama pun "BUSINESS" Studies, jadi pelajar akan didedahkan dengan ilmu tentang bisnes dari segi teori dan amali. Semuanya dalam silibus yang dirangka agar sesuai dengan kehendak industri terkini. Ilmu ni nanti boleh diguna untuk uruskan perniagaan orang mahupun sendiri.

SENARAI SUBJEK DALAM PROGRAM DBS DI KPM


Tahun 2015-2017 waktu batch aku, kami belajar 34 subjek yang diserakkan kepada 5 semester dan jalani latihan industri selama 1 semester. Pecahan subjek sepanjang 3 tahun tu macam di bawah.

JPAM dan Volleyball adalah Kokurikulum 1 dan 2

Tapi seiring kemajuan teknologi dan online business jaman now, MARA dah rombak silibus DBS untuk gugur, gabung, dan tambah beberapa subjek mengikut kesesuaian industri. Pelajar masih ambil 35 subjek, tapi ada kena belajar subjek baru dan ada subjek digugurkan (termasuk latihan industri).

Jadi la silibus terkini untuk program DBS di KPM seperti berikut:

Sumber: KPM AYER MOLEK
Yang typo segala tu, bukan aku buat. Staff KPM tu yang tulis haha

Beberapa perbezaan antara 2 silibus lama dan baru ni:
🔸 Subjek digugurkan: Banking and Insurance, Internet and e-Commerce, Mandarin 3, etc...

🔸 Subjek digabungkan: Microeconomics dan Macroeconomics jadi Business Economics, Financial Accounting for Business 1 & 2 jadi Principles of Accounting (kot?), etc...

🔸 Subjek ditambah: Asas Perniagaan dalam Islam, Consumer Behaviour, Introduction to Supply Chain Management, Entrepreneurial Creativity and Innovation, Principles of Operation Management, etc...

Ni maklumat terkini setakat 2022. Tak tahu la kot MARA nak ubah lagi tahun depan ke apa. Tapi sesiapa yang rasa nak masuk program DBS di KPM dan nak buat persiapan awal, boleh rujuk senarai di atas.

(Untuk silibus program lain, boleh ke website cawangan KPM yang tawarkan program tu. Tapi tak semua website ada maklumat tersebut. Contoh website KPM Beranang tu paling huduh aku tengok setakat ni huhu 🙈 Yang KPM Ayer Molek ni mujur staff rajin letak info lengkap setiap program.)

MAKLUMAT ASAS TENTANG SILIBUS PROGRAM DBS


Basically, program DBS banyak berkisar pasal teori, teori, teori.

Pelajar kena banyak membaca dan menghafal teori pasal pengetahuan dan prinsip asas bisnes. Setiap tahun tu boleh habis sepeket kertas kajang sebab banyak buat nota untuk dihafal bagi sesi test dan exam (dan juga kena sedekah kertas kajang kat classmates yang tak reti bawa sendiri masa test haha)

Contoh teori yang dipelajari:
🔸 Jenis-jenis leadership untuk uruskan bisnes dan kawal pekerja - Principles of Management
🔸 Teknik-teknik iklan untuk tarik dan kekalkan pelanggan - Principles of Marketing
🔸 Prinsip moral yang dipegang oleh bisnes dalam operasi mereka - Business Ethics
🔸 Perbezaan cara bisnes beroperasi di negara berlainan - International Business
🔸 Sudut pandang undang-undang untuk selesaikan isu dalam bisnes - Business Law
🔸 Polisi negara dalam membantu atau menyekat perkembangan bisnes - Economics
🔸 Cara tarik dan kekalkan pekerja berkualiti untuk kembangkan bisnes - Human Resource

Subjek teori ni, paling penting kena ingat kata kunci (keywords) setiap subtopik. Nanti lebih mudah nak faham dan hafal. Untuk orang yang suka membaca, ni bukan satu isu. Tapi kalau anda jenis yang buka satu mukasurat terus menguap, parah. Sebab setiap subjek biasanya ada belas-belas bab 😅

Oleh itu, kenalah cari teknik dan cara belajar yang sesuai dengan diri sendiri.

Macam aku, memang suka membaca. Masa makan dan sebelum tidur pun aku boleh baca buku teks. Jadi aku hafal dari situ. Tapi roommate ada yang tak boleh baca dalam hati. So dia buat nota yang dia faham dan repeat baca kuat-kuat di tempat takde orang sampai dia ingat. To each, their own 👌🏻

Buat peta minda macam ni pun best. Ada alasan nak beli pen warna-warni hehe
Ni nota kelas Ekonomi rasanya tapi Micro ke Macro entah

Selain teori, program DBS juga ada subjek kira-kira. Macam Statistics pasal cara kumpul dan analisis data. Business Mathematics pasal cara kira interest rates untuk loan dan simpanan, discount, etc.

Cara cari interest rates dalam Business Maths. Aku suka subjek ni sebab seronok mengira.

Dan pelajar DBS juga akan belajar AKAUN untuk kira aliran duit keluar masuk, buat forecast untuk bajet masa depan, dan sebagainya. Ye la kalau mahir tarik pelanggan tapi tak reti uruskan duit untuk keperluan bisnes, tak boleh jugak kan? Karang senang je orang seleweng duit kita huhu

FAQ: "Kak, saya tak tahu akaun. Masa SPM dulu masuk aliran Sains atau Sastera. Boleh ke mohon masuk DBS di KPM? Kalau masuk tapi tak boleh carry subjek tu, macam mana?"

Biasa dah sis dapat soalan ni daripada pelajar yang tak ambik Perakaunan SPM, atau ambik tapi agak lemah bab mengira. Tak perlu risau pun. KPM takde cakap kena ambik akaun baru boleh mohon DBS. Program Diploma in Accountancy (DIA) yang lagi banyak belajar akaun tu pun tak wajib ada basic akaun.

Of course kalau ada basic akaun, lagi elok sebab lebih cepat faham. Tapi di KPM nanti, pelajar akan diajar semua required basics. Lecturer pun memang amat membantu untuk ajar A-Z teori dan cara kira akaun tu sampai reti. Yang penting, rajin buat latihan dan minta tunjuk ajar lecturer kalau tak faham 🙆🏻‍♀️

Aku ada batchmate yang masa SPM ambik aliran Sains, di KPM masuk DIA. Tapi dia maintain cemerlang setiap sem 4 flat, pastu sambung degree di UK haa. So moral of the story, usaha tu perlu berterusan 💪🏻

Dan pastikan selalu bawa kalkulator. Pernah waktu test Managerial Accounting, aku dah semangat duduk di row paling depan dalam dewan kuliah tu. Sekali buka beg, kalkulator tertinggal! Nak balik bilik, dah tak sempat. Dah la malam. Mujur Miss Pija, lecturer subjek tu sporting je bagi pinjam hahah

Untuk language requirements, ada dua bahasa iaitu Inggeris (BI) dan Mandarin.

Mandarin akan belajar basic cara dan bunyi sebutan, perbualan harian, ahli keluarga, nombor, pekerjaan, arah, etc. Dulu di KPM Ayer Molek, pelajar DIA dulu yang akan belajar Mandarin ni masa sem 1, pelajar DBS start masa sem 2. Tapi tak tahu la sekarang dua-dua program belajar serentak atau tidak.

Lecturer subjek Mandarin dipanggil "laoshi" dan kebanyakan mereka belajar di China, biasanya bawah tajaan MARA sendiri. Macam laoshi aku, En. Fareez dan Madam Shamila (isteri beliau), mereka belajar di Beijing kot. Pastu berjodoh siap kerja di cawangan KPM yang sama wuuu~
4 tone berbeza untuk sebutan karakter Mandarin

Untuk Mandarin, ada 3 kuiz penilaian dan 1 final exam:
🔸 Membaca - Laoshi bagi petikan dalam Pinyin, kena baca kemudian jawab soalan lisan berdasarkan petikan tu. Ni tak susah sangat sebab dalam rumi. Cuma kena pandai baca 4 tone berbeza atas ni dan ingat maksud perkataan. Senang la nak faham dan translate maksud petikan untuk jawab soalan.

🔸 Mendengar - Laoshi baca 10 soalan dalam Mandarin dan bagi pilihan jawapan ABCD, kita kena faham soalan dan pilih jawapan betul. Ni susah sikit sebab ada bunyi sebutan yang dekat-dekat tapi berbeza tone. Salah dengar tone, salah la tafsiran maksud. Kena pastikan telinga tak tersumbat masa kuiz 😂

🔸 Menulis - Kena repeat tulis karakter Cina rasanya. Ke tertukar dengan Mandarin UUM? Ni pun susah sikit nak tulis stroke setiap huruf agar cukup dan ikut arah yang betul. Salah satu stroke, tolak markah.

🔸 Final exam - Paling mencabar sebab KENA BACA KARAKTER CINA. Ada bahagian yang bagi soalan dalam tulisan Pinyin rumi, kita kena pilih jawapan dalam tulisan Mandarin. Memang kena hafal la 🤧

BI pula ajar penggunaan professional English in business settings. Contoh, cara tulis surat perniagaan, cara jalankan meeting dan hadir temuduga in English, bagi informative and persuasive speech depan kelas. Nervous sikit sebab kena speaking tapi kelas subjek BI ni FUN!! Lecturer pun ramai sporting.

Macam meeting tu, kena buat situasi company meeting yang ada Chairman, Secretary, dan ahli yang hadir. Tapi biasanya lecturer akan bagi pelajar pilih apa-apa tema yang mereka suka untuk company tu dan bebas nak pakai kostum apa-apa masa meeting. Nak mekap pun bebas!

Group aku ambil tema movie kartun Inside Out tu.
Group Iffah pilih creepy fairy ke apa entah mekap scary gitu.
Group Affan pula jadi kumpulan Joker hahahah

Tu pun kelas aku kira mild je tema-tema kami. Kalau kelas lain, lagi havoc. Aku kalau nampak budak pakai baju pelik-pelik di foyer bangunan akademik tu, dah boleh agak yang mereka ada mock meeting. And no worries, lecturer tak kisah malah ada yang sama excited bergambar dengan pelajar 😂

Untuk Public Communication Skills, aku dah excited nak bersyarah depan kelas. Tapi dugaan Tuhan, sebelum tarikh speech, abah dilanda strok. Meraban aku nangis balik kampung naik bas sorang-sorang. Dekat seminggu juga cuti di rumah. Mujur Mr. Yan faham so boleh tangguh penilaian ke hari lain.

Tapi kurang best sebab kena bagi speech tu dalam ofis beliau, takde audience. Sis kan gila glamor huhu

KAEDAH PENILAIAN DALAM PROGRAM DBS DI KPM



Penilaian ada banyak cara: Test, kuiz, final exams, written reports, dan anjurkan program.

Semua di atas menyumbang kepada scary carry marks yang akan menentukan sama ada masa final exam nanti kita boleh rileks, atau kena pulun habis-habisan untuk dapatkan gred yang kita nak.
(Lecturer BI kata "carry marks" tu sebenarnya salah. Yang betul, "ongoing marks". Tapi aku guna yang salah jugak sebab bunyi lagi sedap 😂)

Setiap subjek biasanya ada pecahan markah tertentu untuk setiap penilaian. Contohnya, daripada 100%:
🔸 20% test
🔸 30% project
🔸 10% presentation
🔸 40% final exams

Pecahan berbeza ikut subjek. Yang purely akademik macam Business Mathematics, cuma ada test, report, exam. Yang teori extra macam Business Law, ada presentation. Kalau boleh aplikasi in real life macam Akaun, kena meniaga dan tulis report. Dan kalau KPM atau MARA ada sambutan tertentu, mungkin kena anjurkan program, so perlu buat proposal dan akhirnya tulis report.

Untuk written assignments, ikut topik yang diberi oleh lecturer. Pastikan struktur bahasa Inggeris tu elok dan mudah difahami. Pantang larang written assignments, JANGAN COPY PASTE. Memang pelajar yang baru masuk kolej ramai tak tahu cara tulis report tapi tanya la lecturer pasal cara yang betul.

Kang tak tanya pastu kantoi tiru ayat online, percuma kena potong markah. READ AND REPHRASE!

Untuk contoh tugasan lain yang kami pernah lakukan (ni alasan aku nak tempek gambar lol):

Public Communication Skills, ada program International Booth Festival anjuran English Committee.
Kelas dibahagikan kepada 2. Kumpulan aku kena buat pameran pasal negara Jordan.

Me in action, bentang pasal sejarah asal-usul Jordan. Kena speaking of course lol~

Lagi sebahagian ahli kelas, masuk kumpulan lain dan kena buat pameran pasal negara Morocco.

Financial Accounting 2 masa sem 2, MARA sambut ulangtahun ke-50.
Ada festival dan kena meniaga di tapak jualan tu. Kami jual makanan tapi tak balik modal pun huhu

Mandarin 2, kena buka booth pameran pasal budaya masyarakat Cina.
Kelas kami kena buat pasal Zodiak, tapi aku ada gambar dengan roommates je lol

Kelas Business Law sem 3.
No special event tapi Miss Hanaq bagi topik dan suruh buat poster tampal di dinding untuk presentation.

Kelas Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sem 3, kena buat program kebajikan.

Program tu memang requirement subjek. Tujuannya untuk belajar cara syarikat boleh berbakti kepada masyarakat melalui sumbangan atau bantuan. Boleh je nak buat program simple pun asalkan membantu masyarakat. Tapi kelas ai terlebih mantop buat trip pergi rumah anak yatim di Pulau Langkawi nyah~

Program kelas ke melancong woi hahahahahah

Lokasi bunyi macam mewah. But of course, drama ensued sebab skala besar kan. Berapa kali proposal kena reject dengan Pengarah KPM Aymo sebab jauh dan kos tinggi. Pening cari sponsor lagi. Gaduh bercanggah pendapat lagi sebab ada classmates yang nak buat di tempat dekat-dekat je. Jenuh layan.

Memang ini sem paling banyak bergaduh pastu berbaik lol. Popular kejap kelas kami sampai lecturer pun kenal dan tanya "Kelas korang yang nak pergi Langkawi tu kan?" 🙈 Mujur program berjalan lancar.

Sem 4, kelas Human Resource Management.
Kena buat field trip jumpa company untuk tahu pasal amalan OSHA mereka.

Hairul approach company TRC Synergy Berhad dan buat proposal kepada pengarah. Aku edit final report daripada hasil lawatan (satu kelas satu report). Best juga pergi KL naik bas KPM. Tapi waktu balik, nak singgah tempat lain tapi driver bas tak bagi sebab "Dalam proposal kata pergi company je kan?"

Tak kasi can melepak langsung 😂

By the way, baju kemeja purple kami pakai tu adalah baju korporat KPM. Boleh pakai setiap hari Selasa dan bila-bila ada majlis atau program rasmi. Sekarang ni tak tahu la pakai warna apa pulak.

Subjek E-Entrepreneurship, kena buat online business dan jual produk di Facebook dan Instagram.
NI FB Page aku dulu.

Untuk tugasan bisnes, ia dipantau oleh MARA dengan kerjasama MDEC. So kena daftar perniagaan di SSM sebab takkan pelajar MARA meniaga secara haram kan. Mujur yuran SSM free je untuk pelajar.

Tapi aku cheapskate tak nak keluar modal banyak dan malas juga nak cari barang yang kena pegang stok atau cari supplier. Lagipun kebanyakan produk yang boleh jual secara dropship macam baju, mekap, tudung, beg etc. ramai dah jual. Ye la dah semua pelajar DBS dan DIA sem 4 tu kena meniaga.

Ada 8 kelas, total dekat 200 pelajar. Jem wey seller ramai, customer takde. Sebab tu aku jual quilling arts yang aku buat sendiri macam atas tu. Customer 8 orang je. Sales bawah RM100. Report pun nipis. Tapi Alhamdulillah dapat A sebab isi report pandai goreng bagi nampak matang 😂

Lepas habis semester, ada staf MDEC telefon untuk survey perkembangan bisnes dan sama ada masih berjalan atau tidak. Sis kata busy dengan study so tangguh kejap. Padahal tak sambung pun huhu

Sem 5, kelas Pengajian Malaysia.
Dikerah buat program Street Soccer untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2017 🙃

Irrelevant. Tapi aku yang buatkan poster untuk program Street Soccer tu guna Photoshop. Not bad, kan? heheh

Ni pun untuk subjek Pengajian Malaysia sempena Merdeka. Kena berlakon drama sejarah pulak ya Tuhannn~
Tapi aku jadi penulis skrip duk belakang tabir je. 

Selain aktiviti meniaga, program, dan persembahan macam atas ni, ada juga tugasan video bagi beberapa subjek. Macam Marketing kena buat iklan pasal sesuatu produk. Tapi group aku punya susah nak fikir idea. Akhirnya kami buat untuk air mineral jenama Desa yang popular di Melaka 😭

Putting this here untuk abadikan kenangan walaupun cringe bodooo.
Jenuh tahan gelak masa shooting video tu. Tapi asal siap tugasan je weh 😂

Untuk subjek agama, kena buat program di surau bagi pelajar lain waktu sesi Imarah Surau. Kami buat tayangan video sejarah Islam dan kuiz kot kalau tak salah. Most buat macam tu, ada kuiz. Ada jugak kelas yang jemput penceramah dari dalam atau luar KPM.

Pernah sekali, kelas roommate aku jemput Aiman Banna. Memula nampak macam best. Tapi atas sebab tertentu, sis tak berkenan dengan jenis dakwah begitu. Maka kami senyap-senyap keluar dari pintu belakang surau dan balik ke bilik. Merit tak merit, belakang cerita. Sorry not sorry haha 🤭

Tugasan penilaian kami mungkin dah tak sama dengan sekarang. Ni untuk gambaran je la bagi yang curious pasal cara belajar di KPM. Kita dah tak bergantung kepada test, sebab kita bukan lagi di sekolah. Sebab tu ada aktiviti di luar kotak dan kita perlu bercakap dengan orang ramai, kerah tenaga buat prop untuk booth atau persembahan, meeting sesama classmates, handle real-life business, etc.

Jadi yang mana rasa introvert, ada stage fright, segan nak jumpa orang ramai, boleh la buat persiapan mental dan fizikal awal-awal. Praktis supaya lebih berani bercakap ke. Nanti di KPM boleh enjoy je apa-apa tugasan yang diberi dan hidup diploma anda pun akan jadi lebih fun 😉

Sebelum final exam, lecturer akan keluarkan carry mark yang terkumpul sepanjang semester. Dari situ boleh check berapa baki markah yang diperlukan untuk capai target gred bagi subjek tu. Kalau carry mark tinggi, boleh santai je masa exam. Tapi kalau rendah, exam kena pulun la.

Fun fact: Warna kertas soalan di KPM berbeza-beza setiap semester. Ada biru hijau pink oren.
Tak tau sekarang masih sama atau tidak huhu

Final exam, subjek teori biasanya ada bahagian objektif (MCQ), struktur, dan esei.

Esei ada 3-4 soalan besar dan boleh pilih soalan mana yang kita yakin tahu jawapan. Aku selalunya akan usaha untuk ingat keywords kebanyakan topik. Sebab kalau sempat masa exam tu, boleh jawab semua soalan. Nanti lecturer pilih markah paling tinggi. Tak tahu sekarang boleh buat macam tu ke tidak haha

Tapi kalau jawab lebih-lebih ni, nanti kena minta kertas jawapan ekstra daripada pengawas exam. Pastu pelajar lain sekeliling akan perhati sambil cuak sebab "Wey banyak gila kau jawab. Sampai habis page buku jawapan." Padahal kekadang tu jawab pendek je. Tapi aku pangkah page buku jawapan tu sebab tak puas hati dengan jawapan sendiri, sebab tu kena minta kertas lain 😂

Kalau kira-kira, ada soalan mengira dan biasanya ada selit soalan struktur sikit untuk teori.

Part tu biasa ada pelajar skip sebab mereka fokus di formula kira je, tak baca teori. Lagipun markah pun 2-5 je. Madam Munirah, lecturer Business Maths aku dulu selalu bebel "Sayang kat markah" kalau ada soalan struktur tapi pelajar tinggal kosong. Mana tau 2 markah tu la penentu gred A atau B? Haaa~

PROSPEK BIDANG UNTUK SAMBUNG IJAZAH SARJANA MUDA

Soalan popular orang selalu tanya pasal sambung degree guna diploma KPM.

FAQ: "Lepas tamat belajar DBS di KPM, laku ke kalau nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi? Apa bidang yang boleh diambil?"

Kalau nak sambung pengajian di IPTA, pelajar boleh buat permohonan UPU dan pilih up to 6 pilihan kalau tak salah. Aku pun buat macam tu dan Alhamdulilah dah habis belajar di UUM dah pun. Masuk UUM best sebab boleh transfer kredit, so boleh skip beberapa subjek di UUM yang dah belajar dalam DBS. Jimat tempoh degree. IPTA lain pun boleh tapi ada yang bagi transfer sikit je.

Kalau masuk IPTA, boleh cari sponsor. Macam kawan aku, Sara dan Mary, lulus sponsor Bank Rakyat. Sayangnya aku apply tak dapat huhu. Jadi yang takde sponsor company mahupun PaMa tu, bayar guna pinjaman PTPTN boleh, pinjam MARA pun boleh. PTPTN best sikit sebab kalau grad first class, boleh convert jadi biasiswa dan tak perlu bayar semula pinjaman.

Kalau nak masuk IPTS, better mohon IPTS bawah kelolaan MARA macam UniKL atau KUPTM. Pelajar B40 dan M40 boleh buat pinjaman pelajaran (PBU) MARA bawah TESP yang mana amat berbaloi. Sebab kalau grad dengan CGPA tinggi, akan dapat banyak diskaun bayaran semula. So takde la kena bayar semua puluh-puluh ribu duit yang dipinjam tu. Bayar sikit je.

Kalau nak ke oversea, pelajar cemerlang CGPA 3.90 ke atas mungkin ditawarkan pinjaman IPMa Excellent Student Program (IESP) untuk ke top universities di negara yang MARA benarkan. Tapi nak cari sponsor lain pun boleh. Macam batchmate aku yang sambung ke UK tu, dia bayar sendiri. Rezeki dia.

Untuk pilihan bidang, sebab DBS sentuh banyak topik dalam silibus, pelajar boleh pilih salah satu bidang tu untuk jadi major. Macam aku, ambik International Business Management di UUM. Kawan aku ada ambik degree Marketing dan Business Administration. Ada yang masuk IPTA dan IPTS lain ambik Mass Communication, HR Management, Logistics, etc. Pilihan bidang tu amat banyak.

PROSPEK KERJAYA UNTUK GRADUAN DBS DARI KPM

Soalan popular orang selalu tanya pasal peluang kerja lepas grad dari KPM

Pun sama juga. Ada banyak cabang kerjaya yang pelajar boleh masuk. Sebab subjek dalam silibus DBS ni dah sentuh banyak aspek macam Human Resource, Management, Administration, Accounting, etc.

Kawan-kawan aku lepas grad ada yang kerja jadi HR syarikat tudung, kerja syarikat swasta lain, masuk kerja kerajaan melalui SPA, buka bundle sendiri, uruskan bisnes online sendiri dari rumah. Buat freelance jadi model pun ada aih. Banyak boleh pilih asalkan pandai marketkan diri kepada majikan.

Jadi kalau ada yang macam was-was "Laku ke sijil diploma KPM masa cari kerja?" 
Jawapannya, sijil KPM valid diperakui MQA jadi InsyaAllah laku.

Tempat belajar tu tak penting. Yang utama, keputusan kita dan personaliti diri sendiri. Kalau masuk diploma di kolej termahal atau universiti terkemuka sekalipun, tapi result tak seberapa atau diri sendiri pun kurang pandai buat kerja, belum tentu diterima untuk jawatan yang lebih tinggi kan. 

Sentiasalah berdoa agar dimurahkan rezeki dan perjalanan dipermudah untuk cari kerja yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Lagi-lagi ekonomi jaman now ni jimbit sikit kan inflasi dia huhu

KONKLUSINYA


Program DBS di KPM ni tawarkan gabungan silibus yang bagus untuk latih student dengan ilmu asas pasal bisnes yang mencukupi dari pelbagai bidang. Especially sekarang MARA dah rombak biar DBS ada subjek laku keras macam Supply Chain, Operation Management, dan Information System.

Ilmu pasal Supply Chain tu sumpah penting sebab ada permintaan tinggi. Sekarang kan international trade antara pelbagai negara makin maju, so memang banyak syarikat cari pekerja yang boleh uruskan supply chain mereka biar barang cepat sampai pada kos paling jimat dan dalam keadaan selamat. 

UUM pun promote pelajar ambik minor dalam Logistics dan Supply Chain. Aku la tu yang terjebak ambik. Pastu asyik nak menangis setiap sem sebab pelajar ramai sangat. Susah nak dapat kelas kosong 😂

Pelajar DBS pun dinilai dari pelbagai cara selain exam bertulis semata-mata kan. Jadi mereka tidak akan jadi jenis graduan yang booksmart sahaja, yakni skema ikut buku je. Sebaliknya, mereka lebih kreatif.

Macam booth dan presentation tu didik skil komunikasi dengan potential employer dan client. Penganjuran program latih skil event management sebab nak pastikan sesuatu program tu lancar tu bukan mudah woo. Tugasan video pun boleh latih skil untuk create content menarik dalam bidang marketing. Nak-nak pulak sekarang kan era kegemilangan TikTok.

Jadi overall pelajar DBS KPM dapat bina banyak skil bermutu untuk diguna dalam alam pekerjaan haaa~

Gituuu sis palatao je bersembang. MARA should hire me sebab skil gebang aku memang on point 😂

Tapi tu la program DBS di KPM ni memang seronok pun. Jadi kalau anda berminat dengan bisnes dan nak belajar tanpa pening kepala dengan hutang, apply la masuk ke KPM. Program lain pun banyak.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Wah menarik perkongsian ni, Nasa. Very informative. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebel selagi boleh haha. Terima kasih sudi singgah, kak Eza ☺️

      Delete
  2. adoi tergelak je baca entri Nasa ni....tak sangka awak gila glam ya..kekeke xP...Selamat menempuh ke alam baru! Cuya pon baru habis belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lagi nak dapat attention orang ramai kan? Kat luar nanti belum tahu bila lagi boleh bagi speech haha. Sama-sama la kita melangkah ke alam pekerjaan pulak pasni Cuya 💪🏼

      Delete
  3. Boleh buat degree law ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan IPT nak Diploma Undang-undang tp ada kot beberapa yg terima DBS. Kena tengok syarat uni tu sendiri la

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS