Beli serbuk minuman Aik Cheong 1 kilo lebih jimat | NaSa
Assalamualaikum

Dekat sebulan dah tempat aku ni main hujan rintik-rintik, air bergelora, Nona bangun pagi, tarik selimut tidur balik sebab sejuk. Tu pun mujur hujan je setakat ni. Belum ada lagi kejadian banjir macam di beberapa negeri. Harapnya kalau banjir kat sini pun, tak teruk la. Kan nak pergi mengundi 👀

Musim sejuk gini, tak lari la dari teringin minuman panas la. Dah la kena jaga baby lagi kan. Tak tahan ui takde air manis. Berputar kepala sebab gula darah rendah. Takde tenaga.

Tapi alkisahnya, stok serbuk minuman coklat Aik Cheong aku tu dah takde. Yang bundle habis, yang dalam kotak Variety Pack pun sama. Sendu nyah. Hilang keceriaan hidup i. Gitu over.

Milo ada tapi malas nak bancuh yang tu sebab nanti tak ingat dunia pulak aku bubuh susu pekat. Pastu sembelit hahahah. Tapi nak beli Aik Cheong yang peket lagi, macam mahal pulak. Dah la ada 12 peket je.

MUJUR AIK CHEONG ADA PEK EKONOMI.


1 kilo kau. Boleh la bancuh siang malam pagi petang. Pasni darah pun boleh jadi perisa coklat dah.

Pandai jugak Aik Cheong buat pek besar macam ni. Jimat dan tahan lama untuk peminum tegar. Nak buat untuk satu family pun mudah berbanding beli yang peket. Kena yang anak ramai tu kan, jenuh.

So mak pak boleh beli pek ekonomi ni dan isi je dalam botol. Letak je kat dapur pastu haa pepandai la anak-anak tu buat air sendiri. Kalau rumah ada Coway lagi mudah kan takyah nak jerang air panas. 


Mak-mak yang jenis hias rumah estetik tu, boleh la isi dalam bekas lawa sikit. Aku recycle botol popia cheese je haha. Tu pun harapnya tak masuk angin la. Sebab macam Milo kan nanti jadi berketul-ketul.

Arahan bancuh serbuk minuman ni sama je macam arahan untuk peket:
- Timbang 40 gram serbuk minuman coklat ke dalam cawan
- Tambahkan 180ml air panas
- Kacau sebati dan sedia dihidang

Tapi pek ekonomi ni ada arahan untuk versi iced chocolate la pulak.


Beza penyediaan iced chocolate ni, cuma kena tambah 90ml saja air panas sebab nanti nak kena tambah ais kan. Tak cakap awal-awal. Kalau tak, masa musim panas bulan 8 haritu boleh aku cuba haha. Takpe kita try tahun depan lepas habis musim tengkujuh.

Satu yang renyah pasal pek ekonomi ni, kena timbang sendiri 40 gram untuk penyediaan 1 cawan. Kalau yang peket mudah la sebab dah timbang siap-siap tinggal isi air panas je kan. Ni nak timbang setiap kali nak buat air, malas jugak. Kalau main tambah ikut sedap rasa, risau tak sedap pulak.

So aku shortcut guna measurement cup yang timbang bahan kek tu. Pakai sukatan ¼ cawan, berat muatan penuh dan rata cawan tu dalam 33-35 gram. Kurang sikit daripada recommended serving tapi takpe jugak sebab kurang manis. Kalau nak cukup-cukup 40 gram, boleh tambah 1 sudu besar lagi.


Serbuk minuman coklat 1kg Aik Cheong ni range harga antara RM20-21. Aku beli dari official store di Lazada. Kebelakangan ni aku memang banyak beli dari Lazada ye sebab free shipping betul-betul free. Shopee tu cuma tempat beli topap je sebab ada offer jimat 3-5 sen setiap kali topap tu 😂

Yang dia kata free gift teh tarik Klasik dan Cham tu, memang betul-betul dapat pun. Bagus jugak. Kawan aku kan suruh try haritu tapi aku tak minat teh susu so takut tak berbaloi pula kalau beli full bundle.

Apa beza 2 ni, aku pun tak tahu kecuali yang 3 in 1 dengan 3 in 1 tu


Aku ingatkan nama "tarik" tu sebab rasa air tu lepas bancuh memang dah sama dengan eh tarik mamak. Rupanya arahan dia memang suruh kita tarik sendiri lepas bancuh ye. Terhibur kejap.

Nanti la aku try. Tapi risau masa tarik tu teh tak masuk dalam cawan tapi tumpah ke bumi lol

Pek ekonomi Aik Cheong ni kalau untuk siri Cafe Art, ada yang perisa coklat, matcha, latte, dan cappuccino. Tu pun yang cappuccino cuma berat 500 gram je. Untuk mocha, aku takde jumpa lagi. Kalau untuk siri lain, ada yang perisa teh tarik, white coffee, dan kopi tradisional.

Basically hampir semua jenis minuman Aik Cheong la ada pek ekonomi ni. Recommended la untuk yang nak jimat tu. Takde la asyik catu peket je setiap kali nak buat air haha

Pasni kalau dah ada yang mocha, aku nak try yang mocha pulak.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Bagus juga ada versi macam ni. Mesra alam sikit berbanding paket banyak-banyak tu

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS