Serbuk keju halal Sahar untuk penggemar cheezy wedges KFC | NaSa
Assalamualaikum


Sejak kualiti ayam goreng KFC makin merudum sebab asyik bagi ayam saiz puyuh dan harga barang sekarang pun makin naik, dah lama betul ye aku tak teringin pun nak makan KFC. Maleh la bayar mahal-mahal tapi dapat peha ayam besar ibu jari aku je. Besar lagi ayam jual di pasar malam. Murah pun murah.

Like...ayam apakah ini miska? Ayam katik?

Tapi dalam merajuk dengan KFC tu, ada jugak la rindu kat menu istimewa dia iaitu cheezy wedges sebab sos keju dia mantop betul dan ada di KFC je kan. Kedai fastfood lain mana ada. Kedai tepi jalan lagi la tak ada yang kualiti sama macam KFC. Ramai yang cuba imitate, tapi tak ada yang berjaya betul-betul.

Pernah aku beli yang letak je nama "cheesy" tapi guna mayonis PERISA keju, bukan sos keju betul. Takpun guna keju keping yang dicairkan pastu bila sejuk, keras bodo. Kecewa haha

So haritu masa beli Sos Korea Adabi dan pes sambal petai Cheffaro di Shopee, terjumpa la serbuk keju jenama Sahar ni. Masa tu terfikir kalau salut ayam goreng dengan sos Korea Adabi dan cicah sos keju ni, boleh jugak rasa ala-ala Kyochon kan. Aku pun bubuh la sekali serbuk keju Sahar tu dalam cart Shopee.

Kyochon tak nak ada di Kelantan kan, haa biar aku yang Kyochon-kan sendiri ayam Kelantan haha

Sahar Cheese Powder: Serbuk Keju HALAL

Bahan-bahan serbuk keju Sahar

Cara penyediaan sos keju dengan serbuk keju Sahar

Serbuk keju Sahar ni beratnya 150gm, berharga RM11+. Di Shopee, boleh juga jumpa yang bawah RM10. Lagi jimat. Tapi kalau tambah free shipping Shopee yang sebenarnya tak free tu, sama je RM11+ lol

Sepertimana nama serbuk keju HALAL Sahar dan ada logo halal JAKIM di belakang, produk ni boleh dimakan oleh Muslim tanpa was-was. Nak makan dengan makanan apa pun semua boleh.

Potato wedges, french fries, nugget, burger, keropok? Cicah je. Sedap belaka.
 
Nugget breaded dan tempura dalam gambar ni adalah daripada jenama Fiesta

ULASAN SERBUK KEJU SAHAR


Warna dan rupa sos keju Sahar ni sama sebiji dengan sos cheezy wedges KFC

Selain warna dan rupa, tekstur dan rasa sos keju daripada serbuk keju Sahar ni pun hampir sebijik sama dengan sos cheezy wedges KFC ya. Rasa la lemak-lemak keju dan pedas hot n spicy sos tu. Sedap memang sedap. Cuma bagi aku sos Sahar ni masin sikit daripada sos KFC punya.

Masa bancuh tu, kena pastikan takkan terlebih kuantiti sos. Sebab nak buang, sayang kan. Tapi nak kaut perhabis sos tu dengan seketul kecik je nugget terakhir kita, mau ketar kepala mat sebab masin.

Nak makan sos keju ni selalu, memang tak boleh la. Aku pun bancuh dalam 2 kali seminggu gitu kot makan dengan nugget. Selain nak jaga pengambilan garam, sebab aku malas bancuh pun iye jugak 😂


Aku kalau bab bancuh serbuk keju untuk dijadikan sos ni kan, jarang la menjadi. Kadang terlebih air sampai cair meleleh, takpun tak cukup air pulak sampai sos berketul-ketul. Repeat la duk tambah air, tambah serbuk keju. Tahu-tahu sos terjadi banyak. Haa tu yang hadap masin terlampau tu.

Arahan serbuk keju Sahar ni, tambah 1 bahagian serbuk keju dengan 2 bahagian air panas kan?

Tapi aku biasanya lebihkan kepada 2.5 bahagian air. Sebab kalau sukat air cukup-cukup, jenuh kacau pun serbuk keju tu tak cair. Padahal guna air panas mendidih. Dan sudu tu aku guna sudu penyukat bahan baking untuk pastikan kuantiti sama banyak. Tapi tu la pun berketul jugak sosnya huhu

Satu kerja la nak tenyeh-tenyeh ketulan serbuk keju tu biar pecah dan larut sekali dalam sos tu. Nak prep sebelum makan pun penat lahaiiii. Nak bancuh siap-siap dalam kuantiti banyak, takut rosak pulak.

Selain bentuk sos, serbuk keju Sahar ni boleh juga dimakan cara serbuk. Contohnya salutkan pada kulit popia untuk dijadikan popia cheese, atau salut pada ayam yang dah goreng pun boleh. Aku tak try yang popia tu, tapi pernah la cuba dengan drumet Ayamas yang dah masak.

Tapi cara salut serbuk ni macam takde rasa haha. Jadi aku makan serbuk keju Sahar ni sebagai sos je.

Untuk kuantiti 150 gram serbuk keju ni, kalau bancuh 2-3 sudu besar sekerap 2-3 kali seminggu, tahan la dalam 2 bulan macam tu. Kalau bancuh lagi banyak dan lagi kerap, lebih cepat la habis.

Serbuk keju aku ni pun dah habis haritu. InsyaAllah pasni boleh la nak beli lagi untuk stok bila-bila waktu aku teringin nak makan sos cheezy ala KFC. Tapi tu la kalau teringin nak cheezy wedges, memang kena beli di KFC jugak baru terasa authentic rasa dia tu. Buat sendiri tak jadi sangat haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS