Review: McDonald's Double Spicy McCrispy Chicken Burger | NaSa
Assalamualaikum

Okey so lepas balik dari Pesta Buku Pantai Timur 2022 semalam, kan kami singgah ke McDonald's untuk beli makanan sebab lapar lepas pusing-pusing cari buku tu. Alang-alang ada burger baru keluaran McD tu, aku beli la satu set sebab nampak macam sedap je gambar di poster McD tu.

Memperkenalkan, burger baru McD iaitu McDonald's Double Spicy McCrispy Chicken Burger.


Burger ni ada pilihan yang sekeping je patty, tapi tamak haloba sebab lapar tu, aku ambik double. Pastu kenyang membuntal sebab tebal sangat patty ayam dia tu huhu


Base harga untuk satu set Double Spicy McCrispy ni, dalam RM17+ untuk set Medium, ~RM19 untuk set Large. Kalau tambah customization lain macam upgrade air dan add-ons lain, tambah la lagi RM2-3. Aku ambik set medium dan tukar air Milo, so total jadi RM18.87.

Mahei bebenor la setakat burger, fries, dan air je pun haha. Tapi sebab patty tu tebal, dimaafkan la.

ULASAN RASA


Lagi sedap dan berbaloi berbanding burger Spicy Beef Deluxe haritu yang nipis, kering kontang, dan pedas dekat tapi jauh. Dah la yang tu sampai sekarang aku dendam sebab pesan double, dapat single lol

Patty ayam dalam Spicy McCrispy ni tebal, isi dalam tu adalah isi ayam yang sebenar (bukan minced meat macam beef deluxe tu), dan patty ayam tu juicy tau. Syukur la staf kitchen tu masak dalam tempoh waktu yang just nice. Tidak la kering macam ayam terlebih masak sampai lekat di tekak.

Rasa rempah tu pun cukup. Sesuai nama Spicy tu, patty ayam ni ada rasa pedas-pedas level sederhana daripada lada hitam yang berbintik-bintik di salutan luar patty tu. Makan daging ayam tu macam tu je pun dah terasa pedas sikit. Apatah lagi kalau aku tambah sos cili Jalen aku atas tu. Fuhh fireee 🥵

Turut tambahkan elemen pedas dalam burger McCrispy ni, mayonis special McD. Rasanya dah upgrade sikit daripada spicy mayo dalam Spicy Beef Deluxe haritu sebab mayonis kalini siap ada chilli bits dalam tu. Merah-merah je mayonis tu berbintik haha. Test jilat sikit pun dah terasa hangat di hujung lidah.

Lettuce pun tak kedekut McD cawangan ni bagi kat aku. Biasa dapat 2-3 cebis je sebelum dia picit mayonis tu. Tapi kali ni ada la dalam segenggam. Tu pun penyek je bawah roti sebab layu sikit 😂

Burger McCrispy ni walaupun boleh ambik dalam set, tapi sides dalam set tu bukan khusus satu benda je. Boleh pilih sides yang kita nak. Antara pilihan yang ada, aiskrim sundae coklat atau strawberi, fries, jagung dengan apa entah. Amirah ambik sundae, aku ambik fries sebab sejuk nyah hujan-hujan tu.

Cumanya isu advertising McD ni, dia ambik gambar burger McCrispy ni jarak dekat so di poster iklan mereka nampak macam burger ni panjang dan besar tau. Tapi bila dapat burger yang sebenar, alahai panjang kurang 12cm je. Macam panjang ibu jari aku dari hujung kuku ke pergelangan tangan lol

Dan burger ni elok order dan terus makan di McD tu kalau betul-betul nak elemen rangup (crispy) dalam nama McCrispy tu. Sebab kalau tunggu lama-lama untuk delivery atau dalam perjalanan balik lepas takeout tu, salutan tepung rangup burger tu jadi lembik kena wap air akibat burger panas sangat.

Dah la waktu kami beli ni, selain kena tunggu lama untuk staff McD siapkan bungkus tu, kan kena redah hujan pulak petang semalam tu. Satu hal terkena air hujan. Tambah pula duduk lama dalam kereta untuk balik ke rumah, dan aku pun mengada nak susun burger dalam pinggan untuk ambik gambar dulu.

Akhirnya apabila tiba waktu nak makan, hambek kauuu burger tu dah transform jadi McSoggy, bukan McCrispy lagi dah hahahahah. Mujur rasa burger tu maintain sedap je sebenarnya. Dan kita ni kalau lapar, mana peduli rangup ke lembik, terus ngap je kan. Dah rezeki depan mata.

Overall, sedap la burger McCrispy baru McD ni. Terubat hati aku lepas kecewa dengan Spicy Beef Deluxe haritu. Thank you kaklong sebab belanja haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. my favourite ni, kalau cravy nak makan mcd ini je yg sis order..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dah masuk list favourite jugak. Dulu biasa order cheeseburger je tp daging tu kureng sbb kering. Yang ayam ni sedap hehe

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS